Вы находитесь на странице: 1из 49

BAB 1:

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Merokok adalah merupakan gejala yang menjadi ancaman kepada kesihatan bukan sahaja kepada perokok aktif itu sendiri tetapi juga ancaman terhadap kesihatan orang lain yang menjadi perokok pasif. Ini kerana, merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal. Ia

bertanggungjawab ke atas 90% barah paruparu dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung koronari, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak (Sila rujuk lampiran 1).

Secara global , merokok meragut nyawa 3 juta orang setiap tahun meskipun ia adalah merupakan penyebab kematian yang boleh dicegah. Berdasarkan trenda semasa , angka kematian akan meningkat kepada 10 juta orang setahun untuk selama tiga puluh tahun di mana 70% kematian tersebut berlaku di negaranegara sedang membangun (1).

Kajian-kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa sekitar 90% perokok memulakan tabiat ini semasa mereka berumur belasan tahun lagi. Berpandu

kepada petunjuk tersebut,

ini juga bermakna bahawa Pembantu Perubatan

Pelatih adalah tidak terkecuali dari gejala yang tidak sihat ini.

Meskipun jumlah sebenar belum diketahui, tetapi dari pemerhatian secara kasar menampakkan ramai juga Pembantu Perubatan Pelatih yang merokok. Memandangkan perkembangan yang tidak sihat ini melibatkan pelatih personel kesihatan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai agen mempromosi cara hidup sihat, satu kajian perlu dibuat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong mereka merokok.

1.2

Rasional

Di Kolej Pembantu Perubatan belum ada kajian yang dibuat tentang merokok yang melibatkan Pembantu Perubatan pelatih. Tujuan projek ini dipilih ialah untuk mengenalpasti kenapa pelatih merokok walaupun tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas mereka.

Apa yang lebih penting ialah mereka adalah bakal personel kesihatan yang diharap dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosi cara hidup sihat di

kalangan masyarakat. Apabila mereka sendiri tidak merokok dan mengamalkan

cara hidup sihat sepanjang perkhidmatan nanti, sudah pasti mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai agen anti-merokok dengan berkesan.

Hasil kajian yang diperolehi dari projek ini diharap dapat membantu pihak kolej untuk merangka strategi serta mengambil langkah awal yang lebih bersepadu dalam usaha mengurangkan (kalaupun tidak dapat membasmi) masalah

merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih khasnya di Kolej Pembantu Perubatan Kuching.

1.3

Objektif projek

Objektif projek ini dilakukan di Kolej Pembantu Perubatan ialah untuk menentukan nisbah pelatih yang merokok dengan yang tidak merokok, untuk mengetahui usia bilakah pelatih mula merokok serta untuk mengetahui jumlah batang rokok dihisap sehari. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelatih merokok dan juga untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan pelatih yang terdahulunya merokok, tetapi telah berjaya berhenti.

1.4

Skop projek

Projek ini akan tertumpu hanya kepada Pembantu Perubatan Pelatih semester 3 di Kolej Pembantu Perubatan Kuching. Ini adalah kerana mereka masih berada

di kolej dan sedang mengikuti sesi kuliah. Ini akan memudahkan pengambilan data dalam masa yang singkat dan menjimatkan kos penghantaran borang soal selidik. Kajian yang akan dibuat ke atas para pelatih ialah nisbah mereka yang merokok dengan yang tidak merokok, usia bilakah mereka mula merokok, jumlah batang rokok dihisap sehari, faktor-faktor yang mendorong mereka merokok, bilangan yang cuba berhenti merokok, sebab-sebab mereka gagal berhenti dan faktorfaktor yang menyebabkan mereka yang terdahulunya merokok, tetapi telah berjaya berhenti.

1.5

Definisi konsep / istilah

Bermula dari tahun 1992 di Amerika, mereka yang masih merokok didefinisikan sebagai orang yang pernah merokok dan menyatakan bahawa mereka kini masih merokok setiap hari atau sebarang hari. Bekas perokok didefinisikan

sebagai orang yang pernah merokok dan menyatakan bahawa mereka kini tidak lagi merokok. Mereka yang pernah merokok pula didefinisikan sebagai orang yang menyatakan bahawa mereka pernah menghisap sekurang-kurangnya 100 batang rokok (2).

Supramaniam, dalam kajiannya ke atas doktor tentera, mendefinisikan mereka yang tidak pernah merokok sebagai orang yang langsung tidak merokok atau merokok kurang dari 100 batang rokok sepanjang hayatnya. Mereka yang kini

masih merokok didefinisikan sebagai orang yang merokok lebih dari 100 batang rokok dan masih merokok ketika survei dijalankan. Heavy smoker didefinisikan sebagai orang yang merokok 20 atau lebih 20 batang rokok sehari, moderate smoker 10 19 batang rokok sehari dan light smoker kurang dari 10 batang rokok sehari (3). Walau bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, klasifikasi

perokok adala seperti di bawah : Perokok aktif iaitu melalui penapis yang ada pada pangkal rokok tersebut. - seorang yang menyedut asap rokok secara tidak langsung

Perokok pasif tanpa

- seorang yang menyedut asap rokok secara langsung iaitu

sebarang penapis.

Pernah merokok hayat.

telah merokok sekurang-kurangnya sekali sepanjang

Light smoker sehari.

- seorang yang merokok kurang daripada 10 batang rokok

Moderate smoker - seorang yang merokok di antara 10 hingga 20 batang rokok sehari.

Heavy smoker sehari.

- seorang yang merokok lebih daripada 20 batang rokok

BAB 2:

TINJAUAN KARYA

Kelaziman tabiat merokok di kalangan orang dewasa di Amerika ialah 42% pada tahun 1965 dan 25% pada tahun 1993. Pada tahun 1993, kira-kira 46 juta orang dewasa di Amerika Syarikat merokok. Walau bagaimanapun, kira-kira 18% dari angka tersebut tidaklah merokok setiap hari (4). Di New Zealand, merokok di kalangan lelaki dan perempuan yang berumur 15 tahun ke atas menunjukkan penurunan dari tahun 1976 hingga 1992 (5). Sebaliknya, kajian yang dijalankan pada tahun 1980an menunjukkan bahawa merokok di Asia Tenggara mengalami peningkatan (6).

Kajian di Malaysia pada tahun 1986, melaporkan bahawa seramai 1.7 juta orang di Semenanjung Malaysia adalah perokok. Ini bermakna bahawa seorang dalam 5 orang dewasa (berumur 15 tahun ke atas) adalah perokok. Kelaziman merokok adalah lebih tinggi di kalangan lelaki (41%) jika dibandingkan dengan perempuan (4%). Kajian pada tahun 1996 pula, menunjukkan kelaziman bagi mereka yang pernah merokok ialah 30.6% dan yang masih merokok ialah 24.8% (1) . Dari segi pola merokok, kebanyakan penduduk Amerika Syarikat telah mula merokok ketika mereka di peringkat remaja lagi. Sebagai contoh, di kalangan orang dewasa berumur 30 hingga 39 tahun pada tahun 1991 yang pernah merokok, 89% mencuba merokok buat kali pertama dan 79% merokok tiap-tiap 6

hari memulakannya pada atau sebelum mereka berusia 18 tahun (7). Malaysia, min umur mula merokok ialah 19.9 tahun (1).

Bagi

Berapa kajian telah dijalankan untuk mengetahui kenapa orang merokok. Adalah didapati orang dewasa yang kerap mengalami keresahan dan kemurungan

adalah dua kali ganda akan menjadi perokok dibandingkan dengan mereka yang bukan perokok. Pada umumnya, perokok menyatakan bahawa merokok memberi nikmat, melegakan stres dan meningkatkan keyakinan diri (8).

Kajian ke atas para pelajar di institut-institut perubatan di Bandaraya Riyadh mendapati sebab-sebab mereka merokok termasuklah perasaan telah matang dan boleh berdikari, melegakan stres, meniru orang lain, tekanan sosial daripada rakan dan saudara mara (9). Antara faktor risiko yang berkait rapat dengan tabiat merokok ialah

berpendapatan rendah, kurang berpendidikan, mengalami kemurungan dan kelas sosial yang rendah(10).

Tabiat merokok di Malaysia menunjukkan bahawa ia berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi yang rendah. Ini boleh dilihat berdasarkan

kelazimannya yang lebih tinggi di luar bandar, di kalangan kumpulan etnik dari kelas sosio-ekonomi yang rendah, di kalangan mereka yang hanya setakat menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan mereka yang di sektor pertanian (1).

Apabila merokok sudah berakar umbi, agak sukar bagi perokok menghindari tabiat tersebut. Ini kerana merokok adalah merupakan suatu ketagihan. Di

Amerika, bilangan mereka yang berhenti merokok meningkat dari 24% dalam tahun 1965 kepada 50% dalam tahun 1993. Tabiat merokok yang semakin

berkurangan di kalangan lelaki dan wanita Amerika adalah kesan dari kempen anti-merokok yang telah dilancarkan secara besar-besaran di negara tersebut (11). Tetapi, masih banyak yang perlu dilakukan. Meskipun 70% para perokok berniat hendak berhenti dan 34% pernah mencuba untuk meninggalkan tabiat tersebut setiap tahun, hanya 2.5% sahaja yang berjaya berhenti merokok (12).

Di Malaysia, bilangan mereka yang pernah mencuba untuk meninggalkan tabiat merokok sepanjang tahun 1995 ialah 43.5%. Walau bagaimanapun, hanya

18.3% sahaja berjaya berhenti merokok sepanjang tahun tersebut. Beberapa program promosi dan polisi nasional berkenaan anti-merokok telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Badan-badan Bukan Kerajaan. Adalah didapati bahawa kempen dan aktiviti-aktiviti mempromosi

kesihatan tersebut telah berjaya memberi pengetahuan tentang bahaya merokok dan manfaat jika berhenti merokok (1).

Terdapat dua kaedah untuk berhenti merokok, farmalogikal dan bukan farmalogikal. Kaedah farmalogikal melibatkan preskripsi dan pembelian produk atau ubat-ubatan, sementara kaedah bukan farmalogikal termasuklah

pendekatan-pendekatan psikologikal seperti penggunaan akupunktur, hipnosis, kurangkan merokok secara beransur-ansur dan sokongan kumpulan. Apa jua cara sekalipun, perokok itu sendiri mesti ada keinginan untuk berhenti merokok serta mesti mengubah tabiat dan perangai (1).

Seperti mana yang dinyatakan oleh bekas-bekas perokok, faktor yang paling penting untuk berhenti nerokok ialah daya keinginan.(wiillpower). Di kalangan mereka yang masih merokok, mereka menyatakan kurang daya kinginan, ketagihan, merokok melegakan tekanan dan nikmat merokok sebagai alasan mereka untuk terus merokok (4). Walau bagaimanapun, berhenti merokok banyak faedahnya. Ini kerana berhenti merokok antara lain ialah ia

mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian akibat penyakit kronok. Bagi bekas-bekas perokok yang telah meninggakan tabiat tersebut, risiko menghidapi kanser paru-paru adalah 30 50% kurang dibandingkan dengan mereka yang masih meneruskannya (13).

Pada tahun 1995, seramai 514,000 orang mati akibat kanser paru-paru dan 625,000 orang mati akibat penyakit kardiovaskular di negara-negara maju adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Wabak ini baru berrmula di negara-negara

sedang membangun dengan negara China dan India telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan mendadak kesan dari peningkatan penduduknya yang merokok (1).

Kajian di United Kingdom telah menunjukkan bahawa perokok yang dalam lingkungan umur tiga puluhan dan empat puluhan adalah lima kali lebih mudah mendapat serangan penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok (1). Ini adalah kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi ( lemak yang baik ) di dalam darah (Sila rujuk lampiran 2 ).

Kerana bebanan daripada penyakit dan masalah global kesan dari merokok, kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanakan beberapa dasar untu memerangi amalan merokok. Di Malaysia, beberapa dasar anti-merokok telah diperkenalkan di bawah seksyen 34 dan 36 Akta Makanan 1983. Ia termasuklah larangan pengiklanan secara langsung produk tembakau di semua jenis media dan larangan pembiayaan promosi secara langsung produk tembakau. Akta

deskripsi Perdagangan pula menghendaki semua kotak rokok dilabel dengan tanda amaran Merokok Membahayakan Kesihatan (1).

BAB 3:

METODOLOGI

3.1

Nama kajian

Masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih.

3.2

Lokasi kajian : Kolej Pembantu Perubatan Kuching.

10

Kolej Pembantu Perubatan Kuching adalah merupakan institusi latihan yang telah ditubuhkan pada tahun 1969. Objektif utama penubuhannya ialah untuk melatih dan seterusnya melahirkan para personel kesihatan yang cekap, berketrampilan, komited dan profesional sepanjang memberi perkhidmatan kesihatan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Di awal

penubuhannya, Kolej ini pada asalnya cuma melatih para personel tempatan sahaja. Tetapi semenjak tahun 1987, Kolej ini juga telah mula menerima pengambilan para pelatih dari negeri Sabah sehingglah sekarang. Kursus utama yang dikendalikan di kolej ini ialah kursus pembantu perubatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, ia juga mengendalikan pelbagai kursus lain seperti kursus pos basik, kursus peningkatan perkhidmatan dan kursus induksi untuk para personel kesihatan dari negeri Sarawak dan Sabah.

Setakat ini, pengambilan pelatih adalah pada bulan Julai setiap tahun. Sehingga Julai 2002, bilangan keseluruhan pelatih yang sedang mengikuti kursus pembantu perubatan ialah seramai 272 orang. Jangkamasa kursus tersebut

ialah 3 tahun (6 semester) dan dibahagikan kepada dua fasa, iaitu; fasa praklinikal dan fasa klinikal. Fasa pra-klinikal diadakan pada 3 semester pertama yang merangkumi pembelajaran teori di bilik kuliah, sesi amali di makmal ketrampilan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan di kolej. Fasa klinikal (semester 4, 5 dan 6) merupakan fasa penempatan klinikal di hospital, pusat kesihatan dan klinik khas atau klinik pakar di mana mereka akan mempraktikkan apa yang telah

11

dipelajari di samping bertujuan mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenarnya.

Sepanjang menjalani kursus ini terutama fasa pra-klinikal, kesemua pelatih tinggal di hostel yang disediakan berhampiran kawasan hospital tetapi di luar kawasan kolej.

3.3

Alat kajian

Dalam kajian ini , satu set borang soal selidik telah disediakan sebagai alat untuk mengumpul data primer. Borang tersebut dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A , B , C dan D. Keseluruhannya ia mengandungi sejumlah 15 soalan berbentuk objektif yang telah disusun untuk mendapat respon dari responden ( Sila lihat lampiran 3 ).

3.4

Pengumpulan Data

Pengumpulan data primer telah dilakukan dari 22hb. Julai 2002 hingga 05hb. Ogos 2002 iaitu selama 2 minggu. Sebanyak 94 set borang soal selidik telah dihantar melalui Pos laju ke Kolej Pembantu Perubatan Kuching. Dengan

kerjasama Pengajar yang menjaga , borang tersebut telah diedarkan kepada

12

responden. Kerahsiaan respon adalah ditekankan di mana segala data yang dikumpul adalah semata-mata untuk tujuan kajian.

Setelah tempoh 2 minggu untuk mengumpul data berakhir, borang soal selidik telah dihantar ke Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ( tempat praktikum ketika itu ) melalui Pos laju. Dari 94 responden yang telah dibekalkan dengan borang soal selidik, hanya 91 orang yang telah mengembalikan borang tersebut. Justeru, semua perkiraan dan keputusan data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada bilangan 91 responden untuk mewakili 100% pencapaian.

3.5

Sampel

Untuk tujuan kajian ini, seramai 91 orang Pembantu Perubatan Pelatih semester 3 dari Kolej Pembantu Perubatan Kuching, telah diambil sebagai sampel yang mewakili 33.5% dari kesemua 272 orang pelatih yang sedang mengikuti program Diploma Pembantu Perubatan sesi 2002 di kolej tersebut.

BAB 4:

KEPUTUSAN
13

Analisa data telah dilakukan dengan meneliti kesemua 91 set borang soal selidik yang telah dikembalikan. Berikut adalah keputusan-keputusan data yang telah diperolehi :

BAHAGIAN A : BUTIR-BUTIR PERIBADI

1.

Umur
33%

67%
18 22 tahun > 22 tahun

Rajah 1:

Carta pai menunjukkan peringkat umur responden

Secara keseluruhannya responden adalah dalam lingkungan umur 19 hingga 27 tahun. Seramai 60 responden bersamaan dengan 67% adalah dalam

lingkungan umur 18 hingga 22 tahun dan 31 responden bersamaan dengan 33% adalah dalam lingkungan umur 22 hingga 34 tahun.

2.

Suku kaum

14

25 Bil. responden 20 15 10 5 0

23 19 14 15 20

Iban

M elayu

Bidayuh E tnik

Kadazan

Lain-lain

Rajah 2:

Carta turus menunjukkan pecahan responden mengikut etnik

Adalah didapati 19 orang responden iaitu 20.9% adalah berbangsa Iban, 14 orang iaitu 15.4% adalah berbangsa Melayu, 15 orang iaitu 16.5% adalah berbangsa Bidayuh, 23 orang iaitu 25.3% adalah berbangsa Kadazan, dan 20 orang iaitu 21.9% adalah terdiri dari lain-lain bangsa. BAHAGIAN B

1.

Bilangan pelatih merokok / tidak merokok

29.7%

70.3% Pernah merokok Tidak pernah merokok

Rajah 3: merokok

Carta pai menunjukkan peratusan responden merokok / tidak

15

Adalah didapati daripada kajian ini, seramai 64 daripada 91 responden menyatakan bahawa mereka pernah merokok . Manakala selebihnya yang

seramai 27 orang menyatakan mereka tidak pernah merokok.

2.

Usia mula merokok

40 Bil. responden 30 20 10 0 < 10 tahun 2 24

36

2 11 15 tahun 16 20 tahun 21 25 tahun Um ur

Rajah 4:

Carta turus menunjukkan umur responden mula merokok

Seramai 36 (56.3%) responden mula merokok ketika dalam lingkungan umur 16 20 tahun, 24 (37.5%) responden mula merokok semasa dalam lingkungan umur 11 15 tahun. Sementara itu, 2 (3.1%) responden menyatakan bahawa mereka mula merokok pada usia yang lebih muda iaitu sebelum berumur 10 tahun. Hanya 2 (3.1%) responden sahaja yang mula merokok ketika dalam lingkungan umur 21 25 tahun. 3. Faktor pendorong merokok

16

Peratusan respon

90% 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0%

78.1% Ingin mencuba 54.7% 46.1% Terpengaruh oleh rakan Merokok menunjukkan kematangan Terpengaruh oleh ibu / bapa 9.4% Stress

12.5%

Faktor pendorong merokok 1

Rajah 5:

Carta turus menunjukkan faktor pendorong merokok

Faktor utama yang mendorong pelatih merokok ialah ingin mencuba iaitu 78.1% respon. Ini dikuti oleh faktor stres 54.7% respon dan pengaruh rakan 46.1% respon. Faktor pendorong merokok yang lain,iaitu merokok menunjukkan

kematangan 12.5% respon dan pengaruh ibu / bapa 9.4% respon.

4.

Bilangan batang rokok dihisap sehari

70.3%

80% 70% 60% Peratus 50% responden 40% 30% 20% 10% 0%

29.7%

< 10 batang

10 20 batang

Rokok dihisap sehari

17

Rajah 6: sehari

Carta silinder menunjukkan bilangan batang rokok dihisap

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa daripada 64 orang pelatih yang pernah merokok, 45 orang menghisap kurang dari 10 batang rokok sehari manakala 19 orang menghisap 10 20 batang rokok sehari . 5. Pelatih yang masih merokok dan yang sudah berhenti

37.5%

62.5%

Pelatih masih merokok

Pelatih berhenti merokok

Rajah 7:

Carta pai menunjukkan peratusan pelatih yang masih merokok dan yang sudah berhenti

Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa seramai 24 daripada 64 responden yang terdahulunya merokok telah berjaya meninggalkan tabiat tersebut. Manakala 40 daripada 64 responden bersamaan dengan 62.5% masih lagi merokok.

BAHAGIAN C

18

1.

Cubaan berhenti merokok

95% 100% 80% Peratusan 60% responde n 40% 20% 0% Pernah Tidak pernah Cuba berhenti m erokok

5%

Rajah 8:

Carta silinder menunjukkan cubaan responden berhenti merokok

Adalah didapati daripada kajian ini, seramai 38 atau 95% responden pernah mencuba berhenti merokok manakala seramai 2 atau 5% yang lain menyatakan bahawa mereka tidak pernah cuba berhenti merokok. 2. Sebab gagal berhenti merokok

Tidak dapat membuat kerja tanpa merokok. Sebab Tidak selesa tanpa merokok Tidak menolak taw aran rokok 0% 10% 20% 30% 40% 50%

57.5%

75% 52.5%

60%

70%

80%

Peratusan respon

19

Rajah 9: merokok

Carta palang menunjukkan sebab-sebab pelatih gagal berhenti

Dapatan kajian menunjukkan sebab-sebab pelatih gagal berhenti ialah mereka tidak selesa tanpa merokok terutama selepas makan iaitu 75% respon, diikuti oleh sebab tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok iaitu 57.5% dan seterusnya ialah sebab tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok dengan 52.5% respon.

BAHAGIAN D

1.

Sebab berhenti merokok

Menjimat w ang

37.5%

Sebab

Menjaga kesihatan

70.8%

Rokok semakin mahal 0% 10%

12.5% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

Peratusan respon

Rajah 10: merokok

Carta palang menunjukkan sebab-sebab pelatih berhenti

20

Bagi pelatih yang berjaya berhenti merokok , kajian ini menunjukkan bahawa mereka berbuat sedemikian ialah kerana ingin menjaga kesihatan diri iaitu 70.8% respon , mahu menjimat wang iaitu 37.5% dan harga rokok yang semakin mahal iaitu 12.5%.

BAB 5:

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

Samada di Malaysia mahupun di negara-negara lain di seluruh dunia, banyak yang telah diperkatakan tentang gejala merokok. Ini kerana, merokok meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pembangunan dan sistem pentadbiran sesebuah negara meskipun berbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya. Impaknya kepada manusia sejagat amnya dan negara-negara sedang membangun khasnya, diberi gambaran yang jelas apabila Bank Dunia memberi peringatan kecualilah tabiat merokok berubah, tiga dekad dari sekarang, kematian pra-matang akibat merokok di negara sedang membangun akan melebihi gabungan kematian akibat AIDS,tuberculosis dan komplikasi melahirkan anak (1).

Oleh kerana merokok secara beransur-ansur telah diterima sebagai budaya moden, memulakan tabiat ini ketika seseorang itu berumur belasan tahun bukan

21

lagi suatu perkara yang menghairankan dan akibatnya berlakulah kematian pramatang. Mengikut anggaran Kementerian Kesihatan pada tahun 2000,

sekurang-kuramgnya 3,000 kematian setiap tahun ( atau 8 kematian setiap hari ) adalah disebabkan oleh merokok (Sila rujuk lampiran 4 ). Ini merupakan satu kerugian besar kepada negara dari segi sumber tenaga kerja kerana kematian tersebut kebanyakannya melibatkan mereka yang berada di peringkat umur yang produktif. Apa yang menyedihkan ialah apabila para personel kesihatan itu

sendiri merokok sedangkan merekalah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan dalam mempromosi cara hidup sihat di kalangan masyarakat sekeliling.

5.2

Perbincangan

Hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas 91 orang Pembantu Perubatan Pelatih, adalah didapati 70.3% menyatakan bahawa mereka pernah merokok berbanding 29.7% yang menyatakan mereka tidak pernah merokok. Masyarakat sekeliling memang akan menjangka kadar merokok adalah rendah di kalangan mereka yang terpelajar, apatah lagi sudah diberi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa di kalangan para pelatih yang pernah merokok, 62.5% daripada mereka masih lagi meneruskan tabiat tersebut. Keadaan ini begitu membimbangkan kerana kalau tidak dibendung ia akan menular kepada pelatihpelatih lain dan seterusnya akan menjejaskan imej Kolej . Jika tabiat merokok ini masih mereka ( pelatih yang masih merokok ) teruskan, kesan negatifnya tidak akan hanya berakhir di situ sahaja. Bila mereka sudah bertugas sebagai

22

Pembantu Perubatan dan masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat ini, maka mereka sendiri sudah menjadi sebahagian daripada faktor pendorong merokok.

Kajian ini mengenalpasti bahawa faktor utama yang mendorong pelatih merokok ialah perasaan ingin mencuba iaitu 78.1% respon. Faktor ini boleh dikaitkan dengan umur para pelatih yang secara keseluruhannya dalam lingkungan umur 19 hingga 27 tahun di mana 67% adalah dalam lingkungan umur 18 22 tahun dan 33% adalah dalam lingkungan umur 22 34 tahun. Robert Havighurst

mengkategorikan mereka yang dalam lingkungan umur 18 22 tahun sebagai golongan akhir remaja. Mengikut teori tugas perkembangan beliau, remaja pada peringkat ini akan cuba mendapat otonomi daripada ibu bapa dan mempunyai perasaan ingin mencuba. Selain berusaha membentuk identiti mereka juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya (14). Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat stress and storm . Hasil kajian ini juga bertepatan dengan teori

tersebut kerana didapati 56.3% pelatih yang pernah merokok memulakannya ketika mereka berusia antara 16 hingga 20 tahun lagi.

Memandangkan sebelum mengikuti kursus ini pun majoriti dari mereka memang telah merokok, maka sebarang langkah untuk mencegah mereka memulakannya di peringkat sekolah rendah dan di peringkat sekolah menengah lagi amatlah penting. Ini adalah untuk menjadikannya sebagai sabahagian daripada strategi untuk menangani tabiat merokok di kalangan masyarakat keseluruhannya.

23

Faktor stres yang menunjukkan 54.7% respon boleh dikaitkan dengan jadual waktu kulaih yang ketat di samping mereka menyediakan diri untuk menduduki peperiksaan di akhir Semester 3 yang tidak berapa lama lagi. Pengaruh dan tekanan dari rakan sebaya adalah faktor yang memang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu sebagai pendorong merokok yang penting. Dapatan dari

kajian ini juga memperlihatkan perkara serupa berlaku ke atas Pembantu Perubatan pelatih di mana pengaruh rakan menunjukkan 46.1% respon. Faktor pendorong merokok lain yang tidak kurang pentingnya ialah merokok menunjukkan kematangan 12.5% respon dan pengaruh ibu bapa 9.4% respon.

Di kalangan Pembantu Perubatan pelatih yang pernah merokok dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak seorang pun yang termasuk dalam golongan heavy smoker. Kebanyakan mereka adalah light smoker iaitu 45 daripada 64 orang pelatih yang pernah merokok, manakala selebihnya adalah moderate

smoker. Justeru, jika tugas pemantauan ke atas hostel pelatih dilakukan dengan lebih kerap dan berterusan di samping penguatkuasaan peraturan kolej yang lebih ketat lagi dan disusuli dengan sesi kauseling serta nasihat, mungkin ramai di antara mereka yang akan meninggalkan tabiat tersebut. Ini adalah

berdasarkan kajian ini yang mendapati ramai bilangan mereka cuba berhenti merokok. Apa yang menggembirakan ialah apabila kajian ini menunjukkan

bahawa seramai 24 daripada 64 orang pelatih yang terdahulunya merokok telah berjaya meninggalkan tabiat tersebut. Walaupun 62.5% masih lagi merokok,

24

tetapi dari bilangan tersebut majoriti mereka pernah cuba berhenti merokok. Ini kerana, seramai 38 daripada 40 orang pelatih yang masih merokok pernah cuba berhenti meskipun tidak atau belum lagi berjaya untuk berbuat demikian. Persoalannya ialah, mengapakah mereka gagal berhenti merokok ?

Dapatan kajian menunjukkan antara sebab-sebab pelatih gagal berhenti merokok ialah mereka tidak selesa tanpa merokok iaitu 75% respon, diikuti oleh sebab tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok iaitu 57.5% dan seterusnya ialah sebab tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok dengan 52.5% respon.

Bagi pelatih yang berjaya berhenti merokok , kajian ini menunjukkan bahawa mereka berbuat sedemikian ialah kerana ingin menjaga kesihatan diri iaitu 70.8% respon. Sepanjang menjalani fasa pra-klinikal untuk tempoh satu setengah

tahun, pembelajaran teori tentang berbagai jenis penyakit terutama yang disebabkan oleh tabiat merokok telah membuka mata dan minda mereka bahawa merokok bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang faedah tetapi sebenarnya ia mengundang maut. Malangnya, walaupun peratusan di atas

nampak besar tetapi secara keseluruhan hanya satu pertiga ( 37.5%) sahaja daripada mereka telah berjaya meninggalkan tabiat merokok sedangkan mereka sedar tentang kesan buruk dan akibat akhir tabiat tersebut terhadap kesihatan dan nyawa mereka sendiri. Apa yang lebih penting ialah, mereka juga

sepatutnya sedar bahawa tabiat tersebut bukan sahaja mengancam nyawa

25

mereka sendiri malah ancamannya terhadap kesihatan orang lain yang menjadi perokok pasif adalah lebih besar. Ini kerana, walaupun mereka menyedut asap secara langsung dari rokok yang dinyalakan, tetapi ia sudah melalui penapis sedangkan orang lain yang menjadi perokok pasif akan menyedut asap tersebut secara langsung tanpa melalui sebarang penapis.

Sebab lain mereka berhenti merokok dan yang patut dicontohi oleh pelatih yang masih merokok ialah mahu menjimat wang iaitu 37.5% respon. kerajaan menaikkan harga rokok juga sedikit sebanyak Tindakan mula

telah

menampakkan hasilnya. Ini kerana harga rokok yang semakin mahal adalah antara punca yang menyebabkan pelatih berhenti merokok iaitu 12.5% respon. Di peringkat kolej, sudah sampai masanya untuk semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelatih duduk semeja dan menggembleng tenaga untuk merangka strategi serta mengambil tindakan yang lebih drastik supaya matlamat untuk mengurangkan masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih khasnya di Kolej Pembantu Perubatan Kuching dapat direalisasikan.

5.3

Kesimpulan

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelaziman tabiat merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih adalah tinggi dan begitu membimbangkan. Sebilangan besar mereka memulakannya di peringkat awal remaja kerana didorong oleh perasaan ingin mencuba dan pengaruh dari rakan sebaya. Di

26

kolej, mereka merokok adalah disebabkan oleh faktor stres yang mereka alami akibat jadual waktu kuliah ketat dan kerana tekanan hendak menghadapi peperiksaan yang merupakan penentu masa depan karier mereka dalam bidang perubatan. Majoriti pelatih yang merokok memang berhasrat hendak Walaupun hanya satu pertiga telah berjaya

meninggalkan tabiat tersebut.

berbuat demikian, hampir semua mereka yang masih merokok pernah cuba berhenti. Mereka berhenti merokok adalah kerana ingin menjaga kesihatan diri, mahu menjimat wang dan kerana harga rokok yang semakin mahal. Bagi

mereka yang gagal berhenti merokok meskipun pernah cuba berbuat demikian, alasan yang diberi ialah mereka tidak selesa tanpa merokok terutama selepas makan , tidak dapat membuat kerja atau belajar tanpa merokok dan seterusnya ialah tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok.

Berdasarkan dapatan dari kajian ini yang telah mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelatih merokok dan juga faktor-faktor yang menyebabkan pelatih yang terdahulunya merokok tetapi telah berjaya berhenti, maka dapatlah pihak kolej merangka strategi serta mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menangani masalah merokok di kalangan Pembantu Perubatan Pelatih khasnya di Kolej Pembantu Perubatan Kuching.

5.4

Cadangan

27

i)

Pihak kolej tidak seharusnya bergantung harap kepada hanya seorang pengajar HEP sahaja untuk menjaga hal ehwal dan disiplin pelatih. Jawatankuasa berkenaan perkara tersebut harus diwujudkan supaya tugas pemantauan ke atas hostel pelatih dapat dilakukan dengan lebih kerap untuk memastikan pelatih benar-benar bebas daripada tabiat merokok.

ii)

Peraturan mengenai tabiat merokok seperti yang termaktub di dalam buku peraturan BTML untuk kolej-kolej sains kesihatan hendaklah

dikuatkuasakan dengan lebih konsisten dan secara berterusan. Manamana pelatih yang ingkar dan melanggar peraturan tersebut hendaklah dikenakan tindakan tatatertib termasuk menamatkan latihan pelatih tersebut.

iii)

Peraturan mengenai tabiat merokok harus ditegaskan seawal hari pertama pelatih melangkah kaki ke kolej.

iv)

Ceramah pendidikan kesihatan tentang bahaya, kesan buruk dan akibat akhir tabiat tersebut terhadap kesihatan mereka sendiri dan juga kesihatan orang lain di sekeliling mereka haruslah dimasukkan sebagai sebahagian daripada aturcara Minggu Orientasi.

28

v)

Memasukkan khidmat kauseling dan bimbingan ke dalam senarai tugas pengajar sebagai mentor. Mana-mana pelatih yang benar-benar

menghadapi masalah dan memilih merokok sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia perlulah diberi peluang supaya menghadiri sesi khidmat kaunseling dan bimbingan.

LIMITASI

Sebagai seorang yang baru didedahkan dengan bidang ini, menyempurnakan satu kajian untuk pertama kali bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat awal kajian ini, oleh kerana faktor masa, pengkaji hanya sempat berada di lokasi kajian semasa melakukan pemerhatian secara kasar ke atas sampel . Untuk mengumpul data , pengkaji hanya bergantung harap kepada rakan sekolej untuk melakukannya. Kajian ini terpaksa diketepikan sementara sepanjang tiga bulan sesi praktikum berlangsung. Oleh yang demikian, penulisan laporan kajian terpaksa dibuat dalam masa yang agak singkat.

Keputusan kajian ini tidak boleh dianggap sebagai hasil kajian yang muktamad kerana tidak ada kajian yang seumpama ini dijalankan sebagai perbandingan atau rujukan yang dibuat sebelumnya. Hasil kajian pengkaji hanya berdasarkan kepada maklumat dan data-data melalui pemerhatian dan menggunakan borang soal selidik yang diisi oleh responden sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa

29

responden mengenali pengkaji dan sedikit sebanyak memberi kesan bias dari segi kejujuran jawapan yang diberi atau diperolehi oleh pengkaji. limitasi yang dihadapi oleh pengkaji. Ini adalah

Rujukan.

1.

Anon. (1996). National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.

Anon. (1992). Cigarette smoking among adult and changes I the definition of current cigarette smoking , United States.

3.

Supramaniam V. (1980).

Habits and attitudes of Malaysian military

doctors towards smoking . Med. Journal Malaysia, 34 : 205-10.

30

Anon. (1993). Health United States, USA.

5.

Hay D. (1993). The rise and fall of smoking in New Zealand. Journal of the Royal College of Phsicians of London, 27 : 315-9.

6.

Lee PH (1989).

Smoking in developing countries: real cause for

concern?. Medical Progress, 6:5

7.

Anon. (1994).

Preventing tobacco use among young people: a

report of the Surgeon General, Atlanta,GA: US Department of Health and Human Service, USA

8.

Patron GC, Hilbert M. (1996). Smoking Associated with Depression and Anxiety in Teenagers ?. American Journal of Public Health, 86:225-30.

9.

Abdalla Abdel Wahid Saeed (1993).

Smoking Habit of Students in

Secondary Health Institutes in Riyadh City, Arab Saudi. Journal of the Royal Society of Health.

10.

Thornton A., Lee P. and Fry J. (!994). Difference between smokers, Exsmokers, Passive smokers and non-smokers. Journal of Clinicians, 1: 1143-62.

31

11.

Warner KE.

(1989).

Effect of anti-smoking campaign: an update.

American Journal of Public Health, 79:144 -51.

12.

Anon. (1993). Smoking cessation during previous year among adults. MMWR, 42:504 7.

13.

Anon. ( 1990). A report of the surgeon general The Health Benefits of Smoking Cessation. Rockville, Maryland, USA.

14.

Ramlah J. & Mahani R. (2002).

Psikologi Pendidikan: Pendekatan

Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.

Lampiran 1

32

33

34

Lampiran 2

35

36

37

38

Lampiran 3

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK : MASALAH MEROKOK DI KALANGAN PEMBANTU PERUBATAN PELATIH

Salam sejahtera, Adalah dimaklumkan bahawa borang soal selidik ini diedarkan adalah sematamata bertujuan mengumpul maklumat yang akan digunakan dalam penyelidikan saya. Segala maklumat yang diterima adalah sulit dan akan dirahsiakan. Di atas kerjasama dan sokongan yang anda beri saya dahului dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A
Butir-butir peribadi pelatih

1.

Umur :_______ tahun

39

2.

Suku kaum :___________________

3.

Agama :_______________________

BAHAGIAN B

1. Adakah anda pernah merokok ? Ya Tidak

Jika Ya sila jawab soalan-soalan berikutnya.

2. Berapakah usia anda mula merokok ? ___________ tahun.

3. Adakah ibu / bapa / penjaga anda merokok ? Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan sahaja. Ibu

Bapa

40

Penjaga

4. Apakah faktor yang mendorong anda merokok ? Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu petak).

Ingin mencuba

Terpengaruh oleh rakan

Merokok menunjukkan kematangan

Terpengaruh oleh ibu / bapa / penjaga yang merokok

Stress

5. Berapa batang rokok anda habiskan dalam sehari ?

_____________________________________

6. Adakah anda sekarang masih merokok ?

41

Ya

Tidak

Jika anda masih merokok, sila jawab soalan-soalan di Bahagian C sahaja.

Jika anda pernah merokok tetapi sekarang sudah berhenti, sila jawab soalansoalan di Bahagian D sahaja.

BAHAGIAN C ( Untuk dijawab oleh mereka yang masih merokok ) 1. Jika anda sekarang masih merokok, pernahkah anda cuba berhenti merokok
?

Ya

Tidak

2. Apakah sebab-sebab anda gagal berhenti merokok ? Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu petak).

42

Tidak menolak bila rakan memberi / menawarkan rokok

Tidak selesa tanpa merokok selepas makan

Tidak dapat membuat kerja / belajar tanpa merokok

3. Pernahkah anda diberi amaran oleh pihak kolej supaya berhenti merokok ?

Ya

Tidak

4.

Adakah anda pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej kerana

merokok ?

Ya

Tidak

BAHAGIAN D ( Untuk dijawab oleh mereka yang merokok tetapi sudah


berhenti ). 1. Apakah sebab-sebab anda berhenti merokok ? Sila tanda [ / ] pada petak yang berkenaan (boleh tanda lebih daripada satu petak).

Harga rokok yang semakin mahal 43

Menjaga kesihatan diri

Mahu menjimat wang

Pernah diberi amaran oleh pihak kolej

Pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej

Lain-lain sebab ( Sila nyatakan )

__________________________________________________________ __

__________________________________________________________ __ Lampiran 4

44

45

46

Lampiran 5 Jangka masa mengumpul data. Jangkamasa yang diambil untuk mengumpul data untuk projek ini bermula pada 22/7/2002 hingga 05/8/2002.

JADUAL PERLAKSANAAN Tarikh 19/6/200 2 20/6/200 2 21/6/200 2 22/6/200 2 05/6/200 Aktiviti Berjumpa dan menemubual Penyelia hostel & Pengetua Kolej Membuat pemerhatian secara kasar ke atas sampel Menelefon Pengajar yang menjaga Pelatih Sem.3 KPP Kuching. Menghantar borang soal selidik KPP Kuching melalui pos laju. Menerima borang soal selidik KPP Ulu Kinta, 10.00pagi 10.00 pagi Mendapatkan maklumat 91 borang soal selidik telah Tempat Kolej Pembantu Masa 8.00 11.00 Catatan Meminta keizinan untuk membuat kajian.

Perubatan Kuching. pagi 8.30 11.00 Hostel KPP pagi Kuching 6.00 7.30 ptg KPP Ulu Kinta, Perak D.R. 8.00 10.00

Mendapatkan maklumat Memberitahu tentang penghantaran borang soal

pagi selidik

47

dikembalikan dengan 2 Perak D.R. lengkap.

48

Lampiran 6

49

Вам также может понравиться