Вы находитесь на странице: 1из 13

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA BANGSA

Daripada: AINA AYUNI BINTI GHAZALI NURAZLINDA BINTI AZHAR

BANGSA
John Stuart Mill bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain.

Kamus Dewan (1999) sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Kamus Pelajar (1993) kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya.

Ditakrif juga sebagai kaum dan ras.

Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patriotik.

Memiliki identiti bersama, mempunyai kesamaan bahasa, agama, ideologi dan budaya.

Kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.

Apabila membincangkan mengenai bangsa, kita juga tidak terlepas


daripada membincangkan tentang aspek etnik dan ras . . . . . . . .
Juga dikenali sebagai kaum. Sekumpulan manusia yang mengidentifikasikan diri mereka berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama. Wujud disebabkan oleh perbezaan budaya termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak yang meliputi sistem politik, kepercayaan, agama, bahasa, adat resam dan lain-lain.

ETNIK

RAS

Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal. Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna rambut dan sebagainya.

BANGSA MELAYU

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO (1972) sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Perlembagaan Malaysia - Istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.

Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.

BANGSA CINA

Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama. Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

BANGSA INDIA

Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

INTEGRASI SOSIAL
Proses penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.

Penyatuan yang berbentuk batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia, berbentuk abstrak dan berpanjangan.

Contoh: perkahwinan campur

PROSES INTEGRASI

Pluralisme

Akulturasi

Amalgamasi

Akomodasi

Asimilasi

PLURALISME

Proses mempertahankan kepelbagaian budaya. Masyarakat lebih menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok. Setiap kelompok masih berpegang kepada kebudayaan masing-masing walupun berlaku perbezaan antara kebudayaan yang diamalkan.

AKOMODASI

Setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. Setiap etnik tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

AKULTURASI

Manusia dalam kelompok minoriti menerima norma, nilai, dan pola-pola tingkah laku golongan majoriti. Membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsurunsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsurunsur budaya asal. Ahli daripada pelbagai kumpulan berkongsi pola kebudayaan misalnya menggunakan bahasa yang sama.

ASIMILASI

Proses penyerapan budaya. Proses apabila kumpulan minoriti kehiangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial.

AMALGAMASI

Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur yang akan melahirkan satu bangsa baru.

Вам также может понравиться