Вы находитесь на странице: 1из 44

2.

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM


2.1 PENGERTIAN AKIDAH 2.2 ASAS-ASAS AKIDAH 2.3 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

2.4 UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH

2.5 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

AHMAD HISHAM BIN AZIZAN

AKIDAH

DEFINISI [BAHASA]:
Berasal dari perkataan Arab aqada: simpulan, ikatan

DEFINISI [ISTILAH]:
Kepercayaan yang teguh, tidak berbelah bahagi iaitu keimanan kepada Allah dan segala ajaran RasulNya

RUKUN ISLAM

ASAS AKIDAH ISLAM


RUKUN IMAN

RUKUN ISLAM
Dari Umar r.a. katanya: ..maka khabarkan kepadaku perihal Islam. Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji di Baitullah jika berkemampuan jawapan Nabi s.a.w. apabila ditanya oleh Jibril mengenai Islam (Hadith Riwayat Muslim)

1] MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH Pengakuan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah

2] SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak, Subuh [Perkara utama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak]

3] MENUNAIKAN ZAKAT membantu mereka yang memerlukan

4] BERPUASA DI BULAN RAMADHAN menahan diri daripada makan, minum & hawa nafsu Bulan yang penuh dengan BARAKAH (keberkatan)

5] MENUNAIKAN HAJI DI BAITULLAH [rumah Allah] bagi mereka yang berkemampuan MEKAH & MADINAH merupakan tempat suci umat Islam

RUKUN ISLAM [5 PERKARA]

RUKUN IMAN
Dari Umar r.a. katanya: ..maka khabarkan kepadaku perihal Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baikNya dan burukNya. jawapan Nabi s.a.w. apabila ditanya oleh Jibril mengenai Iman (Hadith Riwayat Muslim)

BERIMAN KEPADA ALLAH

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

BERIMAN KEPADA KITAB

RUKUN IMAN [6 PERKARA]

BERIMAN KEPADA RASUL

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

BERIMAN KEPADA QADA & QADAR ALLAH

KEWUJUDAN ALLAH S.W.T. Wajib meyakini mengenai kewujudan Allah S.W.T. sama ada melalui logik akal, fitrah manusia dan wahyu

BERIMAN KEPADA ALLAH

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah (2): 255)

Asas kepada segala kehidupan kerohanian Semulia-mulia keimanan

Mengakui tiada benda lain, kuasa lain, sama ada manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah S.W.T. yang layak untuk dijadikan Rab dan Ilah

BERIMAN KEPADA ALLAH

Mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya

MENTAUHIDKAN ALLAH S.W.T.

Allah S.W.T. sebagai matlamat pengabdian, sebagai pelindung, sebagai tumpuan kecintaan, sebagai pemberi rezeki & sebagai sumber perundangan

Mengesakan nama-nama Allah S.W.T. yang amat indah & sifatsifatNya yang sangat luhur digunakan agar makhlukNya mengetahui, mengenali & mengesakanNya

KESAN KEIMANAN TERHADAP KETAUHIDAN ALLAH S.W.T.

INDIVIDU

MASYARAKAT
Aman daripada perkara maksiat Berkasih sayang Bersih daripada gejala sosial Menjaga adab-adab berkomunikasi dengan menjauhi perkara yang boleh mengeruhkan suasana seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba & bertengkar Selamat daripada unsurunsur tahyul & khurafat Berfikiran positif terhadap masa depan umat Bersatu padu Menjalankan amar makruf & nahi munkar

NEGARA
Berusaha membina tamadun berasaskan konsep fardu ain dan fardu kifayah serta memakmurkan dunia dengan tamadun Islam yang cemerlang Negara dipimpin oleh pemimpin yang dapat menegakkan kebenaran untuk membela negaranegara yang tertindas dengan menyuarakan hak-hak mereka Berfikir untuk kemajuan negara & optimis terhadap masa depan yang cemerlang Berdaya saing Memimpin dunia ke arah keselamatan & kemakmuran dengan membantu negara mundur

PERBUATAN

Beramal untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

Bercakap benar Mengajak kepada kebaikan & mencegah kemungkaran Sentiasa memuji Allah

PERKATAAN

PEMIKIRAN

Berfikiran terbuka & luas pandangan Meyakini kebolehan diri sendiri Berani berkata benar demi mencari & menegakkan kebenaran Merendah diri & tidak sombong

PENAMPILAN

Wajib memiliki iktikad yang sebenarnya bahawa malaikat merupakan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat, didengar, diraba, dicium & dirasa sentiasa tunduk & patuh kepada perintah Allah

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Merupakan tanda-tanda kebenaran, kepercayaan dan ketaqwaan

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Malaikat itu diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan padamu semua [Hadith Riwayat Imam Muslim]

SIFAT-SIFAT MALAIKAT

SIFAT-SIFAT MANUSIA

Tidak mempunyai jantina lelaki atau Mempunyai jantina sama ada lelaki atau perempuan perempuan Tidak berkahwin & tidak berketurunan Tidak makan & tidak minum Tidak tidur Berkahwin & berketurunan Makan & minum Tidur & jaga

Tidak dapat dikesan oleh pancaindera Dapat dilihat dengan mata kasar manusia Sentiasa beribadat & mentaati Allah Terdapat manusia yang beriman kepada S.W.T. serta tidak pernah melakukan Allah S.W.T. & ada yang kufur serta maksiat melakukan maksiat

SIFAT-SIFAT MALAIKAT: PERBEZAAN DENGAN MANUSIA

Bertasbih, patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T. FirmanNya: Sesungguhnya mereka (malaika yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersifat angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya dan kepadaNyalah jua mereka sujud

Memikul arasy Memohon ampun bagi orang yang beriman

Membawa wahyu

Memberi salam kepada ahli syurga

Menyiksa para ahli neraka

TUGAS MALAIKAT

Jibril menyampaikan wahyu Mikail menurunkan rezeki Israfil meniup sangkakala Izrail mencabut nyawa Munkar & Nakir menyoal mayat di dalam kubur

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Ridwan menjaga pintu syurga

Malik menjaga pintu neraka Raqib & Atid mencatat amalan kebajikan & kejahatan

Jumlah malaikat terlalu banyak tetapi yang wajib diketahui ada 10:

INDIVIDU
Menerima dan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat Berwaspada dalam sebarang tindakan

MASYARAKAT
Anggota masyarakat cinta akan ilmu kerana malaikat memberi penghormatan dengan mengembangkan sayapnya bagi penuntut ilmu Kuat & tekun bekerja Berhati-hati & teliti dalam membuat sesuatu tindakan

NEGARA

Jabatan dan institusi kerajaan memiliki pengurusan yang sistematik & teliti Organisasi kerajaan akan lebih telus & berdisiplin Negara berkembang maju

KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Mempercayai bahawa segala kitab adalah dari Allah S.W.T. yang diberikan kepada para Rasul & Nabi untuk disampaikan segala ajarannya kepada umat & kaumnya

TUJUAN DITURUNKAN: Sebagai panduan kepada manusia

BERIMAN KEPADA KITABKITAB SUCI

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) kitab suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan kitab-kitab Taurat dan Injil sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). [Al-Maidah (3): 3-4]

Jumlah kitab suci yang ditunkan oleh Allah S.W.T. kepada NabiNya berbentuk kitab dan suhuf adalah banyak

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Berapakah jumlah kitab yang telah diturunkan oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w.: Seratus empat belas buah semuanya. Di antaranya sepuluh suhuf yang diturunkan kepada Nabi Adam, lima puluh suhuf kepada Nabi Seth, tiga puluh suhuf kepada Nabi Idris, sepuluh suhuf kepada Nabi Ibrahim, sepuluh suhuf kepada Musa sebelum diturunkan Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

BERIMAN KEPADA KITABKITAB SUCI

KITAB
NABI BAHASA UMAT/ ZAMAN

ZABUR
Nabi Daud a.s. Siryani Yahudi atau Bani Israil

TAURAT
Nabi Musa a.s. Ibrani atau Hebrew Yahudi atau Bani Israil

INJIL
Nabi Isa a.s. Ibrani atau Hebrew Yahudi atau Bani Israil Hukum-hukum yang khusus dan terbatas kepada Bani Israil

AL-QURAN
Nabi Muhammad s.a.w. Arab

Bangsa Arab dan seluruh manusia sehingga hari Kiamat Syariat untuk semua manusia

KANDUNGAN

Kata-kata hikmah dan nasihat

Pengajaran dan bimbingan

KITAB SUCI DAN PENERIMA

Nabi seseorang yang menerima wahyu syariat untuk diamalkannya sendiri Rasul seseorang yang menerima wahyu syariat dari Allah S.W.T. untuk dirinya dan juga untuk disampaikan kepada umatnya

BERIMAN KEPADA RASUL ALLAH

PERANAN RASUL: Menyeru & membimbing manusia ke jalan yang benar Memimpin manusia kepada keselamatan berasaskan akidah tauhid Menyeru manusia beriman kepada Allah S.W.T. sebagai Rab dan Ilah dalam kehidupan

DALIL KEWAJIBAN BERIMAN KEPADA RASUL ALLAH

Firman Allah S.W.T. bermaksud:

Katakanlah (Wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anakanaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". [Al-Baqarah (2): 136]

Jumlah para Nabi terlalu banyak iaitu seramai 124,000 orang, 313 orang diangkat menjadi Rasul & 25 orang yang wajib diketahui namanya oleh setiap umat Islam

BERIMAN KEPADA RASUL ALLAH

Adam a.s.

Yaakub a.s.

Yusuf a.s.

Ilyasa

Yunus a.s.

Idris a.s.

Ishak a.s.

Ayub a.s.

Ilyas a.s.

Zakaria a.s.

Nuh a.s.

Ismail a.s.

Shuib a.s.

Sulaiman a.s.

Yahya a.s.

Hud a.s.

Lut a.s.

Musa a.s.

Daud a.s.

Isa a.s.

Salleh a.s.

Ibrahim a.s.

Harun a.s.

Zulkifli a.s.

Muhammad s.a.w.

Meyakini bahawa akan berlaku kemusnahan alam semesta & akan mati segala makhluk yang belum mati dan bumi akan berganti dengan bumi atau langit yang lain dari sekarang Wajib percaya bahawa pada hari itu akan dibangkit & dihitung segala amal manusia untuk diberikan balasan yang sesuai dengan amal yang dilakukan semasa di dunia

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: (ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. [Ibrahim (14): 48]

i. ALAM KUBUR

Bermula dengan kebangkitan seluruh makhluk dari kubur

ii. MANUSIA DIHIMPUNKAN Manusia akan dihimpunkan di suatu tempat bernama MAHSYAR

iv. TIMBANGAN AMALAN Amalan mereka semasa di dunia akan dihisab iii. PEMBENTANGAN AMALAN Amalan manusia akan dibentangkan oleh Allah S.W.T.

v. SIRAT
Suatu jalan yang diletakkan antara dua tebing neraka Jahannam Ahli syurga akan melaluinya dengan selamat sedangkan ahli neraka akan jatuh bergelimpangan ke dalam neraka

vi. BALASAN SYURGA DAN NERAKA Syurga tidak akan dimasuki melainkan oleh orang yang benar-benar mengerjakan perbuatan yang baik & mulia

PERINGKATPERINGKAT DI HARI AKHIRAT

KEPENTINGAN BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT


Memberi kesedaran kepada manusia akan kewujudan alam akhirat sebagai tempat pembalasan & tempat yang kekal untuk manusia

Menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T.

Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati & hari pembalasan

Menggalakkan manusia mencegah kemungkaran

melakukan

kebaikan

&

TAKDIR: suatu peraturan yang dibuat oleh Allah S.W.T. ke atas segala yang ada di alam ini merupakan undang-undang umum & ketentuan yang mengandungi sebab musabab atau sebab akibat Firman Allah S.W.T. [al-Rad (13): 8]

BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR ALLAH

Beriman kepada takdir baik dan buruk sama ada yang telah berlalu dan yang sedang dan akan berlaku adalah dari tuntutan Islam

Usia

REZEKI

Beberapa Takdir yang Telah Ditetapkan Untuk Manusia

NASIB

PEKERJAAN

SIKAP ORANG ISLAM DALAM MENERIMA TAKDIR ALLAH S.W.T.

Menerima dengan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

Bersabar sekiranya Allah S.W.T. mentakdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas dirinya

Bersyukur sekiranya Allah S.W.T. mentakdirkan sesuatu yang baik

Jangan menunggu takdir tanpa usaha sentiasa berusaha dan berwaspada dalam kehidupan seharian

Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

PEMBINAAN AKIDAH

MUJAHADAH

MURAQABAH

MUHASABAH

MUAHADAH

MUAQABAH

PEMBINAAN AKIDAH

Perjanjian manusia dengan Allah S.W.T. di alam roh. Mengingati perjanjian yang dilakukan di alam roh dari semasa ke semasa merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membina & memperkukuhkan keimanan

MUAHADAH

PEMBINAAN AKIDAH

MURAQABAH

Kewaspadaan atau pengawasan. Sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T. mengawasi segala gerak geri kita (manusia) sentiasa laksanakan perintah Allah & meninggalkan laranganNya

PEMBINAAN AKIDAH

MUJAHADAH

Pertarungan menentang hawa nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T. perlu dilakukan secara istiqamah pada setiap masa & tempat

PEMBINAAN AKIDAH

Mengingati kembali perilaku, tindakan dan hasilnya sepanjang hari untuk penambahbaikan di masa akan datang mendorong seseorang supaya berhati-hati dalam kehidupan boleh menimbulkan keyakinan & keinsafan dalam diri

MUHASABAH

PEMBINAAN AKIDAH

Suatu bentuk denda yang dikenakan terhadap diri sendiri kerana kecuaian dalam melakukan sesuatu perintah Allah S.W.T. denda adalah dalam bentuk amalan yang boleh mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T. merasa bimbang akan balasan Allah di atas kecuaiannya melaksanakan perintah Allah

MUAQABAH

PEMBINAAN AKIDAH

PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

MELALUI PERCAKAPAN Mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam contoh: Islam tidak sesuai sepanjang zaman, Islam tidak relevan dsb

AKIDAH

MELALUI PERBUATAN Melakukan upacara ibadah seperti yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di dalam rumah ibadah mereka atau di mana sahaja

PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

MELALUI IKTIKAD Seseorang itu meragui Islam atau sebahagian dari ajarannya yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah

UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH

SYIRIK
Menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu pada zat, sifat & perbuatanNya contoh: menyamakan sifat Allah S.W.T. dengan sifat manusia

KUFUR
Tidak percaya kepada Allah S.W.T. serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

RIDDAH

Berpaling atau keluar dari agama Islam

UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH

KHURAFAT
Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid & syariat Islam contoh: memuja kubur dsb

SIHIR
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan contoh: ilmu guna-guna

NIFAK

AJARAN SESAT

Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.

Amalan yang bercanggah dengan alQuran & alSunnah contoh: ajaran Ayah Pin, mengaku Nabi terakhir dsb

UNSUR YANG MEROSAKKAN AKIDAH

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH


Melahirkan ummah yang patuh kepada ajaran Allah S.W.T. akan melaksanakan segala perintah Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa paksaan Membentuk halatuju ummah yang jelas tujuan diciptakan hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata menyedari kepentingan dunia & akhirat Membina keperibadian ummah yang unggul ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah tanpa akidah, ummah tidak mungkin memiliki akhlak yang mulia Mengukuhkan kecemerlangan ilmu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam seluruh aspek kehidupan [spiritual, intelektual, fizikal & emosi] Allah S.W.T. sentiasa mengangkat darjat orang-orang yang beriman & yang mempunyai ilmu pengetahuan

Menjana pemikiran ummah yang kritis memahami sesuatu isu membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran & kepalsuan meyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
Membangun ekonomi ummah secara komprehensif antara tugas manusia sebagai khalifah Allah ialah membangun & memakmurkan bumi

Mewujudkan kepimpinan yang adil memahami status diri sebagai khalifah Allah di muka bumi memelihara amanah & tidak menyalahgunakan kuasa

Вам также может понравиться