Вы находитесь на странице: 1из 5

PRAKTIKAL 2 Tujuan

: :

ALOI

Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat. Teori :

Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu.Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. Tujuan pengaloian ialah: (a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. (b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter(aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen. (c) mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen.

Diperoleh daripada : www.ppdhl.net/courseware/bppt/kimia/Tingkatan4/.../BBM/Notaaloi.doc Bahan-bahan 1. Paku besi 2. Paku keluli 3. Paku keluli tahan karat 4. Larutan gelatin 5% 5. Larutan kalium heksasianoferat (III) 6. Air :

7. Kertas pasir Radas :

1. Tabung uji dengan rak tabung uji 2. Penitis 3. Bikar 4. Kasa dawai 5. Penunu Bunsen 6. Rod kaca 7. Tungku kaki tiga Prosedur :

1. Setiap paku dibersihkan dengan kertas pasir untuk menyingkirkan sebarang karat pada permukaannya. 2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A. Paku keluli dimasukkan ke dalam tabung uji B. Paku keluli tahan karat dimasukkan ke dalam tabung uji C. 3. Larutan gelatin 5% disediakan dengan menambahkannya ke dalam 100cm3 air yang mendidih. Selepas itu, beberapa titisan larutan kalium heksasianoferat(III) ditambah ke dalam larutan gelatin 5%. (Rajah 1) 4. Larutan gelatin 5% suam dituangkan ke dalam ketiga-tiga tabung uji sehingga semua paku tenggelam sepenuhnya. 5. Tabung uji A, B, C dan kandungan masing-masing diperiksa selepas beberapa hari. Keamatan warna biru diperhatikan. 6. Semua pemerhatian direkod dalam jadual di bawah. Keputusan Tabung Uji A (paku besi) B (paku keluli) C (paku keluli tahan karat) : Warna Larutan Biru tua Sedikit kebiruan Tiada perubahan Kadar Pengaratan Lebih tinggi Lebih rendah Tidak berkarat

Rajah 1 : Membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat Soalan-soalan :

1. Terangkan fungsi larutan kalium hexacyanoferrate (III) Mengesan kehadiran ion Fe2+ yang bertukar kepada warna biru tua. 2. Apakah hubungkait antara keamatan warna biru dengan kadar pengaratan Semakin tinggi keamatan warna biru semakin tinggi kadar pengaratan 3. Terangkan begaimana penggunaan pepejal larutan agar dapat menambah baikkan pemerhatian ke atas eksperiment Larutan agar berfungsi supaya warna biru tua yang berlaku pada paku jelas kelihatan 4. Namakan konstituen keluli dan keluli tahan karat Keluli- 99% Fe, 0 1.7% C Keluli tahan karat- 70% Fe, 15% Cr, 14% Ni, 1% C 5. Berdasarkan inferen keputusan penyiasatan, bandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat Kadar pengaratan paling tinggi berlaku pada paku besi. Kemudian diikuti dengan paku keluli dan paku tahan keluli

6. Bagaimana susunan atom didalam logam berhubung kait dengan sifat mulur dan boleh ditempa Dalam susunan atom logam, terdapat ruang kosong di antara atom-atom logam. apabila permukaan ini diketuk, atom-atom mudah menggelongsor. Ini

menerangkan mengapa logam tulen mudah dijadikan berbagai bentuk.

Susunan atom dalam logam tulen 7. Terangkan perbezaan antara aloi penggantian dan aloi celahan Dalam aloi penggantian, terdapat atom lain mengambil tempat atom yang mempunyai tapak yang sama dengannya. Aloi celahan ialah atom elemen yang lebih kecil memenuhi ruang-ruang antara elemen utama logam

Perbincangan

Apabila besi mengarat, ion ferum (II) yang terhasil dapat dikesan melalui penambahan larutan kalium heksasianoferat (III). Ion ferum (II) membentuk suatu mendakan berwarna biru tua dengan larutan kalium heksasianoferat (III). Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa kadar pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum (II) yang terbentuk adalah lebih tinggi. Kesimpulan :

Besi mengarat lebih cepat berbanding dengan keluli. Keluli tahan karat tidak berkarat.

Bibliografi

Soo, T. P. (2008). SPM Bilingual Chemistry Form 4. In T. P. Soo, SPM Bilingual Chemistry Form 4 (p. 546). Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

Вам также может понравиться