Вы находитесь на странице: 1из 3

HIKAYAT MARAKARMA" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE WINNER TAKES ALL)

Genre sastera: prosa tradisional Bahagian petikan: Peperangan, Perkahwinan, dan Pertabalan Penyelenggara: Wahyunah binti Haji Abd. Ghani Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 40 - 44 Teknik penceritaan: bahasa berirama

Watak utama: Maharaja Markarma Watak pembantu: Maharaja Indera Dewa / lawan perang Marakarma : Raja Mengindera Sari / adinda Marakarma : Tuan Puteri Nila Cahaya / anak Maharaja Indera Dewa / taruhan perang maharaja : Tuan Puteri Cahaya Khairani / bekas tawanan raksasa / diselamatkan oleh Marakarma / isteri Marakarma : Raja Bujangga Indera / adinda Tuan Puteri Cahaya Khairani : Maharaja Malai Kisna / raja negeri Mercu Indera / ayahanda TPC Khairani dan Bujangga : Raja Dikar Agas Peri (menunjukkan kesaktian memanah ke udara, turun permata ratna mutu maknikam) Latar tempat: medan perang / negeri hikmat : negeri Anta Beranta / menerima pertabalan Raja Bujangga Indera : negeri Puspa Sari : negeri Mercu Indera / menerima pertabalan Maharaja Marakarma (ganti Maharaja Malai Kisna) : negeri Pelanggam Cahaya / menerima pertabalan Raja Mengindera Sari Sinopsis hikayat Maharaja Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya, Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Markarma, tetapi dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang. Isteri Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang uang pantas berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nilai Cahaya dan dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan masa 40 hari 40 malam.

Maharaja Malai Kisna menerima menghadap hulubalang pantas berjalan dan mendengar bacaan surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu baginda pun tiba, lalu disambut denagn segala adat kebesaran istana. Pesta memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama 40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma. Tema: Mitos pertabalan raja-raja zaman dahulu Perwatakan: berani, memegang janji, menghargai jasa, penyayang Nilai murni: keberanian, menepati janji, berterima kasih, kasih sayang Persoalan: keberanian dalam menghadapi cabaran / serangan musuh : janji tetap ditunaikan / janji tidak pernah dimungkiri : membalas budi orang yang berjasa : kasih sayang sesama keluarga Pengajaran: kita hendaklah berani dalam menghadapi cabaran kehidupan / ancaman musuh (pesaing) : kita hendaklah menepati / menunaikan janji / kita janganlah mungkir janji : kita hendaklah membalas budi orang yang berjasa : kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga

"HIKAYAT SERI KELANTAN" KOMSAS TINGKATAN 3 (FAMILY PROTECTION STRUGGLE)


Sumber: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011: muka surat 28 - 34 Penyelenggara: (Prof. Dr.) Mohd. Taib Osman, bekas Naib Canselor Universiti Malaya Genre: Prosa Tradisional Watak: Encik Siti, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah, raja benua Siam, Tuk Ca Latar tempat: Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, Jembal, Kota Jelasin, Gunung Ayam, Siam, Mahligai, Cerang Bahana, bahtera utusan Siam Sinopsis:

Raja Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung (nama asal Kelantan) ialah Encik Siti yang tidak bersuami, lalu mengambil anak angkat dari Jembal, Puteri Sa'dung. Tuan puteri kemudian dikahwinkan dengan Raja Abdullah, juga dari Jembal. Raja Abdullah diangkat menjadi sultan dan membuka sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Encik Siti pula berpindah sebagai raja di Gunung Ayam. Dalam masa yang sama, seorang raja benua Siam sangat berahi (tergila-gila) akan Puteri Sa'dung yang sudah pun bersuami. Raja Siam mengutus bala tentera untuk melanggar kota Jelasin dan merampas Puteri Sa'dung. Mulanya Siam dapat ditewaskan menerusi kesaktian Puteri Sa'dung. Namun, takdir menentukan bahawa rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dilanda bala kelaparan. Angkatan Siam berjaya mengepung kota Jelasin, tetapi dengan kesaktian Puteri Sa'dung, sekalian kota parit dan istana ghaib ke Cerang Bahana di dalam hutan. Malangnya, Tuk Ca, ahli nujum raja Siam berjaya mengesan kedudukan Mahligai. Angkatan Siam yang terdiri daripada raja, menteri dan askar berjaya mengepung Mahligai hingga Sultan Abdullah tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya, Puteri Sa'dung terpaksa diserahkan kepada pihak Siam dengan doa kepada Tuhan agar dapat lepas dari suratan kejahatan raja benua Siam. Perwatakan: Berani, prihatin, tegas, patuh Nilai: keberanian, keprihatinan, ketegasan, kepatuhan Persoalan: keberanian dalam mempertahankan maruah : keprihatinan terhadap keperluan : ketegasan terhadap : kepatuhan kepada suami / ibu (angkat) isteri, negara perkahwinan musuh

Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam mempertahankan maruah (diri, keluarga, negara) : Kita hendaklah prihatin terhadap keperluan mendirikan rumah tangga : Kita hendaklah tegas terhadap musuh : Kita hendaklah patuh kepada suami / ibu

Вам также может понравиться