Вы находитесь на странице: 1из 5

APLIKASI MATAPELAJARAN AGAMA ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

Melalui bimbingan Pengetua atau Guru Besar, guru pendidikan Islam hendaklah berkerjasama dengan guru-guru Islam yang lain. Dengan menjalankan beberapa program seperti solat dan solat berjemaah, program Usrah, menganjurkan wacana, kolokium, halaqah dan majlis perbincangan dengan guru dan semua kakitangan, menubuhkan jawatan kuasa Pelaksanaan Iklim Dini Sekolah, guru-guru kanan matapelajaran perlu mengadakan bengkel dengan guru-guru bagi mengatur strategi pelaksanaan pendidikan bersepadu; kerana pendidikan matapelajaran Agama Islam mestilah berperanan untuk memperkukuhkan aqidah.

a) Program solat dan solat berjemaah

Guru pendidikan Islam perlu merancang dan mengurus semua warga Sekolah yang beragama Islam supaya dapat menunaikan solat dan solat berjemaah dengan mempastikan musalla, surau atau mesjid di Sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Musalla atau surau di Sekolah hendaklah memainkan peranan sebagai pusat komuniti pelajar yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti ilmu seperti ceramah-ceramah, kuliah agama serta bersolat hajat pada masa-masa tertentu terutamanya bila tiba masa peperiksaan umum.

Pelajar perlu dilatih supaya dapat menunaikan solat dengan sempurna, kerana solat adalah tiang agama. Pelajar hendaklah dididik menunaikan solat dengan khusyu (penuh keinsafan) dapat menghindarkan perbuatan jahat dan munkar. Allah S.W.T memberi jaminan bahawa orang mukmin pasti beroleh kejayaan dan kemenangan bila mereka mengerjakan solat dengan khusyu dan mereka juga dapat menghindarkan perkaraperkara yang sia-sia ( Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

Solat berjemaah yang berkesan dapat melahirkan suasana kasih sayang berasaskan persaudaraan Islam, kepatuhan dan ketaatan, hormat menghormati, kerjasama dan

menolong orang yang memerlukan, tepat masa, rasa tanggung jawab, tekun berusaha, sukakan kebajikan dan bencikan kejahatan dan sifat-sifat lain terpuji. Kesannya ia akan membina peribadi dan sahsiah terpuji yang merupakan teras atau tunjang bagi membentuk iklim hubungan manusia sesama manusia dalam suasana harmonis dan menyenangkan.

b) Melaksanakan Usrah

Aktiviti usrah adalah suatu kegiatan yang perlu dijalankan dalam kalangan pemimpin pelajar, seperti dalam kalangan pengawas, ketua darjah atau kelas, pemimpin dan jawatankuasa persatuan, kelab-kelab dan pasukan beruniform, ketua dorm dan lain-lain. Kegiatan usrah ini perlu dijalankan secara sistematik seperti: Usrah hendaklah dipimpin oleh guru Pendidikan Islam atau guru-guru Islam yang berminat dan berkemampuan. Satu kumpulan usrah tidak melebihi 20 orang. Ahli-ahli usrah diwajibkan hadir setiap kali Usrah diadakan. Usrah dijalankan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Selain dari membaca al-Quran / tafsir , ketua usrah hendaklah menghuraikan / membincangkan tajuk-tajuk khusus yang ditentukan. Setiap ahli usrah hendaklah mematuhi dan mengamalkan pengajaran yang disampaikan dan mematuhi keputusan Usrah. Semua ahli Usrah hendaklah menyampaikan pangajaran / keputusan yang diperolehi kepada pelajar-pelajar di bawah pimpinannya.

Sementara tajuk perbincangan Usrah hendaklah meliputi : Prinsip-prinsip dan amalan persaudaran dalam Islam. Tuntutan berakhlak mulia. Menuntut ilmu suatu kewajipan. Mengurus masa dan kepentingnya.

Tuntutan berpakaian menutup aurat. Tolong-menolong dalam kebaikan dan menegah kejahatan. Bersih sebahagian daripada iman. Adab muzakarah, musyawarah dan kepentingannya. Patuh dan taat kepada ibubapa dan guru Tuntutan membantu fakir miskin, anak yatim dan orang yang memerlukan. Kepimpinan dan tanggungjawab. Tanggungjawab mematuhi disiplin dan peraturan sekolah. Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat. Cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan. Sabar, tekun dan berwawasan. Dan tajuk-tajuk yang bersesuaian.

Seterusnya, semua kumpulan Usrah hendaklah menjalani latihan kepimpinan mengikut Modul Latihan Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah yang diterbitkan dan telah digaraf oleh Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996, 1997, dan 1998).

c) Menganjurkan wacana, kolokium, halaqah dan majlis perbincangan dengan guru dan semua kakitangan sekolah, dengan kata lain melibatkan semua warga sekolah.

Jawatankuasa bermuafakat ini hendaklah mengadakan aktiviti ilmu berkenaan bagi membolehkan setiap guru Pendidikan Islam berperanan dan membantu serta memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Ini menjamin keberkesanannya yang memerlukan pemuafakatan dan kerjasama semua. Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai Dakwah (KS Dakwah) untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau jika boleh memberi ceramah mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan dengan program pembinaan sahsiah pelajar dan mewujudkan suasana penuh aman-damai dan berdisiplin dalam kalangan pelajar-pelajar khasnya dan amnya masyarakat sekolah.

d) Jawatankuasa khas sekolah bagi tujuaan ini boleh membantu pihak pengurusan sekolah untuk mencerikan kawasan sekolah, terutamanya dalam memelihara kebersihan fizikalnya dan mencantikkan taman-taman bunga yang sedia ada, atau mengambil langkah positif dalam membentuk landscaping baru sesuai sebagai taman bunga indah dalam sebuah institusi pendidikan, yang bercirikan nilai-nilai budaya Islam. Kerja-kerja gotong-royong boleh diadakan dari masa ke semasa, bagi menimbulkan minat pelajar untuk memelihara keceriaan sekolah, sama seperti mereka menjaga taman mereka sendiri.

e)

Jawatankuasa

dan pihak pengurusan sekolah juga perlu mengadakan

mensyuarat dari masa ke semasa, untuk menyemak dan menilai pelaksanaan program yang digaraf bersama. Langkah ini perlu bagi mencari aspek-aspek kelemahan dan segera mengatasinya dengan kadar segera. Jawatankuasa juga boleh menyediakan format penilaiannya untuk menentukan sejauh mana kejayaan yang dicapai dan apakah langkahlangkah selanjutnya yang perlu diambil atau ditambah.

f) Bagi tujuan pendidikan bersepadu pengembangan disiplin ilmiah dan penguasaan isi kandungan sesuatu pelajaran bilik darjah hendaklah diuruskan dengan berdasarkan prinsip kesepakatan, perundingan, kerjasama, kesefahaman dan kasih sayang.(Dr. Nik Azis, 1996)

g) Hendaklah cuba tidak mengamakan dualisme di dalam pendidikan misalnya pemisahan antara agama dan ilmu pendidikan moden.(Ahmad, 1996)

h) Satu aspek yang sangat penting juga ialah pihak pengurusan sekolah hendaklah dapat menyediakan iklim dan fizikal sekolah yang kondusif, bersih dan ceria, berasaskan prinsip bahawa Allah itu cantik dan menyukai kecantikan (maksud hadis riwayat Muslim r.a)

i) Sekolah hendaklah secara keseluruhannya dapat menghidupkan budaya ilmu mengikut perspektif kesepaduan ilmu dalam Islam.

j) Sekolah juga dapat menyediakan suasana hubungan manusia berasaskan prinsip ukhuwah Islamiah dengan semua warga sekolah. k) Tidak kurang juga warga sekolah hendaklah menghidupkan budaya menyuruh kepada yang baik dan melarang kejahatan dan kemungkaran dengan menghayati / mangamalkan cara hidup Islam dalam semua aktiviti sekolah.

l) Menganjurkan program budaya Ilmu mengikut prinsip epistemologi ilmu dalam Islam kepada semua guru dalam semua matapelajaran. Proses ini akan mengambil masa namun ia hendaklah diusahakan secara berterusan supaya dapat menghasilkan iklim yang diharapkan.

m) Seterusnya, program meningkatkan kesedaran ukhuwah Islamiah di kalangan warga sekolah mengikut prinsip bahawa sesungguhnya yang beriman itu adalah bersaudara, maka hendaklah diperbaiki hubungan persaudaraan di antara kamu (Maksud ayat: al-Hujarat:ayat 10). Rasulullah bersabda, maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri. Program boleh diperkukuhkan dengan solat berjemaah, perkhemahan pelajar (mukhaiyyam), usrah, mentor-mentee, ziarah-menziarahi, bimbingan rakan sebaya, gotong-royong, Qiamulail dan sebagainya.

Program-program berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh hikmah dan berstrategik, agar setiap warga sekolah di bawah pimpinan sekolah dapat memahami dan menerimanya dengan penuh kerelaan. (Haji Mahi, 1998)

Вам также может понравиться