Вы находитесь на странице: 1из 89

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241

Pensyarah : NOOR SALIZA ZAINAL PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

PENILAIAN MARKAH
1. 2. PENILAIAN SEMESTER : 40 % PEPERIKSAAN AKHIR : 60% - Mengandungi LIMA (5) soalan esei - jawab 3 soalan - Peruntukan markah setiap soalan ialah 20 markah.

PENILAIAN SEMESTER
1. Ujian Pertengahan semester 15%

2.

Tugasan Kumpulan

20%

3.

Komitmen

5%

JUMLAH

40%

KANDUNGAN SILIBUS
1. Pengenalan Ekonomi Islam (Iqtisad) 2.Konsep Ekonomi Islam 3.Metodologi dan sumber Ekonomi Islam 4.Sejarah Perkembangan Ekonomi Islam 5.Konsep Asas Ekonomi Islam


(Al-Maidah 3)

Maksud : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu (al-Maidah : 3)

1.0 PENGENALAN EKONOMI ISLAM

PENDAHULUAN
Kedudukan ekonomi dalam konteks Islam yang syumul. Gambarajah Islam (Islamic worldview)

GAMBARAJAH ISLAM

ISLAM

AQIDAH

SYARIAH

AKHLAK

IBADAT

MUAMALAT

IBADAT KHUSUS

IBADAT AM

AKTIVITI SOSIAL

AKTIVITI EKONOMI

AKTIVITI POLITIK

SEKTOR KERAJAAN

SEKTOR SWASTA

SEKTOR KEBAJIKAN

Ekonomi Islam juga bergerak dalam asas falsafahnya yang tersendiri berasaskan panduan : al-Quran al- Hadis, dan kaedah fekah dalam sains muamalat yang fleksibel dan dinamis memberi ruang untuk berkembang mengikut perkembangan ekonomi semasa.

ASAS FALSAFAH EKONOMI


Dasar ilmu yang tertinggi dalam rangka membahaskan sesuatu sistem yang berasaskan pegangan dan keyakinan tertentu

Tauhid Istikhlaf / Khilafah Ukhuwwah Tazkiyyah

1. TAUHID
Maksud 2 bentuk : Uluhiyyah & Rububiyyah 2 hubungan : i) hubungan manusia dengan Allah ii)hubungan manusia dengan manusia

Falsafah ekonomi Islam, terungkap kukuh kepada dasardasar tauhid yang dipegang oleh individu Islam itu sendiri. Allah S.W.T. telah menentukan undang-undang untuk semua kejadian dan semuanya sudah sedia patuh kecuali manusia Manusia dikurniakan Allah S.W.T. dengan kebebasan sama ada untuk mengikut undang-undang tabii atau mengingkarinya.

Kedudukan falsafah Tauhid dalam bidang ekonomi adalah seperti berikut : a) Keyakinan bahawa seluruh alam ini dan harta adalah kepunyaan Allah S.W.T. b) Manusia adalah pemegang amanah terhadap apa yang dimilikinya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. c) Pemilikan persendirian yang diizinkan oleh Islam adalah tertakluk kepada perolehan dan perbelanjaannya dengan cara yang betul serta hartaitu hendaklah digunakan bagi memenuhi tanggungjawabnya yang tertentu. d) Sistem ekonomi Islam membawa kepada perpaduan dan keseimbangan sosial.

i.

Tujuan hidup seseorang manusia seperti yang diwahyukan dalam al-Quran : Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah, semua individu mesti menjaga segala kurniaan Allah S.W.T. dalam keadaan yang baik. aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri, orang lain, alam sekitar, pembaziran, pengabaian terhadap sumber manusia, sumber asli dan lain-lain aktiviti yang seumpamanya adalah dilarang. Status manusia adalah diciptakan untuk menjaga milik Allah S.W.T. dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. (Surah al-Anam, 6:165)

ii) Bagi beribadat kepada Allah S.W.T. ia merujuk kepada ketaatan dan mengikut petunjukNya dalam segala tindakan dalam perlakuan muamalat. iii) Bagi memakmurkan bumi umat Islam mesti berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan khidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

2. IKHTIHLAF / KHILAFAH
Dua (2) tugas utama : i) kepimpinan manusia

ii) pembangunan ekonomi atau alam dunia Asas : amanah dan tanggungjawab

Nilai-nilai agung dan istimewa yang menjadi asas nilai Ilahiah dalam ekonomi Islam adalah nilai yang menetapkan bahawa manusia menjadi wakil dalam harta Allah S.W.T. Individu ekonomi Islam meyakini bahawa harta dan segala sumber yang ada di muka bumi adalah milik Allah S.W.T.

i.

Melaksanakan tanggungjawab Musthaqlafinafil Ard. Kedudukan ini meletakkan peranan individu sebagai penerima tanggungjawab kepada pemilikan dan penggunaan harta seamanah yang mungkin . Walau pun harta yang diperolehi melalui titik peluh yang diusahakan oleh manusia, tetapi modal asal adalah kepunyaan Allah. Allah S.W.T menghendaki manusia menggunakan sewajarnya di samping membelanjakan sebahagiannya pada jalan Allah.

ii.

Memakmurkan Bumi. Manusia yang asal kejadian daripada unsur bumi diarah Allah menjadi perancang, pengatur, pelabur memajukan dunia dengan potensi modal insan yang ada bagi mempertingkatkan pengeluaran, pengagihan serta menggalakkan pertumbuhan.

3. UKHUWWAH
Persaudaraan manusia tanpa batasan goegrafi, bangsa, warna kulit dan lain-lain untuk melahirkan manusia bertanggungjawab, bekerjasama, hormat menghormati dan tidak menindas orang lain 2 bentuk : i) hubungan kemanusiaan ii) Hubungan persaudaraan

Konsep ini mencetuskan ikatan persaudaraan di atas paksi tauhid. Menerusi sabda Nabi S.A.W yang bermaksud Tidak sempurna iman seseorang sehingga kamu kasih saudara kamu sebagaimana kamu kasih diri kamu sendiri. Tuntutan hadis ini adalah jelas hubungan sesama muslim secara khusus, menuntut sentiasa saling berkasih sayang, bekerjasama dan menggerakkan apa sahaja kegiatan termasuk bidang ekonomi. Ia tidak sahaja memberi kesan yang positif kepada aspek sosial malah turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan ekonomi dan politik ummah.

4. TAZKIYYAH
2 maksud : i) penyucian jiwa dan tinggi akhlak ii) pembinaan manusia yang berjiwa dan bermatlamat Islam Matlamat syariah : penyucian seluruh masyarakat Islam (roh, hati & tindakan) dari sebarang kecenderungan kepada maksiat dan kemungkaran

Manusia diciptakan dengan maksud yang mulia iaitu untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Ibadat merujuk kepada ketaatan perintah Allah S.W.T. dan mengikuti pertunjuknya dalam segala tindakan dan perlakuan muamalah

manusia perlu mewujudkan hubungan yang bersih dalam apa jua peringkat hubungan dengan Allah S.W.T., sesama manusia dan alam. Penghayatan konsep ini berserta dengan konsepkonsep lain yang berupa perincian kepada tuntutan konsep tauhid akan membawa aktiviti ekonomi menuju kepada matlamat yang murni.

Oleh itu tazkiyyah yang membawa maksud pembersihan, pertumbuhan memantapkan lagi pencapaian ekonomi. Lebih-lebih lagi dilihat kepada pembersihan, pembangunan jiwa dan harta secara serentak.

PENGERTIAN EKONOMI DAN IQTISAD


Ekonomi : suatu ilmu yang mempelajari tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terbatas untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan. - David Hyman: Ilmu yang membahaskan bagaimana mengurus sumbersumber yang terhad bagi pelbagai alternatif penggunaan.

Perkataan Ekonomi berasal daripada perkataan latin Oeconomicus dan perkataan Greek Oikonomikos. Joseph A. Schumpeter: - Oeconomicus merujuk kepada Kebijaksanaan dalam pengurusan rumahtangga. P.H Collin : - cermat dan berhati-hati, tanpa membazirkan wang dan kebendaan. Philip Cockgove : - kajian ekonomi dalam konteks aktiviti individu ekonomi.

IQTISAD
Perkataan Arab Qasadu / Qasdu : lurus, jimat cermat iaitu di antara bakhil dan israf Teknikal : mengamalkan jalan pertengahan iaitu bersederhana antara bakhil dan israf

s. al-Furqan:67) al Dan juga mereka (yang diredhai Allah SWT itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul dan sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu

EKONOMI ISLAM DAN MAQASID SYARIAAH


Mengikut kupasan para ulama fiqh, kepentingan manusia dan masyarakat yang dijamin oleh Syariah Islam , didorong oleh EMPAT inti pati yang utama: Jalb al-Masalih: mencapai kepentingan di dalam kehidupan. Dar al-Mafasid: menolak kerosakan yang bakal timbul dalam masyarakat . Sadd al-Dharar: menyekat kepentingan buruk. Taghayyur al-Zaman : mementingkan faktor peredaran zaman.

Maslahah Asas.
Maslahah Daruriyyat yang melibatkan pemeliharan 5 perkara asas iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang amat diperlukan oleh setiap manusia di dalam kehidupan bermasyarakat. Seandainya satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi. Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah.

Maslahah Diperlukan.
Maslahah Hajiyyah melibatkan semua yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan. Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia, tetepi ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan di dalam masyarakat.

Maslahah diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup.


Maslahah Tahsiniyyah yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat.

DISIPLIN DAN SKOP EKONOMI


Ekonomi merupakan satu disiplin ilmu yang berkait rapat dengan kemasyarakatan. Ekonomi dikategorikan juga sebagai Sains Kemasyarakatan kerana skop kajiannya menjurus kepada pelbagai kegiatan manusia di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Bidang ekonomi adalah merupakan satu aspek gelagat manusia yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan.

Selari dengan satu penakrifan ekonomi oleh Paul A. Samuelson yang menyatakan:

bahawa ekonomi adalah kajian gelagat manusia dalam hubungannya dengan penggunaan sumber-sumber pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan dan mengagihkan untuk penggunaan.

PERANAN MANUSIA DALAM EKONOMI.


Konsep manusia ekonomi dan statusnya. di dalam ekonomi pasaran adalah dinilai sebagai manusia sosial dan hasil keluaran alam Oleh itu tidak ada sebab individu ekonomi barat perlu kepada mana-mana kuasa yang agung, melainkan tunduk kepada mekanisme pasaran

Prinsip manusia Islam sama sekali berbeza dengan konsep manusia ekonomi di antaranya: Manusia makhluk ciptaan Allah S.W.T. . Manusia yang berakhlak Manusia sebaik-baik kejadian.

KEKURANGAN RELATIF DALAM EKONOMI MODEN DAN ISLAM.


Kekurangan (scarcity) ialah sifat semulajadi manusia yang mempunyai kehendak yang tidak terbatas berhadapan dengan sumber-sumber yang terhad. Segi bahasa : masalah & ketidakseimbangan David N. Hyman, kekurangan ialah ketidakseimbangan di antara citarasa-citarasa terhadap barangan dan perkhidmatan.

masalah kekurangan relatif ada hbgnnya masalahmasalah asas yang sering diajukan dalam ekonomi ialah : a) Apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang harus dikeluarkan dan berapa banyak ?. b) Bagaimana hendak dikeluarkan ?. c) Untuk siapa ?.

Sistem eko. Moden anggap kekurangan sumber sebagai punca masalah ekonomi Eko. Islam - sumber cukup tapi manusia. Eko. Islam :Kekurangan secara zahir shj. Hakikat ada pengganti dan cukup

PERMASALAHAN EKONOMI: (Islam)


MANUSIA

(ISLAM)

Kehendak (tidak terbatas)

Sumber (terhad)

PERMASALAHAN EKONOMI
MASALAH EKONOMI

SUMBER WAHYU CIPTAAN ILAHI

EKONOMI DAN IBADAH


Ekonomi merupakan kegiatan penting untuk survival ummah. Ianya berhajatkan satu bentuk jihad untuk menguasainya terutama dalam dunia moden yang semakin hari semakin mencabar. Umat Islam perlu pengetahuan ekonomi yang mendalam di samping ilmu agama secara syumul yang telah di miliki.

Syarat eko. menjadi ibadah : eko.


Aqidah mesti betul Niat mesti betul Kerja yang dilakukan sesuai dgn. Tuntutan Islam. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan Islam. Natijahnya atau hasilnya bawa faedah pada masyarakat.

EKONOMI DAN JIHAD


1- Tuntutan Mencari kehidupan. 2- Bumi sebagai ladang penghidupan. 3- Kemulian bekerja. 4- Motivasi kerja

2.0 KONSEP EKONOMI ISLAM

TAJUK
1. 2. 3. 4. 5. Prinsip Ekonomi Islam Etika Ekonomi Islam Matlamat Ekonomi Islam Ciri-ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Kesimpulan

Prinsip ekonomi merupakan peraturan Ilahi yang berkaitan dengan persoalan ekonomi Ia berkaitan dengan idea-idea umum mengenai ekonomi yang mesti dilaksanakan Cara perlaksanaannya terpulang kepada kebijaksanaan sarjana ekonomi

Prinsip Ekonomi Islam

1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan


Salah satu daripada tanggungjawab khalifah ialah memakmurkan bumi seperti melakukan aktiviti ekonomi Aktiviti asas ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pengagihan dan pasaran adalah dianggap sebagai satu ibadat dan jihad di jalan Allah Oleh itu, manusia diberi kebebasan berekonomi demi memperolehi manfaat ibadat dan jihad

1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan


Aktiviti tersebut dianggap sebagai ibadat dan jihad kerana ia mesti dilaksanakan berdasarkan syariat Allah berfirman dengan maksud: Apabila selesai mengerjakan sembahyang bertebaranlah kamu di seluruh muka bumi dan carilah kurnia Allah. (Surah Al-Jumuah; ayat 10) Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang mukmin yang bekerja. Peraturan Ilahi ini menjadi panduan (bukannya halangan) kepada manusia untuk mendapat kesan yang positif dalam memakmurkan bumi

1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan


Dua aspek kebebasan: 1. Kebebasan jiwa lahir dari keimanan masyarakat pengasih, bekerjasama, jujur dan amanah 2. Kebebasan dalam lingkungan undang-undang dan peraturan larangan eksplotasi, rasuah riba dan penipuan Cth. surah al-Baqarah; ayat 229 pengharaman penggunaan, pengeluaran dan pemasaran arak dan judi; dan kewajipan menafkahkan harta

Kesan prinsip kebebasan ekonomi berpanduan

1. Memupuk rasa tanggungjawab 2. Menghapuskan cara-cara untuk melakukan kemudharatan 3. Menggalakkan individu bekerja keras 4. Menggalakkan pelaburan ke atas modal yang dibekukan

2. Konsep Hakmilik
Allah SWT mempunyai hakmilik mutlak ke atas segala sesuatu Manusia diberi amanah untuk mengambil manfaat sahaja Surah al-Maidah; ayat18 Allah memiliki kuasa pemerintahan Surah al-Baqarah; ayat 284 Segala ciptaan milik Allah
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah

2. Konsep Hakmilik
Terdapat dua jenis hakmilik yang diamanahkan: hakmilik individu dan hakmilik awam Tujuan pembahagian: 1. Untuk mengimbangi kuasa politik antara individu dan awam 2. Untuk menghayati konsep syura antara pihak swasta dan kerajaan

Hakmilik Individu
Islam mengiktiraf hakmilik individu setiap orang akan mendapat balasan dari apa yang diusahakan Tanggungjawab individu: Memastikan harta diperolehi dengan cara yang halal seperti bercucuk tanam. Mengeluarkan zakat, membayar cukai dan menyumbangkan harta ke jalan Allah dari sebahagian hartanya. Mengelakkan pengagihan harta yang meluaskan jurang antara hartawan dan golongan miskin, dan yang mengancam kebajikan masyarakat dan alam sekitar. Melipatgandakan usaha untuk mengembangkan harta yang sedia ada dengan menggunakan cara yang diharuskan oleh syarak seperti melabur menggunakan kontrak al-mudharabah.

Hakmilik Awam
Ia bermaksud semua harta milik masyarakat yang memberi faedah kepada warganegaranya harta yang mempunyai utiliti awam Rasulullah SAW bersabda: Umat Islam adalah pemilik bersama ke atas tiga benda iaitu air, rumput dan api. Contoh lain: tanah simpanan, tanah tidak bertuan dan bahan galian yang terdapat dalam sesebuah negara

Pemilikan negara
Contoh harta pemilikan negara : a)Harta Baitul mal b)Harta zakat c)Hasil cukai seperti kharaj, jizyah, ushur d) Harta rampasan perang

Kesan prinsip hak milik


1. 2. 3. 4. Individu berusaha bersungguh-sungguh mencari kekayaan dan menerima dengan mudah perintah Allah S.W.T. mengenai pengurusan harta kekayaan Menjadi dasar hukum kepada pemerintah untuk mewajibkan pelbagai jenis cukai sebagai sumber pendapatan negara ke atas golongan Memberi ruang kepada pemerintah untuk mengawas dan mengawal pengurusan harta yang tidak cekap Menguatkan jiwa golongan kurang upaya untuk menuntut hak mereka

3. Keadilan Sosial
Keadilan mesti ditegakkan dalam semua aspek kehidupan manusia supaya mereka terhindar dari perbuatan yang melampaui batas Dalam konteks ekonomi, pengeluaran/penawaran barangan/perkhidmatan mestilah yang halal dan dengan cara yang halal; penggunaan kekayaan mestilah bersederhana; dan pengagihan kekayaan mestilah mengikut usaha dan mengutamakan kebajikan masyarakat (surah Al-Nisa; ayat 29, surah Al-Isra; ayat 26 27 dan surah Al-Zariyat; ayat 19).

Kesan prinsip keadilan sosial


1. Memastikan semua rakyat sekurang-kurangnya berada di atas paras dharuriyah 2. Mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat dengan mengecilkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin 3. Menyemarakkan usaha kerjasama

4. Campurtangan Kerajaan
Syariat membenarkan pemerintah campurtangan dalam aktiviti ekonomi - Surah al-Nisa; ayat 59
Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil amri di antara kamu

Aspek: 1. Tanggungjawab menegakkan ajaran Islam (aqidah, syariah dan akhlak) bagi melahirkan insan yang bertaqwa 2. Tanggungjawab ekonomi

Tanggungjawab ekonomi
1. Menyediakan jaminan sosial 2. Mengagihkan harta dan kekayaan dengan saksama 3. Memberi hak dan peluang yang saksama dalam ekonomi 4. Mengawas pasaran 5. Melaksanakan polisi kerja dan upah

Kesan prinsip campurtangan kerajaan


1. Menyuburkan amalan positif dalam ekonomi seperti mengorbankan kekayaan lebih dari nilai zakat dan menunaikan kontrak perjanjian 2. Mengelakkan amalan negatif dalam ekonomi seperti rasuah, sorok barang dan monopoli 3. Memastikan keadilan dan kestabilan sosial dapat diberi kepada setiap individu

Etika Ekonomi Islam


Etika ekonomi Islam adalah hasil dari keimanan manusia kepada Allah S.W.T. (tauhid) kerana penilaiannya ditentukan oleh Allah S.W.T. 4 asas etika: 1. Tauhid 2. Adil 3. Kebebasan kehendak 4. Bertanggungjawab

Matlamat Ekonomi Islam


Matlamat adalah sesuatu yang hendak dicapai dan ia dapat menentukan halatuju Matlamat ekonomi Islam terbahagi kepada 2: 1. Matlamat unggul 2. Kesejahteraan ekonomi dan sosial

Matlamat unggul
Matlamat unggul ekonomi Islam adalah sama dengan matlamat Islam sebagai satu cara hidup iaitu al-falah. Al-falah adalah kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat berdasarkan ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah secara ikhlas (mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.). Allah S.W.T. telah berfirman dengan maksud: Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. (Surah al-Baqarah; ayat 201).

Kesejahteraan ekonomi dan sosial


Ia merujuk kepada setiap lapisan masyarakat hidup dalam keadaan kecukupan (sufficiency) serta aman dan damai (peace) kerana mereka berpuashati dengan pelbagai aspek keperluan hidup mereka Ia diperlukan sebagai pengantara untuk memastikan pencapaian matlamat unggul Usaha untuk mencapai matlamat unggul melalui kesejahteraan ekonomi dan sosial di anggap sebagai berjihad ke jalan Allah dan ia dijanjikan dengan nikmat di dunia dan di akhirat oleh Allah

Kesejahteraan ekonomi dan sosial


1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyediakan keperluan asas Mengguna dan memperuntukan sumber dengan optima Mengagih harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan dengan saksama Mewujud dan menggalakkan persaingan yang sihat Menyediakan perkhidmatan dan kebajikan sosial Membebaskan diri dari bergantung kepada orang lain

1. Menyediakan keperluan asas


Lima keperluan utama hidup manusia adalah akidah, akal, nyawa, kehormatan dan harta. Ia boleh dikategorikan sebagai indeks yang menunjukkan tahap kesejahteraan sesebuah masyarakat Keperluan utama ini dapat dipelihara melalui penawaran dan penyediaan pelbagai keperluan asas seperti makanan, pakaian, perlindungan, pendidikan dan kesihatan

Keperluan tersebut mestilah mencukupi, mengikut keperluan semasa dan keutamaan serta berkualiti tetapi pada harga yang berpatutan (mampu milik) Matlamat khusus yang pertama ini dapat menghindarkan kesesatan akidah, keruntuhan akhlak, kelaparan, kemiskinan dan ketakutan yang wujud dalam masyarakat. Malahan ia dapat membantu mereka meningkatkan keimanan mereka kepada Allah S.W.T. dan seterusnya melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram.

2. Mengguna dan memperuntukan sumber dengan optima


Kesejahteraan ekonomi dalam menyediakan keperluan asas melibatkan aktiviti pengeluaran yang berkait rapat dengan strategi mengguna dan memperuntukan sumber Aktiviti tersebut merupakan amanah yang diberi oleh Allah kepada manusia seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan Dia telah menjadikan berguna bagi kamu apa yang ada di langit dan di bumi. (Surah Al-Jathiyah; ayat 13)

Ekonomi Islam menekankan konsep mengoptimakan penggunaan sumber ekonomi untuk meningkatkan daya kecekapan, keberkesanan dan ketahanan supaya sumber yang dianugerahkan oleh Allah mencukupi untuk menyediakan keperluan manusia

3. Mengagih harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan dengan saksama


Saksama merujuk kepada adil dan ihsan Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala ihsan pula adalah belas kasihan/berbuat baik Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mahu meminta. (Surah Al-Dzariyat; ayat 19). Ayat ini menjelaskan bahawa Islam telah melaksanakan prinsip adil dan ihsan dengan mengiktiraf hak milik individu tetapi mengutamakan pemilikan masyarakat khususnya hak golongan yang memerlukan.

Saksama dilakukan supaya kekayaan tidak berada di tangan segelintir masyarakat sahaja seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: ... (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu ... (Surah Al-Hasyr; ayat 7).

4. Mewujud dan menggalakkan persaingan yang sihat Persaingan sihat ini merujuk kepada setiap individu

mahukan kejayaan dan pada masa yang sama akan memastikan masyarakat sekelilingnya juga berjaya. Ia berdasarkan konsep persaudaraan, kerjasama dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa, warna kulit dan darjat Ia juga dapat menghindarkan berbagai aktiviti negatif seperti monopoli, penindasan, penipuan dan diskriminasi yang boleh menyemarakkan api permusuhan dan pemberontakan di antara unit-unit ekonomi

Ia juga dapat mewujudkan hubungan yang baik di kalangan pekerja dan antara para pekerja dengan majikan, di kalangan pengeluar dan antara pengeluar dengan pengguna, antara pihak swasta dengan kerajaan, serta antara negara-negara Islam Suasana ini dapat melahirkan tenaga pekerja yang produktif dan berkualiti, pengeluaran yang optima, serta pembangunan yang seimbang dan saksama.

5. Menyediakan perkhidmatan dan kebajikan sosial


Setiap apa yang diusahakan oleh individu adalah untuk kebaikan dirinya, tanggungannya dan juga masyarakat - Surah Al-Maidah; ayat 2 Tetapi individu mestilah memberi keutamaan kepada perkhidmatan dan kebajikan sosial untuk kebaikan masyarakat jika berlaku pertembungan antara kepentingan diri dan masyarakat - Surah Al-Baqarah; ayat 177

Matlamat ini dapat memastikan sekurang-kurangnya semua lapisan masyarakat berada di atas paras dharuriyah dan akhirnya membantu kerajaan membasmi masalah kemiskinan tegar. Jika usaha ini berterusan kerajaan akan mampu meningkatkan taraf hidup majoriti masyarakat ke tahap hajiyah danseterusnya bersesuaian dengan tahap pembangunan semasa

6. Membebaskan diri dari bergantung kepada orang lain Pembebasan diri boleh dibincangkan dalam dua aspek.
1. Pembebasan diri umat Islam dalam masyarakat Islam itu sendiri * Umat Islam tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain sehingga akhir hayat * Rasulullah S.A.W.bersabda: Jika seseorang daripada kamu mengambil seutas tali dan membawa pulang seberkas kayu api di atas bahunya dan menjualkannya (untuk mendapatkan penghidupannya), itu lebih baik baginya daripada meminta-minta. (Riwayat Bukhari).

2. Pembebasan diri mereka dari musuh Islam * Islam mewajibkan umat Islam membebaskan diri dari bergantung kepada musuh Islam dalam pelbagai aspek keperluan kehidupan sama ada pengeluaran barangan atau perkhidmatan seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, insurans perlindungan, perbankan dan pendidikan s * Allah S.W.T. telah berfirman dengan maksud: Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil musuhku dan musuh kamu menjadi teman rapat. (Surah Al-Mumtahanah; ayat 191).

Ciri-ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Ciri Ciri-ciri keistimewaan ekonomi Islam boleh dirumuskan berdasarkan pemahaman mengenai kedudukan ekonomi dalam Islam, prinsip, etika dan matlamat ekonomi Islam Terdapat empat nilai utama yang menjadi ciri kepada ekonomi Islam iaitu Rabbaniah, Akhlaqiah, Insaniah, dan Wasatiah

1. Ekonomi Rabbani
Ekonomi Islam bersifat Rabbani kerana ia berdasarkan kepada caracara yang telah digariskan oleh syariat Allah S.W.T. dan bertujuan untuk mendapat keredhaanNya Ciri ini dapat membentuk beberapa pemikiran ekonomi Islam seperti perlaksanaan konsep khalifah di dalam semua aktiviti ekonomi; ekonomi adalah ibadah kepada Allah S.W.T.; ekonomi bukan matlamat tetapi sebagai alat untuk mencapai kehidupan ukhrawi; ekonomi untuk mencapai kebaikan dan kebajikan manusia; dan ekonomi terkawal melalui konsep halal dan haram.

2. Ekonomi Akhlakiah
Bermaksud ekonomi berlandaskan nilai akhlak Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Menurut Jacque Ostorois: Islam merupakan sistem hidup yang praktikal dan juga nilai akhlak yang luhur dan mulia Nilai akhlak menghalang ekonomi darimerosakkan lima aspek keperluan manusia (agama, akal, maruah, nyawa dan harta)

3. Ekonomi Insaniah
Ekonomi Islam bersifat kemanusiaan kerana ia bertujuan untuk membantu manusia memenuhi hajat dan keperluan mereka dalam menjalani kehidupan supaya mampu menjalankan kewajipan mereka terhadap Allah S.W.T., diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini sudah menjelaskan bahawa Nilai insaniah: 1. Menggalakkan persaudaraan, adil, kasih sayang,bantu membantu dsb 2. Membenteras permusuhan, penindasan, hasad dengki, khianat dsb Al-Quran(al-Taubah: 71)

4. Ekonomi Wasatiah
Bermaksud ekonomi sederhana dan seimbang: 1. Dunia dan akhirat 2. Rohani dan jasmani 3. Material dan pahala Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepadamu kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian kamu didunia. ( Surah Al-Qasas; ayat 77).

3.0 METODOLOGI DAN SUMBER RM PENGKAJIAN EKONOMI ISLAM


RM

$
RM

METODOLOGI EKONOMI ISLAM


Pertama adalah idea dan prinsip dasar idea bersumber dari al-Quran, Sunnah & Ijtihad Kedua ialah pendekatan nilai Islam terhadap kandungan ekonomi RM berkaitan konsep utiliti dalam Islam Ketiga tentang realiti ekonomi

RM

$
Muhammad Anas Zarqa (1992)

bagaimana ekonomi Islam dapat dilaksanakan

RM

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM


ASAS : - Tauhid menjadi asas kepada segala perekonomian secara Islam

ASAS-ASAS PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM


I. Pemilikan kepada seluruh sumber alam ini adalah milik mutlak Allah s.w.t. II. Manusia merupakan khalifah RM RM

III. Segala kejadian di alam ini dijadikan untuk kemudahan manusia dalam lingkungan peraturan yang dibenarkan.

IV. Setiap sumber mesti digunakan untuk memenuhi matlamat Ubudiyyah kepada Allah s.w.t.

RM
V. Kenikmatan dunia bersifat sementara bagi memenuhi keperluan akhirat

RM

Perkembangan pemikiran RM ekonomi Islam Bahagian yang tetap

RM Bahagian yang berubah

Bahagian tetap
Asas-asas ekonomi berdasarkan al-Quran & alSunnah Mesti diterima & diamalkan setiap masa & tempat Contoh: harta adalah hak milik Allah SWT, kebebasan yang terbatas, asas jaminan dll.

Bahagian berubah
Berkaitan kaedah & cara melaksanakan konsep Islam yang terdapat dalam al-Quran & al-Sunnah Dihasilkan melalui Ijtihad oleh para Mujtahid (ulama) & ulil amri Perbezaan pendapat di kalangan ulama (mengikut tempat & waktu) adalah dibenarkan

Hadith
Perbezaan pendapat di antara ulama umatku adalah rahmat. Contoh: ukuran batas kecukupan, hak-hak campurtangan kerajaan dalam ekonomi, prosesproses mewujudkan keadilan sosial dll

Usul Fiqh

RM
METODOLOGI EKONOMI RM ISLAM

Qawaid Fiqhiyyah

Maqasid Syariah

RM

Kaedah-kaedah Kaedahi. Usul fiqh ii. Qawaidh Fiqhiyyah iii. Maqasid Syariah

Usul fiqh
Kaedah-kaedah untuk mengeluarkan @ memahami hukum syarak dari dalil-dalil yang tafsil Bentuk hukum seperti kalimah perintah (sighah amar), kalimah melarang (sighah nahi), kalimah umum, mutlak dsbnya

kaedah-kaedah usul fiqh ini dibahaskan kepada dalil-dalil yang terperinci untuk mencapai hukumhukum syariat yang ditunjukkan agar mudah difahami Sekiranya tiada hukum di dalam nas, maka hukumnya ditetapkan melalui Qias, Istihsan, Istishab dsbnya

Qawaidh Fiqhiyyah
Kaedah-kaedah umum yang meliputi seluruh cabang masalah fiqh yang menjadi panduan untuk menetapkan hukum 40 kaedah atau lebih Contoh : i. Menolak segala yang merosakkan ii. Menarik segala yang baik

iii. iv. v. vi. vii.

Keyakinan itu tidak dikalahkan oleh keraguan Kesukaran dapat menarik kepada kemudahan Kemudharatan harus dilenyapkan Adat dapat menjadi hukum Segala urusan bergantung kepada tujuannya

Maqasid Syariah Syar


Tujuan-tujuan syariat Penting bagi memahami nas-nas syariah dalam bentuk yang sah & mengambil hukum daripadanya Tujuan asal: menentukan kemaslahatan manusia dan memelihara / menjauhi mereka daripada perkara yang merosakkan

Contoh
i. ii. iii. iv. v. Memelihara agama / akidah Memelihara nyawa Memelihara akal Memelihara harta Memelihara maruah & kehormatan

Asas tujuan syariah


Kepentingan dharuriyyah Kepentingan hajiyyah Kepentingan tahsiniyyah Kepentingan kamaliyyah

SUMBER PENGKAJIAN EKONOMI ISLAM i. Al-Quran ii. Al-Sunnah iii.Ijtihad : - Ijmak - Qiyas

SUMBER HUKUM
AL-QURAN Sumber yang terpenting dan dalil pertama dalam penentuan hukum (tidak boleh didahului oleh sumber-sumber hukum yang lain) AL-SUNNAH Perjalanan Rasulullah SAW, yang meliputi ucapan, perbuatan dan pengakuannya. Sumber perundangan kedua selepas Al-Quran

IJTIHAD
Makna (bahasa) : bersungguh-sungguh Makna (istilah) : usaha seorang faqih untuk mendapat hukum syariat yang belum terdapat dengan terang sama ada dalam alQuran atau Hadis. Mujtahidun : Orang-orang yang melakukan Ijtihad

IJMAK Kesepakatan ulamak mujtahidin tentang sesuatu hukum dan peraturan agama. QIAS Suatu hukum agama yang telah tetap tentang sesuatu perkara dan dijadikan hukum untuk sesuatu perkara yang lain apabila kedua-duanya dianggap mempunyai sebab atau sifat yang sama

4.

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI ISLAM

4.1 Sejarah Perkembangan


Tiga tahap iaitu : I. Kesuburan II. Kemerosotan / kemunduran III.Kebangkitan

Tahap Pertama : Kesuburan


Zaman awal Islam Amalan ekonomi amat terhad kepada penternakan dan perniagaan Ijtihad tertumpu kepada penjelasan hukum muamalat dan penyelesaian masalah ekonomi pada masa itu Kesannya: prinsip-prinsip ekonomi dalam Islam gagal disingkap secara menyeluruh

Abad ke-2 Hijrah : terbit kitab-kitab fekah yang tentang kegiatan ekonomi secara terperinci Kitab-kitab khusus : isu riba, monopoli, sistem harga, syarikat, sistem pasaran & lain-lain permasalahan ekonomi semasa Kecenderungan ulama : mengkaji aktiviti ekonomi berlandaskan dalil-dalil al-Quran & al-Sunnah Tetapi hasil-hasil kajian gagal disatukan sebagai satu disiplin ilmu yang khusus

Contoh kitab :
Al-Kharaj oleh Abu Yusuf Al-Kharaj oleh Yahya ibn Adam Al-Amwal oleh Abu Ubaid ibn Salam Al-Kasb fi ar-Rizq oleh Imam Muhammad al-Syaibani Muqaddimah oleh Ibn Khaldun Al-Ibar oleh Ibn Khaldun Al-Hisbah fil Islam oleh Ibn Taymiyah Al-Siasah al-Syariah fil Islah al-Rai wal Raiah oleh Ibn Taymiyah

Tahap Kedua : Kemerosotan / Kemunduran


Abad ke-4 Hijrah / 12 Masihi Berlaku konflik : Pemerintah dan masyarakat awam terlibat dengan kegiatan fitnahmenfitnah Kemunafikan Permusuhan di kalangan ulama yang Pergolakan politik Kebinasaan meluas Kecenderungan hidup secara zuhud meningkat Penjajahan Eropah

Pada peringkat awal : tidak mengugat kesuburan pengkajian ilmu Islam Jangka masa panjang : wujud kebekuan dalam ilmu-ilmu Islam Akhir : para ulama hanya sekadar bertaqlid & tertutuplah pintu ijtihad dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang dihadapi

Tiada ulama untuk menyubur, mengembangkan & menerapkan amalan ekonomi Islam dalam kehidupan masyarakat Ilmu-ilmu ekonomi Islam hanya tersimpan di dalam kitab-kitab lama Kekosongan ilmu ini menyebabkan orang Islam beralih ke dunia luar Timur dan Barat bagi mempelajari ilmu ekonomi Revolusi industri di Barat (abad ke-18 Masihi) Ramai individu Islam mempelajari ilmu dari sana

Tahap Ketiga : Kebangkitan


Awal abad ke-20 Masihi, umat Islam mula menyedari wujudnya ketidak serasian & kelemahan-kelemahan dalam sistem ekonomi dari Barat Seruan supaya umat Islam kembali kepada agama Islam yang sebenar Para sarjana Islam telah & sedang berusaha mengkaji & menyusun semula khazanah ilmu ekonomi Islam Gerak kerja pengkajian ekonomi Islam : - kajian sebahagian - kajian menyeluruh - kajian sejarah

Mutakhir : sistem ekonomi Islam sebagai satu subjek khusus yang diajar di banyak institusi pengajian tinggi di seluruh dunia Ramai pelajar yang menulis tesis M. A. & Ph.D Ratusan institusi penyelidikan yang khusus bagi ekonomi Islam Dari segi penulisan ekonomi Islam dalam pelbagai topik penulisan mengikut kaedah kontemporari

Contoh karya kontemporari ;


Some Aspects of the Islamic Economy oleh Muhammad Nejatullah Siddiqi (1970) The Economic Enterprise in Islam oleh Muhammad Nejatullah Siddiqui (1979) Economic Doctrines of Islam (Jilid I IV) oleh Afzal-UrRahman (1974) Towards a Just Monetary System oleh Muhammad Umar Chapra (1985) Islamic Economics: Theory and Practice oleh Muhammad Abdul Mannan (1986)

4.2 FAKTOR KECEMERLANGAN

1. Kemerdekaan negara Islam


Kemerdekaaan negara Islam selepas Perang Dunia Kedua Keperluan untuk meningkatkan ekonomi negara Kegagalan sistem ekonomi Barat Para sarjana Islam beralih kepada Islam untuk mencari alternatif Terbit berbagai gagasan berkaitan ekonomi Islam seperti peranan kerajaan, perbelanjaan awam & lain-lain.

2. Kesedaran Islam
Keruntuhan moral dan kemiskinan teruk Membawa kepada kesedaran Islam & keinginan melaksanakannya dalam seluruh kehidupan Negara Islam adalah miskin & terbelenggu dengan masalah hutang Persoalan riba telah menjadi faktor perbahasan di kalangan sarjana Islam Perkenal amalan perbankan secara Islam yang berdasarkan konsep perkongsian untung Bermula dengan perbincangan teoretikal Akhirnya tertubuh bank Islam eksperimen di Mit Ghamr, Mesir (1963)

3. Persidangan ekonomi Islam


First International Conference on Islamic Economics, Mekah (1976)

Persidangan pertama sebagai pemangkin di peringkat antarabangsa Dr. Muhammad Omar Zubair & Prof. Khurshid Ahmad telah memainkan peranan penting menggerakkan momentum dalam bidang ekonomi Islam Kertas kerja utama Muslim Economic Thinking (Dr. M. N. Siddiqi) telah menjadi asas kepada perbincangan di kalangan para peserta persidangan & pemangkin bagi pembangunan ekonomi Islam seterusnya

Antara institusi terpenting ialah : Association of Muslim Social Scientists, Amerika Syarikat (1972) Islamic Foundation, Leicester, United Kingdom (1973) Islamic Economics Research Bureau, Dhaka, Bangladesh (1976) Centre for Research in Islamic Economics, King Abdulaziz University, Jeddah (1977) International Institute of Islamic Thought, Herndon, Virginia, Amerika Syarikat (1981) Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank (1983) Kulliyah of Economics, International Islamic Universiti Malaysia (1983) Institusi paling menonjol sumbangan : Centre for Research in Islamic Economics (King Abdulaziz University) Islamic Research and Training Institute (IDB)

4. Peranan institusi Islam

4.3 Tokoh tokoh Ekonomi Islam sIlam dan Sumbangan

Ibn Khaldun (732 808 Hijrah / 1332 1404 Masihi)


Nama sebenar :Abdul Rahman Abu Zaid Waliddin Bin Khaldun Al-Maliki Al-Khadrami Kelahiran :27 Rejab tahun 733 Hijrah (1332 Masihi), di Tunisia Tempat tinggal :Kota Sivile, Sepanyol Jawatan :Setiausaha Khas bahagian surat-menyurat kerajaan, Ahli Majlis Pengajian Dupas, Hakim Kepakaran :Sejarah, sosiologi dan ekonomi

Sumbangan :
Kitab : - Muqaddimah - Kitab al-Ibar - Sejarah Barbar Tajuk : -Pembahagian buruh -Perdagangan antarabangsa -Kewangan awam

Ibn Taymiyah (661 728 Hijrah / 1263 1328 Masihi)


Nama sebenar :Yaqi Al-Din Abu Abbas Ahmad Bin Syahab Al-Din Abi Al-Mahasn Abdul Halim Bin Majd Al-Din Al-Barakat Abdul AlSalam Bin Abi Muhammad Abdullah Bin Abi Al-Qassin Al-Qard Bin Muhammad Bin Al-khadr Bin Ali Bin Abdullah Taymiyah Kelahiran: 10 Rabiul Awwal tahun 661 Hijrah / 22 Januari 1263 M Harran, Damsyik Jawatan :Ulama Kepakaran :Semua bidang ilmu Islam (termasuk Tasawwuf dan falsafah)

Sumbangan :
Kitab : Al-Hisbah Fil Islam Al-Siyasah Al-Syariah Fil Islah Al-Rai Wal-Raiah Tajuk : - Keadilan urusniaga - Perkongsian - Peranan permintaan & penawaran

Imam Ghazali (451 505 Hijrah / 1055 1111 Masihi)


Nama sebenar :Abu Hamid Ibn Muhammad Ibn Muhammad Al-Tusi Al-Shafii Al-Ghazali Kelahiran :451 Hijrah / 1055 Masihi Khorman, Iran Jawatan :Profesor di Universiti Nizamiyah, Baghdad, Ahli sufi Kepakaran :Agama, falsafah dan sufi

Sumbangan :
Kitab : Ihya Ulumuddin Al-Mustasfa Mizan al-Amal Al-Tibr Al-Masbuk Fi- Nasihat Al-Muluk Tajuk : - Fungsi wang - Cukai

4.4 Pemikir pemikir Ekonomi islam sEmasa dan Sumbangan

Dr. M. N. Siddiqi (1931 - )


Nama sebenar :Muhammad Nejatullah Siddiqi Kelahiran :1931, Gorakhpur, India Jawatan :Professor Ekonomi, International Center for Research in Islamic Economics, Universiti King Abdul Aziz, JeddahProfessor & Dekan, Jabatan Pengajian Islam, Aligarh UniversityReader in Economics, Universiti Aligarh, Editor jurnal Islamic Thought, Editor Journal of Research in Islamic Economics (Jeddah) Anugerah : King Faisal International Prize for Islamic Studies (1982) serta American Finance House Award (1993)

SUMBANGAN :
Kepakaran :Agama, ekonomi Islam, perbankan Islam Buku : Some Aspects of Islamic Economy (1970) Economic Enterprise in Islam (1972) Banking Without Interest (1976) Muslim Economic Thinking (1981) Issues in Islamic Banking (1983)

M. Umer Chapra (1933 - )


Nama sebenar :Muhammad Umer Chapra Kelahiran :1933, Arab Saudi Jawatan :Penasihat Penyelidik, Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Islamic Development Bank, JeddahPenasihat Kanan Ekonomi, Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA)- selama 35 tahun, Pensyarah, Universiti Wisconsin dan Universiti Kentucky, Amerika Syarikat, Institute of Development Economics, Pakistan, Islamic Research Institute, Pakistan Anugerah : The Islamic Development Bank Award for Islamic Economics dan King Faysal International Award for Islamic Studies (1989)

SUMBANGAN :
Kepakaran/ sumbangan :Agama, ekonomi Islam, perbankan Islam Buku : Objectives of Islamic Economic Order (1979) The Islamic Welfare State and Its Role in the Economy (1979) Towards a Just Monetary System (1985) Contributions to Islamic Economic Theory : A Study in Social Economics (1986)

5.0 KONSEP ASAS EKONOMI ISLAM

KONSEP PENGELUARAN ISLAM

Definisi Pengeluaran
Satu usaha mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang terdapat di dalam berbagai kurniaan Ilahi serta mewujudkan satu aliran bekalan barangan dan perkhidmatan bagi yang memerlukan.

Objektif Pengeluaran
meningkatkan kekayaan dan kepuasan matlamat akhir ialah beribadat kepada Allah untuk mencapai keredhaan dan al-falah. meningkatkan kebajikan ekonomi, mengefiseinkan penggunaan sumber dan memaksimumkan keuntungan adalah jalan untuk mendapatkan rezeki bagi mencapai objektif tertentu : 1- menyediakan keperluan sendiri secara sederhana 2- memenuhi keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya 3- menyediakan keperluan bagi masa hadapan 4- peruntukan bagi generasi akan datang 4- khidmat sosial dan sumbangan pada jalan Allah

Kepentingan Pengeluaran
ekonomi konvensional: -pengeluaran meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui peningkatan kebajikan ekonomi dengan menawarkan sebanyak mungkin barangan ekonomi. -mencorakkan pengguna sumber secara cekap bagi imbangi sumber yang ada berbanding kehendak manusia yang tidak terbatas.

ekonomi Islam:
Allah menyediakan kemudahan di bumi, manusia wajib mengolah sumber rezeki untuk keperluan mereka. S. Al-Mulk :15 yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjuru dan makanlah sebahagian dari rezekinya.

Konsep Barangan dan Perkhidmatan


Ekonomi Moden Barangan ialah sesuatu yang memiliki citarasa dan nilai ekonomi Perkhidmatan ialah melaksanakan sesuatu urusan utama bagi memudahkan aktiviti pengeluran & pengagihan.

Ekonomi Islam
Barangan & perkhidmatan tidak tertumpu kepada barangan ekonomi tetapi meliputi juga barangan kerohanian.

Monzer Khaf : 2 istilah


al-tayyibat : barangan baik & berkembang al-rizq : anugerah & pemberian Ilahi

Ciri-ciri barangan dalam Islam: Ciri Boleh guna Berfaedah Membawa kebaikan kebendaan, moral dan kerohanian

Jenis Barangan dan Perkhidmatan


Asas Pemilihan : Ekonomi Moden : Harga, pendapatan & pilihan alternatif Ekonomi Islam : Pemilihan jenis berasaskan matlamat pengguna Muslim.

4 jenis matlamat pengguna Muslim:


(i) memenuhi keperluan hidup secara sederhana (ii) penghindaran penggunaan barangan yang dilarang (iii) penggunaan barangan ekonomi yang tidak boros, berlebihan dan membazir (iv) penggunaan serta kepuasan yang terhasil adalah alat kepada pencapai kepuasan yang hakiki di akhirat.

Hiraki susunan barangan: barangan:


Barangan Dharuriyyah- asasi Barangan Hajiyyah - kecekapan Barangan Tahsiniyyah - keselesaan Barangan Kamaliyyah kemewahan

Mendahulukan Dharuriyyah dan diikuti dengan pilihan lain. Perbelanjaan melebihi Kamaliyyah dianggap membazir @ merugikan

Jumlah Barangan & perkhidmatan


Islam : - berdasarkan ketetapan pengeluar ( petunjuk permintaan pengguna) dan penyeliaan kerajaan - Penting supaya permintaan & penawaran sentiasa berasaskan kepentingan hiraki secara teratur

Peranan kerajaan dalam peruntukan sumber


Supaya pengeluar memperuntukan sumber untuk pengeluaran barangan dharuriyyah Untuk mengelak pengeluaran barangan tarafiyyah / membazir

Peruntukan sumber antara keluaran


Barangan keperluan

A2

A1 0

B B1 B2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)


Barangan selesa / mewah

Keluk pengeluaran AB
Penduduk padat, kemungkinan kombinasi titik A Kepentingan umum diutamakan Sebahagian sumber diguna untuk pengeluaran dharuriyyah Sedikit untuk tahsiniyyah/kamaliyyah

Penduduk sedikit Kemungkinan kombinasi titik B Sebahagian kecil sumber untuk pengeluaran dharuriyyah & selebihnya untuk keselesaan

KONSEP PENGGUNAAN ISLAM

Pendahuluan
Penggunaan adalah berkait rapat dengan permintaan seperti pengeluaran dan penawaran. Penggunaan menggalakkan individu membelanjakan pendapatan, dan mendorong untuk meningkatkan lagi pendapatan tersebut.

Definisi Penggunaan
Dari segi bahasa: guna atau pakai Istilah: perlakuan mengguna barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa. Pandangan Islam: berasal dari perkataan istihlaq, dinyatakan sebagai itlaf ainiaitu melenyapkan zat dan menghilangkan faedahnya; mengguna pakai sesuatu benda atau barangan yang boleh memberi faedah bagi menghasilkan manfaat yang dikehendaki.

Dr. Muhammad Abd. Muim Ghafar: Mu


- Menggunakan barangan dan perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan manusia dan citarasa mereka. - Ia mempunyai tujuan dan matlamat penting dalam kegiatan ekonomi.

Falsafah Penggunaan
Kemaslahatan Pemilikan Pengabdian Amanah

Kemaslahatan
Keperluan sebenar manusia terhadap barangan dan perkhidmatan lebih kepada dasar kemaslahatan. Menurut Imam al-Syatibi, barangan dan perkhidmatan terhadap 5 asas utama iaitu nyawa, agama, akal, harta dan keturunan adalah suatu keperluan penting dalam penggunaan

Pemilikan
Penggunaan sesuatu barangan hanya boleh berlaku setelah ada pemilikan definisi al-milk dalam Islam: Iaitu pengkhususan seseorang terhadap sesuatu benda yang memungkinkannya untuk bertindak hukum terhadap benda itu (sesuai dengan keinginannya) selama tidak ada halangan syarak.

Ini bermakna, apabila seseorang mempunyai hak milikan, dia bebas menggunakan dan mengeksploitasi tanpa gangguan selagi tiada halangan syarak.

Tujuan penggunaan dalam aktiviti kehidupan ialah pengabdian diri kepada Allah. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: Bagaimana kamu memperolehi hartamu dan bagaimana pula kamu membelanjakannya. Hadis ini berkaitan kedudukan mencari harta dan ikatan menghambakan diri kepada Allah.

Pengabdian

Amanah
Kepenggunaan ialah amanah Allah. Justeru, segala sikap pengguna perlu terbentuk dengan baik, dan setiap kehendak perlu dikawal agar ia tidak melampaui syarak.

PRINSIP-PRINSIP PRINSIPKEPENGGUNAAN
Kebenaran / Hak Kebersihan & suci Kesederhanaan Kemanfaatan & kemaslahatan Kerohanian & akhlak

Kebenaran / Hak
Islam hanya membenarkan manusia menggunakan perkara-perkara yang diizikan oleh Allah, baik dari segi zat, cara, tujuan penggunaan tersebut. Arak, babi, barangan curi, barangan yang diperolehi secara penipuan dan penindasan adalah ditegah dalam Islam.

Begitu juga barangan halal akan menjadi haram apabila tujuan penggunaannya bukan kerana Alllah, seperti penyembelihan untuk penyembahan dewadewa, jin syaitan dan sebagainya kerana arah penggunaan barang tersebut bukan di atas dasar yang hak.

-Barangan yang digunakan mestilah bersih dan suci, baik, berguna dan sesuai untuk dimakan(jika barangan makanan). -Barangan haram, kotor, bercampur najis, busuk atau basi adalah barangan yang memudharatkan yang tidak boleh di gunakan atau dimakan. -Begitu juga persediaan barangan atau makanan seperti bekas atau tangan yang digunakan untuk makan mestilah bersih dan suci daripada sebarang kekotoran atau najis.

Kebersihan dan Suci

Islam mengharamkan barangan kemas dan sutera bagi laki-laki yang disabdakan oleh Nabi Muhammmad s.a.w yang bermaksud: Kedua-dua ini sutera dan emas haram bagi laki-laki dari umatku Begitu juga Rasulullah memberi amaran keras kepada sesiapa yang menggunakan bekas emas atau perak untuk makanan.

Kesederhanaan
Islam menganjurkan penggunaan setakat tingkat minimum supaya dapat mengawal dan menahan kehendak nafsu dan tidak berlebih-lebihan. Ini jelas dalam firman Alllah s.w.t yang bermaksud: Dan juga mereka(yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara(boros dan kedekut) itu

Penggunaan yang berlebihan adalah amalan yang dikeji kerana perbuatan ini merupakan israf(boros) dan tabzir Islam menganjurkan penggunaan perbelanjaan yang sederhana dan seimbang yang terletak diantara keborosan dan kekikiran.

Pertambahan pengeluaran dan pendapatan adalah tidak seharusnya digunakan untuk peningkatan penggunaan. Lebihan pendapatan selepas memenuhi keperluan minima (dharuriyyat) perlu dibelanjakan untuk infak fisabilillah, bagi membantu keluarga, jiran, fakir miskin, anak yatim dan orang-orang dalam kesusahan yang perlukan pertolongan

Kemanfaatan dan Kemaslahatan


Segala anugerah Allah yang halal tidak salah untuk digunakan selagi ia boleh memberikan manfaat dalam bentuk ketahan hidup(survival), pemulihan dan pembentukan kesihatan serta kesempurnaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah. Malah dalam keadaan darurat barangan yang haram pun dibolehkan asalkan tidak keterlaluan.

Kerohanian dan Akhlak


Penggunaan mesti dapat memenuhi etika, adat kesopanan dan kelakuan terpuji dengan mengenepikan sifat-sifat tercela. Sifat syukur, zikir, fikir dan sabar ada dalam masa penggunaan. Bersyukur dengan pemberian yang ada sambil memikirkan nasib mereka yang tidak mendapat peluang ini. Ingat kepada Allah yang memberikan kita kehidupan dengan melakukan sesuatu perbuatan dengan kalimah Bismillah.

Kepentingan Kepenggunaan
Bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t Sederhana Etika tidak guna sumber untuk aktiviti haram Bersederhana & tidak menunjuk-nunjuk Dapat hapus masalah kekurangan & inflasi

Matlamat - memilih secara konsisten & berasaskan Syarak Sistematik agihan kekayaan secara sistematik berdasarkan Syariah Tidak tertumpu kepada satu golongan kecil sahaja

Kedudukan kehendak dan keperluan manusia.


Pembentukan Kehendak Manusia Faktor-faktor terhadap pembentukan kehendak manusia: Naluri tabii Tanggungjawab sosial Pengiklanan Pembangunan ekonomi Kesan demonstrasi

Ciri-Ciri Kehendak Manusia: CiriManusia:


1- Kehendak tak terbatas 2- Kehendak boleh dipenuhi. dipenuhi. 3- Kehendak berulang-ulang. berulang-ulang. 4- Kehendak saling melengkapi 5- Bersaing. Bersaing. 6- Bertukar jadi tabiat. tabiat. 7- Berubah-ubah. Berubah-ubah.

Konsep Kehendak & keperluan


Eko. Moden : Kehendak merujuk keperluan manusia yang disertai keinginan dan kuasa. Kehendak yang berkesan ialah yang dapat dipenuhi. Ekonomi Islam : Menekan soal keperluan bukannya kehendak.

Motif dan Matlamat perlakuan Pengguna


Ekonomi Islam: -Pencapaian al-falah melibatkan kejayaan dunia dan akhirat. - merujuk kepada pencapaian insan muslim dan merujuk kepada kejayaan dan kebahagiaan untuk urusan kebendaan dan kerohaniaan. - Ia akan tercapai sekiranya individu melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.

Perkara-perkara yang PerkaraMempengaruhi Gelagat Pengguna. Pengguna.


Keyakinan pada hari akhirat. Konsep kejayaan dalam Islam. Konsep harta. Konsep barangan dan perkhidmatan. Etika dalam penggunaan.

1.

PRINSIP GELAGAT PENGGUNA: Keyakinan kepada hari Akhirat Pengguna yakin adanya kehidupan selepas mati dan ia akan merancang kehidupan dunia dan akhirat Kesan dunia ialah nilai faedah atau utiliti dapat dinikmati serta merta (melalui penggunaan barang dan perkhidmatan) Kesan akhirat ialah utiliti tertangguh (melalui penggunaan kerohanian)

2. Konsep kejayaan (al-falah) Tindakan pengguna untuk mencapai kejayaan berlandaskan keredhaan Allah semata-mata :-semua aktiviti dianggap amanah dan tanggungjawab yang mesti dilakukan

3. 4.

Konsep harta (al-mal) Harta adalah anugerah dan amanah Allah dan mesti dibelanjakan untuk tujuan yang baik Penggunaan secara Islam : bukan sekadar berbelanja untuk kepuasan segera (dunia) tetapi juga perbelanjaan untuk kepuasan akhirat Konsep barangan dan perkhidmatan Pemilihan barang : halal, bermanfaat, tidak memudaratkan (moral dan spiritual) Kelonggaran penggunaan barang haram ketika dharurat (dibenarkan hanya setakat yang diperlukan sahaja)

KONSEP PENGAGIHAN ISLAM

KEPENTINGAN PENGAGIHAN
pengagihan sebagai suatu yang penting kerana ia memberi implikasi secara langsung kepada kebajikan manusia. supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu (surah al-Hasyr ayat 7)

pengagihan fungsian yang melibatkan faktor tanah dan sewa Barangsiapa yang mempunyai tanah lebihan, mestilah mengusahakannya atau dipinjamkan kepada saudaranya untuk dimanfaatkan. Jika saudaranya itu enggan menerimanya, maka dia mestilah memelihara tanah tersebut (Sahih Muslim)

Etika Aktiviti Pengagihan


Aspek pengagihan dalam ekonomi Islam terikat dengan dua etika penting yakni adl dan ihsan. ... Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adl dan berbuat ihsan (surah alNahl ayat 90).

aspek keadilan perlu ditegakkan dalam memberi ganjaran kepada faktor-faktor pengeluaran agar sesuai dengan sumbangan masing-masing dalam aktiviti pengeluaran. Penekanan Islam terhadap aspek ihsan pula, sedemikian rupa hinggakan dalam sesetengah keadaan, penghayatan semaksimum mungkin terhadap konsep ini adalah dianjurkan seperti mana yang dapat dilihat anjuran al-Sunnah terhadap pemberian tanah untuk diusahakan oleh orang lain secara percuma.

Kesan : riba sebagai salah satu ganjaran untuk faktor pengeluaran dalam ekonomi konvensional tidak diterimapakai dalam ekonomi Islam. kerana dilihat dari : (I) neraca keadilan, adalah tidak adil untuk memperolehi pulangan lebihan secara pasti terhadap modal yang dipinjamkan kepada pihak lain yang akan mengusahakan modal tersebut dengan tertakluk kepada risiko kerugian. (ii) neraca kebajikan, ia adalah merupakan penjelmaan amalan buruk mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain

Matlamat Aktiviti Pengagihan


i) Mewujudkan sebuah sistem ekonomi yang praktikal Matlamat ini menekankan agar setiap individu akan mendapat bahagian masing-masing selaras dengan tenaga dan sumber-sumber yang telah dicurahkan

ii) Setiap individu mendapat hak masingmasingmasing


Matlamat ini bertujuan untuk membolehkan setiap individu mendapat hak masing-masing. Ekonomi Islam tidak hanya memperuntukkan hak harta kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran sahaja malah juga kepada mereka yang ditetapkan Allah SWT sebagai rakan kongsi terhadap harta tersebut.

iii) Membasmi penumpuan harta


Islam amat memberi perhatian agar harta janganlah dibiarkan tertumpu kepada segelintir golongan manusia sahaja tetapi sebaliknya mestilah dibenarkan berkisar dalam masyarakat seberapa luas yang boleh supaya jurang antara yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.

HARGA FAKTOR DAN PENGAGIHAN PENDAPATAN DALAM EKONOMI ISLAM


dua golongan manusia yang mempunyai hak terhadap harta yang dihasilkan : a) Mereka yang mempunyai hak utama (primer) golongan ini merupakan faktor-faktor pengeluaran yang telah mengambil bahagian dalam proses pengeluaran. Hak ini terdapat dalam bentuk upah, sewa dan untung.

b) Mereka yang mepunyai hak kedua (sekunder) golongan yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran. Hak mereka diperolehi melalui ketetapanketetapan yang telah ditetapkan Allah Subhanahu wa Taala ke atas pengeluarpengeluar harta untuk jadikan mereka ini sebagai rakan kongsi terhadap harta pengeluar-pengeluar tersebut.

Masing-masing akan mendapat ganjaran berikut; i) satu bahagian akan diperuntukkan kepada modal dalam bentuk untung. ii) bahagian kedua diperuntukkan kepada aset-aset fizikal yang terlibat dalam proses pengeluaran dalam bentuk sewa. iii)Bahagian ketiga akan diberi kepada buruh dalam bentuk upah.

PEMILIK HAK SEKUNDER TERHADAP HARTA


Islam telah menggariskan satu senarai yang panjang berhubung dengan mereka yang mempunyai hak sekunder terhadap harta. Tanggungjawab untuk tujuan yang murni ini tidak sahaja dibebankan ke atas negara malah melibatkan ramai pihak. Bagi mencapai matlamat pengagihan peringkat kedua ini, Islam telah menetapkan satu sistem yang teratur dan kemas.

harta secara prinsip, adalah hakmilik Allah SWT adalah Pencipta sebenar harta dan Dialah yang menganugerahkan harta tersebut kepada manusia akan hak pemilikan terhadap harta. Meskipun manusia adalah pemilik terhadap ganjaran yang diperolehinya sebagai pulangan dari usahanya, hakikat sebenar ialah Allah SWT dengan limpah rahmatNya memberi kepada manusia keupayaan untuk berusaha dan Dialah juga yang mencipta harta

Dengan ini, manusia adalah tidak bebas sama sekali untuk menggunakan harta dengan sewenang-wenangnya dan ia terikat dengan perintah-perintah Allah SWT Manusia adalah bertanggungjawab untuk membelanjakan harta ini di tempat yang Allah SWT telah arahkannya.

Asas kefahaman mengenai perkara di atas sekaligus membawa kepada kedudukan golongan kedua yang turut berhak terhadap harta kerana kepentingan tertentu selain daripada faktor-faktor pengeluaran yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. Menurut Islam, setiap individu dalam golongan kedua ini adalah juga berhak kepada harta yang dihasilkan kerana pemilik-pemilik hak utama atau primer terhadap harta mesti memberi harta tersebut ekoran dari terikat dengan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah

Harta-harta dalam kategori hak Hartasekunder


Zakat Nafaqah Faraid Sedekah sunat Kafarat dan lain-lain

Zakat
Definisi zakat: kadar tertentu yang diberikan kepada orang yang berhak menerimanya dengan beberapa syarat tertentu. Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat fitrah dan Zakat Harta Contoh Zakat Harta : zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat emas / perak dan lain-lain. 8 penerima zakat : faqir, miskin, amil, muallaf, hamba, orang berhutang, fi sabilillah dan musafir

Peranan zakat :
a. menghapuskan kemiskinan b. meluaskan pemilikan harta dan pendapatan c. mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat d. membersihkan jiwa individu dari sifatsifat negatif seperti tamak

Nafkah
terbahagi kepada nafkah wajib dan nafkah sunat. Nafkah wajib termasuklah antaranya, nafkah di jalan Allah SWT untuk meninggikan agama Islam, zakat dan nafkah terhadap isteri manakala nafkah sunat termasuklah sedekah dan lain-lain. Nafkah wajib boleh dikuatkuasakan oleh negara, manakala nafkah yang lain terpulang kepada hati nurani seseorang dan sejauhmana taqwa mereka kepada Allah SWT

FARAID FARA
Menurut istilah syara, faraid adalah bahagianbahagian yang telah ditetapkan oleh syara bagi ahli waris Ia adalah berkaitan dengan pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanya

Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (surah al-Nisaayat 7)

WASIAT
Wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati Wasiat tidak boleh dibuat dengan sewenangwenangnya dan ia tertakluk kepada peraturan tertentu. Antaranya, wasiat tidak boleh dibuat untuk memperuntukkan harta kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka dan wasiat tidak boleh melebihi satu pertiga daripada keseluruhan harta

SADAQAH TATAWWU TATAWWU (SEDEKAH SUKARELA)


Sedekah sukarela sunat hukumnya pada setiap masa dan waktu Hadith: Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buahan di Syurga, sesiapa yang memberi minum seseorang Mukmin yang dahaga, Allah akan memberinya minuman Syurga Rahiq al-Makhtum pada Hari Akhirat, sesiapa yang memberi pakaian seseorang Mukmin yang tidak berpakaian, Allah akan memberi pakaian hijau di Syurga.

WAKAF
Amalan wakaf amat besar ertinya dalam kehidupan sosio-ekonomi dan keagamaan. Islam juga meletakkan amalan wakaf sebagai salah satu macam ibadah yang amat digalakkan. Hadith : Apabila seseorang meninggal dunia, semua pahala amalnya terhenti, kecuali tiga macam amalan, iaitu: Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang tuanya.

Yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah (sedekah yang mengalir) ialah menyediakan harta yang tahan lama, untuk maksud-maksud kebaikan, hingga manfaatnya dapat terus dinikmati, meskipun orang yang bersedekah telah meninggal. Para ulama telah bersepakat bahawa yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah itu tidak lain adalan amalan wakaf

Kafarah
Islam mengenakan kafarah ke atas kesalahankesalahan tertentu yang dilakukan di dalam ugama dengan memberi makan kepada golongan miskin. Misalnya, kafarah sumpah, kafarah zihar, diat membunuh tanpa sengaja dan sebagainya

Denda-denda dibayar bukan dalam bentuk wang yang dibayar kepada mahkamah yang akan mengkayakan negara tetapi al-Quran telah menentukan hukuman tertentu untuk faedah kemanusian misalnya membebaskan hamba abdi dan memberi makan kepada golongan miskin. Dengan cara ini, ia dapat menghapuskan penyakit-penyakit sosial

PERANAN PERBENDAHARAAN NEGARA ISLAM BAYT AL-MAL AL Dalam konteks Perbendaharaan Negara di samping harta zakat, harta-harta lain dalam Bayt al-Mal juga berfungsi secara positif kepada pengagihan semula harta. Harta benda ini termasuklah Kharaj (cukai tanah), Jizyah (cukai ke atas ahl Dhimmi), Usyur (cukai perdagangan), Fay (harta yang diperolehi daripada negara musuh secara aman), Ghanimah (harta rampasan perang), harta waqf, harta Maadin (hasil galian dan perlombongan) dan lain-lain

Hubungan sumber Bayt al-Mal dengan usaha-usaha ke arah pengagihan harta adalah jelas kerana boleh dikatakan semua jenis harta yang disimpan di Bayt al-Mal itu ada hak fakir dan miskin di dalamnya

BEBERAPA AMALAN YANG DILARANG DAN IMPLIKASINYA KEPADA PENGAGIHAN HARTA


Islam melarang beberapa amalan yang jelas memberi implikasi negatif kepada aspek pengagihan harta. Antara amalan ini termasuklah aktiviti riba, ihtikar (penguasaan dan penyorokkan barangan keperluan orang ramai), penipuan dalam aktiviti perniagaan dan sebagainya.

pemerintah berhak campurtangan demi mewujudkan kemaslahatan masyarakat. Dalam sejarah Islam, tindakan mencegah perkara-perkara yang mungkar ini dimainkan oleh institusi al-Hisbah

KONSEP PERTUKARAN ISLAM

PEMBENTUKAN KONTRAK PERTUKARAN


DEFINISI RUKUN & SYARAT AQAD IJAB & QABUL SUBJEK KONTRAK PIHAK YANG BERKONTRAK

DEFINISI
Kontrak @aqad : ikatan di antara satu pihak yang menawarkan (ijab) & satu pihak yang menerima tawaran (qabul) mengikut cara yang disyariatkan serta sabit kesannya terhadap persetujuan itu Contoh : jual beli & gadaian

RUKUN & SYARAT AQAD


1. Ijab dan qabul Ijab adalah tawaran yang dibuat oleh pihak pertama & qabul pula ialah penerimaan oleh pihak kedua terhadap tawaran yang dikemukakan Cara persetujuan: lafaz, tulisan, perbuatan, isyarat @ lain-lain mengikut keadaan semasa

2. Subjek aqad
i. ii. iii. syarat berhubung subjek : Dibenarkan oleh hukum syarak Mesti ada (wujud) sewaktu kontrak dilaksanakan Mesti diketahui dengan jelas tentang sifat & spesifikasinya iv. Mesti ada keupayaan penyerahan barang

3. Pihak yang berkontrak


i. Kelayakan : Kelayakan untuk menerima @ wajib (ahliyyah alwujub) Merujuk kepada seseorang yang layak menerima segala hak & tanggungjawab syara Asas: kemanusiaan & kehidupan

ii. Kelayakan untuk melaksana tugas (ahliyyah aladaa) Merujuk kepada seseorang yang layak menunaikan segala hak & tanggungjawab syara Asas: berakal, berfikir @ boleh membuat perbezaan (tamyiz)

5 peringkat : janin, kanak-kanak, mumayyiz, baligh & matang (rusyd) Perkara yang menghilangkan kelayakan : gila, dungu, pengsan, tidur, mabuk, sakit, mati dll

JENIS-JENIS KONTRAK JENISi. Kontrak yang sahih Jenis kontrak yang sempurna rukun-rukun @ syarat-syaratnya ii. Kontrak yang tidak sahih Jenis kontrak yang tidak sempurna rukun-rukun @ syarat-syaratnya

PENAMATAN KONTARK
i. ii. iii. iv. v. Pembatalan kerana rosaknya kontrak Tamat tempoh masa Disebabkan oleh khiyar Gagal melaksanakan kewajipan dalam kontrak Kematian

KHIYAR (PILIHAN)
Maksud: memilih sama ada meneruskan kontrak @ sebaliknya dalam sesuatu transaksi Faedah khiyar: i. Memberi peluang kepada semua pihak terhadap transaksi mereka ii. Mengelak ketidakpuasan & penyesalan iii. Memuaskan hati semua pihak

Bahagian-bahagian khiyar Bahagiani. Khiyar Majlis Setiap pihak yang berkontrak mempunyai hak dalam membatalkan kontrak selama mana berdua masih berada dalam majlis kontrak@pun salah seorang daripada mereka memberi pilihan (khiyar) kepada seorang lagi lalu ia memilih berkuatkuasanya kontrak itu

2. Khiyar Syarat
Kedua pihak (penjual & pembeli) @ seorang dari mereka membuat syarat sewaktu aqad Contoh: pembeli berkata Saya beli barang ini dengan harga RM100 dengan syarat khiyar selama 2 hari Tempoh khiyar syarat: tidak boleh lebih dari 3 hari(pandangan Abu Hanifah, Zufar & Syafii)

Penamatan tempoh khiyar syarat


Kontrak diteruskan @ dibatalkan Berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan @ tanpa pembatalan Kerosakan barang yang dikhiyarkan Berlaku penambahan pada barang yang dijual Kematian orang yang disyaratkan khiyar untuknya

3. Khiyar Aib
Cacat @ rosak sesuatu barang yang dibeli Aib (mengikut mazhab Syafii): sesuatu yang mengurangkan benda @ nilai @ sesuatu yang menghapuskan tujuan sebenar daripada pembelian barangan berkenaan

Kaedah-kaedah mensabitkan sesuatu kecacatan: Kaedahkecacatan:


i. Kecacatan yang dapat dilihat secara zahir Boleh dikenalpasti dengan mudah & jelas dengan pandangan mata kasar sahaja ii. Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar

BENTUK-BENTUK KONTRAK BENTUKPERTUKARAN


i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Wadiah Mudharabah Musyarakah Murabahah Ijarah Al-Rahn Qarhul hasan

al-Wadiah / Simpanan alSatu kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk menyimpan barang. Contoh : Pemilik barang menyerahkan barang kepada penyimpan untuk disimpan dan akan menyerahkan balik barang tersebut mengikut ketetapan yang dipersetujui bersama.

Rukun-rukun al-Wadiah : Rukunal i. ii. iii. iv. Pemilik harta Penyimpan harta Harta yang disimpan Sighah (Ijab dan Qabul)

Contoh aplikasi dalam operasi bank : Akaun Semasa dan Akaun Simpanan. Perkhidmatan Peti Simpanan

Tanggungjawab bank diasaskan kepada : i. Amanah (Yad Amanah) ii. Jaminan (Yad Dhamanah) Pihak bank bertanggungjawab ke atas keselamatan barang @ wang yang disimpan di bawah konsep Jaminan (Yad Dhmanah). :- Bank boleh menggunakan simpanan (wadiah) & bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerugian @ kerosakan sama ada secara sengaja @ sebaliknya.

al Mudharabah / perkongsian untung


Kontrak perkongsian di antara pembekal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan usaha / projek.

Rukun al-Mudharabah al i. Pemilik modal ii. Pengusaha iii. Modal iv. Kerja atau projek v. Untung / rugi Vi. Sighah (Ijab dan Qabul)

Jenis al-Mudharabah : al Mudharabah Mutlaqah Pemilik modal memberi kebebasan dan kuasa kepada pengusaha untuk menjalankan projek tanpa sekatan dari segi masa, tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. - Sekiranya mendapat kebenaran dari pemilik modal, pengusaha boleh mencampurkan modal satu Mudharabah dengan Mudharabah yang lain, dan bermudharabah peringkat kedua dengan pihak ketiga. - Dalam keadaan ini pengusaha akan menjadi pemodal dalam Mudharabah peringkat kedua dan pihak ketiga menjadi pengusaha.

Mudharabah Muqayyadah Di mana usaha dan aktiviti pengusaha dikhususkan mengikut masa, tempat, jenis perusahaan, pelanggan dan lain-lain yang tertentu sahaja. - Oleh itu usaha dan aktiviti pengusaha adalah terikat dengan had dan syarat tersebut.

Contoh aplikasi: Akaun Pelaburan dan Pembiayaan projek.

Musyarakah (usahasama) usahasama)


Musyarakah adalah kontrak perkongsian yang menetapkan hak di antara dua pihak @ lebih dengan menyumbangkan modal & keuntungan dibahagi sesama mereka. Musyarakah @ syarikat merupakan satu gabungan modal di kalangan ahli bagi membiayai suatu projek. Keuntungan / kerugian akan dibahagikan mengikut kadar sumbangan modal masing-masing.

Rukun Musyarakah
i. Pemegang saham / rakan kongsi ii. Modal iii. Projek iv. Untung / rugi v. Sighah (Ijab dan Qabul)

Jenis Musyarakah :
Syarikat al-Inan Ialah perkongsian dua orang atau lebih dari kalangan mereka yang mempunyai hak tasarruf (hak melakukan transaksi) dalam pengumpulan sejumlah harta; dalam cara pembahagian yang dimaklumi; atau dalam bentuk saham yang ditentukan. - Mereka bekerja bersama-sama untuk mengembangkan harta tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh setiap seorang mengikut modal pelaburan saham mereka. Begitu juga dalam soal kerugian yang mereka alami.

Syarikat al-Abdan Ialah perkongsian dua orang atau lebih dalam sesuatu pekerjaan yang mereka lakukan dengan anggota badan, misalnya mereka berkongsi melakukan kerja pertukangan, jahitan dan sebagainya. Hasil keuntungan yang diperolehi akan dibahagi dua secara separuh atau mengikut persetujuan masing-masing.

Syarikat al-Wujuh Ialah perkongsian dua orang atau lebih dalam pembelian dan penjualan barang menggunakan jawatan (kedudukan) mereka. Keuntungan yang diperolehi dan juga kerugian (sekiranya ada) dibahagi sama antara mereka berdua.

Syarikat al-Mufawadah Ialah perkongsian modal di antara dua pihak atau lebih untuk bekerja dengan syarat setiap pemegang saham memiliki modal yang sama banyak, hak yang sama, tanggungjawab yang sama berat, pembahagian untung yang sama dan sama agama. Setiap pemegang saham adalah wakil dan penjamin bagi pemegang saham yang lain dalam urusan perniagaan syarikat.

Contoh aplikasi: Pembiayaan projek dan surat kredit.

Mudharabah Modal daripada satu pihak & kerja dari satu pihak lain. Pemodal tidak perlu bekerja dengan pengusaha.

Musyarakah Modal daripada semua pihak mengikut jumlah saham yang dipersetujui. Pemegang saham boleh menjalankan kerja syarikat & boleh diberi ganjaran.

Pemodal menanggung kerugian dari sudut modal. Modal perlu dalam bentuk tunai.

Kerugian ditanggung bersama oleh pemegang saham. Modal dalam apa jua harta yang boleh dinilai dengan wang.

Al-Ijarah (sewaan) Al Al-Ijarah ialah satu kontrak menjual manfaat (gunaan) @ perkhidmatan dengan harga @ bayaran yang ditetapkan. Kaedah ini digunakan dalam urusan sewa-menyewa & upah-mengupah.

Rukun Ijarah
i. ii. iii. iv. v. vi. Pemberi sewa Penyewa Harta yang disewa Manfaat Bayaran sewa Sighah (Ijab dan qabul)

Jenis Ijarah: Ijarah:


Ijarah pada Zimmah: Sewaan yang belum ada barang sewaktu akad dilakukan. Ijarah pada Ain : Sewaan sesuatu yang ada barang sewaktu akad dilakukan. Contoh aplikasi : Sewa penggunaan alat-alat jentera, bangunan dan komputer

Sewa Bahan yang diakad ialah manfaat. Wujudnya barang yang disewa spt rumah.

Upah Bahan yang diakad ialah kerja & khidmat. Kerja yang hendak dilakukan belum ada semasa akad.

Perlu ada had tempoh masa Perlu dijelaskan jenis & penggunaan. kadar perkhidmatan.

WAKALAH (WAKIL)
Perlantikan seseorang mengambil tempat orang yang mewakil bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya. Kontrak ini memberi kuasa kepada wakil menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

Rukun Wakalah :
i. ii. iii. iv. Wakil Pihak yang mewakil Perkara yang diwakili Sighah (Ijab & Qabul)

Jenis Wakalah :
Wakalah Mutlaqah : tidak terikat dengan syarat tertentu (selain syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian). Wakalah Muqayyadah : diikat debgan syarat tertentu, dihadkan masa @ keadaan. Contoh aplikasi : Surat Kredit

KAFALAH (JAMINAN)
Kafalah ialah jaminan iaitu bertanggungjawab di atas hak yang sabit ke atas orang lain @ menghadirkan seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan @ mendapatkan barang ganti kepada pihak yang berhak Bermaksud mencantumkan tanggungjawab seseorang dengan tanggungjawab orang lain.

Rukun Kafalah: Kafalah:


i. ii. iii. iv. Penjamin Orang yang dijamin Orang yang diberi jaminan Sesuatu yang dijamin

Jenis jaminan: jaminan:


Jaminan atas diri: iaitu seperti menjamin orang tertuduh ke mahkamah Jaminan atas harta : iaitu seperti menjamin di atas hutang dan keselamatan Contoh aplikasi : Surat Jaminan

Al-Rahn (gadaian) Algadaian)


Kontrak yang menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang & menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang nanti.

Rukun al-rahn : ali. Penggadai ii. Pemegang gadaian iii. Barang gadaian iv. Tanggungan gadaian / hutang v. Sighah (Ijab dan Qabul) Contoh aplikasi : Pajak gadai Islam.

HIWALAH
Pemindahan hutang dari tangguingjawab seseorang yang berhutang kepada tanggungjawab pihak lain.

Rukun Hiwalah: Hiwalah:


i. ii. iii. iv. v. Pemindahan hutang Penerima hutang Tuan punya hutang Hutang yang dipindah Sighah (Ijab & Qabul)

Jenis Hiwalah :
Hiwalah Mutlaqah Hiwalah Muqayyadah Contoh aplikasi : Pemindahan wang

Qardhul Hasan (pinjaman kebajikan) kebajikan)


Kontrak hutang yang melibatkan pemindahan hak milik pemiutang ke atas sejumlah wang atau barang kepada penghutang yang wajib membayar balik hutang tersebut apabila cukup tempoh masa yang dipersetujui. Juga mensyaratkan bayaran balik hutang tanpa sebarang bayaran lebih dari jumlah hutang. Tetapi penghutang digalakkan untuk memberi sagu hati atau hadiah kepada pemiutang apabila menjelaskan hutang.

Rukun Qardhul Hasan: Hasan:


i. ii. iii. iv. Pemiutang Penghutang Hutang (wang atau barang) Sighah (Ijab dan qabul) Demand Draft dan Bil

Contoh aplikasi : Penerimaan Islam.

Вам также может понравиться