Вы находитесь на странице: 1из 28

Disediakan Oleh :

NUR Atikah Binti Mat Zin PISMP BM/PJ/KS 2 Semester 4

Nik Nur Anis Binti Nik Omar PISMP BM/PJ/KS 2 Semester 4

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN (EDU 3105)

Multimedia Interaktif..
Model yang biasa digunakan oleh pembangun perisian MM apabila membuat sesuatu produk komersil. Berkebolehan untuk pergi ke sesuatu bahagian maklumat tanpa perlu mengikut cara yang sebelumnya. Persembahan secara interaktif disusun dalam bentuk menu.

Rajah aliran yang menunjukkan pergerakkan dalam multimedia persembahan secara interaktif

Apabila pilihan dibuat, halaman yang dipilih akan dapat dilihat secara terus. Sejumlah besar kerumitan boleh wujud di dalam persembahan secara interaktif ini yang mana terdapat banyak lapisan untuk dilayari dan ini bergantung kepada produk dan jumlah kandungan. Potensi untuk kerumitan ini ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan umum adalah maklumat domain yang terlalu kompleks boleh diwakilkan oleh pembangun produk multimedia.

Tetapi bagi pengguna akhir, ia bukanlah suatu kelebihan kerana pengguna perlu melayari maklumat kompleks ini untuk mencari maklumat tertentu. Format interaktif boleh digunakan atau diaplikasikan terhadap pelbagai produk termasuklah: (a) Alat untuk rujukan seperti ensiklopedia dan kamus (b) Pendidikan dan latihan (c ) Akhbar elektronik dan majalah (d ) Hiburan

PENDEKATAN DAN STRATEGIK SECARA INTERAKTIF

Jenis produk

Isi kandungan produk

Ciri-ciri Produk Interaktif

Pembangunan

Pelaksanaan

Dalam beberapa kes, pengguna adalah bertanggungjawab dalam mengawal bagaimana maklumat didapati. Pada asasnya terdapat 3 jenis pendekatan dalam produk multimedia iaitu: (a) Linear (b) Programmed branching (c) Hypermedia

Linear..
Merupakan satu strategi yang seakan-akan tidak interaktif. Terdiri dari satu set halaman atau pandangan mengenai sesuatu maklumat yang ingin disampaikan dan antara mukanya dikawal oleh pengguna dengan menekan butang next atau previous sahaja. Ia hanya membenarkan pengguna untuk melangkah halaman yang seterusnya dengan mengikut urutan halaman tanpa mampu untuk melangkau halaman sebelum atau selepasnya.

Presenter akan mempersembahkan isi kandungan pada halaman persendirian dan kebanyakannya persembahan ini adalah secara berangkai atau berturutan. Walaubagaimanapun presenter dikehendaki untuk maju atau previous halaman lain dan bertindakbalas dengan halaman secara grafik , penambahan text atau bertindak balas secara rambang masuk kepada kerangka yang telah ditetapkan didalam satu kepilan video digital. Namun yang demikian , produk jenis ini memerlukan presenter yang serasi dengan teknologi kandungan sesuatu produk multimedia.

Programmed Branching..
Kaedah yang paling sering digunakan di dalam multimedia komersial Selalunya digunakan di dalam produk pembelajaran dan hiburan. Pengguna mempunyai kawalan yang terhad terhadap laluan Kawalan melalui pilihan dari antaramuka seperti button, ikon atau menu.

Setiap muka selalunya mengandungi kandungan dan pilihan Pilihan membolehkan pengguna ke muka lain atau atau menu help atau terus keluar dari produk tersebut. Menjadi pilihan ramai pembangun kerana memberi kebebasan kepada pengguna semasa menggunakan produk.

Hypermedia - Interaktif Hypermedia


Interaktiviti adalah jantung merekabentuk produk persembahan hypermedia untuk menambahkan perhatian, comprehension dan kadar retention. Kajian menunjukkan kebanyakan orang boleh mengingati 15% daripada apa yang mereka dengar, 25% daripada apa yang mereka lihat dan >60% daripada apa yang mereka berinteraksi. Interaktiviti hypermedia dicapai dengan :

Butang navigasi untuk membenarkan pencapaian bukan linear. Hyperlink atau hypertext yang menggunakan grafik dan text.

Hypertext memberi satu lagi cara pembentangan kepada pengguna yang lebih fleksibel. Memandangkan PC sekarang dilengkapi dengan pelayan laman, modem berserta komponen komputer multimedia asas yang lain, pembentangan yang menggunakan hypertext lebih diminati oleh kalangan ramai. Hypertext membolehkan pembentangan on-line disampaikan kepada pengguna yang berbezabeza lokasi di seluruh dunia.

ElemenElemen Multimedia Interaktif

4. Video

1. TEKS

Penggunaan teks masih kekal penting sebagai satu cara untuk menyampaikan maklumat. Menurut Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.

Jenis fon termasuk saiz dan warna yang digunakan dalam produk multimedia interaktif adalah seperti juga perisian-perisian komputer yang lain.
Penggunaan teks yang menarik, berwarna-warni dan dianimasikan boleh menarik perhatian murid.

2. GRAFIK

Unsur penting dalam pembinaan sesuatu perisian multimedia kerana ia bukan sahaja bertujuan untuk menarik perhatian, tetapi boleh menjelaskan konsep yang hendak disampaikan serta dapat memberikan makna kepada pengguna.

Perisian alat pengarangan perlu mempunyai kemampuan untuk melakar, melukis, mewarna dalam bentuk 2D atau 3D.

Menurut Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya bercerita, menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda. Menurut Linstrom lagi, 1994; Carta, graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagai secara visual. Menurut Rockley, 1994; Grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu.

Grafik boleh disisipkan dalam satu penghasilan multimedia seperti pada latar belakang, imej, butang, carta, graf dan gambar rajah. Antara perisian grafik yang boleh digunakan ialah Adobe Photoshop, Corel Draw, Macromedia Fireworks, Paintshop Pro dan Adobe Illustrator.

3. AUDIO

Dalam penghasilan perisian multimedia, penggunaan kesan audio boleh menarik perhatian pengguna.

Ia boleh diintegrasikan dalam penghasilan multimedia sebagai muzik latar, suara atau arahan, bacaan teks serta lagu berunsur pendidikan boleh meningkatkan lagi minat dan perhatian pengguna.
Kesan bunyi yang efektif boleh menimbulkan keseronokan dan meningkatkan minat dalam mencorakkan sesuatu perisian multimedia. Format audio yang biasa digunakan adalah seperti wav. Midi, MP3 (MPEG) dan RealAudio.

4. VIDEO

Memasukkan unsur video ke dalam sesbuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat yang kadangkala gagal dilakukan oleh media-media lain. Integrasi video dalam penghasilan multimedia juga boleh menarik perhatian pengguna serta dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Ia juga mampu untuk menunjukkan situasi atau suasana sebenar kepada murid.

5. ANIMASI

Animasi ialah elemen yang digunakan bagi memberikan unsur pergerakan (animate) kepada sesuatu objek supaya dapat bergerak dan kelihatan hidup.

Menurut Lindstrom, 1994; ia membawa pengguna lebih hampir kepada bahan maklumat. Simulasi sesuatu aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh digambarkan melalui animasi-animasi.
Unsur animasi akan menjadikan suatu projek multimedia lebih menarik dan bermakna serta membolehkan penggunaan interaksi dengan perisian multimedia yang telah dihasilkan. Antara perisian animasi yang biasa digunakan seperti Ulead Gif Animator dan Macromedia Flash.

Вам также может понравиться