Вы находитесь на странице: 1из 4

PENGENALAN BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT i) Definisi Bencana Definisi bencana seperti yang diberikan dalam Buku

Panduan Bantuan Bencana Palang Merah adalah satu situasi malapetaka ( kecelakaan / kesengsaraan ) di mana corak hidup harian dalam banyak contoh dengan serta-merta terganggu dan akibatnya, mangsa memerlukan perlindungan, makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan social dan keperluan harian yang lain. ii) Jenis-jenis Bencana Bencana alam boleh dibahagikan kepada dua jenis : Bencana Alam Semulajadi dan Bencana Alam Buatan Manusia (a) Bencana alam semulajadi yang berlaku serta-merta : Banjir Taufan, ribut, ombak laut pasang, kapal karam dan sebagainya Kebakaran besar Gempa bumi, tanah runtuh, bangunan besar runtuh dan sebagainya Di Malaysia, banjir dan kilat, kebakaran, tanah runtuh, empangan pecah adalah bencana alam semulajadi biasa. Bencana Alam Semulajadi yang berlaku secara pelahan-lahan : Kemarau Kekurangan makanan Wabak penyakit berjangkit-cholera, small pox dan lain-lain lagi (b) Bencana Alam Buatan Manusia Peperangan bersenjata antarabangsa Peperangan bersenjata saudara-pergaduhan dalam negeri Mogok besar menyeluruh negara melibatkan perkhidmatan penting Kemalangan besar industri, keretapi, kapal terbang, letupan dan lainlain.

iii) Definisi Persediaan Bencana dan Operasi Menyelamat Persediaan bencana bolehlah dimaksudkan sebagai kebolehan mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakkan, kebolehan mengurus dan memberi kemudahan pada masa yang diperlukan, menyelamat dengan berkesan, memberi bantuan dan pemulihan di masa bencana. Ia bermakna aktiviti-aktiviti berbagai jenis yang kekal yang termasuk pengwujudan jentera penyelamatan bencana, persediaan ( berterusan dan kemaskini ) rancangan-rancangan operasi serta memberikan maklumat dan latihan untuk kakitangan dan kumpulan ahli-ahli dengan tanggungjawab untuk menyelamat dan membantu, penyimpanan bekalan dan cara-cara mendapat kewangan bagi tujuan operasi bantuan. Rancangan Persediaan Bencana hendaklah diuji dari masa ke masa supaya dapat dikaji semula dan disesuaikan dengan keadaan sebenarnya. Operasi Menyelamat Operasi menyelamat bermakna mengambil tindakan perlu bagi menyelamatkan nyawa. Mangsa-mangsa bencana dipindahkan atau diselamatkan dari tempat yag berbahaya kepada tempat yang selamat. Mereka hendaklah diberikan seberapa banyak kemudahan, keselesaan dan ketenteraman jiwa yang boleh. Sementara keadaan bencana berlainan di antara satu dengan lain, tetapi akibat-akibatnya adalah sama dalam kebanyakan bencana. Pada dasarnya ia bolehlah diputuskan berkaitan dengan manusia ( mangsa-mangsa dan pembantu-pembantu ) dan masyarakat, sistem dan perkhidmatan. Keperluan asas yang diperlukan apabila bencana melanda adalah : (a) Berkaitan dengan mangsa-mangsa, sokongan social dan psikologi. Keperluan-keperluan utama ( makanan, pakaian, tempat tingal ) Kaunseling Pertukaran berita, mengesan dan menyatukan semua keluarga yang terpisah. Jagaan perubatan dan rawatan

Sokongan organisasi Maklumat Komunikasi dan pengangkutan kecemasan Membaik pulih rumah Membaik pulih pendapatan (b) Berkaitan dengan penyelamat-penyelamat : Keperluan penting yang dikehendaki ada di kalangan pembantu-pembantu termasuklah kemahiran pengurusan, penyediaan sumber-sumber dan sokongan logistik. Apabila membantu manusia dalam keadaan bencana, adalah mustahak diingati bahawa pembantu-pembantu, seperti juga mangsa-mangsa terdedah kepada keletihan dan tekanan dan juga kepada pertukaran dari tingkah laku biasa. (c) Berkaitan masyarakat, sistem dan perkhidmatan: Mengadakan semula semua kemudahan asas ( bekalan air, pembuangan sampah dan najis, bekalan elektrik, perkhidmatan telefon dan pos, kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Membaiki atau menggantikan bangunan awam ( sekolah, hospital, bangunan pejabat ) Mengadakan semula perkhidmatan kesihatan dan kebajikan Merancang membaiki ekonomi dan mengurangkan kelemahan masyarakat.

Sebagai

seorang

Ketua

Pasukan

Penyediaan

Makanan,

saya

bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan makanan yang secukupnya untuk mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Perkhidmatan membekalkan bekalan bantuan yang teratur dan cekap adalah mustahak terutamanya dalam penerimaan, peyimpanan dalam stor dan penghantaran untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa bencana. Prosedur dan peraturan hendaklah

tertumpu kepada pengurusan bekalan bantuan yang banyak dengan cepat, cekap dan kawalan rekod yang cukup serta lengkap. Untuk menentukan keperluan-keperluan yang diasaskan berdasarkan analisa pengalaman lalu, menetapkan dan membuat persiapan

Вам также может понравиться