Вы находитесь на странице: 1из 5

Akuakultur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Menangkap Ikan Duri yang diternak di Mississippi Akuakultur talah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Matlamat utama akuakultur dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Antara kawasankawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium. Antara spesis yang boleh dijalankan akuakultur ialah ikan Tilapia, Keli, Baung, Patin, Temoleh, Jelawat, Lampam, Karp, Haruan, Udang Galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan Kerapu, Siakap, Jenahak, Udang Harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.

Aktiviti 1 : Galakan Ternakan Ikan Dalam Sangkar Di Sabah & Sarawak 1. Latarbelakang

Akuakultur sangkar telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan satu kaedah yang paling popular digunakan dalam akuakultur di kawasan yang mempunyai persisiran pantai dan kawasan muara sungai yang terlindung. Sistem ternakan sangkar telah berkembang dengan pesat ekoran keperluan serta masalah kekurangan kawasan ternakan untuk kolam semakin meningkat. Penggunaan rakit-rakit kayu telah semakin berkurangan dan diganti dengan sangkar-sangkar diperbuat dari high density polyethy lene (HDPE) yang dapat bertahan dalam kawasan yang telah terdedah disamping kos penyenggaraan yang lebih rendah. Bagi menggalak penyertaan nelayan pantai dalam akuakultur sangkar merin untuk meningkat produktiviti dan menambah pengeluaran ikan negara, dicadangkan diadakan bantuan peralatan sangkar ternakan ikan merin. Aktiviti ini dicadangkan bagi Negeri Sabah dan Sarawak memandangkan kedua-dua negeri ini masih ketinggalan dari segi akuakultur sangkar merin berbanding di Semenanjung. Di negeri-negeri ini terdapat banyak kawasan yang bebas dari pencemaran dan sesuai untuk ternakan sangkar. Spesis-spesis ikan yang dicadang untuk di ternak ialah seperti berikut:A. Siakap (Lates calcarifer) B. Jenahak (Lutjanus Johni) C. Kerapu (Epinephelus taurirna)

2. Objektif Projek

Menggalak dan memperkenalkan teknologi penternakan ikan marin dalam sangkar kepada nelayan tempatan di Sabah dan Sarawak. Menggunakan sumber laut persisiran pantai dan muara sungai untuk pengeluaran maksimum bagi ikan dengan mengambil kira faktor penjagaan alam sekitar. Menambah bekalan ikan negara dan meningkat pendapatan nelayan melalui peningkatan produktiviti akuakultur ikan marin dalam sangkar. Memberi peluang pekerjaan kepada nelayan dan ahli keluarga mereka.

Aktiviti 2 : Projek Kajian- Pra Kemungkinan (TEMU) 1. Objektif Projek


Meningkatkan pengeluaran hasil ternakair terutamanya kepada penternak-penternak kecil. Kajian ini juga dijangkakan boleh membantu pihak LKIM sendiri dalam mengenalpasti penemuan-penemuan baru dalam bidang akuakultur. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan-bahan input yang baru bagi menghasilkan output yang berkualiti.

2. Komponen Projek

Peralatan untuk rawatan air yang sedia ada menggunakan anolyte di projek tidak dapat menampung keperluan sebenar kapasiti anolyte. Memandangkan tahap keberkesanan peralatan ini dalam rawatan air kolam amat baik, tambahan kepada peralatan yang sedia ada amat diperlukan. Projek Percubaan Ternakan Pelbagai Spesis akan dilaksanakan bertujuan menambahkan bilangan spesis ternakair supaya kita tidak bergantung kepada mana-mana satu spesis sahaja. Penternak dijangka akan mendapat faedah dari projek ini. Pada masa ini ternakan udang harimau tidak lagi dianggap sebagai ternakair yang boleh mendatangkan keuntungan. Spesis-spesis lain seperti udang putih sekarang ini diberi tumpuan utama kerana pulangannya amat memberansangkan.

Aktiviti 3 : Projek Penetasan Benih Ikan, Sabah 1. Objektif Projek


Mengeluarkan dan membekal benih ikan projek-projek ternakan ikan LKIM dan pihak swasta di Sabah. Membantu mengurangkan import benih ikan marin dari negara luar. Membantu memajukan industri ternakan ikan negara khususnya akuakultur sangkar.

2. Komponen Projek

Pelaksanaan projek ini melibatkan pembinaan pusat penetasan, pembekalan dan pemasangan infrastruktur kelengkapan penetasan serta khidmat perundingan bagi kajian kesesuaian kawasan (kualiti sumber air dan lain-lain). Pengeluaran benih melibatkan penggunaan induk-induk (broodstock) ikan dari sumber tempatan. Sebanyak 10 pusingan penetasan benih ikan akan dijalankan setahun untuk mengeluarkan sebanyak 100,000 - 500,000 benih ikan bersaiz 3 gm. Projek penetasan akan diuruskan sepenuh masa oleh kakitangan projek. Keperluan kakitangan adalah seperti berikut: 1. Pengurus - 1 (E03) 2. Juruteknik - 1 (E01) 3. Penyelia - 1 (E07) 4. Kerani Akaun/Jurutaip - 1 (C11) 5. Buruh - 1 (R11) 6. Pemandu - 1 (R10) Pembinaan projek dijangka akan mengambil masa selama 1 tahun dan projek akan mula beroperasi selepas itu.

Aktiviti 4 : Projek Rumpai Laut, Sabah 1. Objektif Projek

Membantu melengkapkan kawasan pembangunan khas bagi rumpai laut dengan infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan dan pemprosesan produk nilai tambah berasaskan rumpai laut. Disamping itu usaha dibuat secara berterusan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan baru yang berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut. Membantu meningkatkan bekalan bibit [benih] rumpai laut yang berkualiti dengan mengadakan nurseri dan bank bibit/baka rumpai laut. Aktiviti ini boleh menjamin bekalan kualiti benih disamping pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha. Pengeluaran rumpai laut kering bagi kawasan seluas 1 hektar dianggarkan 8.4 metrik tan setahun (4 pusingan setahun x 3,000 bibit x 10 baris x 1.0 kg x 70% hidup x 10% kering). Meningkatkan pengeluaran rumpai laut melalui penyediaan bantuan serta insentif oleh pihak Kerajaan dalam bentuk infrastruktur, insentif cukai, dana dalam bentuk pembiayaan mudah dan sokongan R & D.

2. Komponen Projek Komponen-komponen utama projek yang dicadangkan ini ialah menyediakan infrastruktur asas/logistik yang baik, aspek-aspek teknologi dan pengembangan, sistem sokongan industri dan galakan pengkulturan.

Menyedia Infrastruktur/Logistik Yang Baik o Membangun kawasan baru Zon Industri Rumpai Laut Negara Kawasan dikenalpasti : 2,000 ha - Menangani isu tapak dengan kerajaan negeri. o Mempromosi dan mempeluas kawasan pengkulturan. o Mewujudkan pusat pengumpulan dan pengeringan rumpai laut. Teknologi dan Pengembangan o Pengeluaran baka/bibit - Pemilihan strains terbaik melalui kultur tisu o Mewujudkan Nurseri Rumpai Laut - Menggalakkan pelabur/rakan kongsi.

Memperkenalkan teknologi baru bagi pengkulturan/perladangan rumpai laut. Sistem Sokongan Industri o Pembangunan sumber manusia Pekerja mahir untuk makmal, kultur,pemprosesan, pembungkusan. o Khidmat Nasihat Dan Teknologi Berkaitan - Khidmat teknikal o Pembangunan Usahawan Rumpai Laut - Perladangan/ Nurseri dan Pemerosesan o Insentif Pelaburan (Akta Promosi Pelaburan) - Menyedia insentif pelaburan dalam industri pertanian. Galakan Pengkulturan Pemberian pelbagai insentif dan bantuan kepada kumpulan sasar [100 orang peserta].

Вам также может понравиться