Вы находитесь на странице: 1из 2

1.0 PENGENALAN 1.

1 KOMUNIKASI BERTULIS

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang terancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan berbagai bagai faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Hal ini kerana apa apa yang telah dirakamkan akan kekal lama dan sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan boleh dilihat dengan jelas. Dalam hal ini, kepekaan penulis terhadap penggunaan bahasa amat penting. Mereka harus memastikan bahasa yang digunakan akan dipersembahkan dengan menarik, dapat ditelahi dan mudah untuk dibaca dan difahami. Mereka yang bertanggungjawab untuk menyediakan teks perlu mempunyai kemahiran bahasa dan laras bahasa yang baik. Ini kerana penulis harus menyediakan teks dengan berbagai bagai gaya bahasa dan dia harus memastikan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kesalahan kesalahan ini boleh mencatatkan penyampaian teks tersebut. Cara pengolahan juga amat penting. Ia merupakan kebolehan seseorang memerihalkan dan mempersembahkan teks secara keseluruhan. Penggunaan bahasa yang sempurna, struktur teks, format teks amat penting. Sebuah teks yang baik bergantung kepada keupayaan penulis mengolah teks dengan menarik. Kesepaduan dan kesinambungan amat penting untuk berfokus ketika mengolah kerana ini akan menarik perhatian pembaca. Fakta juga amat penting. Fakta melibatkan isi , bahan atau sumber yang hendak dipersembahkan kepaa khalayak. Fakta haruslah nyata, sahih dan dapat dibuktikan. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah , ideology dan teori tertentu merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Fakta

yang jelas mematikan teks yang disediakan ialah bermutu, dapat dibuktikan dan logik.

Вам также может понравиться