Вы находитесь на странице: 1из 181

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

MUKA SURAT KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Notis Hak Cipta Kata-Alu-aluan Rektor kandungan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk 1: Pengenalan konsep sirah dalam Islam 1.0 1.1 1.2 Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk

i i ii iii iv vi vii viii 1 1 1 2 2 3 4 5 6

1.3 Konsep Sirah 1.4 Objektif Pengajian Sirah 1.5 1.6 1.7 Sumber Pengajian Sirah Keistimewaan Pengajian Sirah Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian Sirah Tajuk 2: Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah 2.0 2.1 2.2 Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk

9 9 10 10 11

2.3 Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi 2.4 Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah Islamiah 2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan

11

iv

2.6 Pembukaan Kota Mekah dan PeristiwaPeristiwa Berkaitan

12

Tajuk 3: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 dan tahun 2 3.0 3.1 3.2 3.3. Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w. 3.3.1 Sebelum Kelahiran 3.3.2 Semasa Kelahiran 3.3.3 Selepas Kelahiran 3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w 3.4. 3.5. 3.6. Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w Penyususuan Nabi Muhammad s.a.w Nabi dididik dalam Masyarakat Desa 3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat Nabi Dibesarkan 3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa 3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa 3.6.4 Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa 3.7. Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi 3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi 3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi 3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu 3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa 3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam 3.8. Kematian Datuk Nabi 3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk v

14

14 15 16 16 20 21 21 22

23 26 28 28

28 29 30

31 31 32 33 35 36 37 37

3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi 3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi 3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi 3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek 3.9. Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara 3.9.1 Keperibadian Abu Talib 3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau 3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda 3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya. Tajuk 4 : Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 3 dan tahun 4 4.0 4.1 4.2 4.3 Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w 4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara 4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan 4.4 4.5 4.6 Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w Peristiwa Hajarul Aswad Peristiwa Di Gua Hira 4.6.1 Permulaan Wahyu 4.6.2 Pengajaran Kisah 4.7 Mukjizat al-Quran 4.7.1 Makna al-Quran 4.7.2 Mukjizat al-Quran 4.8 Dakwah Nabi Muhammad s.a.w Secara Sulit dan Terang vi

37 38 39

40 41 41 41

42

42

45

44 45 46 46 46 48 50 54 56 56 59 60 60 61 62

4.8.1 Orang Terawal Memeluk Islam 4.8.2 Dakwah Nabi Secara Sulit 4.8.3 Dakwah Nabi Secara Terang-terangan 4.8.4 Pengajaran Kisah

63 64 65 66

Tajuk 5: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 5 dan tahun 6 Pengenalan konsep sirah dalam Islam 5.0 5.1 5.2 5.3 Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Peristiwa Isra dan Mikraj 5.3.1 Sebelum Isra dan Mikraj 5.3.2 Semasa Isra dan Mikraj 5.3.3 Pengajaran Daripada Isra dan Mikraj 5.4 Perjanjian Aqabah 5.4.1 Perjanjian Aqabah Pertama 5.4.2 Perjanjian Aqabah Kedua 5.4.3 Pengajaran Kisah 5.5 Hijrah Ke Madinah 5.5.1 Latar Belakang Hijrah 5.5.1 Faktor Berlakunya Hijrah 5.6 Piagam Madinah 5.6.1 Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya 5.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah Termeterai 5.6.3 Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam Madinah 5.7. Perjanjian Hudaibiyah 5.7.1 Latar Belakang Perjanjian dan FaktorFaktornya vii

69

69 69 70 70 70 71 77 79 79 81 83 84 84 85 90 90 91

92

93 93

5.7.2 Hikmah Perjanjian Hudaibiyah 5.8 Pembukaan Kota Suci Mekah 5.8.1 Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah 5.8.2 Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan Makkah 5.8.3 Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui Perjanjian 5.8.4 Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah 5.9 Pembinaan Masjid Pertama 5.9.1 Masjid Quba Masjid Pertama Dalam Islam 5.9.2 Pembinaan Masjid Al-Nabawi 5.9.3 Pengajaran Daripada Pembinaan Masjid Pertama 5.10. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar 5.10.1 Konsep Program Persaudaraan 5.10.2 Objektif Program Persaudaraan 5.10.3 Pengajaran Daripada Program Persaudaraan 5.11 Pembentukan Negara Madinah 5.11.1 Langkah-Langkah Bagi Pembentukan Negara 5.11.2 Analisa Umum Pembentukan Negara dan Piagamnya 5.12 Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w 5.12.1 Senario Selepas Pembukaan Kota Makkah 5.12.2 Pengajaran Daripada Sirah 5.13 Haji Perpisahan dan Kewafatan Nabi 5.13.1 Haji Perpisahan 5.13.2 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

96 97 97 97

100

103 111 111 114 116

117 117 118 120 122 122

123

125 125 128 129 129 132

Tajuk 6: Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun 1- 6. 6.0 Sipnosis viii

134

134

6.1 Hasil Pembelajaran 6.2 Kerangka Tajuk 6.3 6.4 Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah 6.5 Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 : 6.6 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah 6.6.1 Kaedah Bercerita 6.6.2 Kaedah Perbincangan 6.6.3 Kaedah Lakonan 6.7 Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah 6.8 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah 6.9 Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah 6.9.1 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 1 6.9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 2 6.10 Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Bibliografi Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

134 135 135 136

138 139 141 145 146 149

152

155

155

158

161

165 167 168 169

ix

KATA ALU-ALUAN REKTOR


Bismillahi al-Rahmani al-Rahim, Syukur Alhamdulillah kerana Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) telah berjaya memulakan sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada guru-guru dalam perkhidmatan melalui Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Kohort pertama PGSR bermula dengan Ambilan November 2008. Kejayaan melaksanakan program pensiswazahan guru dalam perkhidmatan ini mencipta suatu lakaran sejarah baru kepada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pembelajaran untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ini disediakan bagi membantu pelajar mengurus dan melaksanakan pembelajaran kendiri selaras dengan keperluan sukatan pelajaran peringkat ijazah. Pengurusan pembelajaran kendiri merupakan sebahagian daripada waktu pembelajaran pelajar-pelajar di peringkat ijazah seperti mana yang dikehendaki oleh Malaysian Qualification Framework (MQF) untuk tujuan Jaminan Kualiti. Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah secara mod Kursus Dalam Cuti (KDC) yang memerlukan pelajar berinteraksi secara bersemuka yang berlangsung sewaktu cuti persekolahan dan meneruskan pembelajaran secara kendiri apabila pelajar kembali bertugas di sekolah semula. Buku Panduan Pembelajaran ini juga membantu pelajar melaksanakan pengajian akademik mengikut spesifikasi kurikulum yang ditetapkan oleh IPG KPM dan Bahagian Pendidikan Guru. Tugasan terarah yang disediakan di dalam Buku Panduan Pembelajaran ini membantu pelajar memahami kandungan kursus yang mereka ikuti dan memperoleh pengalaman pembelajaran secara optimum. Memang menjadi hasrat IPG dan BPG untuk melahirkan guru-guru berijazah yang profesional dan berkualiti. Saya percaya Buku Panduan Pembelajaran ini dapat membantu dan mendorong pelajar melalui proses pembelajaran dengan berkesan demi mencapai matlamat program ini. Sekian, selamat maju jaya.

Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. x

Pengenalan Modul ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH! Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3106
Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri pelaja

Tajuk 1: Tajuk 2: Tajuk 3: Tajuk 4: Tajuk 5: Tajuk 6: Tajuk 7: Tajuk 8:

Pengenalan konsep sirah dalam Islam Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 dan tahun 2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 3 dan tahun 4 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 5 dan tahun 6 Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun 1- 6. Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1-6 Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan Sumber Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar terhadap isi modul. kepada soalan-soalan Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan

tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan

pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi

menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan. xi

AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15/30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)

xii

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Pengenalan konsep sirah dalam Islam - Definisi konsep sirah - Perbezaan Sirah dan sejarah - Kepentingan sirah Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah - Konsep sirah dalam Pendidikan Islam - Asas pelajaran sirah - Pengenalan tajuk pelajaran sirah - pelaksanaan pelajaran sirah sekolah rendah. - Kesan pengajaran sirah Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 dan tahun 2 - Perincian isi kandungan tahun 1 dan 2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 3 dan tahun 4 - Perincian isi kandungan tahun 3 dan 4 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 5 dan tahun 6 - Perincian isi kandungan 5 dan 6 Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun 1- 6. - Strategi dan pendekatan pengajaran sirah - Kaedah dan teknik pengajaran sirah - Aplikasi kaedah yang sesuai untuk pengajaran sirah Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1- 6 : - Rancangan pengajaran Harian (RPH) - Penjelasan umum mengenai konsep rancangan kerja : - Semester - Mingguan - Harian - Refleksi dan Penambah-baikan. - Permurnian RPH untuk pengajaran makro Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan Sumber Pengajaran Sirah Sekolah Rendah - Pelaksanaan pengajaran tahun 1 hingga tahun 6 - Mengaplikasikan bahan-bahan pengajaran sirah tahun 1 hingga tahun 6 - Refleksi pengajaran.

10

10

JUMLAH xiii

45

15

60

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP SIRAH DALAM ISLAM

1.0

SINOPSIS Dalam tajuk ini akan membincangkan mengenai konsep sirah menurut Islam. Ia merangkumi perbezaan antara sirah dan sejarah, sumber pengajian sirah, objektif pengajian, keistimewaan sirah dan kandungan pengajian sirah secara umum.

1.1

HASIL PEMBELAJARAN Melalui pengajian tajuk ini, para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ; 1. 2. 3. 4. Menguasai dan menerangkan perbezaan antara sirah dan sejarah dengan baik bersama hujah-hujah. Menyenarai dan menjelaskan sumber-sumber pengajian sirah dalam Islam. Menguasai dan menjelaskan objektif dan keistimewaan sirah dalam Islam. Memahami dan menghuraikan kandungan isi dalam subjek pengajian sirah dengan baik

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Keistimewaan Pengajian Sirah

Sumber Pengajian Sirah

Topik-Topik Pengajian Sirah Secara Umum

1.3 Konsep Sirah Perkataan berasal daripada perkataan (kata kerja kala kini) dan perjalanan. Sementara maksud dari segi istilah pula ialah satu pengajian yang bukan sekadar mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, melihat kebaikan dan kelemahannya. Sebaliknya ia mengkaji peribadi Nabi saw dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukumhukumnya. Oleh itu, jika dibandingkan dengan pengajian sejarah kedua-duanya mempunyai perbezaan yang nyata, di mana pengajian sejarah pula ia merupakan satu pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat dalamnya. 2 ( kata kerja kala lepas),

(kata nama terbitan). Ia bermaksud

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1.4 Objektif Pengajian Sirah Pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaika n pengajaran yang terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup. Oleh itu, melalui pengajian sirah ini, beberapa objektif berikut akan tercapai ; 1. Memahami peribadi Nabi saw yang meliputi kehidupan hariannya untuk mengukuhkan kefahaman bahawa Nabi saw bukan sahaja seorang yang yang hebat dalam kalangan kaumnya, malahan baginda juga mendapat bimbingan daripada Allah sebelum kerasulannya. 2. Orang ramai (manusia seluruhnya) akan mendapati contoh teragong dalam kehidupan mereka.

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3. Untuk memahami al-Quran dan menjiwai roh dan tujuannya, kerana terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa yang dilalui oleh Nabi saw. 4. Memahami Islam dengan tepat sama ada yang berkaitan dengan aqidah, perundangan dan akhlak. 5. Menjadi contoh dan teladan kepada para pendakwah Islamiah dan para guru dalam proses dakwah dan tarbiah.

1.1 Berdasarkan pengajian dan pengalaman anda, bincangkan secara terperinci objektif pengajian sirah yang diamalkan dari dahulu sehingga sekarang

1.5 Sumber Pengajian Sirah Pengajian Sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama

pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi saw sebagai model dan contoh kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah yang terbaik dan dan tanpa keraguan. Para ulama menggariskan sumber sumber berrikut dalam pengajian sirah.

a)

Al-Quran

Ia merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai kehidupan Nabi saw

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

b)

Al-Hadith Nabi saw

Kitab-kitab yang ditulis para Muhaddithin yang terkenal kebenaran dan amanah mereka. c) Syair zaman kenabian

Terdapat ramai kalangan orang-orang Mukmin yang menjadi penyair mempertahankan Nabi saw daripada cercaan dan tomohan penyair Musyrikin d) Buku-buku sirah

Terdapat banyak buku-buku sirah yang ditulis oleh para penulis Islam yang terkenal dengan amanah dan kebenarannya. Antara mereka ialah Sirah Ibn Hisyam, al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.

1.6 Keistimewaan Pengajian Sirah Pengajian sirah bukan semata-mata menumpukan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, sebaliknya pengajaran dan pengiktibaran yang lebih diutamakan. Oleh demikian terdapat beberapa keistimewaan tersendiri berbanding dengan 5

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

pengajian-pengajian disiplin ilmu lain. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut ; i. Ia merupakan sirah yang paling sahih mengenai sejarah Nabi saw. Sirah tersebut diriwayatkan dengan kaedah ilmiah yang paling kuat lagi tepat. Ia langsung tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai peristiwaperistiwa terkemuka. ii. Kehidupan Nabi saw begitu jelas sekali dalam setiap peringkat. Bermula dengan perkahwinan bapanya dan ibunya sehingga ke zaman kewafatan Nabi saw. Segala-galanya diceritakan dengan begitu jelas. iii. Sirah Nabi saw diceritakan sebagai seorang manusia dimuliakan oleh Allah swt dengan penganugerahan risalah dakwah. Ia tidak keluar daripada batasan seorang manusia dan tidak juga diselaputi dengan dongengan-dongengan melampau serta tidak juga dikaitkan dengan unsur ketuhanan pada diri Nabi saw. iv. Sirah Nabi saw meliputi semua aspek kemanusiaan. Ia menceritakan kehidupan Nabi semasa kecil sebelum dibangkitkan dengan risalahNya, Nabi sebagai pendakwah, sebagai ketua negara,sebagai suami,bapa dan sebagainya. v. Sirah Nabi saw satu-satunya sumber benar dan tepat yang menceritakan tentang bukti kenabian dan kerasulannya.

1.7 Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian Sirah Antara kandungan Pengajian Sirah a) Daripada kelahiran sehingga kebangkitan i. ii. iii. iv. Keturunan, kelahiran dan penyusuan. Kunjungan pertama ke negeri Syam dalam mencari rezki Perniagaan dengan harta Khadijah Penyertaan dalam pembinaan Kaabah 6

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

v. vi. Penerimaan Wahyu

b)

Daripada kebangkitan sehingga Hijrah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Hijrah ke Madinah Mendatangi rumah Abu Ayyub Peringkat-peringkat dakwah Dakwah secara sembunyi Dakwah secara terbuka Penderitaan Penghijrahan pertama Rombongan pertama berjumpa Nabi saw Tahun dukacita Hijrah al-Rasul ke Taif Al-Isra dan Mikraj

c)

Asas pembinaan masyarakat baru i. ii. iii. Pembinaan masjid Persaudaraan sesama Islam Penulisan perjanjian

d)

Peringkat peperangan i. ii. iii. iv. v. Peperangan pertama yang dihadiri Nabi saw Peperangan Badar terhadap orang Islam Peperangan Ahud Yawm alBani al-Nadhir 7 ah pertama

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

vi. vii. viii. e)

Peperangan Bani al-Mustalaq Peperangan al-Ahzab (al-Khandaq) Peperangan Bani Qurayzah

Pembukaan Kota Mekah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. Utusan Nabi saw kepada orang ramai untuk mengajar Islam Usamah bin Zayd diutuskan ke alRintihan dan Kewafatan Nabi saw. Pe Pembukaan Kota Mekah Peperangan Hunaian Peperangan Tabuk Abu Bakar menunaikan haji bersama orang ramai Masjid Dhirar Rombongan Thaqif memeluk Islam Beberapa golongan memeluk Islam Perjanjian Hudaybiyyah -Ridhwan Peperangan Khaybar Kepulangan Jaafar bin Abu Talib dari Habasyah

Cuba anda fikir dan bincang dengan rakan anda mengenai bahan-bahan rujukan dalam pengajian sirah tradional dan bahan-bahan kontemporary.

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 2 SIRAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH


2.0 SINOPSIS Dalam bahagian ini akan membincangkan tajuk-tajuk Pendidikan

Sirah yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah.

2.1

HASIL PEMBELAJARAN Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat menguasai beberapa perkara seperti berikut ; 1. Menguasai dan menerangkan tajuk-tajuk Pendidikan Sirah yang akan dipelajari oleh murid Sekolah Rendah. 2. Menyenarai dan menjelaskan pembahagian tajuk-tajuk Pendidikan Sirah dengan baik. 3. Menguasai dan menjelaskan isi-isi dan kandungan setiap tajuk Pendidikan Sirah dengan baik.

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3

Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi

Nabi Muhammad saw. Adalah manusia luar biasa. Kehidupan baginda amat berbeza daripada manusia lain dari dahulu sehingga sekarang. Oleh demikian dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan dengan tajuk-rajuk yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan Nabi saw sebelum dibangkit menjadi Nabi/Rasul saw. Antara tajuk-tajuk berikut adalah seperti berikut.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Tanda-tanda kenabian Salasilah keturunan Nabi Penyusuan dan Pemelihraan Nabi Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni Kematian bapa dan ibu Nabi Kematian Datuk Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa Pekhawinan Nabi Peritiwa Hajarul al-Aswad 10

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.4

Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah Islamiah

Tajuk ini adalah bahagian kedua daripada perjalanan kenabian. Dalam bahagian ini perbincangan tertumpu kepada tajuk-tajuk berikut. beberapa peristiwa yang berkaitan dengan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Peristiwa di Gua Hira Mukjizat Al-Quran Dakwah Rasulullah (sulit dan terang) Hijrah ke Habsyah Pembesar Mekah terima Rasulullah Tentangan terhadap Rasulullah Israk dan Mikraj Perjanjian Aqabah

2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan Dalam bahagian ini perbincangan tertumpu kepada beberapa tajuk yang berkaitan dengan peristiwa besar Hijrah dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya. Antara tajuk-tajuk tersebut adalah seperti berikut.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Hijrah ke Madinah Pembinaan Masjid pertama Persaudaraan Muhajirin dan Ansar Pembentukan Negara Madinah Mempertahankan Madinah Piagam Madinah Perjanjian Hudaibiah

11

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.6 Pembukaan Kota Mekah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan Dalam bahagian ini, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa tajuk yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pembukaan kota Mekah sehingga kewafatan Nabi saw. Antara tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bahagian ini adalah seperti berikut.

1. 2. 3. 4.

Pembukaan Kota Mekah Perkembangan Islam Zaman Rasul Haji Wida Kewafatan Rasulullah S.A.W.

12

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

13

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 3

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH

RENDAH TAHUN 1 DAN 2

3.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih dan membincangkan mengenai isi kandungan sirah Tahun Satu dan dua. Kandungan sirah Tahun satu yang akan dibincangkan adalah mengenai sirah Nabi pada peringkat awal iaitu mengenai tanda-tanda kenabian Rasulullah s.a.w yang berlaku sebelum dan selepas baginda dilahirkan. Kemudian, kita akan membicarakan pertalian nasab Rasulullah s.a.w yang sewajarnya kita mengetahuinya supaya kita dapat melihat susur galur nasab Nabi Muhammad s.a.w yang sampai kepada Nabi Ismail a.s. Pendedahan yang terakhir dalam topik sirah Tahun Satu ini adalah berkaitan dengan penyusuan baginda yang banyak pengajaran dapat kita ambil.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalan sirah tahun dua adalah berkaitan peristiwa awal yang berlaku dalam kehidupan nabi khususnya berkaitan dengan kehidupan baginda semasa masih kecil di desa. Ia juga akan membincangkan kesan peristiwa kematian bapa dan ibu nabi serta kehidupan baginda bersama datuk dan bapa saudara terutamanya yang berkaitan tentang kesan

pemeliharaan mereka terhadap kehidupan baginda.

Di harapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu pelajarpelajar sekelian memahami isi kandungan pelajaran sirah tahun satu dan dua dan menganalisis sukatan pelajaran sirah bagi tahun satu dan dua.

14

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun satu dan tahun dua 2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun satu dan dua 3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun satu dan dua. 4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan; 5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

Pelajar-pelajar sekelian, Sebelum anda meneroka tajuk-tajuk Sirah secara terperinci , Anda perlu menganggap bahawa pelajaran bahagian sirah merupakan bahagian yang paling mudah untuk diterangkan kepada para pelajar. Ini kerana para guru amat mudah menerangkannya melalui bentuk cerita, nasyid, syair dan lakonan yang amat diminati pelajar. Ini akan membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian sejauh mana kefahaman pelajar berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. Pelajaran Sirah lebih berbentuk cerita dan pengamalan. Justeru itu, kita mudah menilai sejauh mana penghayatan seorang pelajar terhadap Sirah Nabawiyyah. Oleh itu, para guru perlu menerangkan konsep asas Sirah dengan cara mudah dan jelas seperti bercerita dan bernasyid supaya pelajar mudah memahami serta menghayatinya.

Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun satu dan tahun dua. Pelajaran sirah tahun satu sepertimana dalam peta minda berikut;

15

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 1 Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w Nabi dididik dalam Masyarakat Desa

Tahun 2

Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi

Penyususuan Nabi Muhammad s.a.w

Kematian Datuk Nabi

Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

Peta minda di atas menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan dalam sirah tahun satu dan tahun dua. Namun begitu, jangan anda mengambil mudah tentang topik-topik itu, kerana sebagaimana yang saya jelaskan bahawa bukan sahaja cerita yang hendak kita fahami dengan baik tetapi juga pengajaran di sebalik peristiwa yang berlaku. Ini akan membantu anda semasa proses pengajaran.

3.3 TANDA-TANDA KENABIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya akan memberikan hasil pembelajaran pada setiap topik yang kita bincangkan supaya anda nampak skop perbincangan dan bersesuaian dengan kehendak huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam:

16

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Sebelum kita membicarakan tentang tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad s.a.w, adalah lebih baik kita menceritakan latar belakang kelahiran baginda s.a.w. Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya, kerana bapanya Abdullah bin Abdul 17

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Muththalib telah wafat di Yathrib. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah, yakni tahun dimana Abraham atau Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Mekah dan menghancurkan kabah. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Fil:

Maksudnya: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhati kan bagaimana Tuhan mu telah bertindak terhadap tentera bergajah. 1. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan kabah) itu sia-sia 2. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondongbondong 3. Yang melempari mereka dengan batu yang berasal dari tanah yang terbakar 4. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat 5.

18

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Buku Rujukan

Kisah Abrahah memang sudah diketahui umum, kerana adanya banyak kitabkitab tafsir yang menceritakan tentang kisahnya; Saya mencadangkan anda supaya membaca kisahnya di dalam kitab-kitab yang mutabar seperti Tafsir Ibn Kathir, Tafsirul Munir, Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan sebagainya sebagai bahan rujukan anda dalam memahami kisah ini.

Saya akan menjelaskan kepada anda berkenaan dengan tanda-tanda kenabian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Baginda s.a.w dilahirkan. Semasa anda memberi penerangan kepada murid, anda perlu menekankan ketiga keadaan ini supaya mereka dapat melihat tanda-tanda kenabian yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lebih jelas dan tersusun. Di bawah ini

saya tunjukkan secara grafik bagi membantu anda dalam memahami perkara di atas:

19

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Dari grafik di atas, kita akan bincangkan kesemua peringkat masa (sebelum, semasa dan selepas kelahiran). Anda perlu memahami peristiwa yang berlaku dan yang lebih penting lagi adalah mengetahui pengajaran disebalik peristiwa yang berlaku.

3.3.1 Sebelum Kelahiran

(a) Api Sembahan Kaum Majusi di Parsi Terpadam

Kaum majusi adalah golongan yang menyembah api, mereka menggangap api adalah tuhan mereka. Di Parsi (Iran) mereka telah membina satu obor yang besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuhan mereka dan meyakini bahawa api tersebut tidak akan padam buat selamalamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa Nabi s.a.w hendak dilahirkan, secara tiba-tiba api sembahan mereka terpadam dan ini

menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan bahawa ia adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku. 20

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

(b) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam Kandungan Diberi Nama Muhammad

Ibu kepada Nabi s.a.w, Aminah bt. Wahab adalah seorang wanita yang solehah, beliau kerap bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih dan meminta beliau memberi nama anak dalam kandungannya dengan nama Muhammad (yang terpuji). Sememangnya nama itu tidak ada sebelum kelahiran baginda s.a.w. Apabila baginda dilahirkan, semua orang memuji nama tersebut kerana keindahannya dan belum ada seorang pun waktu itu yang bernama Muhammad. 3.3.2 Semasa Kelahiran

Sewaktu Baginda dilahirkan, telah berlaku perkara yang luar biasa (mukjizat) ke atas Nabi s.a.w iaitu:

a) Kedua tapak tangan Baginda melekap di atas bumi dan kepala Baginda mendongak ke langit. b) Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan. c) Baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, dijawab oleh malaikat yarhamukaLLah wayahdikumuLLah. dan Baginda menjawab lagi yahdina

3.3.3 Selepas Kelahiran

(a) Dada Baginda s.a.w Dibedah

Sewaktu kecil, Baginda s.a.w telah di jaga oleh ibu susuannya iaitu Halimatus Sadiah dari kabilah Saad. Suatu hari ketika Baginda sedang bermain dengan kawan-kawannya, telah datang kepadanya seorang lelaki (malaikat Jibril a.s) bertemu dengan Baginda. Orang itu membaringkan Baginda dan telah 21

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

membedah dada Baginda tanpa bantuan alatan moden, dikeluarkan hati Baginda dan dibasuh dengan air zam-zam dalam bekas emas. Kanak-kanak yang sedang bermain bersama Baginda merasa ketakutan lalu pergi memberitahu peristiwa yang berlaku kepada Halimatus Sadiah. Terkejut dengan cerita yang sukar dipercayai itu, Halimatus Sadiah telah bergegas mendapatkan Muhammad s.a.w, apabila beliau sampai di tempat kejadian, orang yang membedah dada Baginda sudah tiada dan Muhammad s.a.w kelihatan terkejut dengan apa yang terjadi kepada Baginda. Selepas peristiwa berkenaan, Halimatus Sadiah dengan berat hati telah menghantar Baginda s.a.w ke pangkuan ibunya kerana bimbang peristiwa sama akan berulang kembali.

(b) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan

Nabi s.a.w sentiasa berjalan dan dipayungi oleh awan, inilah satu mukjizat terhadap Baginda. Sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, orang kepecayaan Khadijah, semasa mengikuti rombongan perniagaan ke Syam bersama Nabi s.a.w. Beliau menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan bersama Muhammad s.a.w keadaan di sekitarnya redup kerana dibayangi oleh awan yang sentiasa mengekori Baginda s.a.w. Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah akan berselawat (merahmati) kepadanya sepuluh kali (Maksud Hadis).

3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w i. Kesan Terhadap Keluarga Baginda (a) Mereka mengagumi dengan tanda-tanda kelahiran Baginda. (b) Keluarga sentiasa menjaga kedudukan Baginda. (c) Memberi sokongan dan perlindungan kepada Baginda.

22

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ii. Kesan Terhadap Masyarakat Arab (a) Bangsa Arab turut kagum dengan tanda-tanda kelahiran Baginda. (b) Mengakui keistimewaan dari Baginda s.a.w (c) Memudahkan masyarakat mempercayai Baginda.

3.4 SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Hasil Pembelajaran

Nasab keturunan adalah satu ilmu dalam masyarakat Arab, ilmu Nasab adalah merupakan satu ilmu untuk mengenal keturunan. Sebab itulah dalam topik ini kita akan melihat nasab Rasulullah s.a.w yang dikatakan nasab yang terbaik dan sampai nasabnya kepada Nabi Ismail a.s. Nasab baginda s.a.w ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthathalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushayyi bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin 23

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Fihr bin Malik bin an-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Muiddu bin Adnan.

Inilah batas nasab Rasulullah s.a.w yang telah disepakati. Selebihnya dari yang telah disebutkan masih diperselisihkan. Tetapi yang disepakati bahawa Adnan adalah salah seorang dari anak Ismail a.s bin Ibrahim a.s Khalilullah. Nasab Nabi s.a.w yang disebutkan di atas adalah nasab yang umum, sekarang saya nak tunjukkan bagaimana nasab bapa dan ibu Nabi s.a.w bertemu. Untuk memudahkan anda saya akan menerangkan dalam bentuk grafik:

24

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kalau kita perhatikan kepada perkembangan nasab Nabi Muhammad s.a.w, kita akan dapati bahawa Allah s.w.t telah memilih baginda dari qabilah yang paling bersih, keturunan yang paling suci dan utama. Tiada sedikit pun kecacatan jahiliyyah yang menyusup masuk dalam nasab Baginda.

Imam Muslim telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Rasulullah s.a.w. Baginda telah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah, kemudian memilih Hasyim dari Quraisy, dan memilih ku dari Bani Hasyim.

Dalam hadis di atas, membuktikan bahawa Allah mengutamakan bangsa Arab dari semua manusia, dan mengutamakan Quraisy dari semua qabilah yang lain. Ketahuilah, bahawa diantara maksud mencintai Rasulullah s.a.w itu adalah termasuk juga mencintai kaum dan qabilah di mana baginda s.a.w dilahirkan, bukan dari segi individu dan jenis tetapi dari segi hakikat semata. Ini kerana hakikat Arab Quraisy telah mendapat kehormatan dengan bernasabnya Rasulullah s.a.w kepada qabilah tersebut.

25

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.5 PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah menyusu dari ibunya selama tiga hari, kemudian baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwabatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas daripada itu baginda s.a.w telah disusui pula oleh HalimatusSadiah selama empat tahun. Kisah penyusuan yang paling masyhur ialah kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan ibu susuannya Halimatus Sadiah.

26

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Secara ringkasnya, saya memberikan sedikit sinopsis untuk anda memahami kisah penyusuan baginda dengan Halimatus Sadiah. Sememangnya menjadi budaya orang Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak mereka kepada orang-orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Golongan bangsawan Arab menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung adalah bertujuan: 1. Memberi biah yang segar di kampung. 2. Melatih mereka dengan bahasa Arab yang fasih. 3. Mengajar anak-anak dengan sifat keberanian.

Puak Bani Saad termasuklah Halimatus Sadiah telah datang mencari anak kecil untuk disusui, akhirnya beliau mendapat seorang anak yatim yang bernama Muhammad. Semasa membawa Nabi s.a.w pulang ke rumahnya, beliau mendapati payudaranya yang sebelah kanan penuh berisi susu, sedangkan sebelum ini, ia memang tiada susu. Semenjak Nabi Muhammad s.a.w tinggal bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa, diantaranya ialah kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga peristiwa dada Nabi s.a.w dibedah.

Membuat Nota Sila buat satu catatan berupa sirah dalam tiga topik yang dibincangkan di atas.

Rehat dulu !

Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun dua. Anda boleh rehat dulu.

27

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.6 NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT DESA

3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat Nabi Dibesarkan

Nabi dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia. Menjadi kebiasaan masyarakat di desa hidup

dalamkeadaan bersatu padu dan berkerjasama antara satu sama lain serta mempunyai ikatan persaudaraan yang kukuh dan kuat.

Di samping itu, masyarakat desa juga diasuh dengan akhlak yang mulia. Kehidupan di desa mengajar masyarakatnya hidup berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri. Mereka juga menguasai bahasa Arab begitu baik berbanding dengan masyarakat kota.

Justeru itu, masyarakat desa terkenal dengan lembut tutur kata, mempunyai perasaan timbang rasa serta bersifat amanah dan sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup. Di samping itu, masyarakat desa juga dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, pandai mengembala kambing serta pergaulan yang baik dalam masyarakat. Oleh itu, Nabi telah diasuh dan dibesarkan dalam suasana masyarakat yangberakhlak mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni yang memberikan kesan yang amat baik kepada kehidupan Nabi.

3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa

Pada kebiasaan golongan bangsawan Arab, setiap kanak-kanak yang dilahirkan ketika usianya lapan hari, kanak-kanak tersebut dihantar menyusu dan diasuh di desa. Apabila berumur tujuh atau lapan tahun, maka barulah dibawa pulang. Tujuannya ialah supaya: 1. Tubuh kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa udaranya lebih bersih daripada di kota. 28

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2. Kanak-kanak itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh bertutur dengan fasih, kerana di kota, khususnya kota Makkah, bahasa Arabnya sudah tercemar dengan terdapatnya ramai bangsa asing di situ. 3. Kanak-kanak itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Latihan

(a) Terangkan suasana masyarakat Arab tempat Nabi dibesarkan. (b) Nyatakan tujuan Nabi di hantar ke desa. 3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa

Pada kebiasaannya kehidupan masyarakat desa penuh dengan nilai-nilai murni,masyarakat yang bersatu padu dan berkerjasama serta memiliki persaudaraan yang kukuh. Mereka juga mempunyai akhlak yang mulia dan bertanggungjawab. Masyarakat desa juga terkenal dengan hidup berdikari dan mempunyai jatidiri yang tinggi. Di samping itu, mereka juga fasih berbahasa Arab asli.

Di antara nilai-nilai murni masyarakat desa ialah:

1. Rajin Berkerja.

Ibu-ibu susuan ini biasanya dari kawasan pergunungan dan gurun yang jauh dari kota. Mereka biasanya datang sendiri secara berkumpulan ke kota Makkah untuk mencari kanak-kanak yang bakal diasuh itu. Di antara yang paling masyhur menjalankan urusan penyusuan ialah qabilah Bani Saad.

2. Semangat yang Tinggi

29

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kebetulan tahun kelahiran Nabi ialah tahun kemarau dan kesempitan hidup. Untuk mendapat upah yang lumayan sudah tentu Halimah binti Dhuaib tidak memilih seorang anak yang yatim seperti Nabi untuk diasuh. Dengan bersemangat Halimatus-Sadiah berkata kepada suaminya: Aku tidak suka kembali bersama para sahabatku tanpa seorangpun bayi, Aku akan mengambil anak yatim itu. Ya, lakukanlah kata suaminya ,barangkali Allah

menjadikannya suatu barakah kepada kita.

3. Kasih Sayang

Apabila sampai dua tahun berada di pangkuan Bani Saad sepatutnya Nabi diserahkan semula kepada keluarganya. Ini kerana masa susuannya telah selesai. Tetapi ibu susuan Nabi masih sayang untuk menyerahkan Nabi kepada keluarganya dan meminta izin memanjangkan tempoh asuhannya.

4. Bertanggungjawab dan Amanah

Apabila berlaku peristiwa pembedahan dada Nabi dan keinginan beberapa orang lelaki Habsyah yang mahu membawa Nabi ke negeri mereka.Keluarga susuan Nabi merasa bimbang dengan keselamatan baginda dan meletakkan

tanggungjawab menjaga keselamatan Nabi ke atas diri mereka. Justeru itu, mereka mahu menyerahkan anak susuannya kepada keluarganya.

3.4.4. Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa

Ketika diasuh di desa Nabi dididik dengan akhlak yang mulia dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, Nabi menjadi seorang yang lembut tutur kata, bersifat timbang rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi juga memperolehi pelbagai kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat. 30

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Dalam tempoh beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus-Sadiah dan saudara-saudara susuannya, memelihara kambing serta bersama-sama

menjalani kehidupan orang Badwi, telah meninggalkan kesan tarbiyyah yang mendalam kepada diri Nabi. Sehingga biasalah Baginda dengan kesederhanaan yang jauh dari sifat-sifat kepura-puraan.

Mengenai keadaan hidup yang dilengkongi oleh fitrah serta kefasihan bahasa yang menjadi keistimewaan Bani Saad, Nabi pernah bersabda:

Akulah orang yang paling berada dalam suasana keaslian Arab, aku seorang dari Quraisy, aku menyusu di kalangan Bani Saad bin Bakr. (Sirah Ibn Hisham)

3.7 KEWAFATAN BAPA DAN IBU NABI

3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi

Riwayat Abdullah tidak banyak di catat dalam sejarah. Namun begitu, kisah menarik mengenainya ialah ketika beliau masih kanak-kanak, beliau hampir dikorbankan untuk berhala. Tuhan telah menyelamatkannya apabila bapanya Abd Muttalib menggantikannya dengan 100 ekor untuk mengelakkan kejadian itu berlaku. Abdullah terkenal sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau sering berulang-alik dari Makkah ke Syam untuk menguruskan perniagaannya.

Selepas beberapa bulan berkahwin beliau meneruskan perniagaannya ke Syam. Sekembalinya dari Syam beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di Yathrib (Madinah), pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan Nabi 31

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

selama kira-kira dua bulan. Abdullah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Madinah juga. Beliau meninggalkan sedikit harta untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang pembantu rumah yang bernama Ummu Aiman. Jika diukur daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah bahawa Abdullah bukanlah seorang yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu miskin tetapi keadaannya sederhana sahaja. 3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi

Setelah beberapa tahun yang penuh dengan keberkatan dan kesan baik di dalam jiwa bersama-sama dengan keluarga Halimahtus-Sadiah, maka Nabi pulang kepangkuan bondanya. Suatu ketika Aminah berhajat untuk menziarahi pusara suaminya yang meninggal di Yathrib. Di kalangan keluarganya Bani anNajar dengan diiringi oleh khadamnya Ummu Aiman menuju ke tempat yang jauhnya 500 km perjalanan dengan kenderaan di masa itu. Sudah tentu pengembaraan itu merupakan perjalanan yang jauh kepada seorang perempuan dan anaknya. Setelah sebulan berada di sana, mereka pun berangkat pulang ke Makkah. Dalam perjalanan pulang Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia di satu tempat bernama Abwa, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan pulang ke Makkah bersama-sama Ummu Aiman.

Cuba anda ceritakan semula peristiwa kematian ibu dan bapa Nabi.

Aktiviti 7.2

3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu 32

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda hanya bangkit memikul tanggungjawab dengan bantuan seluruhnya dari Allah. Nabi juga telah menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian, disayangi dan dihargai oleh anggota keluarga yang lain serta pandai hidup berdikari.

1. Disayangi dan Dihargai

Perasaan kasih sayang Abdul Muttalib terhadap cucunya semakin mendalam. Layanan istimewa telah diberikan kepada Nabi. Kemana saja dia pergi Nabi dibawa bersamanya. Sehinggalah di dalam majlis perjumpaan di kalangan pembesar Quraisy pun dia membawa cucunya bersama. Ketika duduk berhampiran kaabah bersama-sama pembesar Quraisy Abdul Muttalib membenarkan Nabi berada di atas hamparannya. Keadaan inilah menyebabkan Baginda merasa terhibur dan perasaan sedih serta hibanya beransur pulih. Kesemuanya ini adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada Baginda, Seperti firman:

Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu Dia melindunginya (Surah al-dhuha : 6)

2. Ketinggian Peribadi

Kewafatan bapa dan ibu Nabi menyebabkan Baginda mendapat tarbiyyah ilahi secara terus. Oleh itu, Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah dari segi ketinggian peribadi dan akhlak sehingga Baginda tidak boleh ditembusi sedikit pun oleh telatah orang-orang muda di zamannya. Ketinggian maruah dan kemurniaan akhlaknya telah menjadi buah mulut penduduk Makkah. Mereka mengelarnya dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud orang yang sangat dipercayai. 33

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3. Hidup Berdikari

Nabi menghadapi alam remajanya dengan tarbiyyah meletakkan diri Baginda tidak bergantung kepada orang lain. Di mana Nabi pernah memelihara kambing untuk nafkah hidup. Baginda pernah bersabda:

Aku memelihara kambing di kawasan pengembalaan Makkah. Begitu juga dengan sabda Nabi:

Tiada Nabi melainkan mengembala kambing Para sahabat bertanya:

Adakah engkau juga ya Rasulullah Nabi menjawab:

Dan begitu juga aku

Sesungguhnya mencari nafkah dengan titik peluh sendiri itulah rezeki yang paling berkat di sisi Allah.

Nyatakan kesan daripada peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi. Semak Kendiri 7.2

3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa

34

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Di dalam al-Quran terdapat suruhan supaya seseorang berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapanya yang telah tua, tetapi berbakti terhadap ibu lebih diberi keutamaan. Nabi pernah bersabda:

Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu

Di antara adab dan hak terhadap ibu bapa ialah: 1. Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat. 2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah lembut. 3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang. 4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang. 5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka. 6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta. 7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan. 8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka. 9. Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka. 10. Tidak mengangkat suara dihadapan mereka. 11. Tidak memotong percakapan mereka. 12. Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka. 13. Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur. 14. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua. 15. Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan. 16. Tidak tertawa di dalam majlis mereka jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa. 17. Tidak memakan makanan yang ada disisi mereka. 18. Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka. 19. Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali mereka mengizinkannya. 20. Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka. 35

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

21. Tidak berjalan mendahului mereka. 22. Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil. 23. Memuliakan sahabat mereka khususnya sesudah mereka mati. Doanya seperti dalam al-Quran:

Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kamu dengan penuh kasih sayang pada waktu kecil (Al-Isra - 24)

3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam

Mengenai anak-anak yatim pula, Islam memerintahkan bahawa seseorang penjaga hendaklah memperlakukan anak yatim di bawah jagaan mereka seperti anak mereka sendiri. Anak-anak yatim perlu di bimbing dan di beri nasihat yang baik dan benar. Sekiranya mereka mempunyai wang, wang itu hendaklah dipergunakan untuk mereka dengan cara yang mereka terbaik dan tidak

membelanjakannya

secara

boros

sebelum

meningkat

dewasa.

Sekiranya penjaganya miskin dia dibenarkan mengambil sedikit upah dari kekayaan anak yatim itu untuk mengendalikannya. Tetapi sekiranya penjaga itu bukan orang miskin, dia mesti menahan diri dari mengambil harta anak yatim tersebut. Anak yatim itu mestilah diberikan hartanya setelah dia dewasa dan dapat mengendalikan urusan hidupnya sendiri.

3.8

KEMATIAN DATUK NABI

3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk 36

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Apabila Baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua memeliharanya dengan baik dan memberikan perhatian serta kasih sayang terhadapnya. Orang tua itu mempunyai sebuah kerusi panjang bagi dirinya yang terletak di bawah lindungan Kaabah dan semua anaknya kerap datang ke situ serta duduk di atas tanah sekelilingnya sebagai tanda hormat. Tetapi apabila Nabi datang, datuknya mendudukannya di atas kerusi panjang itu bersamanya dan meletakkannya di atas bahu serta menunjukkan tanda cinta dan sayang kepada cucunya. Sehingga tiada seorang pun yang berani mencadangkan kepada orang tua itu agar meletakkan Nabi di bawah bersama bapa saudaranya. 3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi

Selepas ibunya dikebumikan, Nabi pun kembali dengan perasaan yang sangat sedih bersama hambanya Ummu Aiman ke Makkah. Tidak lama kemudian, datuknya yang telah terlalu tua dan sangat mengasihi serta memberi perhatian yang besar terhadapnya pun meninggal dunia ketika Baginda berusia lapan tahun. Nabi berasa begitu sedih sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis di sepanjang jalan. Kematian Abdul Muttalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun dari anak-anak lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada seorang Quraisy pun yang dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran, keperibadian, keadilan dan kekuatan. Di samping itu, tiada seorang pun yang mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan oleh bangsa Arab. Sebelum kematiannya, Abdul Muttalib telah mengamanahkan anaknya Abu Talib supaya menjaga Nabi dengan baik.

Latihan

37

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1. Nyatakan pengalaman Nabi bersama datuknya. 2. Ceritakan peristiwa kematian datuk Nabi.

3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi

Nabi menerima ujian Allah dengan sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas dirinya mempunyai hikmah. Walaupun Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan Baginda tidak berpanjangan. Bahkan Baginda tabah menghadapi dugaan yang besar itu. Di samping itu, Baginda menjadikan peristiwa tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

1. Bersifat Sabar Walaupun Nabi berasa begitu sedih sekali dengan peristiwa kematian datuknya sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis sepanjang jalan. Namun, Baginda tetap bersabar dan tidak bersedih sepanjang masa.

2. Bersifat Tabah Ketabahan Nabi ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam usia begitu muda. Apabila Baginda telah kehilangan tempat bergantung dan tidak dapat di bayangkan pilu serta sedihnya hati Nabi pada waktu itu.Kesedihan terhadap kehilangan bapanya masih belum hilang di hati,ibunya pula yang meninggal. Selepas itu, datuk yang begitu menyayangi Baginda pula meninggal seperti pepatah Melayu: Sudah jatuh di timpa tangga

3. Menjadikan Peristiwa itu Sebagai Cabaran

38

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kematian datuk yang dikasihi dan menjadi tempat Nabi berteduh telah menjadi cabaran kepada kehidupan Baginda. Namun begitu, Nabi telah menjadikan peristiwa kematian datuknya sebagai satu cabaran bagi meneruskan kehidupan.

Soalan Latihan

1. Nyatakan kesan kematian datuk Nabi 2. Senaraikan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa yang

mendukacitakan Nabi.

3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi

Menurut Al-Buti di dalam kitabnya Fiqh Al Sirah: Bahawa peristiwa-peristiwa kewafatan ayahanda, kemudian bonda dan berikutnya datuknya bukanlah secara kebetulan semata-mata, tetapi mengandungi hikmah-hikmah yang besar yang di takdirkan oleh Allah yang maha mengetahui. Di sana tidak ada alasan bagi orang-orang yang mahu mengambil kesempatan bagi memperkecilkan Islam dan Nabi, kalau-kalau mereka boleh menuduh dan mempunyai alasan kononnya dakwah dan sifat-sifat yang dimilikinya adalah pengaruh dari ayah, ibu dan datuknya yang menjadi bangsawan Arab ketika itu. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku sesudah orang-orang tuanya meninggal dunia secara bertalu-talu. Kemudian ia dipelihara di kalangan Bani Saad. Tiada gangguan manusia dalam mentarbiyyahkan Nabi, tetapi di tarbiyyahkan oleh Tuhan yang maha suci dari segala kecurangan dan kelemahan. Dalam suasana yang jauh dari perasaan tamakkan pangkat dan harta dunia atau kepentingan duniawi yang lain.

3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek 39

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Nabi menunjukkan contoh bagaimana baginda melayan orang-orang tua dengan baik dan menghormati mereka. Allah berfirman:

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil (Al-Isra -24)

Di antara adab dengan orang tua ialah: 1. Memberi salam kepada yang beragama Islam dan ucap selamat kepada bukan Islam. 2. Membantu mereka dalam kesusahan. 3. Gunakan perkataan yang baik ketika berbual. 4. Berdiri menghormati kehadiran mereka. 5. Tidak meninggikan suara terhadap mereka. 6. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka. 7. Tidak mencela perbuatan mereka. 8. Sentiasa mengembira dan menyenangkan mereka. 9. Tidak menganggu ketika mereka sedang tidur. 10. Memuliakan mereka. 11. Memilih masa yang sesuai untuk berbual atau memberi teguran.

Senarai semak (a) Menyenaraikan perbuatan yang perlu dilakukan sebagai tanda menyayangi datuk dan nenek. 40

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Aktiviti 3.9 PEMELIHARAAN NABI OLEH BAPA SAUDARA

3.9.1 Keperibadian Abu Talib

Abu Talib memelihara Nabi bersama-sama anaknya. Beliau bersungguhsungguh menunaikan janjinya untuk memelihara dan menjaga Nabi seperti yang diharapkan oleh Abdul Muttalib. Walaupun Abu Talib mempunyai ramai anak, namun beliau tetap menyayangi dan bertanggunggjawab ke atas anak saudaranya itu. Abu Talib memang sudah terkenal sebagai seorang manusia yang baik hati dan penuh bertanggungjawab terhadap kaum keluarganya. Walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah Abdul Muttalib menyerahkan Nabi kepada beliau. Sikap kasih-sayang Abu Talib terhadap Nabi tidak ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi. Ketika bersamanya Nabi tidak pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan Baginda sentiasa membantunya dalam urusan di rumah dan di luar rumah.

Perbincangan

1. Bincangkan tentang peribadi Abu Talib. 2. Nyatakan pengalaman-pengalaman yang diperolehi oleh Baginda semasa di dalam asuhan Abu Talib

3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau

Di antara pengalaman yang diperolehi Nabi semasa tinggal bersama bapa saudara Baginda ialah:

41

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1. Baginda telah berkerja sebagai pengembala kambing untuk mendapatkan upah. Daripada upah itu Baginda dapat juga meringankan beban yang di tanggung oleh Abu Talib. 2. Pergi ke negeri Syam untuk menguruskan perniagaannya di sana. Usia Baginda pada ketika itu 12 tahun. 3. Pemergian Baginda ke Syam telah memberikan pengajaran dan pengalaman yang cukup banyak kepada Baginda. Selain berpeluang melihat tempat-tempat menarik di sana, Baginda juga berpeluang mengenali masyarakat luar dan mengikuti berita-berita orang Rom. Di samping itu, Baginda juga dapat meninjau sejauh mana kebenarannya agama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti oleh penduduk Syam. 4. Baginda juga melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar yang berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz. Di sana Baginda berkesempatan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair dan sajak daripada pemidato-pemidato dan penyair-penyair Arab, Yahudi dan juga Nasrani. 3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda

Semasa berada di bawah pemeliharaan bapa saudara, Baginda telah di asuh dan di jaga dengan baik. Perubahan positif telah banyak berlaku dalam pelbagai segi ke atas diri Baginda samaada kecerdasan akal, perkembangan jasmani, mempunyai sakhsiah yang unggul dan kekuatan kerohaniah.

1. Kecerdasan Akal

Baginda telah menyaksikan peristiwa perjanjian al-Fudul yang dimenterikan di rumah Abdullah bin Jadan. Di dalam perjanjian tersebut mereka berjanji memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan dizalimi di Makkah serta berusaha untuk membasmikan kezaliman di Makkah. Nabi sungguh kagum

42

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

dengan perjanjian ini walaupun berlaku di zaman jahiliah. Ini membuktikan Nabi mempunyai kecerdasan akal untuk memilih kebenaran walaupun masih remaja.

2. Perkembangan Jasmani Dalam lengkongan usia 14 atau 15 tahun, Nabi telah menyertai peperangan di antara Quraisy dengan Qais. Baginda menyertai peperangan tersebut dengan memungut anak-anak panah musuh untuk bapa saudaranya. Pengalaman ini mentarbiyyahkan Nabi dengan sifat kepahlawanan dan kesabaran di medan perang.

3. Kekuatan Rohaniyyah Dapat dilihat ketika Baginda menghadapi ujian, di mana Nabi menjadi orang yang paling tahan menghadapinya, samaada ujian tekanan atau ujian kemewahan. Ketika menghadapi musuh dan segala ancaman, Bagindalah orang yang paling berani dan tahan cabaran. Ketika Islam memperolehi kemenangan terdapat banyak kemewahan dan kekayaan. Namun dengan kekuatan roh menjadikan Baginda tidak bergelumang dan cenderung serta tidak dapat dipengaruhi oleh sesiapapun supaya tunduk kepada kebendaan. Hati Baginda hanya bergantung kepada Allah.

4. Sakhsiah yang Unggul Semasa Nabi mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. Nabi pernah menceritakan: Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa karat sahaja

Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Nabi. Oleh itu Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan hal ini Baginda sendiri menceritakan kepada kita mafrumnya: Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar 43

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah. Lepas itu aku tak ingat-ingat lagi hinggalah aku diutuskan

3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya.

1. Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam kehidupan. 2. Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran, berani dan menerima segala kebaikan. 3. Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh. 4. Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan bantuan orang lain. 5. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing. 6. Baginda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan terutama pidato, syair dan sajak. RUMUSAN

Sebagai rumusannya, topik ini merupakan asas untuk anda memahami pentingnya memahami sirah Rasulullah s.a.w dari awal iaitu sebelum baginda dilahirkan. Sirah Rasulullah s.a.w bukanlah cerita sejarah yang kadang-kadang faktanya di selewengkan. Tetapi sirah adalah satu riwayat yang benar dan sahih.

44

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 4

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 3 DAN 4

4.0 SINOPSIS

Dalam topik ini, kita akan mempelajari tajuk-tajuk sirah dari Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam tahun tiga dan tahun empat. Pelajaran sirah tahun tiga membincangkan mengenai pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuklah zaman kanak- kanak Baginda sehingga ke zaman dewasa iaitu semasa

Baginda menjadi seorang usahawan. Kemudian, topik ini juga membincangkan tentang perkahwinan Nabi Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Hajarul Aswad dan -tajuk sirah tahun empat pula ialah berkaitan Mukjizat al-Quran, Dakwah Rasulullah secara sulit dan terang, Hijrah ke Habsyah, Pembesar Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w. dan tentangan terhadap Rasulullah s.a.w, Pelajar bolehlah merujuk kepada bahan sumber yang lain

untuk menambah maklumat dan kefahaman berkaitan tajuk-tajuk tersebut seperti Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan buku-buku teks Pendidikan Islam dalam bahagian sirah.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun tiga dan tahun empat 2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun tiga dan tahun empat 3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun tiga dan tahun empat. 4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan; 5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

45

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

4.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 3 Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w Mukjizat al-Quran

Tahun 4

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w

Dakwah Nabi Muhammad s.a.w Secara Sulit dan Terang

Peristiwa Hajarul Aswad

4.3 PEKERJAAN NABI NABI MUHAMMAD S.A.W

4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara

Semasa Muhammad b. Abdullah berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah meninggal dunia. Oleh itu, NabiMuhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib ketua Mekah. Walaupun, Abdul Muttalib ketua Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan

tetamutetamuKaabah.

Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak serta berhemah tinggi. Nabi Muhammad juga menjadi orang yang benarbenar tahu bagaimana 46

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

kehidupan fakir miskin.Nabi Muhammad sentiasa menemani datuknya Abdul Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Nabi Muhammad menghadiri semua majlis Abdul Muttalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan daripada semua pembesar Arab. Ini merupakan suatu persediaan Allah kepada junjungan besar S.A.W belajar cara bersosial.

Selepas Nabi Muhammad berumur lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Nabi Muhammad dibela pula oleh bapasaudaranya AbuTalibyang juga ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib, disebabkan beliaumempunyai tangggungan anak yang ramai, kehidupannya lebih miskin kalau dibandingkan dengan kehidupan ayahnya.Ramai anak-anak beliau yang bekerja untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayah mereka, termasuklah juga junjungan S.A.W yang bekerja dengan sepupu Baginda,mengembala kambing. Baginda tidaklah dibesarkan dalam kehidupan yang mewah, tetapi dalam kehidupan yang susah, Baginda terpaksa berdikari sejak daripada Baginda kecil lagi. Ini menjadikan Baginda seorang yang berhemah tinggi serta tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain.

Tugasan Baginda menyebabkan Baginda sentiasa berada diluar kota Mekah,di padang pasir untuk menjaga kambing-kambing peliharaan Baginda. Kadangkadang berhari-hari dan bermalam-malam Nabi Muhammad tidak balik ke Mekah. Hidup dipadang pasir berseorangan jauh dari pada kesibukan dan hiruk-pikuk orang ramai adalah juga suatu proses pendidikan kepada Baginda S.A.W. Baginda akan belajar mengasihi haiwan atau binatang-binatang ternakan.

Rajah 4.1: Menggembala kambing mempunyai signifikan yang khusus dalam pembentukan sahsiah seorang nabi

47

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Selain daripada itu, kebanyakan masa Baginda berseorangan, ini memberi peluang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan tentang kebesaran pencipta dengan memerhatikan kejadian matahari, bulan, bintang, pertukaran siang dan malam serta segala disekelilingnya. Dalam masa yang sama, dapat menilai diri sendiri.Ini menjadikan Baginda seorang yang banyak berfikir serta bijak dan peka dalam menilai diri serta perubahan sekeliling. Jika Baginda berada di kota atau di bandar Mekah kesibukan kehidupan dan hiruk pikuk

bising di bandar tidak memberi ruang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan kejadian alam, apatah lagi untuk menilai diri sendiri.

4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan

Bapa saudara Baginda, AbuTalib dalam masa yang sama sibuk berniaga. Ketika Baginda berumur 12 tahun, AbuTalib telah bercadang untuk keluar berniaga ke Syam. Apabila Nabi Muhammad S.A.W mengetahui rancangan bapa saudara Baginda, Baginda meminta keizinan untuk bersama-sama menyertai misi perdagangan bapa saudara Baginda. Memahami keinginan Baginda, Abu Talib akhirnya membenarkan Baginda samasama menyertai misi dagang teresbut. Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah. Sebelum sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu, Buhaira telah memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat pelik,ini kerana sepanjang perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.

Buhaira yang merasa kehairanan, betul-betul ingin berkenalan dengan ahli-ahli rombongan tersebut dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian awan yang sentiasa memayungi mereka. Lantas, beliau mengarahkan orang-orangnya menyediakan makanan yang banyak dan menjemput semua ahli rombongan makan ditempatnya. Beliau juga berpesan semua ahli rombongan dijemput tanpa 48

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ada pengecualian seorangpun. Semua ahli rombongan telah menyertai jamuan makan Buhaira kecuali Rasullulah, ini memandangkan Bagindalah yang paling muda, maka Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka. Buhaira telah memerhati satu persatu setiap ahli rombongan, tiada seorangpun yang menarik perhatian beliau,lantas beliau menanyakan kepada ketua rombongan tentang kedatangan kesemua ahli rombongan. Kemudian mereka teringat tentang seorang budak muda yang ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka. Buhaira meminta supaya dijemput sama budak tersebut untuk samasama menyertai jamuantersebut.

Memang benar, apabila Buhaira

berjumpa sahaja dengan Rasulullah, beliau

merasai keistimewaan yang terdapat pada diri Baginda. Apabila beliau berbual dengan Nabi Muhammad, Buhaira ada bertanyakan beberapa soalan kepada Baginda, oleh kerana kebiasaan orang Arab untuk bersumpah dengan al-Latta dan al-Uzza, Buhaira menggunakan sumpah ini apabila bertanya Rasulullah sekalipun beliau sendiri tidak beriman dengan al-Latta dan al-Uzza.Buhaira -Latta dan alLatta dan al-Uzza, demi Tuhan tidak ada yang paling aku benci lebih daripada alLatta dan alberhala sejak kecil walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu.

Banyak soalan yang telah ditanya oleh Buhaira, kesemuanya membenarkan apa yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira meminta melihat belakang Nabi Muhammad. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat

49

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Khatamun Nubuwwah iaitu tanda lahir Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk manusia yang ada di belakang Muhamamad.

Abu Talib mengatakan,

Di situ Buhaira menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin Abdulah segera pulang ke Mekah, ini kerana dibimbangi jika Baginda dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan menemui Baginda dan akan membunuhnya. Disebabkan misi perdagangannya belum selesai, Abu Talib telah mengupah orang untuk membawa kembali Rasullulah ke Mekah dan dia meneruskan perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama Rasullulah.

4.4 PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Siti Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita kaya daripada keturunan suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab di Mekah ketika itu. Kekayaan Siti K hadijah adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Kejujuran dan keperibadian mulia Rasullulah telah menarik hati Siti Khadijah untuk

menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke Syam. Rasullulah telah menerima tawaran tersebut dan telah bertolak ke Syam dengan ditemani salah seorang pekerja Siti Khadijah iaitu Maisarah.Benarlah kata orang, jika

ingin mengenali peribadi sebenar seseorang itu, dengan musafir bersama-sama.

Sepanjang perjalanan Maisarah telah merasai keunggulan akhlak Rasullulah. Sifat penyayang,serta berlemah lembut dengan setiap orang yang ditemui 50

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

sepanjang pergaulan Baginda dengan mereka telah betulbetul menarik perhatian Maisarah. Maisarah juga telah melihat kejadian yang lebih pelik sepanjang perjalanan, iaitu awan sentiasa menaungi mereka dari pada panas terik matahari.

Dalam perjalanan ke Syam itu, rombongan yang bersama dengan Rasullulah, telah berhenti rehat berdekatan dengan rumah ibadat paderi Buhaira yang ditemui Baginda sebelum ini, semasa Baginda menyertai misi dagang dahulu bersamasamaAbu Talib, bapa saudara Baginda. Tapi ketika ini, Buhaira telah meninggal dunia.Paderi lain yang telah menggantikan Buhaira, paderi itu juga meyedari perkara yang sama, iaitu awan sentiasa mengiringi perjalanan Rasullulah dan Maisarah. Rasullulah juga tidak berhenti di tempat biasa yang rombongan dagang biasanya berhenti rehat, tetapi Baginda berhenti rehat di tempat lain, iatu disebatang pokok yang berdekatan. Apabila Baginda bernaung di bawahnya, paderi tersebut telah melihat dahan dan ranting-ranting pokok bergerak menaungi Rasullulah daripada cahaya matahari.

Cuba sama-sama kita fikir Semua Rasul yang diutuskan akan membuat pekerjaan mengembala kambing. Apakah kepentingan pekerjaan ini kepada pembentukkan Rasul. sahsiah seorang

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada paderi tersebut, siapakah gerangan mereka ini, lalu paderi telah datang untuk bertemu dengan Maisarah dan pelbagai soalan telah ditanya pada Maisarah. Paderi tersebut kemudiannya menunjukkan kepada Maisarah pokok yang menjadi tempat Nabi Muhammad berteduh.

51

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini. Bahkan di sepanjang perjalanan dan sepanjang mereka berada di Syam, pelbagai perkara ajaib yang disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Baginda,kasih sayang Baginda, kemampuan Baginda berhadapan dengan semua lapisan semua orang, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya.

Hasil daripada pergaulan yang mesra, jujur dalam tutur kata, prihatin dengan keperluan pelanggan menyebabkan misi perniagaan Siti Khadijah kali ini yang diterajui oleh Rasullulah telahmencapai objektif dan berjaya meraih keuntungan yang berlipat kali ganda mengatasi rombongan dagang lain. Misi kali mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding dengan misi perniagaan yang dihantar sebelumnya.

Kita telah lihat Rasulullah telah dilatih oleh Allah untuk menghadapi situasi yang pelbagai, antaranya; pergaulan dengan orang miskin, dengan pembesar iaitu semasa Baginda bersama dengan datuk Baginda, Abdul Muttalib, situasi dalam peperangan , semasa Baginda tinggal bersamasama dengan Abu Talib yang merupakan ketua Quraisy ketika itu, menggembala kambing, cabaran hidup berdikari, interaksi dengan hamba atau pekerja bawahan, dan alam sekitar iaitu semasa perjalanan Baginda bersama-sama Maisarah, dan seterusnya

mengendalikan harta atau perniagaan. Ini merupakan antara persediaan Allah untuk memantapkan lagi keperibadian Baginda untukmemikul tanggungjawab suci di kemudian hari sebagai seorang rasul,utusan Allah.

Hasil daripada perniagaan kali ini, menjadikan Siti Khadijah sangat senag hati dengan Rasullulah.Ini ditambah pula dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh Maisarah tentang ketinggian akhlak serta kebijaksanaan Rasullulah dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman-pengalaman semasa perjalanan mereka juga diceritakan Maisarah kepada Siti Khadijah. Ini menambahkan lagi kekaguman beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini, menarik hati Siti Khadijah 52

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

untuk menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih lagi bujang dan umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah empat puluh tahun, seorang janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum ini.

Siti Khadijah adalah seorang wanita mulia, baik hati,cantik,kaya dan daripada golongan bangsawan. Segala keistimewaan terdapat pada beliau, ini menarik ramai pembesar Mekah berminat untuk memperisterikan beliau, tetapi beliau menolaknya.Tetapi kekaguman beliau dengan keunggulan peribadi Rasullulah telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin. Beliau kemudiannya menghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat beliau.

Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang menguruskan perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad nikah. Tempoh perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke rahmatullah berlangsung adalah selama dua puluh lima tahun. Dalam tempoh perkahwinan ini, Rasullulah hanya beristerikan Siti Khadijah. Hanya selepas kematian Siti Khadijah dan umur Baginda ketika itu lima puluh tahun barulah Rasullullah berkahwin dengan isteri-isteri Baginda yang lain.

Hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah, Baginda dianugerahi dua orang anak lelaki, Qasim dan Abdullah dan empat orang perempuan. Anak lelaki ketiga Baginda dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemuanya meninggal semasa mereka kecil lagi. Manakala, anak-anak perempuan pula adalah Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemuanya mereka hidup sampai ke zaman Islam.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat banyak berkorban kepada Rasullulah dan perjuangan suci Islam. Dengan harta dan kedudukan yang dipunyai beliau, beliau banyak membantu ke arah perjuangan suci suaminya 53

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Selepas mengahwini Siti Khadijah, Rasullulah terus menguruskan perniagaan istei Baginda, tetapi Baginda tidak lagi keluar menggembara mengetuai misi dagang, Baginda hanya menguruskannya dari Kota Mekah sahaja.

Nyatakan sifat-sifat terpuji Rasullulah dalam kehidupan perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah.

4.5 PERISTIWA HAJARUL ASWAD

Dalam tempoh itu juga banjir besar telah melanda Kota Mekah sehingga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Kabilah-kabilah Arabberpakat membina semula Kaabah,masing-masing menyumbang duit dalam usaha membaik pulih Kaabah. Selepas dana terkumpul, timbul masalah baru, iaitu mereka tidak mempunyai kepakaran untukmembina semula Kaabah, memandang pembinaan Kaabah daripada batu bata. Rumah orang Arab Mekah pada masa itu, daripada tanah,mereka tidak mempunyai kepakaran membina rumah daripada batu bata.

Akhirnya mereka menemui orang boleh membantu mereka membina binaan daripada batu,selesai daripada pembinaan timbul pula masalah yang baru iaitu, meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya kembali. Masing-masing puak berebut untuk meletakkanya. Pada meletakkan peluang untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya merupakan satu kemuliaan yang besar, masing-masing ingin memiliki kemuliaan tersebut. Peperangan antara empat suku Arab Mekah, iaitu; Bani Quraisy, Bani Auf, Bani Abdul Dar dan Bani Makhzum, hampir tercetus hasil daripada perebutan tersebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk mencari

hakim bagi meredakan perebutan tersebut. Hakim memutuskan orang yang pertama kali masuk ke Masjidil haram, dialah yang akan memutuskan siapayang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad itu ke tempatnya.

54

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Masing-masing menunggu dengan penuh debaran siapakah gerangan yang pertama kali memasuki Masjidil Haram. Apabila melihat Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan orang yang pertama memasuki Masjidil Haram, masingmasing menarik nafas lega. Ini kerana Rasullullah disenangi oleh semua pihak, Baginda dikenali sebagai al-Amin (amanah, orang yang paling dipercayai). Kesemua pihak bersetuju dengan perlantikan Rasullullah orang yang

bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka.

Rasullullah dengan kebijaksanaan Baginda menyelesaikan pertelingkahan dengan dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasullullah membuka serbannya, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan kesemua ketua suku mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila sampai ke penjuru Kaabah,Rasullullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya yang asal.

Kebijaksanaan dalam pengadilan dalam peristiwa Hajarul Aswad telah berjaya menyelamatkan kaum Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka. Rumusan bagi tajuk-tajuk sirah tahun tiga:

Baginda tinggal bersamasama bapa saudaranya Abu Talib, Baginda telah memelihara kambing.

ang ke Syam semasa umur Baginda dua belas tahun.

Khadijah ke Syam.

puluh lima tahun, manakala umur Siti Khadijah pula empat puluh tahun.

55

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

amanah,jujur,adil serta bijaksana,dan telah mendapat pengiktirafan kaumnya.

Bincangkan Mengapakah kesemua kabilah Arab Mekah bersetuju dengan perlantikan Rasullulah sebagai hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka? AKTIVITI 7.1

4.6

Sekarang, mari kita pelajari tajuk-tajuk sirah tahun empat bermula dengan tajuk peris diturunkan. Rajah 4.1) dengan melihat permulaan wahyu

4.6.1 Permulaan Wahyu

id Muhammad

Ramadan

al-Buti

(1991)

menjelaskan

bahawa

Nabi

yang terletak di sebuah bukit yang

dikenali dengan Jabal Nur di bahagian sebelah barat laut Makkah untuk mengasingkan diri. Di sanalah baginda beribadah kepada Allah s.w.t. Tujuan baginda s.a.w adalah untuk:

Beribadat kepada Allah s.w.t berdasarkan syariat Nabi Ibrahim a.s. yang berupa solat, zikir dan lain-lain; Mengasingkan diri daripada suasana Jahiliah yang bermaharajalela di Bumi Makkah; dan Membersihkan jiwa sambil bertafakur memikirkan kebesaran Ilahi.

56

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Rajah 4.2

tempat wahyu pertama diturunkan

Sumber: www.islamweb.net.

beberapa bulan. Pada suatu hari baginda mendapat mimpi yang benar iaitu ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di waktu pagi yang memberi tanda akan datangnya kebaikan. Pada 17 Ramadan tahun 610M, sedan datanglah malaikat Jibril a.s membawa

wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca. Maka berlakulah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. dan malaikat Jibril a.s. seperti berikut:

Jibril: Bacalah! (wahai Muhammad).

Muhammad: Saya tidak pandai membaca !

Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad s.a.w. dengan kuat, kemudian melepaskannya dan menyuruh lagi baginda membaca. Jibril a.s. telah mengulangi sebanyak tiga kali tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap menjawab

57

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

bahawa baginda tidak tahu membaca. Lalu malaikat Jibril a.s membaca ayat 1 hingga 5 dari Surah al-Alaq sebagai ayat-ayat yang pertama diturunkan Tuhan. Lima ayat tersebut bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (menulis,membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 96: 1-5)

Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pun pulang dalam keadaan ketakutan lalu menemui Khadijah binti Khuwailid r.ha dirumahnya, sambil berkata:

sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya, baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku ke atas dirinya, lalu -kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu

Rasulullah s.a.w. terus di bawa oleh Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah dan penulis kitab Injil dalam bahasa AlIbrani lantaran beliau merupakan penganut agama Kristian di zaman Jahiliah. Baginda s.a.w. telah menceritakan peristiwa yang telah baginda alami semasa di

Namus

Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih

lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi.

58

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Namun, tidak berapa lama setelah itu, Waraqah pun meninggal dunia sebelum sempat menunaikan hajat murninya itu.

Kesimpulannya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nuzul al-Quran ini seterusnya terjadi berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 610M, ketika usia Nabi Muhamad s.a.w. 40 tahun. Perkataan Al-Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w. maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia alQuran.

4.6.2 Pengajaran Kisah

Mustafa al-Siba`ie (2004) menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar yang dapat anda ambil daripada peristiwa agung turunnya wahyu pertama ini. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, Dia akan memasukkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh

masyarakatnya. b) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan kerasulan. Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah

mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda s.a.w. bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut malah bersedia ketika wahyu diturunkan kepadanya, tetapi yang berlaku sebaliknya. Pentingnya merujuk kepada orang yang berilmu untuk 59

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

kepastian

terhadap

perkara

penting

yang

berlaku.

Rasul

s.a.w.

sebenarnya telah mendapat kepastian bahawa Baginda adalah Rasul, setelah melihat Jibril a.s. Namun kepastian itu menjadi lebih kuat setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda s.a.w. Ini menunjukkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita agar kita tidak sesat dan silap arah pedoman.

Perbincangan Setelah anda membaca dan menyelusuri secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas. Sila bincangkan isu-isu berikut: a) Di manakah baginda s.a.w. mengasingkan diri dan apa sebabsebabnya? b) Apakah peristiwa yang berlaku ketika beliau mengasingkan diri? c) Huraikan tiga pengajaran daripada kisah Nuzul al-Quran tersebut. Bincangkan dengan akan anda!

4.7 MUKJIZAT AL-QURAN

Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diturunkan Allah s.w.t. kepada nabi Muhammad s.aw untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Seterusnya, kita akan selami makna dan mukjizat al-Quran.

4.7.1 Makna al-Quran

-Qattan (2000) menjelaskan bahawa kalimah alArab b a yang bermaksud mengumpul dan ah pula memberi maksud

menghimpunkan sesuatu. Adapun perkataan al-

menghimpunkan huruf-huruf dan perkataan-perkataan tertentu dalam bacaan.

60

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Al-

-Quran al-Karim ini dinamakan sedemikian

lantaran ia menghimpunkan segala ilmu-ilmu. Imam al-Zarkasyi (1994) pula menjelaskan definisi alSaleh (2000) pula menerangkan bahawa kitab suci ini mempunyai beberapa nama yang lain selain daripada al-Quran, iaitu: al-Furqan, al-Zikr, al-Tanzil dan al-Kitab. Setelah anda membaca dan menyelusuri secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas.

Sila bincangkan isu-isu berikut: a) Di manakah baginda s.a.w. mengasingkan diri dan apa sebabsebabnya? b) Apakah peristiwa yang berlaku ketika beliau mengasingkan diri? c) Huraikan tiga pengajaran daripada kisah Nuzul al-Quran tersebut. Bincangkan dengan rakan anda! AKTIVITI 6.1 4.7.2 Mukjizat al-Quran

Rajah 4.3: Imej bulan terbelah 61

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Sumber: www.henmobil.com/.../perang/Bulan terbelah.jpg

Aboebakar Atjeh (1980) menerangkan bahawa Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan mukjizat yang terbesar dan yang termulia, yang ditinggalkan untuk umatnya sebagai panduan hidup kita. Ia merupakan kitab luar biasa yang memberikan undang-undang dan pedoman hidup yang tidak dapat diciptakan oleh manusia. Keadilannya yang abadi untuk segala bangsa dan nusa, bagi setiap zaman dan masa. Rajah 6.3 menunjukkan imej bulan terbelah adalah bukti kekal mukjizat al-Quran al-Karim. Al-Quran sama ada bahasa atau isi kandungannya, merupakan mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w. kerana ketidakmampuan manusia untuk mendatangkan yang seumpamanya membuktikan bahawa kitab

Al-Quran adalah daripada Allah s.w.t. Tegasnya, mukjizat al-Quran dapatlah dirumuskan berdasarkan perkara-perkara berikut di bawah ini:

a) Keindahan bahasa dan sasteranya serta logik penggunaan kata-katanya. b) Keharmonian segala prinsip dan teori yang dibawanya. c) Kesahihan berita-berita silam termasuk kisah umat terdahulu. d) Kebenaran segala ramalannya termasuk berita-berita yang akan datang. e) Pembuktian sains tentang kebenaran segala teorinya. f) Kemukjizatan dalam bidang perundangan dan panduan hidup yang sempurna yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

4.8 DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA SULIT DAN TERANG

Nabi Muhammad s.a.w. telah menjalankan dakwah secara sulit dan terangterangan dalam menunaikan tanggungjawab baginda dalam menyebarkan ugama Islam. Subtopik seterusnya akan menceritakan tentang orang terawal 62

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

memeluk Islam, dakwah Nabi secara sulit dan terang-terangan serta pengajaran kisah daripada dakwah tersebut.

4.8.1 Orang Terawal Memeluk Islam

Mustafa al-Siba`ie (2004) menerangkan bahawa orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda, Khadijah

r.ha.,kemudian sepupu Baginda, Ali r.a. Ketika itu Ali masih kanak-kanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Dakwah Islam ini akhirnya disambut baik pula oleh beberapa tokoh yang berkedudukan dalam masyarakat Mekah iaitu: Abu Bakar as-Siddiq, Uthman binbin Affan, al-Zubair bin albin Abi Waqqaf r.hum. Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam pula ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Proses wahyu terhenti dan perintah berdakwah semula dijelaskan seperti beikut:

a) Wahyu Terhenti Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang tempohnya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa amat susah hati dan dukacita.

b) Perintah Berdakwah Bermula Baginda menyangka Allah telah meninggalkannya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Namun. selepas itu, wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari, daripada Nabi s.a.w: Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara

63

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Akhirnya Allah Taala telah menurunkan firmanNya:

ta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan

(al-Muddathir 74:1-5) 4.8.2 Dakwah Nabi Secara Sulit

Dr. al-Buti (1991) menjelaskan peringkat dakwah secara sulit sebagaimana berikut: Dakwah Islam bermula di Makkah secara rahsia atau sulit. Ini bermakna Rasullulah s.a.w. mengembangkan ajaran Islam secara sembunyi-sembunyi dan menyampaikan kepada orang-orang yang rapat dengannya terlebih dahulu. Baginda juga memperkenalkan Islam di kalangan orang yang dipercayai dari segi penerimaan (akalnya). Peringkat dakwah secara rahsia ini berlangsung selama tiga tahun. Faktor utama pendekatan secara rahsia adalah bagi mengelakkan kejutan terhadap golongan musyrikin yang begitu taksub dengan sembahan berhala sekian lama.

Lokasi rahsia tempat umat Islam berkumpul pada tempoh tersebut adalah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam. Bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 40 orang dan kebanyakan mereka adalah di kalangan golongan fakir dan hamba yang tiada kedudukan di mata kaum Quraisy Makkah.

64

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

4.8.3 Dakwah Nabi Secara Terang-terangan

Dakwah Nabi secara terang-terangan telah berlansung seperti berikut: Setelah tiga tahun berlalu dakwah secara sulit dan bilangan umat Islam kian bertambah, maka akhirnya Allah s.w.t telah memerintahkan RasulNya untuk menyampaikan dakwah Islam secara terang-terangan. Firman Allah s.w.t:

-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan

(al-Hijr 15:94)

Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti dan ada yang terbunuh syahid. Orang-orang musyrik berasa bimbang apabila Rasul mendedahkan kebatilan pemikiran mereka, membongkar

kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka sedangkan agama Islam mengajak kepada pengabdian diri kepada Tuhan yang Esa serta tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan, sedangkan Dia yang Maha Mengetahui akan sekalian makhlukNya.

Pada suatu hari, Rasul s.a.w. berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam danmeninggalkan penyembahan berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka. Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking

Puak Musyrikin Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w, namun bapa saudara Baginda, Abu Talib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy beredar, Abu Talib meminta Baginda 65

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

untuk mengendurkan dakwahnya. Baginda menyangka bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang masyhur ini:

Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah

4.8.4 Pengajaran Kisah

Mustafa aldapat kita ambil daripada peringkat dakwah secara sulit dan terang-terangan. Antaranya diterangkan seterusnya:

Dakwah adalah proses pemulihan dalam masyarakat yang menimbulkan sesuatu yang janggal terhadap kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. Tindakan menangguh teknik berdakwah secara terang-terangan sehinggalah sebilangan manusia telah meyakini dakwah tersebut dan sanggup berkorban di jalan dakwah adalah tanda kebijaksanaan Nabi s.a.w. Pendekatan dakwah secara berhikmah dan berperancangan adalah faktor kejayaan dakwah Baginda Nabi s.a.w. hingga Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kini.

Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat di zaman permulaan Islam menghadapi tentangan yang sangat hebat daripada musuh-musuh Islam. Ada yang diazab dan diseksa kaum Musyrikin Makkah, namum mereka tetap berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti kejujuran iman dan keikhlasan pegangan akidah mereka. la juga menunjukkan ketinggian jiwa dan rohani mereka.

66

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Ketegasan Rasulullah s.a.w. kepada bapa saudara Baginda Abu Talib dan keengganan Baginda menerima tawaran harta dan takhta yang ditawarkan oleh Quraisy menjadi bukti kebenaran dakwah dan kerasulan Baginda. la juga menjadi bukti kesungguhan Baginda membawa petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada mereka. Namun, sekiranya mereka menolak, dia akan mempunyai alasan di hadapan Allah dan manusia terhadap kerosakan dan kesesatan kaum kerabatnya itu.

Kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w. wajib bersyukur dengan nikmat agung di sebalik penyebaran dakwah kepada kita. Kesabaran dan ketabahan mereka di jalan dakwah wajar dijadikan contoh dan ikutan generasi sepanjang zaman.

Perbincangan

Setelah anda mempelajari topik ini sila huraikan perkara-perkara berikut: a) Sebutkan lima orang yang terawal memeluk Islam. b) Apakah faktor utama dakwah secara rahsia? c) Apakah pengajaran di sebalik peringkat dakwah secara rahsia dan terangan-terangan? d) Huraikan dalil yang menunjukkan perintah berdakwah secara teranganterangan. 6.4 Rumusan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan insan pilihan Allah s.w.t. yang dipilihNya sebagai Rasul dan penyampai Risalah Islam yang suci.

67

PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari kelahiran hinggalah kewafatan baginda adalah qudwah dan ikutan kita selaku umat akhir zaman. Pendakwah perlu bersiap sedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sebelum terjun ke medan dakwah yang suci ini. Sirah Rasul telah membuktikan bahawa keperluan asas pendakwah adalah penting bagi menghasilkan penerimaan yang optimum. Kebijaksanaan Nabi s.a.w. dalam berkomunikasi semasa berdakwah di samping penyusunan strategi yang terperinci adalah kunci kejayaan Nabi dalam bidang dakwah Islam di samping tawakkal dan

pertolongandaripada Allah s.w.t. Para guru harus mendapatkan sumber-sumber rujukan Sirah Rasul yang terkini dan menyampaikannya dalam bentuk yang realistik agar

menimbulkan kesan yang mendalam di kalangan murid-muridnya. Merujuk Atlas al-Sirah dalam pasaran adalah satu langkah terbaik bagi menghuraikan Sirah Rasul berdasarkan maklumat terperinci mengenai lokasi-lokasi penting dalam Sirah Rasul. Di samping itu, watak-watak remaja seperti Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Usamah bin Zaid dan sebagainya perlu ditonjolkan bagi merapatkan murid-murid dengan Sirah Rasul.

68

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

TAJUK 5

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH

RENDAH TAHUN 5 DAN 6

5.0 SINOPSIS

Pelajar-pelajar yang dikasihi, selamat bertemu kembali! Adakah anda telah menyelesaikan tugasan untuk topik sebelum ini dengan sempurna? Syabas saya ucapkan kerana anda berjaya menyelesaikan pembacaan dan setiap tugasan yang diberikan dengan baik.

Topik ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sukatan pelajaran sirah tahun 5 dan Tahun 6 yang meliputi tajuk Peristiwa I Mikraj,

Perjanjian Aqabah pertama dan kedua, Hijrah ke Madinah, Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, dan Pembukaan Kota Suci Mekah, Tajuk-tajuk sirah tahun enam yang akan dibincangkan ialah mengenai Pembinaan Masjid

Pertama, Persaudaraan Muhajirin dan Ansar, Pembentukan Negara Madinah, Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w. Haji Perpisahan dan Kewafatan Nabi . Tajuk-tajuk yang bincangkan adalah hasil dari analisis terhadap Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam .Ini akan memudahkan pelajar memahami isi kandungan sukatan sirah berdasarkan huraian sukatan tersebut.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun lima dan tahun enam 2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun lima dan tahun enam 3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun lima dan tahun enam. 4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan; 69

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

5.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 5 Piagam Madinah

Tahun 6

Perjanjian Aqabah Hijrah Ke Madinah Pembinaan Masjid Pertama

Perjanjian Hudaibiyah Pembukaan Kota Suci Mekah Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w

Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

Haji Perpisahan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

Pembentukan Negara Madinah Mempertahankan Madinah

5.3

5.3.1

Sebelum berlangsungnya peristiwa agung ini, baginda Rasulullah s.a.w telah mengalami pembedahan dada atau perut. Pembedahan ini dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zam-zam, 70

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dibuang ketul hitam (

alaqah) yang merupakan tempat syaitan membisikkan

was-wasnya. Hati baginda yang dibelah itu, kemudian dimasukkan hikmah, ilmu dan iman ke dalamnya. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan ahun pemukiman Nabi di Madinah, Anas bin Malik r.a pernah melihat sendiri kesan jahitan pada dada Rasulullah s.a.w akibat telah menjalani pembedahan ini biarpun zaman itu umumnya masih belum menerima teori bedah dan sistem jahitan yang sungguh canggih bahkan menepati kaedah perubatan sebenarnya. Selesai pembedahan tersebut, binatang tunggangan para Rasul bernama Buraq pula didatangkan untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan itu.

5.3.2

(a)

Mustafa alantara lokasi Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dengan melalui peristiwa-peristiwa yang begitu menakjubkan.

71

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.1 Sumber: [http://ambuyatelbinangkit.blogspot.com/.html]

Ajaibnya juga, peristiwa sebuah batu besar tempat Nabi berpijak untuk dinaikkan ke langit ingin mengikuti Nabi, tetapi Nabi telah menahannya. Ini menyokong lagi

memandangkan ia termasuk halRasulullah s.a.w yang diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril itu, baginda telah tiba di lokasi-lokasi penting yang mempunyai martabat dan kemuliaannya yang tersendiri untuk diabadikan dalam sejarah Islam. Seluruh tempat tersebut baginda Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat di situ. Antara tempat-tempat berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Kota Thaibah atau Yathrib (nama lama bagi Madinah) yang merupakan tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah (ii) Bukit Tursina yang merupakan tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah (iii) Baitul Laham di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan Dalam perjalanan itu juga, baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan obor api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa atau gambaran-gambaran simbolik yang amat 72

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ajaib sebagai berita-berita ghaib yang disingkapkan Allah melalui junjungan besar Baginda Nabi s.a.w. Antara yang disaksikan baginda adalah:

Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, tiba-tiba keluar semula, seolah-olah ia belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulangulang.Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala

kebajikan sebanyak 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak

mpat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Fir aun sebagai Tuhan)

lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)

dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka

Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami

73

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Itulah orang yang makan riba

Itulah orang tak dapat menunaikan

amanah tetapi masih sanggup menerima amanah yang lain

besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya

Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang

Itulah orang yang suka bercakap besar (takabbur)

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat

puan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua

74

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

sesuatu. Ka saat hari kiamat

Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti

Setibanya di Masjid Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat yang makmumnya terdiri daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul alaihimussalam. Setelah itu, Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas yang berisi arak Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat

(b) Semasa Mikraj

langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit pertama, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, baginda pun memberi salamkepadanya, baginda dialu-alukan dan dibalas salamnya dan baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada baginda roh-roh para syuhada terseksa di sebelah kirinya. di sebelah kanannya dan roh-roh yang

langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati Nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialualukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w).

langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut baginda dialualukan dan diperakui kenabiannya.

75

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian baginda.

inda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan Nabi Harun bin Imran, baginda menjawab salam yang diberi. Baginda dialualukan dan diakui kenabiannya.

langit keenam. Di sana baginda bertemu dengan Musa (a.s). Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yangmembawa kau menangis? Jawab Musa memasuki

langit ketujuh, padanya baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab,Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu baginda dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dan dibawa ke Baitul Ma Mahfuz. mur serta mendengar tulisan al-Qalam di Lauh

-Jabbar Jalla Jalaluh di arasyNya yang tertinggi. Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan serta difardukan kelima kepada hambaNya Muhammad lima puluh waktu solat. Dengan itu, baginda pun turunlah untuk pulang, namun di tengah jalan, baginda menemui Nabi Allah Musa bin Imran a.s yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w:

Aku difardukan dengan Umat engkau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya 76

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

pengurangan, demi untuk umat engkau , baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabbul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka baginda turun, semasa itu sekali lagi baginda melewati Musa (a.s), baginda menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabbul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan: Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan eru, Sesungguhnya Aku menguatkuasa solat fardu dan Aku ringankan ke atas hamba-

(c) Selepas Mikraj

Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterusnya turun ke Baitul Maqdis, lalu penunggang Buraq dalam perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang sama. Ada riwayat menyatakan bahawa tempat tidur Baginda Nabi s.a.w masih terasa kehangatannya di saat kepulangan baginda ke Makkah bagi membuktikan kekuasaan Allah s.w.t yang memperjalankan hambaNya dalam tempoh waktu yang sekejap sahaja. Perjalanan ini berakhir dengan menyimpan tanda-tanda dan maklumatmaklumat ghaib yang dikhabarkan Nabi s.a.w kepada umatnya.

5.3.3

Nik Abd. Aziz Nik Mat dalam bukunya berjudul Sirah Nabawiyah

Insan Teladan

Sepanjang Zaman (2005) mengenengahkan sikap jahat orientalis Barat yang menolak kesahihan peristiwa agung ini dengan mentafsirkannya sebagai mimpi 77

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

yang bermain di minda Nabi ketika tidur hingga membawa kepada perjalanan yang merentasi alam logika dan zahir serta menerjah dimensi berupa khayalan dan ilusi. Kenyataan ini sama sekali sesat dan palsu yang bermatlamatkan penolakan mukjizat Nabi dan kemuliaan umatnya.

yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara-perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Muhammad -Buti (1991) menerangkan bahawa:

a) Perist yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya. Seandainya yati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. b) dipercayai atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w langsung tidak mempercayai, malahan

memperolokolokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. c) membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada baginda s.a.w. Firman Allah s.w.t:

78

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah Al-Israa : Ayat 1)

Rehat dulu, kemudian bincangkan soalan di bawah

Perbincangan

Anda telah Sila bincangkan isu-isu berikut: 1. 2. membina modal insan yang cemerlang dan beriman. 3.

5.4

bah adalah salah satu peristiwa penting dalam Islam. Ianya akan dikupas lanjut dalam subtopik seterusnya.

5.4.1

(a) Tahun Ke 11 Kerasulan

-Haram) di Mina,Bandar Makkah al-Mukarramah. Jaraknya kira-kira 10 kilometer daripada Masjid al79

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib (Madinah) di musim haji tahun ke11 kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka yang berada di Mina

kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka telah pulang daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin

ini.

(b) Tahun Ke 12 Kerasulan

Hasilnya, pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi, seramai 12 orang lelaki termasuk 5 orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas telah tiba ke Makkah. Tujuh orang yang baru ini termasuk:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Muaz bin al-Harith Ibn

Afa al-Najjari al-Khazraji

Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam al-Khazraji Yazid bin Tha alAbu alUwaim bin Sa labah sekutu Bani Ghanam al-Khazraji -Khazraji -Tihan al-Asyhal al-Ausi idah Bani Amru bin Auf al-Ausi

Dua yang akhir adalah daripada kabilah al-Aus manakala yang lain sebelumnya daripada suku al-Khazraj. Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Mina, terus berjanji dengan Rasulullah s.a.w berdasarkan -Nisa (Isi-isi

Perjanjian Wanita), iaitu corak perjanjian yang dimeteraikan dengan kaum wanita semasa pembukaan kota Makkah. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata kepada mereka: Ayuh mari berjanji denganku, untuk kamu: 80

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

i. ii. iii. iv. v.

Tidak menyekutukan Allah dengan sebarang sesuatu Tidak mencuri Tidak berzina Tidak membunuh anak-anak kamu Tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut di jalan sebagai anak sendiri

vi.

Tidak mengengkari aku pada kebaikan sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah s.w.t dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kaffarah baginya di dunia. Tetapi, sekiranya Allah melindunginya, maka itu terserah kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka itu adalah nasib baiknya

Sambu riwayat lain menyebut:

Dengan itu aku pun berjanjilah dengannya Maka kami pun berjanji dengannya di atas dasar itu .

5.4.2 Perjanjian Aqabah Kedua

(a) Tahun Ke-13 Kerasulan

Pada musim haji, bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan pula, bersamaan Jun 622 Masihi, datang pula rombongan seramai 70 orang lebih kaum muslimin penduduk Yathrib, bersama-sama kumpulan haji musyrikin bagi melaksanakan ibadat haji. Dalam perjalanan itu, mereka memikirkan nasib Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sudah tidak aman lagi di Makkah bahkan sentiasa menjadi buruan Kuffar Makkah dan diancam keselamatannya. Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), di

melontar dilakukan di sana. Pertemuanitu juga di dalam suasana rahsia di 81

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tengah malam gelap gelita. Di sini, salah seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi penuh berkat itu, yang telah mengubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari r.a telah menceritakan:

Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya kami telah pun membuat perjanjian dengan Rasulullah untuk bertemu di Aqabah pada pertengahan hari-

hari Tasyriq. Pada malam yang kami janjikan itu, Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, telah kami rencanakan satu perjumpaan yang sengaja kami rahsiakan daripada kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turut bersama untuk mengerjakan haji. Pada malam itu, kami telah berbincang dengan Abdullah bin Amru. Kata pin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam. Seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di Aqabah mengucap dua kalimah syahada dan beliau turut serta di pertemuan di mana beliau telah dilantik menjadi naqib dan ketua Aqabah,

Di malam itu, kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping peralatan perjalanan, sehingga apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah s.a.w dengan penuh berhati-hati bak burung puyuh melalui denainya, hinggalah kami semuabertemu dan berkumpul di persimpangan alberjumlah 73 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu; Nusaibah binti Kaab yang dikenali sebagai Ummu Ammarah dari kabilah Bani Mazin bin Najar yang

Salamah. Akhirnya, kami semua pun berkumpul di persimpangan yang dijanjikan,menunggu ketibaan Rasulullah. Tepat pada masanya, Rasulullah pun 82

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

datang, dengan diiringi al-Abbas bin Abd al-Muttalib, yang masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu

Kami menegaskan kepada al-Abbas: Sekarang kami hendak dengar dari Rasulullah, ayuh Rasulullah sebutkan apa sahaja kewajipan kami untuk dirinya (s.a.w) dan untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah (s.a.w). Jawapan Kaab itu menggambarkan keazaman yang memuncak, keyakinan, keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping mereka sudah menyangka dan mengambil kira risiko yang bakal menimpa mereka kelak. Akhirnya, Baginda Rasulullah s.a.w pun membentangkan isi-isi perjanjian dan dipersetujui oleh pihak al-Ansar.

(b) Isi-

Imam Ahmad r.a telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa daku Wahai Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berjanji dengan Tuan? i. ii. iii. iv. v. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan sibuk mahupun lapang. Berinfaq semasa susah dan senang. Menyeru kepada ma ruf dan mencegah kemungkaran.

Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan ancaman orang. Menyokong aku setibanya aku di kalangan kamu nanti, mempertahankan aku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan, adalah syurga Allah di akhirat nanti.

5.4.3 Pengajaran Kisah

Mustafa al-

apa pengajaran dan iktibar

83

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

a) Penduduk Madinah bertemu Rasulullah dengan menunjukkan taat setia, semangat yang tinggi dan pengorbanan yang jitu ke atas baginda untuk membela baginda daripada ancaman kaum kafir Quraisy melalui

pemangkin kelancaran dakwah Islam di zaman permulaannya. b) Kerahsiaan yang diamalkan oleh kaum muslimin dari Yathrib biarpun bersama rombongan kaum Musyrikin dari tempat yang sama termasuk kerahsiaan perjanjian daripada dihidu musuh Islam di Makkah adalah strategi dakwah yang efektif demi menjaga keselamatan diri dan kemaslahatan dakwah Islam itu sendiri. c) Perjanjian yang dilakukan menyebabkan bilangan dan kekuatan umat Islam bertambah. Seterusnya dapat membantu Rasulullah dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam di samping menjamin syiar Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. d) Perpaduan dan persaudaraan kerana Allah s.w.t yang ditunjukkan dalam

mengembangkan dakwah. e) Melalui kerjasama bulat dan perjanjian sepakat, maka umat Islam Makkah (Muhajirin) berjaya meraih jaminan politik dan kewangan yang kukuh serta paling kurang, sokongan moral penduduk Madinah.

5.5 HIJRAH KE MADINAH

Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi istilah sejarah pula, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madina -14

kerasulan bersamaan tahun 622 Masihi sebagai mentaati titah perintah Tuhan dan demi memastikan dakwah Islam terus berjalan.

5.5.1 Latar Belakang Hijrah 84

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Peristiwa hijrah telah menjadi satu titik peralihan kepada dakwah Nabi s.a.w bersama para Sahabat dan strategi bijak bagi memaju perkembangan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab dan dunia umumnya. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Makkah. Mereka berpindah pun dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah.

Awal Muharam tahun pertama Hijrah bersamaan 16 Julai tahun 622 Masihi adalah permulaan peristiwa Hijrah berlangsung dan Baginda s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah tiba di Quba , pintu masuk Madinah, pada hari Isnin 12 Rabiul

Awal tahun pertama Hijrah bersamaan 24 September 622 Masihi. 12 Rabiul Awal ini sama tepatnya dengan tarikh kelahiran dan kewafatan baginda bagi membuktikan ketentuan Ilahi Yang Maha Kuasa.

5.5.2 Faktor Berlakunya Hijrah

Rajah 5.2 menunjukkan faktor-faktor berlakunya hijrah.

85

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.2 : Faktor-faktor berlakunya Hijrah

(a) Bai ah

Aqabah Aqabah mengundang dan membuka jalan yang

Termeterainya Perjanjian

penuh bergaya bagi proses Hijrah dalam sejarah Islam. Melalui perjanjian ini, Nabi telah meraih sambutan dan jaminan keselamatan penduduk Madinah bagi

abah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan umat Islam. Pelawaan tapak dan pentas baru bagi Islam berpijak dan berkembang adalah bibit-bibit utama kejayaan proses hijrah ini. 86

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Tekanan Musyrikin Makkah Tekanan atau ancaman dari musyrikin Makkah telah mendorong Nabi dan umat Islam berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam bukan sekadar telah dihina, diejek, diseksa dan dipulau, malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyrikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas di samping mereka adalah penyembah berhala yang tegar di bawah kongkongan sistem jahiliah yang mereka ciptakan sendiri. Tekanan ini boleh membantutkan usaha penyebaran dakwah Islam sedangkan risalah murni ini mesti diteruskan. Justeru, Makkah bukanlah lokasi yang kondusif bagi aktiviti dakwah dan pelaksanaan syariat Islam di saat itu hinggalah Allah mengizinkan umat Islam berhijrah ke Madinah sebagai pusat penyebaran Islam yang baru.

(c) Penolakan Dakwah di Taif Apabila Rasulullah s.a.w mendapati penentangan yang amat kuat di Makkah, maka baginda pun mencuba nasib untuk berdakwah kepada penduduk di Taif pula. Rupa-rupanya, Bani Thaqif di Taif pun menolak dakwah Islam daripada Nabi Muhammad s.a.w, bahkan respon mereka seawal ketibaan Nabi adalah terlalu buruk hingga baginda dilontarkan batu yang membawa kecederaan tubuh baginda yang mulia yang ditemani Zaid bin Harithah r.a ketika itu. Namun Nabi tidak kenal kecewa danputus asa. Setelah penduduk Taif menolak dakwah Islam ini, maka Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Makkah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Sebenarnya, penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Makkah.

87

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(d) Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

(e) Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan daripada penduduk Makkah kurang menggalakkan. Sikap penduduk Makkah amat mengecewakan. Di Makkah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding Madinah. Oleh itu, adalah diharapkan hijrah ke Madinah membawa kegemilangan prospek dakwah Islam.

(f) Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Di samping itu, penduduk Madinah berharap Nabi dapat memberi sinar perdamaian terhadap perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca daripada perebutan kuasa di Madinah.

(g) Lokasi Madinah Yang Strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi sebagai pusat perdagangan dan perkembangan ekonomi serantau. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi penyebaran dakwah tetapi juga politik dan ekonomi.

(h) Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang 88

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semula jadi yang lebih lembut berbanding penduduk Makkah.

(i) Perintah dan Perancangan Allah s.w.t Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Hakikatnya, hijrah adalah perancangan Allah s.w.t yang lebih hebat menandingi tipu daya musuh Islam, sebagaimana firmanNya berbunyi:

Dan ingatlah (wahai Muhammad), tatkala orang-orang kafir (Makkah) membuat tipu daya terhadapmu bagi menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu sedangkan Allahlah yang menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaikbaik yang menggagalkan tipu daya . (al-Anfal: 30)

Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Makkah terhadap Nabi. Dalam pada itu, wahyu ini memberi isyarat perancangan Allah dan perintahNya kepada Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah bagi menghindari tipu muslihat kaum kafir musyrikin Makkah. Ini membuktikan bahawa Islam amat menitik beratkan pelan strategik masa depan lantaran kebenaran yang dilaksanakan tanpa perancangan pasti dikalahkan oleh kebatilan yang penuh strategi dan perancangan. Di samping itu, hijrah merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad s.a.w sendiri dan perkembangan Islam di seluruh dunia.

89

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.6 PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah juga adalah salah satu elemen penting dalam sejarah Islam. Huraiannya adalah seperti pada tajuk-tajuk kecil yang berikut:

5.6.1 Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya

nyebutkan bahawa Piagam Madinah yang dikenali sebagai Sahifah al-Madinah, adalah perlembagaan bertulis yang pertama diiktiraf di dunia. Sebuah dokumen yang disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi mengikat perjanjian formal antara dirinya dengan semua suku-suku dan kaum-kaum penting di Yathrib (Madinah) di tahun 622 Masihi. Tujuan utama Sahifah ini antaranya untuk menyatukan Bani menetapkan sejumlah hak-hak dan kewajiban-kewajiban bagi kaum Muslim (Muhajirin dan Ansar), Musyrikin Arab dan kaum Yahudi (Bani Nadir, Bani

berdaulat serta bertanggungjawab memelihara keamanan negara Madinah. Isi-isi kandungan piagam Madinah adalah seperti dalam Jadual 6.1.

Jadual 5.1: Isi Kandungan Piagam Madinah

Isi Kandungan Piagam Madinah

Semua penduduk Madinah mengakui Rasulullah sebagai ketua negara. Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang

bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan umat Islam. Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masingmasing dan orang musyrikin di Madinah. Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing dalam suasana hidup bersama. 90

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Semua

penduduk

bertanggungjawab

terhadap

keselamatan

negara Madinah daripada serangan musuh. Orang Yahudi dibenarkan hidup dalam cara mereka sendiri dalam suasana menghormati orang Islam dan mereka tidak dibenarkan melindungi nyawa dan harta Musyrikin Quraisy. Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara satu sama lain sebaliknya mereka mesti hidup tolongmenolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat. Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka. Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.

5.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah Termeterai

Hikmah daripada piagam Madinah, penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama hidup bersatu padu. Selain itu, ajaran Islam yang murni dan akhlak nabi yang terpuji menarik minat golongan musyrikin untuk memeluk Islam. Maka syiar Islam pun berkembang. Bilangan umat Islam pula semakin bertambah sekali gus memperkukuhkan negara Islam Madinah di persada Tanah Arab dan setanding kerajaan dunia semasa ketika itu seperti Rom dan Parsi. Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah yang termeteri dalam melihat kesan positif perjanjian tersebut, dapatlah anda lihat dalam Jadual 6.2 di bawah ini.

91

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Jadual 5.2 : Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah

Aspek Perbandingan PERKEMBANGAN ISLAM

Selepas Piagam Madinah (Kesan Positif) Dakwah Islam terhalang Islam tersebar pesat dan dan sukar diterima terbentuknya negara masyarakat. Islam negara Madinah. Kaum-kaum di Madinah saling bermusuhan. Ekonomi agak mundur. Mereka hidup bersatupadu dan aman-damai. Ekonomi bertukar jadi semakin maju dan stabil.

Sebelum Piagam Madinah

KERJASAMA ANTARA KAUM EKONOMI

KEHIDUPAN RAKYAT

Umat Islam menderita, Umat Islam berada dalam disiksa dan tiada keamanan, makmur dan pembelaan mahupun terjamin keselamatan perlindungan.

[Sumber: Ar-

5.6.3 Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam Madinah

Piagam Madinah terakam dalam lebaran tamadun kemanusiaan sebagai undang-undang bertulis yang diiktiraf sebagai yang terawal dalam sejarah dunia. Daripada peristiwa besar dalam Sirah Rasul berupa pembentukan Piagam Madinah ini, dapatlah kita rumuskan beberapa pengajaran penting antaranya: i. Negara tanpa undang-undang, ibarat manusia tanpa pedoman, manusia akan sesuka hatinya melakukan pelbagai jenayah tanpa rasa segan dan malu. Hawa nafsu dijadikan Tuhan sebagai bertentangan dengan suruhan Ilahi. Perasaan kemanusiaan akan pudar dan hilang. Oleh itu, mewujudkan negara berperaturan adalah amat wajar demi keselamatan rakyat seluruhnya. ii. Rasulullah s.a.w sebagai pembimbing umat menyebarkan dakwah kepada penduduk Madinah melalui kebijaksanaannya 92 memimpin dengan

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

mewujudkan

Piagam

Madinah.

Justeru,

umat

Islam

seharusnya

mencontohi Nabi dalam segenap aspek kehidupan termasuk pentadbiran negara yang berdaulat dan merdeka. iii. Peraturan dan undang-undang yang terlaksana mewujudkan iklim politik yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Peningkatan ekonomi penduduk Madinah dapat dirasai, berbanding sebelumnya. Ini disebabkan ramai pedagang-pedagang berhijrah ke Madinah untuk berniaga dalam keadaan selamat dan mendapat hasil yang menguntungkan setelah diyakini politik negara itu yang stabil. iv. Persefahaman dan undang-undang yang kemas menyeragamkan

hubungan masyarakat setempat dan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum. Dengan Piagam Madinah, terbukti kehidupan masyarakat Madinah yang majmuk tersebut bertambah harmoni dan jauh daripada api sengketa atau permusuhan dalaman antara komuniti setempat. v. Undang-undang seharusnya meletakkan Allah s.w.t dan RasulNya sebagai tonggak tertinggi, agar wujudlah negara yang dijoloki sebagai Baldatun Taibatun wa Rabbun Ghafur. Dengan itu, terhasil sebuah negara yang dinaungi rahmat dan berkat daripada Allah Yang Maha Kuasa. Penduduk Madinah mentaati Rasulullah dalam peristiwa ini sebagai ketua dalam negara sekali gus menjadikan syariat Islam sebagai sumber perundangan yang paling utama.

5.7 PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Muhammad al-Ghazaliy (1996) menjelaskan bahawa Perjanjian Hudaibiyyah adalah sebuah perjanjian yang diadakan di sebuah tempat di antara Madinah dan Makkah pada bulan Mac 628 masihi bersamaan bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah.

5.7.1 Latar Belakang Perjanjian dan Faktor-Faktornya 93

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Latar Belakang Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah berlangsung susulan daripada ketibaan Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang ingin melaksanakan ibadat umrah dan menemui kaum kerabat mereka di Makkah pada tahun enam Hijrah. Inilah ziarah Masjid alHaram yang julung-julung kali mereka ingin laksanakan setelah mereka berhijrah dari Makkah ke Madinah. Ziarah umrah ini sekali gus bertujuan memadamkan sikap monopoli kaum Musyrikin Makkah terhadap pengurusan Masjid Haram Makkah sedangkan ia merupakan pusaka Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail a.s. Mereka bertolak ke Makkah dengan 1400 orang dan 70 ekor unta korban. Rombongan itu telah tiba di Zul Hulaifah, untuk memulakan ihram umrah Labbaika Allahumma Labbaika di tengah-tengah padang pasir, umat Islam ketika itu begitu bersemangat menuju ke kilometer dari Makkah, tibalah berita bahawa kaum Musyrikin telah bersumpah tidak akan membenarkan kemaraan umat Islam memasuki Makkah, bahkan mereka telah bersiap dengan angkatan perang yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid. Untuk itu, Saidina Usman bin -kira 3.5

mereka kepada pihak Musyrikin.

(b) Faktor-faktor Utama Perjanjian Hudaibiyah

Terdapat tiga faktor utama terjadinya Perjanjian Hudaibiyah iaitu:

(i) Desas-desus Kematian Usman bin Affan Rombongan umrah terpaksa menukar haluan perjalanan dan akhirnya berhenti

Allah s.w.t. Tiba-tiba timbul desasdilaksanakan di bawah pohon Samra sebagai tindak balas Muslimin terhadap 94

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kematian Usman. Berita palsu sengaja diada-adakan untuk melemahkan semangat orang-orang Islam, bahkan jauh di sudut hati Musyrikin kegentaran mereka terhadap umat Islam.

(ii) Kaum Musyrikin Memohon Untuk Berunding Bagi Mengelakkan Serangan Umat Islam Sebenarnya Saidina Usman selamat dan dia dikembalikan juga kepada umat Islam, setelah kaum Musyrikin mendengar Baiah al- Ridwan yang cukup tekad dan berani itu. Sebagai perundingan ke arah mencari kejernihan, akhirnya, perjanjian damai dimeterai dan peperangan atau pertumpahan darah dihindari. Orang musyrikin menghantar utusan bernama dan . , Urwah bin

Rasulullah s.a.w dan Ali bin Abi Talib r.a sebagai jurutulis.

(iii) Peperangan Demi Peperangan Sebelumnya Sebelum perjanjian Hudaibiyah ini termeterai, kedua-dua belah pihak

menyaksikan siri peperangan yang berakhir dengan kematian meliputi Perang, Badar, Uhud, Khandaq dan sebagainya. Justeru, perjanjian ini dibuat bagi meredakan api peperangan daripada lebih marak dan gelombang permusuhan daripada lebih besar melanda.

Isi-Isi Perjanjian Hudaibiyah a) Gencatan senjata selama 10 tahun. b) Umat Islam dibenarkan melakukan ibadat umrah pada tahun hadapan dengan bermukim selama tiga hari dan membawa senjata bersarung. c) Kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam kebaikan. d) Orang Quraisy yang masuk Islam wajib dikembalikan kepada kaumnya di Makkah. e) Mana-mana orang Islam yang murtad dan lari kepada pihak Musyrikin tidak wajib dikembalikan kepada Nabi.

95

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

f) Kedua-dua belah pihak bebas menjalinkan hubungan atau perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tanpa melibatkan urusan peperangan.

5.7.2 Hikmah Perjanjian Hudaibiyah a) Perjanjian Hudaibiyah telah membuka ruang dan peluang kepada perkembangan Islam dengan lebih meluas. Ibn Hisyam (t.th) dalam kitab Sirahnya merekodkan bahawa Rasulullah s.a.w hanya bersama

rombongan seramai 1400 orang pada masa perjanjian Hudaibiyah termeterai, namun dua tahun kemudian pembukaan Kota Makkah menyaksikan kemaraan 10,000 orang tentera Islam. b) Masyarakat di kedua-dua kota suci tersebut dapat hidup dalam aman dan damai tanpa sebarang pertumpahan darah dan peperangan. Muhammad al-Ghazali (1996) menyebutkan kata-kata Imam al-Zuhri r.a yang

besar melalui perjanjian Hudaibiyah. Dengannya kedua-dua belah pihak dapat berbincang, berdialog, bertemu dan berkomunikasi dengan

c) Perjanjian Hudaibiyah telah membuka jalan kepada Pembukaan Kota Suci Makkah hingga membebas dan memerdekakan kota suci itu daripada cengkaman Musyrikin dan belenggu syirik serta kegelapan jahiliah. 360 buah berhala di sekitar Kaabah yang selama ini menjadi punca ekonomi haram Musyrikin melalui tabungan yang diletakkan disetiap berhala d) tersebut telah musnah setelah Baginda membaca ayat al-Quran al-Karim. e) Pihak Islam mampu mengadakan ikatan perjanjian dan pemuafakatan dengan kabilah-kabilah Arab yang lain bagi menjalinkan kerjasama yang membina kekuatan Islam itu sendiri.

Sila jawab soalan ini dulu!! 1. Nyatakan faktor-faktor berlakunya Hijrah dalam Islam. 2. Bincangkan konsep Piagam Madinah. 3. Huraikan isi-isi perjanjian Hudaibiyah. 96

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.8 PEMBUKAAN KOTA SUCI MEKAH

Subtopik-subtopik yang berikut membincangkan beberapa aspek di bawah tajuk ini.

5.8.1 Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah

Pembukaan Kota Suci Makkah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai Fathu Makkah

merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 masihi

bertepatan 10 Ramadan tahun 8 Hijriah, di mana Muhammad berserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju ke Makkah dan kemudian menguasai Makkah secara keseluruhan, sekali gus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah. Ibn al-Qaiyim (t.th) telah menyebutkan: la adalah satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telah pun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam sarwajagat,

menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar

5.8.2 Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan Makkah

Faktor utama kepada pembukaan Makkah adalah pengkhianatan Bani Bakar dan sekutu mereka kaum Musyrikin Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian yang termeterai pada tahun 6 Hijrah itu, antara lain telah menggariskan suatu syarat perjanjian berupa:

97

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan bersekutu dengannya, beliau berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berpihak dengan Quraisy dan bersekutu dengannya beliau berhak berbuat demikian. Mana-mana kabilah yang bersekutu dengan mana-mana pihak maka dia dianggap sebagai sebahagian dari kumpulan itu sekali gus mana-mana pelanggaran ke atas kabilah yang menyertai mana-mana dua pihak tadi adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak lawannya

dan umat Islam, manakala Bani Bakar pula menyertai Quraisy. Dengan itu, kedua-dua kabilah ini menikmati keamanan dan kesejahteraan, sedangkan sebelum ini kedua-duanya saling bermusuhan dan membalas dendam yang diwarisi sejak zaman jahiliah lagi. Dengan kedatangan Islam dan termeterainya perjanjian keamanan al-Hudaibiah maka tersemai benih-benih perdamaian dan keamanan di antara semua pihak. Namun demikian, perjanjian dilanggar juga. Banu Bakar masih tetap hendak membalas dendam, di mana Naufal bin Muawiyah bersama jem kedi masa itu sedang berada di kawasan berair yang dikenali sebagai .

Dalam kejadian berkenaan, Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orang

danpeperangan di antara keduanya hingga seterusnya pihak Musyrikin Quraisy di Makkah telah bertindak menghulurkan bantuan senjata kepada sekutunya Bani Bakar. Bukan setakat itu sahaja, malah beberapa tokoh Quraisy telah turut serta di dalam peperangan berkenaan dengan berselindung di sebalik kegelapan malam, hingga mereka berjaya membawa Bani Khuza Haram Makkah. Oleh yang demikian maka berkatalah Banu Bakar: -

Wahai Naufal! Sekarang kita telah memasuki kawasan al-Haram. Ingatlah, Tuhanmu! Ingatlah Tuhanmu! Lantas tawanan Bani alWahai Bani Bakar! Tiada Tuhan di hari ini, kamu sudah pun membalas dendam 98

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kesumat kamu itu. Aku bersumpah, sebenarnya kamu telah melakukan pencabulan di kawasan Haram ini, tidakkah di sini sudah terbayar dendam kamu itu

Setelah Bani Khuzaah melangkah masuk ke kawasan Makkah, mereka terus -K meluru ke Madinah bagi menemui Rasulullah. Sesampainya beliau di sana, beliau pun mempersembahkan kepada Rasulullah s.a.w hasratnya melalui madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah sedang duduk berbual di dalam masjid bersamaIslam pun bermadah dengan penuh puitis dan syahdu seperti dalam Rajah 5.3

Duhai Tuhan! Ku merayu Muhammad Sekutu kami dan bapanya yang tertua Semasa kamu kanak-kanak dan kami bapa Tangan erat bergenggaman Bantulah sepenuh pertolongan Serulah penyembah Allah menghulur bantuan Pada mereka Rasul mulia Semulia bulan purnama mengambang Pabila marah mukanya bergelora Di belakangnya tentera seramai samudera Mengajar Quraisy mengkhianati setia Mengucap janji merubah kata

Kerana menyangka tiada pembela Mereka terhina, terkecil angka Namun dendam mereka menuntut Kami bersembahyang kami dibunuh

99

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.3: Madah wakil B

Engkau dibela wahai Amru, kemudian baginda diperlihatkan mendung merintangi langit, maka katanya lagi: Awan berarak itu, pembuka pertolongan kalian mereka menemui Rasulullah melaporkan bilangan mereka yang terkorban dalam serangan itu dan penyertaan langsung oleh Quraisy membantu Banu Bakar, kemudian mereka pun pulang semula ke Makkah. Begitulah pengkhianatan Banu

membawa kepada persiapan umat Islam untuk mengadili pengkhianatan itu melalui pembukaan Makkah.

5.8.3 Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui Perjanjian

Tidak syak lagi, puak kafir Quraisy dengan tindakannya bersama-sama dengan sekutunya Bani Bakar itu, jelas lagi bersuluh merupakan suatu pencerobohan kepada perjanjian dan pengkhianatan kepada perdamaian yang dimeterai bersama dalam Perjanjian Hudaibiyah lalu. Dalam kegusaran, kafir Quraisy mula menyedari kesalahan yang mereka lakukan itu, sekali gus merasai buruk padah daripada tindakan mereka di luar batasan. Untuk itu, mereka memanggil permesyuaratan untuk sidang tergempar. Keputusannya ialah menghantar pimpinan mereka Abu Sufian pada masa itu, untuk ke Madinah bagi memperbaharui perdamaian. Rasulullah (s.a.w) memberitahu kepada sekalian sahabatnya apa yang akan dilakukan oleh Quraisy dalam usaha mengatasi Kamu akan didatangi Abu Sufian untuk mengemaskan perjanjian al-Hudaibiah itu, malah memohon untuk Abu Sufian terus bergerak ke Madinah

sebagaimana keputusan yang mereka persetujui, beliau bertemu dengan Budail dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah. Abu Sufian terus Abu Sufian mengesyaki yang beliau ini 100

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

datang menemui Rasulullah (s.a.w). Jawab Budail: Khuza Sufian yang penuh meragui Tanya Abu

Kata beliau Sufian berkata kepada teman yang mengiringiriya: dari Madinah pasti tunggangannya memakan makanannya (alaf) yang mengandungi biji-biji al-Madinah . Dengan itu beliau terus ke tempat najis unta dipecahkannya, memang beliau dapati bijian al-Madinah di dalam kandungan Aku bersumpah demi Allah, Budail telah menemui Muhammad . Walau bagaimanapun, Abu Sufian terus ke Madinah, pertama beliau datang menemui anak perempuannya, Ummu Habibah, setibanya di hadapan Ummu Habibah beliau pun mengayakan diri untuk duduk di atas hamparan Rasulullah (s.a.w), apa lagi Ummu Habibah pun menggulung hamparan tadi, maka kata Abu Sufian: Maka jawab Ummu alRasulullah, kau ini musyrik najis. Jawab Abu Sufian: ku, kau telah terkena sihir. Dengan itu beliau keluar dari situ dan terus menemui Rasulullah s.a.w, Abu Sufian menegur baginda, tetapi Rasulullah tidak menjawab sepatah apa pun, kemudian beliau menemui Abu Bakar, meminta jasa baik beliau untuk menyampai hasratnya kepada Rasulullah s.a.w tapi jawab Abu Bakar: lantas beliau pergi menemui Umar dan Itu adalah hamparan

beliau meminta Umar menolongnya dalam hal itu, maka jawab Umar: aku ini yang akan menjadi orang tengah untuk kamu? Demi Allah, kalaulah aku tidak mempunyai apa pun selain debu-debu, namun dengannya pun cukup untuk ku tentangi kamu, pasti aku lakukan. Kemudian beliau datang menemui Ali bin Abi Talib, di masa itu Fatimah sedang duduk di sampingnya, manakala anaknya Hasan sedang merangkak di hadapannya, kata Abu Sufian sebenarnya kaulah orang paling mengasihi daku, di hari ini aku datang memerlukan pertolonganmu, janganlah membiarkan daku pulang dengan hampa sahaja, daku memerlukan kau menjadi orang tengah, untuk menyampaikan hasrat ku kepada Muhammad, kata Ali pula: 101

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

sebenarnya Rasulullah sudah berazam hendak melakukan sesuatu di mana kami tidak berhak untuk berbicara dengannya lalu beliau berpaling ke arah Fatimah dengan berkata: melindungi manusia ramai, maka dengan itu beliau akan menjadi penghulu seluruh bangsa Arab hingga ke akhir zaman? Jawab Fatimah: Demi Allah mana boleh anak ku ini berbuat demikian, malah tiada siapa yang boleh menghalang Rasulullah s.a.w daripada bertindak.

Pada masa itu, Abu Sufian terasa dunia menjadi gelap dan berkata kepada Ali bin Abi Talib dalam keadaan serba kebingungan dan putus asa: al-

Hasan, aku mendapati keadaan semakin meruncing, cuba kau nasihatkan daku. Jawab Ali: kau sendiri adalah pemimpin Banu Kinanah, ayuh pergilah pinta perlindungan daripada orang ramai, kemudian pulanglah ke tanah airmu. Tanya Abu Sufian: Ali: selain dari itu. Lantas Abu Sufian pun beredar dari situ menuju ke masjid, di sana beliau melaung: Setibanya di pangkuan Quraisy, beliau terus disoal dengan kata mereka: Jawab beliau: Jawab

menemui Muhammad untuk berbicara dengannya dan demi Allah, tak sepatah yang dijawabnya, setelah itu aku menemui Ibnu Abi Quhafah, beliau pun sama, tidak suatu pun yang ku perolehi, kemudian terus kepada Umar Ibni al-Khattab: Ku dapati beliau musuh yang rendah profail, kemudian ku temui Ali bin Abi Talib, beliau adalah yang terlembut di antara kesemua. Beliau telah menasihati ku melakukan sesuatu, namun demikian aku pun tak pasti apakah pendapatnya itu boleh memberi sesuatu kebaikan? Tanya mereka: kepada kamu? Kata Abu Sufian:

perlindungandaripada orang ramai, maka aku pun buatlah seperti yang beliau syorkan itu. Tanya hadirin: Abu Sufian: Tidak. Kata hadirin: 102 Jawab ihat kau itu tak lebih dari

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

menambahkan cemuhan orang terhadap kau. Jawab Abu Sufian: Allah sebenarnya aku tak ada pilihan kecuali itu sahaja.

5.8.4 Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah

Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah pun bergerak keluar dari al-Madinah menuju ke Makkah dengan bala tentera seramai 10,000 orang yang kesemuanya dari kalangan para sahabat. Rasulullah meneruskan perjalanannya dalam keadaan berpuasa. Orang ramai pun turut berpuasa, hinggalah apabila baginda sampai ke al-Kadid, kawasan air yang terletak di -Kadid, baginda membuka puasanya, maka sekalian tentera pun turut berbuka. Dari situ Baginda terus bergerak hingga sampai ke -Zahran dikenali juga sebagai Wadi Fatimah. Semasa Rasulullah

singgah di situ, waktu sudah hampir Isyak. Di situlah Rasulullah memerintah tentera berkhemah, mereka menyalakan api, kira-kira ribuan api yang dinyalakan. Dari Mar al-Zahran tentera Islam menuju ke Makkah dengan memerintah alAbbas supaya membawa Abu Sufian ke suatu lembah untuk memerhati pergerakan tentera Islam dari atas tebing cerun bukit. Al-Abbas pun membawa Abu Sufian ke sana. Bila tiba di situ, terdapat satu kabilah dengan panji-panjinya lantas beliau bertanya: siapa? Maka jawab Abbas seperti

itu? Jawabal-

engan

Muzainah. Hingga selesai semua Kabilah berlalu di situ dan diakhirnya Rasulullah memintas dari situ dalam satu kontinjen tentera yang serba hijau yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Dengan pandangan tajam Abu Sufian siapa mereka ini wahai al-Abbas?. Jawab al-

Sambungnya lagi: Demi Allah! Wahai Abu al-

ara mu

103

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ini sudah menjadi agung di hari ini. Kata al-

Sewaktu Rasulullah melalui di hadapan Abu Sufian, al-Abbas berkata kepadanya; Makkah, kuatnya: tenteranya yang belum pernah ku saksi sebelum ini, maka sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat, lantas isterinya Hindun sesampainya beliau ke Abu Sufian pun bergegas pulang ke sana, terus beliau melaung sekuat-

gemuk yang tak berguna ini, hodoh sungguh pengawal peninjau ini. Kata Abu Sufian pula: rsombong diri, kerana

hari ini baginda telah datang dengan bala tentera yang belum pernah dilihat seramai ini, Ayuh cepat, siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat. Jawab orang-orang Quraisy: menyelamatkan kami sekiranya kami berada di dalam rumah mu ini?. Sambung Abu Sufian: beliau juga terselamat dan sesiapa memasuki al-Masjid beliau juga selamat. Dalam pada itu, segolongan Quraisy yang singkat pemikiran berkumpul dengan Ikrimah bin Abi Jahal, Safwan bin Umaiyah dan Suhail bin Amru. Tempat itu dikenali sebagai al-Khandamah bertujuan memerangi kaum muslimin. Di antara mereka ada seorang dari kabilah Banu Bakar bernama Hamas bin Qais, beliau sebelum ini bertugas mengumpul senjata, di suatu hari pernah ditanya oleh isterinya: beliau: isterinya: sahabatnya. Jawab -sahabatnya. Jawab uhammad dan sahabat-

104

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Tentera Islam di Zi Tawa Rasulullah s.a.w telahpun bergerak hingga sampai ke Zi Tuwa atau Zi Tawa, semasa berjalan Rasulullah s.a.w sentiasa menunduk kepalanya merendah diri kepada Allah. Di situlah Rasulullah menyusun tenteranya, Baginda meletakkan:

(i) Arah Utara Al-Zubair bin al-Awwam diletakkan di sebelah utara, bersama-sama beliau ialah Panji Rasulullah, beliau diarah supaya memasuki Makkah dari sebelah atas di mana panji itu dipacakkan di al-Hajjun, beliau menunggu di situ hinggalah Rasulullah sampai.

(ii) Arah Selatan Khalid bin al-Walid di sebelah kanan bersama-sama dengan beliau ialah Aslam, Salim, Ghaffar, Muzainah, Juhainah dan beberapa kabilah-kabilah Arab yang lain. Diarahnya Khalid supaya memasuki Makkah dari sebelah bawah, dengan -orang Quraisy yang menghalang kamu, kamu boleh bunuh mereka, hinggalah kamu menemui daku di al-

(iii) Arah Timur Abu Ubaidah bin al-Jarrah memimpin tentera pejalan kaki yang tidak membawa peralatan perang, beliau diarah supaya mengambil jalan bergerak hingga bertemu dan berdepan dengan Rasulullah di Makkah. -Wadi,

(iv) Arah Barat Dari arah barat pula, Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah meletakkan Saad bin Ubadah dan Ali bin Abi Talib bersama tenteramereka. Dengan itu, genaplah keempat-empat penjuru, telah dikuasai tentera Rasulullah s.a.w.

105

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Tentera Islam Memasuki Makkah

Setiap pasukan tentera Islam yang dibahagikan itu mengambil laluan masingmasing yang telah diarah kepada mereka. Adapun Khalid dan sahabatsahabatnya tetap menundukkan sesiapa sahaja yang menghalang, namun dua orang dari sahabatnya iaitu Kurz bin Jabir al-Fihri dan Khanis bin Khalid bin telah mengambil jalan lain menyebabkan mereka dibunuh. Golongan Quraisy yang singkat pemikiran telah bertembung dengan Khalid bin al-Walid dan sahabat-sahabatnya di alKhandamah. Justeru, berlakulah satu pertarungan kecil hingga terbunuh dua belas (12) orang musyrikin dan berakhir dengan kekalahan Quraisy. Khalid terus mara menggeledah penjuru Makkah, akhirnya beliau sampai ke hadapan Rasulullah di al-Safa. Manakala al-Zubair maju ke hadapan hingga sampai ke AlHajjun, di tepi masjid al-Fatah di mana beliau memacak panji Rasulullah (s.a.w). Beliau kemudiannya tidak ke mana-mana hinggalah Rasulullah datang.

(c) Rasulullah Memasuki Al-Masjid Al-Haram Setelah itu, Rasulullah pun bangun sedang kaum Muhajirin dan al-Ansar mengelilingi baginda dan memasuki masjid. Baginda terus menuju ke Hajar alAswad dan menyentuhnya dengan tangan baginda, kemudian bertawaf mengelilingi Kaabah, baginda menjatuhkan berhala-hala sebanyak 360 buah dari atas Kaabah, dengan busar panah (suatu riwayat tangannya sambil berkata: tongkatnya) yang di

telah terpadam. (alNDIRI 6.2

106

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(Saba : 49)

Serentak dengan bacaan ayat-ayat mulia itu, maka berhala-hala pun jatuh dan tumbang, hancur berderai-derai. Rasulullah melakukan tawaf di sekeliling Kaabah dengan menunggang kenderaannya, di masa itu bertawaf dengan menunggang kenderaan belum diharamkan lagi di dalam syarak. Baginda hanya melakukan tawaf sahaja, apabila baginda menyempurnakan bilangan tawaf, Rasulullah terus memanggil Usman bin Talhah, baginda mengambil anak kunci Kaabah darinya dan disuruh membuka pintu Kaabah. Apabila baginda melangkah masuk baginda mendapati di dalamnya gambar-gambar, di antaranya gambar Nabi Ibrahim dan Ismail a.s yang sedang bersumpah dengan berhala.

Kata Rasulullah: Allah memusnahkan mereka yang mengada-adakan semuanya ini? Demi Allah mereka tidak pun pernah bersumpah dengan berhala . Kemudian Baginda terlihat ukiran kayu seekor burung merpati, terus Baginda memecahkannya, manakala gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya dipadamkannya.

Latihan

1. Bincangkan tentang strategi perletakan tentera yang telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah di Zi Tawa. 2. Huraikan bagaimanakah caranya tentera Islam memasuki Kota Makkah.

107

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(d) Ucapan Rasulullah Sebaik Bersolat di dalam Kaabah Baginda Rasulullah s.a.w setelah itu, menutup pintu Kaabah sedang baginda di dalam Kaabah bersama Usamah dan Bilal, di situ baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah, apabila baginda melangkah ke depan dengan jarak tiga hasta baginda berhenti di situ, jadi dua tiang sebelah kirinya dan satu tiang berada di sebelah kanan baginda. Di belakang baginda tiga tiang, kerana alHaram di masa itu didirikan atas enam batang tiang. Baginda bersolat di situ, setelah baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap penjurunya, menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah baginda membuka pintunya, di masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah memegang lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan sabdanya:

benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya, ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah dan pemberi minum kepada Jemaah Haji. Ingatlah, pembunuhan tanpa hak adalah dendanya terlalu berat, iaitu seratus ekor unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung. Wahai kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya manusia

membaca ayat:

perempuan, dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berkabilah-kabilah 108

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

untuk kamu berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

(al-Hujuraat: 13) (e) Kemaafan yang Tiada Tolok Bandingnya Rasulullah menyambung ucapan baginda dengan sabdanya:

Wahai kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu semua? Jawab mereka: Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia anak kepada saudara yang mulia . Maka jawab Rasulullah: Sesungguhnya aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada saudarasaudaranya: Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini! Pergilah! Kamu semua adalah bebas. (Yusuf: 97)

Mengumpul Maklumat

yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang menyimpan pelbagai berita ghaib dan rahsia kekuasaanNya yang tidak terhingga. Perjanjian Aqabah pertama dan kedua adalah persefahaman yang bersejarah dalam pembentukan negara Islam pertama yang diasaskan Baginda Rasulullah s.a.w di Kota Suci Madinah al-Munawwarah. Peristiwa Hijrah membawa erti sangat besar kepada dunia Islam. Justeru, Saidina Umar telah mengambil sempena hijrah ini sebagai taqwim yang menentukan kalendar umat Islam yang kekal ke hari kiamat. Beralah bukan ertinya mengalah, bertolak ansur dan berdiplomasi bukan pula lambang kelemahan diri. Hal ini terbukti di sebalik sikap toleransi Rasulullah s.a.w melalui Perjanjian Hudaibiyah yang akhirnya membawa 109

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

pulangan yang sangat produktif kepada perkembangan dakwah di Semenanjung Tanah Arab. Pembukaan Kota Suci Makkah adalah hadiah terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada umat Islam yang sanggup berkorban meninggalkan kota tersebut semasa hijrah yang lampau. Rakyat yang baik adalah hasil daripada teladan dan contoh daripada pimpinan yang terbaik. Abu Sufian adalah pimpinan Quraisy Makkah yang

Rasulullah s.a.w, maka seluruh masyarakat turut mengikuti jejak langkah pimpinan mereka. Kemaafan yang paling agung adalah di saat seseorang itu paling berkuasa menjatuhkan hukuman kepada pesalahnya. Nabi Muhammad adalah seorang insan mulia teladan yang tiada setaranya di dunia ini. Nabi Ibrahim a.s. Abu Anbiyak dimuliakan Allah sebagai jurubina Khatamul Anbiyak

pertama Kaabah sedang Nabi Muhammad s.a.w

dimuliakan sebagai Pembuka Kota Makkah daripada penjajahan Jahiliah dan kegelapan syirik.

Anda telah membaca hampir sebahagian tajuk sirah tahun 5 dan tahun enam. Sebelum meneruskan pembacaan, sila jawab soalan berikut;

1. Latar belakang keinginan Rasulullah s.a.w untuk melakukan umrah dan menziarahi Makkah setelah 6 tahun berhijrah darinya. 2. 3. Perjanjian Hudaibiyah dan peranannya dalam menjayakan misi

Pembukaan Makkah al-Mukarramah. 4. Kemerdekaan Tanah Suci Makkah daripada penjajahan Jahiliah dan segalam sembahan yang syirik. 5. Hikmah di sebalik kemaafan Rasulullah di dalam Fathu Makkah sedangkan baginda amat berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. 110

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Jika di dalam tajuk sebelum ini anda didedahkan de dan Mikraj, proses Hijrah umat Islam ke Madinah, perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan Kota Suci Makkah, maka kali ini pengkajian anda tentang sirah Rasulullah s.a.w adalah berkisar program-program utama dan projek-projek mega yang dikendalikan Rasulullah s.a.w setibanya baginda ke Madinah dan setelah tertabalnya baginda selaku ketua negara Islam di kota tersebut. Di dalam topik ini juga anda dapat melihat bagaimanakah proses dakwah Rasulullah s.a.w dan perkembangan Islam menjadi lebih kemas dan tersusun disokong oleh suasana politik yang stabil, kewujudan sebuah tapak atau negara yang kukuh di samping dokongan para sahabat yang tiada tolok bandingnya dalam lipatan sejarah dan tamadun Islam. Nabi Muhammad telah menyempurnakan tugas baginda dan menyampaikan risalah suci Islam untuk tinggalan dan warisan umat baginda sebagaimana yang ditegaskan baginda di haji terakhir atau Hajjatul

setelah baginda wafat pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir dan tarikh -lamanya pada tahun 11 Hijrah. Semoga Sirah Rasul junjungan ini berperanan menjadi pengajaran dan contoh teladan kepada diri anda dan umat manusia amnya serta anak-anak didik anda khasnya di sekolah nanti, di samping anda memperolehi ilmu pengetahuan yang amat berguna di sebalik setiap peristiwa yang terakam abadi di dalam lipatan sejarah kehidupan insan mulia ini.

5.9 PEMBINAAN MASJID PERTAMA

Di antara masjid-masjid pertama dalam Islam ialah masjid Quba dan masjid Nabawi. Huraiannya adalah seperti di bawah.

5.9.1 Masjid Quba

Masjid Pertama Dalam Islam

111

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Hj. Zainal Arifin Abbas dalam bukunya berjudul Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad (1970) ada mengisahkan serba sedikit mengenai program pertama yang diuruskan Nabi Muhammad setibanya baginda di Madinah al-Munawwarah iaitu projek pembinaan Masjid Quba (rujuk Rajah 7.1). Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan jela. AKTIVITI 7.1 Apakah kepentingan HIJRAH dalam proses dakwah? Cuba anda fikirkan kebaikan-kebaikan yang ada setelah anda melakukan HIJRAH di dalam diri anda!

Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai Masjid Quba:

dinah (kira-kira 10km darinya)

lebar)

112

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.4: Masjid Quba di bandar Madinah pada masa kini yang telah dibina dalam saiz dan reka bentuk lebih besar di atas tapak yang asal.

Masjid Quba diabadikan pembinaannya dalam al-Quran sebagai masjid pertama yang didirikan atas asas ketakwaan pada Allah s.w.t. Ia seperti mana yang ditegaskan Allah Azza Wajalla dalam firmanNya berbunyi:

Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu bersolat di dalamnya. Di sana terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri (mensucikan jiwa). Dan Allah amat menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya (al-Taubah: 108)

Setelah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyudahkan bersama para sahabat pembinaan masjid Quba, maka berangkatlah baginda menuju kota Hijrah Madinah dan dalam perjalanan itu, mereka sempat bersolat Jumaat di Kampung -kira 1km daripada Masjid Quba. Itulah solat Jumaat pertama sesudah Hijrah dan hari ini lokasi solat Jumaat bersejarah itu dikenali sebagai Masjid Jumaat. Hijrah Nabi masih belum berakhir lagi. Untuk pengetahuan semua pembaca, Quba pada masa dahulu belum dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi. Jadi, Nabi meneruskan hijrah Baginda s.a.w menunggang unta kesayangannya alhijrah terakhir iaitu Kota Suci Madinah. 1

113

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Cuba bincangkan soalan berikut;

1. Berikan huraian mengenai Masjid Quba. 2. Huraikan sejarah pembinaan Masjid al-Nabawi.

5.9.2 Pembinaan Masjid Al-Nabawi

Muhammad al-Ghazaliy (1996) menyebutkan bahawa pekerjaan pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah membangunkan masjid untuk mengembangkan syiar Islam yang selama ini terus-menerus dimusuhi dan diperangi. Masjid adalah tempat manusia berhubungan dengan Tuhannya dan tempat manusia membersihkan hati dari berbagai macam kekotoran dan dosa. Menurut riwayat, Rasulullah s.a.w membangun masjid baginda di tempat unta baginda berhenti pada saat kedatangan baginda s.a.w di Madinah (rujuk Rajah 7. Zurarah. Mereka berdua adalah anak yatim bernama Sahal dan Suhail. Pada mulanya pemilik tanah itu ingin menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w dengan bersedekah demi keredaan Allah s.w.t, tetapi baginda menolak dan tetap hendak membayar harganya yang berjumlah 10 dinar emas. Akhirnya tampillah Abu Bakar al-Siddik r.a menghulurkan harta wakaf 10 dinar bagi pembinaan Masjid Nabawi yang bersejarah itu.

Sebelum dibangunkan masjid, tanah tersebut ditumbuhi pohon-pohon kurma liar dan di dalamnya terdapat beberapa buah kuburan orang-orang musyrik. Setelah status tanah itu diselesaikan, Rasulullah s.a.w segera memerintahkan

penebangan pohon-pohon kurma dan pembongkaran kuburan yang terdapat di tanah itu hingga rata. Pohon-pohon kurma yang telah ditebang kemudian dipasang berjejer sebagai kiblat bagi masjid yang sedang dibangun, ketika itu kiblat masih ke arah Baitul Maqdis. Dari tempat kiblat hingga bahagian belakang 114

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

masjid, panjangnya lebih kurang 100 hasta, demikian pula di bahagian tepi kanan dan tepi kirinya. Bahagian kanan dan kiri diperkukuhkan dengan batu dan untuk pemasangan asas (foundation), tanahnya digali sedalam 3 hasta, kemudian dipasang batu-bata. Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya turut serta mengangkut batu-bata yang lain dengan bahu mereka untuk menghilangkan letih dan penat, selama bekerja mengangkut batu-bata, mereka menyanyikan bait-bait syair yang indah bermaksud: Ya Allah, tidak ada kehidupan bahagia selain kehidupan Akhirat, Limpahkan keampunanMu kepada kaum Ansar dan Muhajirin!

Rajah 5.5: Masjid Nabawi Di Bandar Madinah Pada Masa Kini Telah Dibina Dalam Saiz dan Reka Bentuk Lebih Besar

Kegiatan kerja para Sahabat semakin berlipat ganda setelah mereka menyaksikan Rasulullah s.a.w juga memeras tenaga seperti mereka dan tidak mengistimewakan diri. Mereka sedemikian kagum hingga ada seorang yang bersyair sebagai berikut: Jika kita duduk sedangkan Rasul bekerja giat, Itu merupakan perbuatan kita yang sesat ! Masjid tersebut selesai dibangun dalam bentuk yang amat sederhana. Lantainya terbuat daripada kerikil dan pasir. Atapnya pula diperbuat daripada pelepah dan dedaun kurma, manakala tiang115

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tiangnya diperbuat daripada batang pokok kurma. Bila hujan turun mungkin tanahnya akan menjadi berlumpur dan mengundang binatang tertentu untuk berteduh atau lalu di situ. Ringkasnya, masjid yang pertama didirikan semasa peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ialah Masjid Quba. Masjid itu terletak di pintu masuk Kota Madinah al-Munawwarah. Setelah sampai baginda Nabi ke Kota Suci Madinah, baginda telah menguruskan pula pembinaan Masjid Nabawi sebagai masjid kedua yang dibina Nabi bersama para sahabat r.a.

5.9.3 Pengajaran Daripada Pembinaan Masjid Pertama

Berikut adalah pengajaran-pengajaran yang boleh kita renungkan hasil daripada pembinaan masjid pertama iaitu Masjid Quba: a) Keikhlasan membina masjid adalah rahsia kehebatan masjid yang pertama. Biarpun fizikal masjid Nabi pada zaman itu begitu ringkas, namun bangunan masjid yang amat sederhana itulah yang telah mengasuh manusia-manusia beriman teguh dan disebut Syed Qutub r.a sebagai Jil al-Quran al-Farid atau Generasi al-Quran Yang Unik. Justeru, para sahabat nabi dan para salaf dahulu lebih mengutamakan usaha membersihkan dan meluruskan jiwa dan mental manusia daripada memikirkan pembangunan masjid-masjid yang megah dan mewah serta jauh sekali sebagai pusat-pusat perlancongan. b) Masjid adalah pusat perhubungan dan perpaduan rakyat. Di dalam sejarah Islam, masjid berfungsi sebagai pusat penjanaan mental, spiritual, fizikal dan material seiring dengan peranannya sebagai tempat beribadat, madrasah dan pusat perhubungan dan perpaduan rakyat.

c) Masjid adalah lambang kekuatan, jentera perpaduan dan pusat setempat yang memberi khidmat sosial kepada seluruh warga umat Islam.

d) Di samping masjid bertindak sebagai pusat perhubungan hamba dengan Tuhannya dan muslimin sesama mereka, masjid juga berfungsi menjadi 116

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

jambatan penghubung antara umat Islam dengan bukan Islam yang ingin berkenalan atau mempelajari agama yang suci murni ini.

e) Abu Bakar al-Siddiq telah mendahului para Sahabat yang lain dalam memberikan sumbangan wakaf sebanyak 10 dinar emas yang pertama bagi membeli tapak masjid Nabi tersebut. Ini melambangkan kepentingan institusi wakaf dalam Islam sebagai pemangkin ekonomi dan

kesejahteraan umat Islam sejagat.

Perbincangan

Setelah anda membaca kisah tentang pembinaan masjid yang pertama, bincangkan: 1. Langkah-langkah efektif bagi mengembalikan kegemilangan masjid-masjid sekarang ini sebagaimana zaman yang silam. 2. Faktor-faktor kekurangan sambutan anak-anak muda ke masjid.

5.10 PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

Persaudaraan Muhajirin dan Ansar terjalin semasa peristiwa Hijrah. Berikut ialah huraiannya.

5.10.1 Konsep Program Persaudaraan

Hj. Zainal Arifin Abbas (1970) menyebutkan bahawa Program Persaudaraan Antara Muhajirin (golongan Muslimin yang berhijrah ke Makkah) dan Ansar (golongan Muslimin yang membantu di Madinah) berlangsung setelah 5 atau 8 bulan baginda menetap di Madinah. Program ini dilancarkan oleh Nabi s.a.w melibatkan 40 hingga 50 persaudaraan di mana dua orang terlibat dalam satu

117

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

saudara. Persaudaraan ini bukan sekadar ikatan berbentuk lahiriah, namun ia adalah ikatan persaudaraan berteraskan keimanan kepada Tuhan dan RasulNya.

Justeru, mereka yang bersaudara berhak mendapatkan hak perwarisan daripada saudaranya pada permulaan ia dilancarkan. Namun, hak perwarisan sesama saudara seislam telah dimansuhkan dengan sistem faraid yang lebih kemas dan teratur setelah itu.

Muhammad

Al-Ghazaliy (1996)

menambah bahawa program

murni ini

melibatkan kelompok umat Islam sesama sendiri dengan dibina atas dasar persaudaraan yang sempurna. Program Persaudaraan ini bermaksud:

keakuan dalam diri, hingga setiap individu akan bertindak dan bergerak dengan ruh dan semangat kekitaan hingga sanggup berkhidmat demi kemaslahatan dan aspirasi masyarakat

5.10.2 Objektif Program Persaudaraan

Terdapat beberapa objektif yang murni di sebalik program persaudaraan yang dilancarkan Nabi Muhammad s.a.w antaranya:-

(a) Melenyapkan fanatisme kesukuan atau semangat Asabiyah Jahiliah yang berpaksikan pengabdian diri kepada lain daripada Allah s.w.t. Ini kerana persaudaraan yang digagaskan Rasulullah s.a.w berteraskan keimanan yang tulus kepada Allah dan bertunjangkan Islam yang murni. Melalui program ini, runtuhlah anasir-anasir kedaerahan dan sikap perkauman.

(b) Menghapuskan sengketa dan memadamkan api permusuhan selama ini antara kaum Aus dan Khazraj di Madinah dengan melibatkan pihak ketiga iaitu

118

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kaum Muhajirin daripada Makkah. Dengan itu, hubungan Aus dan Khazraj akan menjadi bertambah intim dan akrab.

(c) Mewujudkan persaudaraan yang berbentuk amali dan praktikal yang mementingkan kebajikan atau kemaslahatan bersama sekali gus mengikis Ananiah bermodalkan ucapan puitis dan kata-kata yang indah tetapi berhajatkan pengorbanan dan bakti luhur yang tercurah kepada saudara seislamnya.

(d)

Mengelakkan

campurtangan

dan

eksploitasi

puak

Yahudi

yang

mengapiapikan permusuhan antara Aus dan Khazraj selama ini bagi menjual senjata-senjata peperangan dan dalam masa yang sama mengautkan keuntungan daripadanya.

(e) Mewujudkan semangat bantu-membantu atas kebajikan dan ketakwaan terutama kepada golongan yang masih daif dan lemah seperti kaum Muhajirin yang baru berhijrah ke Madinah tanpa sebarang sumber kehidupan dan ekonomi yang kukuh. Melalui program ini, kaum Ansar boleh membantu kaum Muhajirin dengan bantuan kewangan, penginapan atau logistik dan makan pakai mereka. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan ketulusan hati Saad bin alAnsar yang sanggup mengorbankan apa sahaja harta miliknya kepada Abdul Ra Aku adalah di kalangan golongan Ansar

yang mempunyai banyak harta. Oleh itu, hartaku ini akan kubahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian untukmu dan satu bahagian lagi untukmu. Aku juga mempunyai dua orang isteri. Lihatlah yang mana satu yang engkau berkenan. Sebutkan sahaja namanya. Akan kuceraikan untukmu agar apabila tamat iddahnya nanti, bolehlah engkau mengahwininya Semoga Allah memberkati keluarga dan kekayaan dikau! Daku hanya ingin tahu di manakah letaknya pasar di kota kalian? Aku ingin berniaga di sana

119

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Program persaudaraan ini melibatkan Rasulullah s.a.w bersama Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Muttalib dan Zaid, Abu Bakar dengan Kharijah, Umar dengan dan begitulah seterusnya. (Sila rujuk kitab Sirah untuk keterangan lebih terperinci).

Anda boleh rehat dulu, kemudian bincangkan soalan seterusnya.

Latihan

1. Apakah pengajaran yang diperolehi daripada pembinaan masjid pertama? 2. Bincangkan tentang objektif program persaudaraan.

5.10.3 Pengajaran Daripada Program Persaudaraan

Secara umumnya, dapatlah kita mempelajari perkara-perkara berikut daripada Program Persaudaraan di Madinah ini, antaranya (rujuk Rajah 5.6)

120

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.6: Pengajaran dari program persaudaraan

121

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Aktiviti Tutorial

Sediakan laporan ringkas mengenai peserta-peserta yang terbabit dalam Program Persaudaraan di Madinah al-Munawwarah.

5.11 PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH

Berikut ialah huraian pembetukan negara Madinah.

5.11.1 Langkah-Langkah Bagi Pembentukan Negara

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ketua Negara Madinah yang terulung dan pemimpin politik yang sangat sarat dengan visi, misi dan ambisi yang sistematik tanpa menolak peranan utamanya adalah sebagai utusan Allah s.w.t. Ini terbukti melalui pembentukan negara Madinah yang disusunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam tempoh yang begitu singkat setelah berlaku peristiwa Hijrah tanpa ditunda-tunda dan memerlukan jangka masa persiapan yang begitu lama. Ini adalah kerana peri pentingnya pembentukan sesebuah negara dan amat berhajatnya umat Islam dan penduduk sesebuah negara Islam diuruskan melalui Siyasah Syariah (Sistem Politik Islam) yang mantap dan kemas. Hal ini dapat dilihat daripada noktah-noktah berikut:-

(a) Negara Madinah atau Kota Madinah dikenali dahulunya sebagai Yathrib. Namun nama lama itu ditukar Nabi Muhammad s.a.w bagi meniup ruh keimanan dan kekuatan di dalam kota tersebut serta seisi warganya.

(b) Populasi Negara Madinah adalah terdiri daripada orang-orang Ansar, Muhajirin, Yahudi dan bangsa Arab atau orang asing yang lain.

122

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(c) Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan dengan beberapa langkah dan pelan strategik yang mantap iaitu:i. Mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran Islam serta pusat pentadbiran negara Madinah. ii. Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. iii. Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

(d) Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan lagi dengan Piagam Madinah yang merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Tajuk mengenai Piagam Madinah telah pun kita bicarakan pada topik 6 yang lalu secara panjang lebar.

(e) Piagam Madinah ini adalah pemuafakatan bertulis antara pelbagai kaum dan masyarakat majmuk yang berlatarbelakangkan agama, adat dan budaya berbeza di kota itu.

5.11.2 Analisa Umum Pembentukan Negara dan Piagamnya

Melalui analisa dan penelitian yang terperinci terhadap pembentukan negara Madinah dan penstrukturan Piagam Madinah seperti mana yang disebutkan sebelum ini dalam topik 6 dan 7 ini, ia menjelaskan:-

(a) Kerjasama dan semangat toleransi yang jitu yang dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.w di kalangan para penduduk Kota Madinah yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Jelas dan zahirnya, tidak ada perbezaan sama sekali antara orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam dalam memikul tanggungjawab menjaga kemaslahatan negara ini. 123

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Di sini juga dapat dilihat bahawa sebenarnya Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang sangat berwibawa dan berkaliber dalam pembentukan sistem undang-undang yang ideal dan signifikan dengan kehendak negara dan kebajikan rakyat malah sistem tersebut merupakan sistem undang-undang yang pertama dan terulung di dalam sejarah Islam malah sejarah ketamadunan manusia.

(c) Dengan termeterainya Piagam Madinah yang sistematik ini, maka orangorang Yahudi tidak dibenarkan keluar berperang melainkan dengan keizinan Ketua Negara iaitu Rasulullah s.a.w sendiri agar tidak berlaku sebarang insiden atau kes yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara.

(d) Piagam ini juga menekankan aspek kerjasama, toleransi, kemuafakatan, ruh bantu membantu dalam kebaikan dan bekerjasama bagi membanteras kegiatan yang merosakkan keamanan sesebuah negara dengan semangat muhibbah dan cintakan tanahair itu sendiri.

Latihan

i.

Berikan huraian yang ringkas mengenai program persaudaraan yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w.

ii.

Apakah

pengajaran

yang

kita

perolehi

hasil

daripada

program

persaudaraan tersebut?

124

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.12 PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN NABI S.A.W

Tajuk-tajuk kecil yang berikut menghuraikan perkembangan Islam di zaman Nabi s.a.w.

5.12.1 Senario Selepas Pembukaan Kota Makkah

Muhammad Mukhtar Syafie dan Ghazali Basri (1983) menjelaskan bahawa peristiwa Pembukaan Kota Suci Makkah pada tahun ke lapan Hijrah adalah momentum baru dan janakuasa yang begitu hebat impaknya dalam

perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab sepenuhnya bahkan melewati kerajaan Rom, Parsi, Mesir, Habsyah dan sekitarnya. Sebelumnya tentangan dan serangan dilancarkan oleh kaum Musyrikin Makkah daripada kalangan pembesar-pembesar Quraisy. Namun, majoriti mereka telah memeluk agama Islam dalam peristiwa Fathu Makkah itu dan kota suci itu aman daripada segala syirik dan jahiliah bahkan ia bertindak menjadi nadi baru kepada penyebaran dakwah dengan rancaknya. Tambahan pula, kedudukannya di pusat dunia dan

mengundang jemaah yang ramai untuk menghayati syariat Islam yang suci ini.

Dalam pada itu, perkembangan Islam setelah pembukaan Makkah turut didorong oleh siri al-Ghazawat atau peperangan dan jihad menegakkan kalimah Allah s.w.t serta memadamkan sebarang cubaan ke arah menggagalkan penyebaran dakwah Islam ke seluruh Tanah Arab.

125

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rujuk Jadual 5.3 untuk peristiwa-peristiwa penting.


Bil. 1 Peperangan/ Peristiwa Perang Hunain Huraian 1. Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah. 2. Faktornya adalah kerana sikap keangkuhan Bani Hawazin dan Thaqif di Taif cuba menyekat penyebaran Islam. 3. Kemuncaknya, pihak musuh seramai 4 ribu orang telah berkubu di Hunain bagi melancarkan serangan mengejut ke atas umat Islam. 4. Justeru, seramai 12 ribu umat Islam telah keluar ke Hunain termasuk penduduk Makkah yang baru memeluk Islam. 5. Disebabkan terlalu yakin dengan bilangan yang ramai, tentera Islam pada awalnya digempur secara mengejut oleh tentera musuh. 6. Ada juga yang lari semula ke Makkah ketakutan. 7. Daku Nabi Tiada Dusta! Akulah cucunda Abdul Mutalib Binasalah kamu 8. Perang Hunain tamat dengan kekalahan pihak musuh. Ramai yang pulang ke Taif semula termasuk pemimpinnya Malik bin 9. Banyak harta rampasan yang diperolehi dan tawanan Makkah) untuk diagihkan. 2 Perang Taif 1. Hunain. Dia sekali lagi mengatur persiapan untuk serangan balas ke atas umat Islam dari kubu kuatnya di Taif. Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah dan rentetan daripada Perang Hunain. Rasulullah s.a.w mengancam penduduk Taif dengan pembinasaan kebun buah-buahan dan tanaman mereka sekiranya mereka degil. Lalu mereka pun menghantar utusan untuk rundingan damai dan meminta agar tanaman mereka tidak dimusnahkan. Rasulullah s.a.w berjanji akan membatalkan hasrat menyerang mereka dengan syarat mereka menyerah kalah secara aman. a-sama para pengikutnya menemui Rasulullah s.a.w untuk menyatakan keislaman mereka. Setelah itu, barulah Baginda s.a.w bergerak pulang ke Makkah. membahagikan harta rampasan perang sesama tentera Islam termasuk kaum muallaf. 3 Perang Tabuk 1. Perang Tabuk berlaku pada tahun ke 9 Hijrah. 2. Peperangan terakhir yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. 3. Berlaku setelah kepulangan tentera Islam dari Perang situ. 4. Tujuannya adalah untuk menyekat kekuasaan kerajaan

2. 3.

4. 5.

6.

7. 8.

126

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR) Rom yang berada di Negara Syam yang menggunakan sempadan Tanah Arab itu untuk menyerang Tanah Arab. Di samping itu, Rasulullah s.a.w bertindak mengajak para pembesar di wilayah tersebut untuk memeluk Islam atau memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta sekiranya mereka menyerah diri. Perang Tabuk dilatari oleh musim buah-buahan yang ranum dan sedia dipetik, perjalanan yang jauh dan kekuatan tentera Rom. Nabi s.a.w bersama 30 ribu tentera Islam telah singgah di Tabuk. Apabila tentera Romawi mendapat tahu kemaraan tentera Islam ke sempadan negara mereka, maka mereka berasa gentar lalu menarik diri untuk bertempur. Walau bagaimanapun, tentera Islam tidak pula mengejar mereka. Tentera Islam bermukim di Tabuk selama 20 hari lamanya. Setelah keadaan didapati stabil, mereka pun pulang ke Madinah dengan selamatnya. Perang Tabuk selesai pada bulan Zulkaedah tahun 9 Hijriah.

5.

6.

7.

8. 9.

10.

Ibadat Haji Pimpinan Saidina Abu Bakar

1. Menjelang ibadat haji pada tahun 9 Hijrah, Rasulullah s.a.w mengutuskan Abu Bakar r.a untuk memimpin jemaah haji ke Makkah. 2. Baginda ingin mengisytiharkan melalui Abu Bakar r.a bahawa ibadat haji adalah dilarang bagi orang-orang bukan Islam tahun hadapan. 1. Tahun ke 9 Hijrah digelar sebagai Tahun Ketibaan Delegasi atau Rombongan dari serata pelusuk Tanah Arab. 2. Setiap kabilah tiba ke Madinah al-Munawwarah bagi mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam agama Islam. 3. ikan seramai 60 rombongan telah menemui Rasulullah s.a.w bagi tujuan itu. 4. Antaranya; Bani Tamim Bani Saad Abdul Qais Bani Hanifah Bani Zubaid Bani al-Harith bin Kaab Adi bin Hatim dan lain-lain lagi 5. Kebanyakan ketua-ketua kabilah itu menyebarkan pula Islam kepada kaumnya pulang lalu

Tahun Delegasi atau -Wufud

Jadual 5.3 : Beberapa Peperangan dan Peristiwa Penting yang Berlaku dalam Usaha Penyebaran Islam di Tanah Arab [Sumber: Mengenal Islam oleh Muhammad Mukhtar Syafie dan Ghazali Basri (1982)] 127

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.12.2 Pengajaran Daripada Sirah

Daripada siri peperangan dan peristiwa yang berlaku di sebalik perkembangan Islam di zaman Nabi s.a.w khususnya setelah pembukaan Kota Suci Makkah dapatlah kita mempelajari daripada Sirah Rasul ini beberapa panduan: i. Umat Islam perlu senantiasa bersiap sedia menghadapi segala mara bahaya daripada pihak musuh biarpun keadaan aman dan stabil. ii. Bilangan yang ramai tidak menjamin kemenangan tentera dalam peperangan sekiranya jiwa mereka berasa terlalu yakin pada kekuatan diri hingga leka dengan kuasa dan iradah Allah s.w.t adalah kunci kemenangannya. iii. Kesabaran dan ketabahan hati serta tawakkal yang tinggi pada Ilahi memandu seseorang insan ke jalan kemenangan dan kejayaan. iv. Kekuatan Islam mula disedari oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi bagi menandakan sinar Islam yang gemilang di bawah pimpinan Nabi s.a.w. Dewasa ini, Islam tidak lagi digeruni dan dipandang hebat oleh kuasa-kuasa besar dunia. Puncanya adalah umat Islam tidak lagi mengamalkan Islam sepenuhnya. v. Perjuangan Islam tidak mungkin terjadi tanpa pengorbanan dan jihad yang tinggi. Ramuan itulah yang menjadi resepi kecemerlangan generasi umat Islam yang silam. vi. Usah sekali-kali kecewa dan putus harapan di jalan dakwah atau bidang pendidikan anda! Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dibaling batu oleh kaum Bani Thaqif dan Hawazin di Taif ketika berdakwah kepada mereka. Baginda ditawarkan kehancuran penentangnya oleh malaikat tetapi Mereka tidak mengetahui apa-apa! Kelak, mungkin zuriat mereka bakal memeluk Islam hirnya, penduduk Taif

tunduk juga kepada Islam dan berbakti kepada agama yang tercinta. vii. Perancangan dan strategi sangat penting dalam usaha dakwah Islam. Ia bukanlah hanya sekadar menyerah pada takdir dan suratan Yang Kuasa.

128

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Dalam tempoh kurang 10 tahun di Madinah, baginda berjaya menyatukan penduduk Tanah Arab dengan keimanan dan tauhid.

Latihan

(a) Bincangkan kisah tiga pemuda Islam yang tidak mengikuti Perang Tabuk. Apakah pelajaran berharga daripadanya? (b) Benarkah Islam tersebar melalui mata pedang? Sila kemukakan hujah-hujah balas anda kepada dakwaan ini.

5.13 HAJI PERPISAHAN DAN KEWAFATAN NABI

Berikut ialah huraiannya.

5.13.1 Haji Perpisahan

Haji perpisahan atau Hajjah aldilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ke 10 Hijrah sebelum kewafatan Baginda. Baginda s.a.w telah mengisytiharkan hasratnya untuk menunaikan haji kali pertama setelah berhijrah ke Madinah.

Pengumumantersebut telah menarik minat kira-kira 90 ribu umat Islam untuk menyertai ibadat haji yang julung-julung kali dipimpin Nabi s.a.w.

Dalam musim haji inilah, Nabi s.a.w mengajar para jemaah haji tentang caracara mengerjakan haji dengan kenyataan baginda berbunyi:

Ambillah daripadaku amalan haji kamu

-Bukhari)

Saat di Padang Arafah, baginda Nabi s.a.w telah pun memberi isyarat akan pemergiannya selama-lamanya dengan ucapannya: 129

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu benci dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.

Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah. Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan zakat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu. Kamu semua akan ditanya esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab 130

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami telunjuknya ke arah langit dan berkata ke h Fasyhad Ya Allah Ya Tuhanku, Persaksikanlah Allahumma

Sejurus setelah itu di Padang Arafah jugalah, turunnya wahyu terakhir yang menandakan penutup kepada Risalah Islam yang sempurna telah disampaikan Allah s.w.t melalui utusanNya Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu tersebut berbunyi:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku telah meredai Islam sebagai agama anutan kamu (al-Maidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah s.w.t itu, beliau terus menangis dan Kerana selepas kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan

Perbincangan NDIRI 7.4 1. Apakah nama peperangan dan peristiwa yang berlaku semasa proses perkembangan Islam setelah pembukaan Makkah? 2. Berikan huraian ringkas mengenai Haji Perpisahan atau Hajjah al-

131

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.13.2 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

Kesakitan yang dialami oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w mula terasa setelah Baginda pulang daripada mengerjakan haji perpisahan lalu yang juga digelar sebagai Haji Akbar. Ibn Kathir di dalam kitab al-Bidayah wa alNihayah menyebutkan bahawa kesakitan itu berlaku setelah 81 hari Baginda pulang dari Makkah.

-Umariy (1994) menyatakan bahawa Baginda mula mengadu sakit ketika berada di rumah Ummil Mukminin Saidatina Maimunah r.ha hingga kira-kira 10 hari. Akhirnya Baginda Nabi s.a.w memohon izin daripada para isteri Baginda untuk berada di hari-hari terakhirnya di rumah Saidatina Aishah r.ha dan bakal dimakamkan di Hujrah Aishah (rumahnya).

Di hari-hari terakhir itu, Baginda s.a.w sempat memanggil puterinya Fatimah al-

deraian air mata puterinya manakala bisikan kedua disambut dengan senyum dan tawa manis di bibirnya. Bisikan pertama mengkhabarkan pemergian ayahandanya, manakala bisikan kedua memberitakan pemergian Rasulullah s.a.w bakal diiringi puterinya Fatimah r.ha tidak lama setelah itu.

Di hari-hari terakhir, baginda s.a.w masih mampu menyelengarakan penyerahan tugas-tugas kenegaraan dan imam kepada Saidina Abu Bakar al-Sidik r.a. Bahkan baginda s.a.w turut bersolat berimamkan Abu Bakar dengan dipapah oleh Saidina Abbas dan Ali r.a ke masjid. Baginda turut memanggil para isteri baginda dan menyampaikan wasiat kepada mereka.

Di pagi hari 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika fajar baru menyingsing, baginda s.a.w sempat menyelak tabir kamar Aishah r.ha sambil melemparkan senyuman dan tawanya yang begitu manis lagi penuh makna. Abu Bakar r.a menyangka baginda ingin menyertai jemaah solat Subuh pada pagi itu. Namun 132

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

baginda mengisyaratkan agar solat dijalankan lantas baginda menutup tabir dan kembali ke kamar itu. Sedang dhuha makin meninggi dan mentari sudah mulai membahang, baginda s.a.w berada di ribaan isteri kesayangannya iaitu Saiditina Aishah r.ha. Antara hadis pesanan Nabi yang terucap di akhir hayat Baginda adalah:

(Jagalah) Solat! (Jagalah) Solat! Dan orang bawah tanggunganmu

detik mencemaskan itu, baginda sempat bersugi (yang dipinjamkan daripada Ya KepadaMu! Tuhanku Yang Maha Agung berangkat pergi selama-lamanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Lalu ketika pagi 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah itulah baginda yang berusia 63 tahun telah wafat lalu dimakamkan di mana tempat kewafatannya iaitu di kamar Saidatina Aishah r.ha bersebelahan Masjid Nabi pada zaman Rasulullah s.a.w.

133

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

TAJUK 6

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIRAH TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

6.0 SINOPSIS

Pelajar-pelajar sekelian, alhamdulillah anda telah selesai menganalisis dan mencerakin Huraian Sukatan Pelajaran Sirah secara terperinci dari tahun satu hingga tahun enam. Setelah memahami kandungan pelajaran sirah, anda seharusnya memahami cara-cara aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran sirah bagi setiap tajuk sirah sekolah rendah. Dalam Topik ini anda akan didedahkan dengan beberapa tajuk untuk membantu anda menguasai kemahiran mengaplikasi strategi pengajaran sirah. Peringkat awal dibicangkan tajuk berkaitan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik serta kandungan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah. Seterusnya disenaraikan tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk memudahkan anda mendapat gambaran yang jelas tajuk-tajuk sirah sekolah rendah secara keseluruhan. Kemudian perkara penting yang perlu anda fahami dari tajuk ini adalah berkaitan kaedah pengajaran sirah sekolah rendah seperti kaedah bercerita, kaedah perbincangan, kaedah lakonan. Tajuk seterusnya adalah Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah, Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah, Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah dan Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun satu hingga tahun 6. 2. Dapat mengaplikasi kaedah kaedah pengajaran sirah yang sesuai untuk setiap tajuk.

134

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

3. Dapat mengemukakan kaedah dan cadangan aktiviti pengajaran yang sesuai untuk setiap tajuk sirah agar mencapai objektif yang diharapkan. 4. Mengaplikasi teknik mengajar sirah yang efektif dengan berkesan

6.2 KERANGKA TAJUK


Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6

Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah

Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

6.3 Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik

Sebelum

membincangkan

mengenai

aplikasi

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran sirah sekolah rendah, ada baiknya untuk kita mengulangkaji konsep pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. arta berikut menjelaskan konsep tersebut. 135

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

STRATEGI Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya KAEDAH Siri tindakan guru yang sistematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih Mendokong pendekatan dipilih

PENDEKATAN Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori

TEKNIK merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benarbenar berlaku dalam bilik darjah digunakan dalam langkah pengajaran perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

6.4 Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti dalam rajah berikut, iaitu:

136

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Bidang Asas Ulum

Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bidang Pelajaran JAWI Rajah 1 : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah

di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang Untuk mendalami bidang-

terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. bidang tersebut;

Bahagian Sirah merupakan salah satu bahagian yang diberi tumpuan dalam sebagaimana yang dijelaskan dalam carta berikut;
ULUM SYARIAH

AKIDAH

IBADAT

SIRAH

Rajah 2 Setiap

: Bahagian-bahagian dalam Ulum Syariyyah dalam bidang-bidang pendidikan Islam perlu diajar

bahagian

menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran sirah yang dikehendaki oleh Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah adalah agar murid-murid

137

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dapat memahami, mencontohi dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah saw sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

Sila Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

6.5 Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 :

Berikut adalah tajuk-tajuk sirah sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Tanda-tanda kenabian Salasilah keturunan Nabi Penyusuan dan Pemelihraan Nabi Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni Kematian bapa dan ibu Nabi Kematian Datuk Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara Pekerjaan Nabi (Semasa Kecil & Dewasa) Pekhawinan Nabi Peritiwa Hajarul al-Aswad Mukjizat Al-Quraan 16 17 18 Tentangan terhadap Rasulullah Israk dan Mikraj Perjanjian Aqabah Hijrah ke madinah 19 20 21 22 23 24 25 26 27 Pembinaan Masjid pertama Persaudaraan Muhajirin dan Ansar Pembentukan Negara Madinah Mempertahankan Madinah Piagam Madinah Perjanjian Hudaibiah Pembukaan Kota Mekah Perkembangan Islam Rasul

Zaman

Dakwah Rasulullah (sulit dan 28 terang) Hijrah ke Habsyah 29 Pembesar Mekah terima Rasulullah

Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Setelah anda memahami kedudukan pelajaran sirah dalam kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, maka anda bolehlah meneruskan pembacaan mengenai Strategi dan Kaedah Pengajaran Sirah.

138

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.6 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah Kaedah merujuk kepada satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid.

Dalam mengendalikan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip berikut boleh dijadikan panduan: a. Melibatkan pelajar secara aktif b. Menggalakkan pengalaman secara langsung c. Menekankan amalan dan penghayatan d. Mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar e. Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

Panduan menggunakan kaedah yang berbeza a. Mesti sesuai dengan murid b. Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan. c. Pastikan kaedah itu membantu pencapaian objektif P & P d. Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif e. Memandu murid uuntuk mencapai kejayaan

Kaedah pengajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana itu guru perlu menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan. Kesan daripada pengajaran sirah kepada pelajar ialah pelajar dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisahkisah yang mereka pelajari. Antara objektif pengajaran sirah ialah:

139

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

1. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam 2. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas umat yang terdahulu 3. Menjadikan Rsulullah SAW sebagi contoh ikutan yang terbaik 4. Menanamkan semangat dan cintakan Islam

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pengajaran sirah. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Soal jawab Projek Lawatan Main peranan Sumbangsaran Simulasi Bercerita Kuiz Dialog Bermain Penerangan/Syarahan/Kuliah Perbincangan

Gambarajah berikut menunjukkan sebahagian kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sirah.

140

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 6.1: Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran sirah

6.6.1 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita ialah suatu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan. Oleh kerana itu, setiap guru seharusnya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita supaya ianya dapat disesuaikan orang yang mendengar cerita tersebut.

i. Prinsip Kaedah Bercerita Antara prinsip-prinsip bercerita ialah: a. cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid. b. Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai. Bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mempunyai perkataan yang mengelirukan. c. Plot cerita hendak tersusun teratur serta mempunyai permulaan dan kesudahannya.

141

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

d. Penyampaiannya haruslah menarik dengan suara yang jelas serta intonasi yang sesuai. e. Gerak badan dan ekpresi mata perlulah berdasarkan kepada suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah.

Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah. Oleh itu, cerita-cerita yang dipilih adalah cerita yang boleh memberi didikan dan pengajaran. Islam tidak bersetuju dengan cerita-cerita yang berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.

ii. Langkah-langkah Pengajaran Sirah Menggunakan Kaedah Bercerita

Bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dengan menggunakan kaedah bercerita, guru terlebih dahlu perlu merangka langkah-langkah pengajaran. Antaranya:

a) Sebelum Sesi Bercerita Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pengajaran Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan cerita Menyediakan soalan-solan yang sesuai untuk sesi bercerita Sediakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai

b) Permulaan Pengajaran Menarik perhatian pelajar dengan menggunakan beberapa teknik. Antaranya: Gunakan set induksi yang menarik Mengemukan beberapa soalan Menunjukkan gambar, rajah dan peta Membuat kuiz dan teka-teki

142

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

c) Semasa Sesi Bercerita Ketika guru bercerita perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: Gaya dan nada suara yang sesuai Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan Gunakan soalan sekiranya pelajar mulai bosan Libatkan murid dalam aktiviti berceria Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita

d) Selepas Sesi Bercerita Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan soalan Menyoal pelajar mengenai pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan Melakukan aktiviti yang sesuai sebagai tugasan susulan

Latihan 1. Apakah kriteria yang diperlukan oleh seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? 2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah 3. bercerita? 4. Bagaimanakah sesorang guru melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran ketika menggunakan kaedah bercerita?

6.6.2 Kaedah Perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu

143

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

topik. Ia secara langsung dapat merangsang minat pelajar dan membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.

i. Pembahagian Kaedah Perbincangan Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu: a. Perbincangan Formal b. Perbincangan Tidak Formal

a) Perbincangan Formal Perbincangan Formal dijalankan secara perbahasan, forum pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan Penglibatan Pelajar Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang akan mengambil bahgian. Misalnya, jika guru ingin mengadakan forum, terlebih dahulu ditentukan pelajar yang akan menjadi ahli panel. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti pengerusi,pencatat dan penjaga masa.

Masa yang Mencukupi Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan yang akan disampaikan. Bahan boleh didapati daripada berbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet dan sebagainya.

144

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Penglibatan Ramai Pelajar Sebaik-baiknya guru perlu melibatkan seberapa ramai pelajar yang boleh. Dalam aktiviti forum misalnya, pelajar yang menjadi diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Penglibatan pelajar yang ramai akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.

Aktiviti Susulan Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak misalnya, tajuk forum boleh dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut.

Ulasan Guru Setelah tamat perbincangan guru, perlu memberi komen atau pendapat. Isi perbincangan perlu ditambah dan beberapa perkara yang dibincangkan hendaklah diulas semula oleh guru.

b) Perbincangan Tidak Formal

Bagi perbincangan tidak formal pula biasanya dijalankan tanpa memerlukan persiapan rapi seperti perbincangan formal. Antara ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru Menjadi Pengerusi Dalam perbincangan tidak formal guru bertindak sebagai pengerusi. Perbincangan dibuka kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk memberikan pendapat mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya mengambil bahagian.

Kawalan Kelas Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar daripada berebut-rebut untuk bercakap. Ketegasan guru perlu untuk menjadikan perbincangan lebih teratur. Guru juga perlu menentukan agar perbincangan tidak dimonopoli oleh pelajar tertentu sahaja.

145

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Pembahagian Kumpulan Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Setiap kumpulan perlu melaporkan hasil perbincangan dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini berkesan untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sirah kerana kerana perbincangan melibatkan pelajar secara langsung dalam pembelajaran. Malah mereka dilatih untuk memberi pendapat dan menghormati pendapat orang lain. Mereka juga turut bekerjasama dan merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

Latihan 1. Apakah yang anda fahami tentang kaedah perbincangan? 2. Nyatakan perbezaan perbincangan formal dan tidak formal? 3. Pada pandangan anda, apakah kelemahan kaedah pengajaran perbincangan dalam sesi pengajaran?

6.6.3 Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan iaah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Misalnya, dalam pengajaran sirah, pelajar dikehendaki melakonkan babak yang berkaitan dengan perjanjian Hudaibiah. Pelajar-pelajar yang terpilih melakonkan babak tersebut dan pelajar-pelajar lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelajar-pelajar juga digalakkan membuat berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan ketika menyaksikan lakonan tersebut di samping itu pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui temuramah dengan individu-individu tertentu yang terlibat dengan lakonan tersebut. Pada akhir lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa tersebut dan memberi ulasan 146

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dan pendapat masing-masing. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Untuk menjalankan kaedah lakonan, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya:

Peristiwa Yang Sesuai Tidak semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Pilih peristiwa yang agak relevan dengan isi pengajaran. Episod yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak memerlukan begitu ramai pelakon.

Pelakon Memahami Situasi Pelajar yang dipilih hendaklah benar-benar memahami peristiwa tersebut. Guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat peristiwa itu berlaku. Setiap pelajar perlu memahami dan menghayati watak masingmasing.

Penjelasan Kepada Penonton Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang mereka

tonton.Dengan penjelasan ini, pelajar-pelajar lain akan dapat atau cuba memahami apa yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka.

Pelakon Yang Sesuai Sebaik-baiknya pelakon dipilih secar sukarela. Pemilihan secara sukarela ini dijangkakan memberikan hasil yang lebih berkesan. Lakonan boleh diulang. Guru juga boleh menggunakan pelajar-pelajar lain untuk mengulangi lakonan tersebut.

Lakonan Secara Bebas Biarkan pelajar memainkan peranan dn watak mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu terlalu terikat dengan skrip. Walaubagaimanapun guru perlu mengawasi pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya mereka lakonkan. 147

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Perbincangan selepas Lakonan Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang babak yang telah mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu pelajar lebih memahami peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan Dalam Pengajaran Sirah


Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid didedahkan dengan situasinpenyeksaan orang kafir quraish terhadap kaum muslimin Mekah

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentutkan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

. Latihan:

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran sirah 2. Untuk melakukan kaedah lakonan yang berkesan, nyatakan perkara-penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. 3. Dengan mengambil satu peristiwa dari sirah Rasulullah saw, jelaskan langkahlangkah kaedah lakonan dalam pengajaran sirah.

148

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.7 Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Jadual 6.1 berikut menjelaskan tentang huraian kaedah pengajaran dan pembelajaran sirah

Jadual 6.1 : Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Bil 1

Kaedah Perbincangan

Huraian Melatih murid-murid memberikan pendapat atau idea-idea mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru dalam hal ini bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam bentuk perbincangan. Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalakkan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka secara tidak langsung

membimbing mereka memperolehi pengetahuan baru. 2 Kuiz Ia merupakan bentuk pertandingan menjawab soalan. Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah merangsang dan menguji pemikiran murid untuk mengingat kembali dan memahami semula fakta dari topik yang dipelajari secara berperingkatperingkat. Prinsip penyoalan ialah dari mudah kepada yang susah, dari jauh kepada dekat atau sebaliknya, dari

149

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

yang umum kepada spesifik atau sebaliknya. Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah kepada murid-murid yang berjaya menjawab

soalan-soalan tersebut dengan baik.

Soal Jawab

Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan jawapan yang sewajarnya. Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan terhadap pelajaran sekali gus mengelakkan mereka memikirkan perkara lain. Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran.

Dialog

Teknik perbualan mengenai sesuatu tajuk. Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam P&P Asas Ulum Syariah (Sirah) ini ialah dengan berdialog sesama murid kita dapat

menyampaikan banyak maklumat dan secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dapat disemat di dalam jiwa mereka. 5 Cerita Iaitu anda menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah bercerita. Faedah menggunakan kaedah ini ialah P&P anda akan lebih menarik dan berkesan gemar kerana

kebiasaannya gurunya

murid-murid

mendengar ini dapat

bercerita.

Kaedah

membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan

150

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

muridmurid. Mereka juga akan lebih memberikan tumpuan lebih-lebih lagi humor atau anda menyelitkan unsur-unsur intonasi suara yang

percintaan,

pelbagai dan sekali gus anda dapat mengawal kelas dengan baik. 6 Lawatan Ia merupakan aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan. Faedah melaksanakannya ialah murid-murid dapat menghayati topik yang dipelajari dengan lebih mendalam dan memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru semasa sesi lawatan.

151

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.8 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah

Setelah anda meneliti huraian Kaedah P&P, sila lihat pula aplikasi kaedahkaedah tersebut dalam contoh pengajaran Sirah Nabawiyyah yang dipaparkan dalam Jadual 6.2 seterusnya.

Sila baca kaedah-kaedah berikut dengan teliti:Kaedah cerita, dialog dan kuiz ( Rujuk buku Pedagogi ; Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan oleh Shahabuddin bin Hashim, dan rakan-rakan , PTS Pulication & Distributors, 2003.)

Jadual 6.2: Aplikasi Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Sirah)

Mata pelajaran Bidang Masa Tajuk

Pendidikan Islam Sirah 30 minit Dakwah Rasulullah di Makkah: Dakwah kepada keluarga secara sulit.

Kaedah Gabung jalin Penyerapan ilmu Penerapan nilai

Cerita, dialog dan kuiz. Membaca dan memahami Geografi, Sejarah dan Akhlak. Mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah s.a.w. dan penguasaan ilmu pengetahuan.

Kemahiran berfikir

Mengenal

pasti

dan

memberi

refleksi

mengenai

peristiwaperistiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w. menyampaikan dakwahnya.

Sumber/Media Pengajaran Hasil Pembelajaran

Petikan cerita, skrip dialog dan soalan kuiz

Aras 1: Murid dapat menyebut dan membaca topik dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah secara sulit dengan betul. 152

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Aras 2: Murid dapat menganalisis perkara-perkara penting dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan tersusun. Aras 3: Murid dapat menyenaraikan beberapa pengajaran dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah dengan baik.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut; 1. Kaedah Bercerita

Kaedah Cerita.

Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada keluarga terdekat secara sulit. Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut. Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu bacaan senyap.

Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam kelas. Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan kesilapan.

153

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

2. Kaedah dialog

Kaedah Dialog.

Dialog Rasulullah semasa berdakwah kepada keluarganya. Pelajar-pelajar membaca dialoq tersebut dengan teliti secara bacaan senyap. eberapa orang pelajar membaca dialog tersebut di hadapan kelas bacaan kuat. -

3. Kaedah Kuiz

Kaedah Kuiz.

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah : Rasulullah berdakwah kepada keluarga. Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan . Di samping itu pelajar membuat inferen dan refleksi.

154

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.9 Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah

6.9.1 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 1

i. Tajuk : Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w

(a) Mengadakan perbincangan dengan murid tentang peristiwa tentera bergajah menyerang kota Mekah. Saya ingin mencadangkan supaya perbincangan dibuat dengan bantuan cerita bergambar, anda perlu menyediakan gambar-gambar yang boleh menunjukkan rentetan peristiwa tersebut seperti gambar tentera

(tempat asal Abrahah). Dengan menggunakan gambar-gambar tersebut, anda menggunakan teknik bercerita, kerana teknik bercerita adalah satu teknik yang sangat berkesan kepada murid-murid tahun satu.

(b) Mengadakan perbincangan tentang kejadian-kejadian luar biasa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Muhammad s.a.w. Anda boleh membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan, kemudian anda edarkan untuk satu kumpulan satu peristiwa luar biasa itu dan meminta setiap kumpulan memahaminya. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

(c) Sumbangsaran tentang keperibadian Nabi s.a.w yang mulia sejak kecil hingga dewasa. Semasa anda menjalankan aktiviti sumbangsaran ini, anda perlulah mengaitkan dengan kehidupan seharian murid, supaya mereka dapat membuat satu perbandingan berkaitan dengan akhlak Nabi dan akhlak mereka. Selepas mereka mengeluarkan berbagai pendapat dan membuat banding beza, anda perlu membuat proses dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

155

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ii. Tajuk : Silsilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Menggunakan Carta Salasilah Nabi Muhammad s.a.w. Anda tampal satu carta salsilah Nabi s.a.w dari sebelah bapa dan sebelah ibu, sambil memberi penerangan tentang salasilah Nabi s.a.w yang sampai kepada Nabi Ismail a.s, kemudian anda nyatakan bagaimana dan di mana nasab sebelah bapadan sebelah ibunya bertemu. Saya ingin menarik perhatian anda, ibrah dari kisah ini yang paling penting iaitu anda hendaklah memberi penekanan kepada bagaimana salsilah Nabi s.a.w itu suci dari kekufuran atau jahiliyyah.

(b) Membuat Gerak Kerja Secara Berkumpulan

Berbagai gerak kerja secara berkumpulan boleh dilakukan. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa contoh gerak kerja yang boleh membantu anda semasa menjalankan aktiviti:

i. Anda edarkan kepada setiap kumpulan satu kertas mahjong dan minta mereka melakarkan grafik yang mudah untuk menunjukkan salsilah Nabi Muhammad s.a.w. Mereka boleh menggunakan kretiviti mereka dalam membuat grafik tersebut.

ii. Membuat teka silangkata berkaitan dengan salsilah Nabi s.a.w, sebagai contoh saya lakarkan di bawah ini: Melintang: 1. Nasab sebelah bapa dan sebelah ibu Nabi Muhammad s.a.w bertemu. 3. Beliau adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu. Menegak: 2. Nasab Nabi s.a.w dikatakan sampai kepada Nabi ____________ a.s. 4. Salah seorang anak Nabi Ismail a.s.

156

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

iii. Mengadakan pertandingan bercerita. Anda dikehendaki menyediakan beberapa cerita pendek berkenaan dengan salsilah Nabi s.a.w, kemudian anda mengadakan pertandingan bercerita diantara kumpulan. Kaedah ini dapat mencungkil bakat muriddan melatih murid berani bercakap di hadapan orang ramai.

iii. Tajuk : Penyusuan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Membuat perbincangan dengan murid tentang kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan menyatakan siapa yang menyusu baginda dan tempoh penyusuan. Sering kali diingatkan, agar anda mengaitkan dengan keadaan semasa, sebagai contohnya, penggunaan susu lembu yang menggantikan susu ibu.

(b) Menceritakan kepada murid anda tentang pentingnya penyusuan susu ibu kerana ia adalah fitrah yang Allah buat untuk manusia. Kaedah sumbang saran adalah kaedah terbaik untuk melihat tahap kefahaman murid dalam topik di atas.

iv. Cadangan aktiviti penilaian bagi tajuk Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

Aktiviti penilaian penting dijalankan untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran telah mencapai hasil yang ditentukan dalam huraian sukatan. Berdasarkan kepada topik di atas anda perlu pastikan murid telah dapat menguasai perkara berikut: 1. Menyatakan kisah tentera bergajah 2. Menyebut satu persatu perkara luar biasa yang berlaku terhadap Nabi s.a.w 3. Menghuraikan Salsilah keturunan Rasulullah hingga ke Nabi Ismail a.s 4. Menyatakan Kepentingan penyusuan Nabi s.a.w di kampung 5. Menyebut satu persatu rukun Islam

157

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 2

i. Tajuk : Nabi dididik dalam masyarakat desa.

1. Set

Induksi:

Guru

menayangkan

gambar

suasana

kampung

menggunakan media elektronik. Guru meminta pelajar bersoal jawab berkaitan dengan tayangan. Perbincangan pelajar dikaitkan dengan bagaimana Nabi dididik dalam masyarakat desa. 2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah: (i) Bercerita (ii) Sumbangsaran (iii) Bersoal jawab (iv) Kajian teks 3. Guru bercerita suasana masyarakat desa ketika Nabi dibesarkan. 4. Guru meminta sumbangsaran daripada pelajar dengan mengaitkan nilainilai murni masyarakat desa. 5. Guru bersoal jawab dengan pelajar empat kesan pembentukkan diri Nabi dibesarkan di desa. 6. Guru meminta pelajar membuat kajian kes tentang kemahiran dan pengalaman yang diperolehi Baginda semasa kecil. 7. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran. (a) Bincangkan nilai-nilai murni masyarakat desa. (b) Menulis kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh Nabi semasa di desa. Aktiviti 7.1 ii. Tajuk : Kewafatan Bapa dan Ibu

1. Set Induksi: (i) kami. (ii) Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan nasyid tersebut. 158

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(iii) Guru mengaitkan nasyid dengan isi pelajaran. (a) Bincangkan bagaimana cara menghargai jasa ibu dan bapa. (b) .Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.ktiviti 7 2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah: (i) Nasyid (ii) Bercerita (iii) Soal jawab (iv) Lakonan (v) Perbincangan 3. Guru menayangkan gambar berkaitan kematian manusia. 4. Guru bercerita mengenai peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi. 5. Bersoal jawab berkaitan peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi. 6. Bernasyid tolong kami bantu kami 7. Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim. 8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iii. Tajuk : Kematian Datuk Nabi

1. Set Induksi (i) Mempamerkan gambar solat jenazah. (ii) Bersoal jawab berkaitan dengan gambar solat jenazah. (iii) Mengaitkan dengan tajuk pelajaran. 2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah: (i) Bercerita (ii) Perbincangan (iii) Soal jawab (iv) Sumbangsaran (v) Penerangan 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama datuk Nabi. 4. Guru memberi penerangan mengenai pengalaman Nabi bersama datuknya. 159

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Guru bercerita peristiwa kematian datuk Nabi. 6. Guru meminta murid membuat pantun tentang peristiwa kematian datuk Nabi. 7. Guru meminta sumbangsaran daripada murid kesan kematian datuk Nabi kepada Nabi. 8. Guru membuat rumusan hasil sumbangsaran kesan kematian datuk Nabi. 9. Guru membincangkan tentang pengajaran dari peristiwa yang

mendukacitakan Nabi. 10. Guru membuat rumusan hasil perbincangan. 11. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iv. Tajuk : Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

1. Set Induksi (i) Guru mempamerkan gambar bapa saudara dengan anak saudara lelaki. (ii) Guru bersoal jawab dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran. a) Jelaskan keadaan Nabi ketika dipelihara oleh bapa saudara Baginda. b) Sebutkan pengalaman Nabi ketika bersama bapa saudaranyai 7.9 2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah: (i) (ii) (iii) (iv) Bercerita Sumbangsaran Penerangan Kajian Teks

3. Guru bercerita dan memperdengarkan rakaman kepada pelajar tentang: (i) (ii) (iii) Nama bapa saudara Nabi dan peribadinya. Umur Nabi dan keadaan Baginda. Pengalaman yang diperolehi Nabi semasa dipelihara oleh Abu Talib. 4. Guru menerangkan iktibar atau pengajaran daripada akhlak Nabi. 160

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Guru meminta pelajar membaca tiga teks berkaitan kesan pengalaman Nabi bersama bapa saudaranya (buku teks). 6. Guru membincangkan kepentingan hidup berdikari. 7. Sumbangsaran berkaitan pengorbanan Abu Talib terhadap Nabi 8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

6.10 Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah -teknik

pengajaran mata pelajaran Sirah Rasul adalah bergantung kepada tajuk-tajuk yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya. Oleh itu, seseorang guru yang ingin menjalankan pengajaran Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut seperti dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Teknik pengajaran sirah

161

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Teknik Pertama: Mengajukan Soalan soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalansoalan berkaitan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sirah Rasul. Ianya berkesan untuk menarik perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

i.

Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah mengikut aliran tahap-tahap tertentu seperti berikut: bermula dengan soalan-soalan bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak sukar bagi melihat tahap pemahaman muridmurid dan kepintaran mereka.

ii.

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan ulasan yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat dan sempurna. Guru juga boleh menambah ulasannya berpandukan kepada kisah-kisah dalam Sirah Rasul yang menyokong huraian tersebut.

iii.

Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambar rajah atau senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi namanama dan peristiwa-peristiwa atau kisah-kisah tertentu.

(b) Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sirah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

i.

Isi kandungan Sirah Rasul itu dibahagikan kepada unit-unit atau tajuktajuk yang kecil di mana guru tersebut akan menghuraikan unit-unit

162

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tersebut. Di samping itu, ia perlu juga mendengar reaksi atau respon murid-murid dan soalan-soalan yang dikemukakan. ii. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan hitam/putih dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit tajuk itu di samping mengambil perhatian kepada tarikhtarikh penting bagi setiap peristiwa Sirah Rasul yang dinyatakan itu. iii. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam Sirah Rasul itu.

(c) Teknik Ketiga: Penghuraian dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sirah Rasul dalam bentuk penceritaan yang berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu: i. Mengambil kira kronologi Sirah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu berlaku dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas. ii. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-murid agar respon yang baik diperolehi dan keberkesanannya tercapai di dalam kelas. iii. Sebaiknya watak-watak dan lokasi-lokasi Sirah dirujuk terlebih dahulu sebelum mengajar, agar pengajaran lebih menarik. iv. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dengan menyatakan sebab-sebab ia terjadi dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran Sirah Rasul dengan isu-isu semasa. v. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian murid-murid untuk mengetahui cerita selanjutnya. vi. Menggunakan media pengajaran untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dalam bentuk yang menarik dan memberangsangkan. Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium pengajaran yang baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran khususnya Sirah Rasul. 163

PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

164

BIBLIOGRAFI
Abdul Hadi Awang , Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah. Akram Diya al-Umariyy (1994). al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah. Juz. 1. AlMadinah al-Munawwarah: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam. Huda Ali Jawwad al-Shamriyy dan Sadun Mahmud al-Samuk (2004). al-Turuq al-Ilmiyyah li tadris al-hadith wa al-sirah wa al-fiqh min al-tarbiyyah alIslamiyyah. Amman: Dar Wail li al-Nashr. Ibnu Hisham (t.th). Sirah ibn hisham. Jil. 1. Beirut: Dar al-Thaqafah al-Islamiyyah. Manna al-Qattan. (2000). Mabahith fi ulum al-Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah. Mohammad Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah. Mohd Mukhtar Shafie dan Ghazali Basri (1982), Mengenal Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Muhammad Ahmad Khudar (2002) Muhammad azham al-basyar al-sirah alnabawiyyah fi thaub jadid. Kaherah: Syarikah al-Tubiji li al-Nasakh wa al-Taswir. Muhammad al-Ghazaliy (1996). Fiqh al-Sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd. Muhammad bin Bahadur al-Zarkasyi. (1994) Al-Bahr al-Muhit, ( jil. 2.) Mesir: Dar al-Kutub. Mustafa al-Siaie (t.t.) Al-Sirah al-Nabawiyyah, Durus wa Ibar, al-Tawzi wa al-Nasyr al-Islamiyyah, Kaherah : Dar

Mustafa al-Sibaie (2004). Perjalanan hidup nabi Muhammad s.a.w. Alor Setar: Pustaka Darussalam. Naeem Siddiqui. (1983). Nabi Muhammad (S.A.W) Pembina Umat. Petaling Jaya: PustakaSalam. Nik Abd. Aziz Nik Mat (2004). Sirah nabawiyyah insan teladan sepanjang zaman. Shah Alam: Nufair Street. Said Hawwa (1991). Al-Rasul Muhammad s.a.w. Terj. Kathur Suhardi. Solo: Pustaka Mantiq. 165

Said Ramadhan al-Buthy (1996), Sejarah Nabi Muhammad bin Abdulah.Fiqh alSirah al-Nabawiyyah, Beirut : Al-Fikr al-Maasir dan Dar al-Fikr. Subhi al-Saleh. (2000). Mabahith fi al-Ulum al-Quran. (c. 24). Beirut: Dar al alIlm Li al-Malayin. Suhaili, Ahmad Abi alHassan. (1997). Al-Raudhatul Unuf Fi Tafsir Al-Sirah AlNabawiyyah. Beirut:Daral Kutubal Ilmiyyah. Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik (1998), Nur al-Yakin Kitab Sirah Rasulullah s.a.w., Terj. Ust. Hj. Mohd. Asri Hj. Hashim. Kuala Lumpur : Prospecta Printers Sdn.Bhd. Tafsir Pimpinan Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Tahia Al-Ismail , Kehidupan Nabi Muhammad, Terj. Siti Sujinah Sarnap. Zulkifli Mohd Yusoff.(2003).Biografi Nabi Muhammad bin Abdullah.Bentong:PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

166

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH)
NAMA PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia othmalok@yahoo.com KELAYAKAN Kelulusan: B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM. Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM) Pengalaman: Penolong Pengarah PPA IPG KPM Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

PANEL PENULIS DR.MOHD SHARANI BIN MOHD NAIM IPG Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu Kelantan abuerfan07@yahoo.com

Kelulusan: PhD. Bahasa Arab, (UM) 2009 MA. Bahasa Arab, (al-Yarmouk, Jordan) 2000 Diploma Pendidikan, (IPG KKB) 1990 BA. Pengajian Arab dan Tamadun Islam, (UKM) 1987. Pengalaman: Pengalaman Kerja 20 Tahun.

PANEL PENULIS PN ISMALIZA BT. ISMAIL IPG Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu Kelantan umi_asmaa@yahoo.com.my

Kelulusan: Sarjana Syariah (UM) B.A (Hons.) Syariah (UM) Diploma Pendidikan (MPI) Pengalaman: 12 tahun Sekolah Menengah 3 tahun - IPG

167

PANEL PEMURNI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH)
NAMA PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia othmalok@yahoo.com KELAYAKAN Kelulusan: B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM. Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM) Pengalaman: Penolong Pengarah PPA IPG KPM Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

PANEL PENULIS DR.MOHD SHARANI BIN MOHD NAIM IPG Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu Kelantan abuerfan07@yahoo.com

Kelulusan: PhD. Bahasa Arab, (UM) 2009 MA. Bahasa Arab, (al-Yarmouk, Jordan) 2000 Diploma Pendidikan, (IPG KKB) 1990 BA. Pengajian Arab dan Tamadun Islam, (UKM) 1987. Pengalaman: Pengalaman Kerja 20 Tahun.

PANEL PENULIS PN ISMALIZA BT. ISMAIL IPG Kampus Kota Bharu Pengkalan Chepa 16109 Kota Bharu Kelantan umi_asmaa@yahoo.com.my

Kelulusan: Sarjana Syariah (UM) B.A (Hons.) Syariah (UM) Diploma Pendidikan (MPI) Pengalaman: 12 tahun Sekolah Menengah 3 tahun - IPG

168

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

169

Вам также может понравиться