Вы находитесь на странице: 1из 2

1. Pengenalan Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat.

Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Secara ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli yang bermaksud penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Terdapat beberapa cara untuk melihat kreativiti seseorang.Antaranya ialah seseorang dapat menghasilkan idea yang baru dan unik/asli, memberikan alternatif dalam menyelesaikan masalah , memikirkan kemungkinan daripada sesuatu tindakan, menyesuaikan diri atau sanggup menghadapi cabaran dengan positif dan bersikap kegilagilaan. Beberapa orang tokoh seni visual memberikan pandangan mengenai kreativiti. Paul Torrance yang tersohor dalam bidang/kajian kreativiti mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti. June King Macfee mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru yang lebih bermakna. Carl Rogers mentakrifkan bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbangkan kreativiti kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

2. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) terbahagi kepada 5 tahap iaitu: a.Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.

b.Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif akan cuba mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. c.Peringkat Perancangan Peringkat yang menggalakkan pemikiran kreatif ini akan dilakukan melalui 3 cara ,iaitu: .Merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Perancangan secara verbal, iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi ,dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan ,dan sebagainya. d.Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimanakah harus kita mengambil tindakan atas cadangan tersebut? e.Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Вам также может понравиться