Вы находитесь на странице: 1из 1

Cabaran globalisasi.

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik, dan ini bermaksud bahawasanya rakyat Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran hubungan sesame etnik. Cabaran ketiga adalah cabaran globalisasi. Globalisasi boleh didefinisikan sebagai
"gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan1 kerajaan negara"

Pembaratan adalah salah satu cabang dalam konteks cabaran globalisasi. Nilai negatif barat yang dibawa masuk ke alam timur seperti pengaruh buruk dari segi ideologi, budaya hedonisme, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap sempurna boleh menyebabkan hubungan antara etnik terjejas. Contohnya, lihat saja perjuangan mereka mengenai hak asasi manusia. Kononnya setiap manusia berhak hidup dengan cara mereka sendiri adalah idea yang sangat klise sekali. Manusia haruslah tinggal bermasyarakat dan perlulah berinteraksi dan bekerjasama demi mencapai kesepakatan hidup. Sains dan teknologi juga merupakan cabang globalisasi yang amat membimbangkan. Penggunaan internet yang berleluasa yang bertemakan dunia tanpa sempadan menyebabkan aktivis-aktivis yang penuh dengan semangat perkauman menyebarkan khabar berita yang dapat merosakkan hubungan etnik di kalangan masyarakat Malaysia. Hiburan yang melampau dan mengagung-agungkan budaya dan etnik sendiri kelihatan amat mementingkan diri sendiri dan akan menyebabkan etnik lain terasa hati dan seterusnya menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Kita masih bernasib baik kerana hiburan di Malaysia masih lagi dikawal oleh Kementerian Komunikasi, Teknologi dan Kebudayaan. Jika dilihat di Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kebebasan meluahkan perasaan mengenai ketidakpuas hatian mereka terhadap kaum lain amat berleluasa dan ini telah menyebabkan perpecahan kaum di antara mereka. Alam sekitar juga akan terjejas akibat proses globalisasi yang melampau. Pengeksploitasian sumber alam seperti bijih timah, petroleum dan emas menyebabkan hubungan etnik semakin retak. Jika dilihat pada zaman penjajahan British pada abad k-18, kaum-kaum di Malaysia telah dibahagikan mengikut kelompok-kelompok pekerjaan yang melibatkan sumber alam sekitar. Kaum Melayu di tempatkan di kawasan pertanian seperti padi dan gandum, Kaum Cina sebagai pelombong, manakala Kaum India di kelompokkan di kawasan estet khas untuk penorehan getah. Pada waktu itu, semangat perpaduan antara rakyat Malaysia amatlah nipis dan menyebabkan ketidak fahaman antara mereka. Kita tidak mahu perkara-perkara seperti yang di bincangkan diatas berlaku kepada kita sehinggakan hubungan etnik retak dan menanti belah. Cabaran globalisasi sebenarnya boleh diatasi dengan langkah-langkah yang di lancarkan oleh Perdana Menteri kita seperti 1Malaysia. Referen 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi

Вам также может понравиться