Вы находитесь на странице: 1из 12

TUTORIAL Soalan 2 Untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini

, peralihan daripada bahasa pengantar bahasa inggeris kepada bahasa melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan pada tahun 1968. Bincangkan kedudukan bahasa melayu dalam sistem pendidikan pada hari ini dan ketetapan kerajaan yang telah menggantikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu kepada bahasa inggeris.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
ABTRAKS Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Sehingga 16 Februari 2009, menurut Menteri Pelajaran ketika itu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein, status pelaksanaan dasar ini masih lagi di peringkat penelitian.

Rasional
kepada peralihan bahasa pengantar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

KRONOLOGI PPSMI
1. 19 Julai 2002 - PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir B. Mohamad. 2. 2003 - Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah.

3. 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah. - Kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik.

4. 2008

- Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Rendah - 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan sains dan matematik dalam bahasa Malaysia,Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 orang murid (31% daripada keseluruhan pelajar) menjawab kertas sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%). - Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa sebanyak 31.1% murid-murid yang menguasai pembelajaran itu dari kalangan mereka yang tinggal di bandar.

5. April 2008
- Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakan tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan. Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. 31 Jan 2009 - GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

7. Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata PPSMI tidak sah di sisi undangundang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan Keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia Mingguan Malaysia 22 Februari 2009 dan Akhbar-akhbar Tempatan

Sekian
Oleh:Mohamad Zabidi bin Mohamad Ali @ Matali

Вам также может понравиться