Вы находитесь на странице: 1из 25

NAMA MOHAMAD HAFIZI BIN MOHD ZAUWAWI NO I/C 880430-05-5473 OPSYEN 2 PISMP PJPK PENSYARAH ENCIK ALYES BIN

ARIFF

Pengenalan
ialah kajian terhadap strukturstruktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana yang bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong.
Anatomi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu disiplin yang mengkaji fungsi struktur tubuh. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan panjang seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.

Dalam badan manusia, tulang, sendi dan otot mempunyai peranan dan fungsi masing-masing. Tulang berperanan untuk menyokong berat badan kita, melindung organ-organ lembut di dalam tubuh seperti otak, saraf tunjang (spina korda), jantung dan paru-paru.

Selain itu, tulang dalam badan manusia juga berfungsi untuk memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan, serta menghasilkan sel-sel darah merah dan sel darah putih dan platlet di dalam sum-sum merah tulang.

Bagi sendi pula, ia berfungsi untuk menyediakan tempat untuk perlekatan otot-otot rangka serta sebagai tuas untuk pergerakan badan. Yang akhir sekali ialah otot. Otot dalam badan manusia berfungsi untuk mengekalkan postur badan, menghasilkan pergerakan, menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot, menstabilkan sendi serta mengartikulasi antara otot dengan tulang.

1.1 Permainan bola tampar

Permainan bola tampar ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang dianggotai oleh dua hingga enam orang pemain di gelanggang 9 meter segiempat (30 kaki segiempat) yang diasingkan oleh sehelai jaring. Objektif utama ialah untuk setiap pasukan mencuba memukul bola ke dalam gelanggang lawan dan cuba mengadang pihak lawan daripada mengembalikan bola ke gelanggang sendiri.

Dalam permainan bola tampar, terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu dikuasai untuk bermain. Salah satunya ialah kemahiran servis. Servis merupakan sesuatu kemahiran yang sangat penting dalam permainan ini. Bagi menguasai kemahiran ini, kumpulan otototot di bahangian atas badan diperlukan. Antara otot-otot yang terlibat adalah biceps brachii, brachialis, triceps brachii, dan deltoid. Manakala sendi-sendi yang terlibat pula adalah kapsul artikular, ligamen coracohumeral, ligamen glenohumeral, ligamen transverse humeral, glenoid labrum dan bursae.

Objektif
Mengenal pasti otot-otot yang terlibat dalam kemahiran servis atas tangan bola tampar. Mengenali fungsi otot-otot. Mengenal pasti tulang-tulang yang terlibat. Mengenali fungsi tulang-tulang. Mengenali jenis sendi.

Mengenal pasti sendi-sendi yang terlibat. Mengenali fungsi sendi-sendi. Mengenali jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh sendi. Melukis, melabel otot-otot, sendi-sendi, tulang-tulang dalam sevis atas tangan bola tampar. Mengenal pasti mekanisme pergerakan dalam servis atas tangan bola tampar.

Gambar rajah dan label sendi, otot dan tulang


Fungsi Gerakan Bebas (diathroses) Struktur Sendi sinovial Contoh sendi Sendi lesung Bahu Contoh pergerakan
Rotasi Sirkumduksi

Sendi engsel Siku

Fleksi Ekstensi Hiperekstensi Abduksi Adduksi

Fungsi Gerakan Bebas (diathroses)

Struktur Sendi sinovial

Contoh sendi Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan. Sendi di antara metakarpal.

Contoh pergerakan
Semua

pergerakan bersudut fleksi, ekstensi,abduksi ,adduksi dan sirkumduksi.

Sendi pangsai/ paksi Sendi antara ulna dan radius.

Pronasi Rotasi

supinasi.

dan

Fungsi

Struktur

Contoh sendi

Contoh pergerakan

Gerakan Bebas (diathroses)

Sendi sinovial

Sendi Pergerakan gelungsur adalah secara Sendi antara mendatar ke hadapan atau ke tulang karpal. belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan.
Fleksi

Ekstensi
Abduksi Adduksi Sirkumduksi

Gambar-gambar Sendi

Nama otot
Bahu
Deltoid

Lokasi
Bahagian

Lekatan proksimal
Klavikel,

Lekatan distal
Bahagian

Pergeraka n
Mengecut

atas bahu

skapula Skapula

tengah humerus

untuk mengangk-at lengan tangan.

Lengan
Biceps

Anterior

lengan atas

Skapula

Proksimal

Antagonist-

radius

brachii

Triceps

Mengecut untuk bengkok-kan siku.


Antagonist

brachii

Posterior

humures

Skapula

proksimal humerus

dan

Olekranon

proses di ulna

-Mengecut untuk ekstensikan lengan tangan

Gambar Otot

Tulang:
Klasifikasi tulang Tulang pektoral Nama tulang Skapula Fungsi -Menyediakan tempat untuk pelekatan otot dan persendian dengan humerus. -Sambung secara proksimal dengan skapula dan secara distal dengan radius dan ulna. -Sambung dengan humerus pada sendi siku.

Tulang lengan

Humerus Radius

Ulna

Gambar Tulang

Menganalisis mekanisme pergerakan

Fungsi spesifik dalam kemahiran servis atas tangan bola tampar

Nama Otot: Otot Biceps Brachii Otot Triceps Brachii

Fungsi

Deltoid

Mengecut untuk membengkokkan siku. Mengecut untuk ekstensikan lengan tangan. Mengecut untuk mengangkat lengan tangan.

Sendi: Sendi lesung Sendi engsel Sendi kondil Sendi pangsi

Membenarkan bahu bergerak secara rotasi serta mengekalkan aksi mengangkat tangan untuk menamparkan bola. Membolehkan siku dibengkokkan dan kekalkan aksi. Membenarkan tapak tangan bergerak untuk menampar bola. Membenarkan rotasi antara ulna dan radius supaya tapak tangan dapat menghadap bola tampar

Tulang: Humerus Ulna dan radius Skapula

Sambung secara proksimal dengan skapula dan secara distal dengan radius dan ulna. Sambung secara proksimal dengan humerus pada sendi engsel dan secara distal dengan sendi kondil. Menyediakan tempat untuk pelekatan otot dan persendian dengan humerus.

Analisis mekanisme pergerakan


Dalam kemahiran servis atas tangan permainan bola tampar, jenis satah bagi satah pergerakan ialah pergerakan secara frontal. Otot utama yang terlibat dalam kemahiran ini termasuklah deltoid, biceps brachii, dan triceps brachii. Manakala tulang yang terlibat pula adalah skapula, humerus, radius dan ulna. Bagi sendi yang terlibat pula adalah sendi lesung, sendi engsel, sendi kondil dan sendi pangsi.

Apabila melakukan kemahiran servis atas tangan, otot deltoid di mana origin di skapula dengan klavikel dan insertion pada humerus akan mengecut dan mengangkat tangan melebihi ketinggian kepala. Pada masa yang sama, otot biceps akan mengecut dan otot triceps mengendur untuk membengkokkan siku supaya bola tampar itu dapat ditamparkan dengan menggunakan tapak tangan. Bagi otot biceps, originnya di skapula dan insertion pada radius. Bagi otot triceps pula, originnya ialah humerus dan skapula manakala insertionnya pada ulna.

Selain otot, sendi dan tulang adalah saling bergantung dalam melakukan sesuatu pergerakan. Pada tulang humerus, ia bersambung dengan skapula dengan persendian sendi lesung secara proksimal. Ini membolehkan lengan tangan dapat diangkat melebihi ketinggian kepala dan bergerak secara rotasi serta mengekalkan aksi tersebut semasa melakukan servis atas tangan bola tampar.

Selain itu, tulang humerus juga bersambung dengan tulang ulna dan radius secara distal dengan persendian sendi engsel yang membenarkan siku membengkok dan kekalkan aksi ini untuk menamparkan bola tampar semasa kemahiran servis. Manakala tulang ulna dan radius yang bersambung di sendi engsel secara proksimal dan sambung di sendi pergelangan tangan/ kondil secara distal juga membenarkan pergerakan tersebut.

Akhir sekali, sendi pangsi di antara tulang radius dan ulna membenarkan rotasi berlaku untuk membolehkan tapak tangan menghadap ke bola dan menampar bola tersebut semasa melakukan kemahiran servis.

Вам также может понравиться