Вы находитесь на странице: 1из 17

Tajuk: Jenis-jenis Perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) untuk kanak-kanak keperluan khas.

Subjek: EDU 3102(Perkembangan Kanak-Kanak)


Disediakan oleh: 1. Ooi Wei Tong 2. Wong Jun Fatt 3. Loh Zi Zhao 4. Quah Weng Kai 5. Chung Gee Kent Kelas: PISMP BC/PJ/MZ (Semester 1) Guru Penilaian: Pn Kartini bt. Khalid

Jenis-jenis Perkhidmatan
Badan Kerajaan
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sekolah Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Pemulihan Khas Pengecualian bayaran rawatan perubatan Kemudahan pengangkutan awam

Badan Bukan Kerajaan

Pertubuhan Sukarela Kebajikan a) Elaun Khas OKU b) Geran Bantuan Khas Perbendaharaan c) Kutipan Derma Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

(1)Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas


Ditubuhkan pada Tahun 1999. Tujuan: mendekatkan kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas dari pelbagai kategori masalah. 3PK sebagai pusat penyebaran maklumat pendidikan khas dan khidmat kepakaran, pusat bimbingan dan kaunseling serta sebagai pusat perantaraan bagi individu berkeperluan khas.

Sekarang , sebanyak sembilan buah 3PK telah diwujudkan di sekolah-sekolah pendidikan khas. Pembinaan Pusat Perkhidmatan Khas di JPK, dimulakan pada tahun 2005 untuk dijadikan bench mark kepada Pusat Khidmat di negeri lain. Pada 2006 dengan kerjasama pihak YayasanTenaga Nasional (YTN), peruntukkan sebanyak RM250,000.00 telah diperolehi. Di samping memberi khidmat kepada warga kementerian seterusnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban, 3PK JPKhas akan dijadikan 3PK induk.

Menjalankan Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak di bawah umur persekolahan.

Menawarkan perkhidmatan pakar secara percuma

Menawarkan khidmat bantu dan nasihat berkenaan pendidikan khas, kebajikan sosial, serta prospek pendidikan dan kerjaya. Menawarkan latihan khusus kepada para ibu bapa, guru pendidikan khas, serta orang ramai yang berminat.

Menyediakan khidmat pembuatan acuan telinga secara percuma.

Menyediakan khidmat baik pulih Alat Bantu Pendengaran dan brailler.

Menyediakan bahan-bahan maklumat berkaitan pendidikan khas.

(2)Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Malaysia Berperanan dan beranggungjawab menjaga kebajikan golongan yang tidak bernasib baik. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang amat peka dan sentiasa bersedia mendengar serta membantu dalam apa jua cara, untuk menjadikan golongan istimewa ini sebagai warganegara yang berguna. Perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, orang papa, keluarga, mangsa bencana, komuniti, dan juga skim bantuan kebajikan.

(3)Sekolah Khas bagi membantu murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum yang diguna pakai ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif (aktiviti kokurikulum seperti murid biasa). Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(4)Program Pendidikan Pemulihan Khas: Merupakan Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara.

mengikuti aliran akademik. Kemudahan disediakan: asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional: 1. Sekolah Khas: a) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV). b) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. 2. Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran): a) Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru; b) Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah; c) Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; d) Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan. tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubatubatan. Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.

(5)Pertubuhan Sukarela Kebajikan Ditubuhankan selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara untuk memupuk masyarakat penyayang. Jabatan menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat bagi memberi perkhidmatan kepada golongan bermasalah dan yang kurang bernasib baik. Perkhidmatan Kebajikan menjadi satu tanggungjawab bersama di antara kerajaan dan masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) akan menyediakan bantuan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan(PSK) sebagai penghargaan kepada mereka menyokong Kerajaan dalam memenuhi keperluan sosial negara dengan penyediaan berbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk golongan masyarakat yang memerlukan pemberian bantuan geran juga adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam program dan khidmat kebajikan.

(a) Elaun Khas OKU Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang mengendalikan Sekolah KanakKanak Cacat Akal atau Pusat Jagaan Harian bagi OKU. Elaun adalah bagi kegunaan OKU yang mendapat latihan dari sekolah atau pusat tersebut. Kadar adalah sebanyak RM 50.00 sebulan seorang. (b) Geran Bantuan Khas Perbendaharaan Permohonan bantuan kewangan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan untuk pembiayaan program atau aktiviti bagi manfaat kumpulan sasar boleh dipertimbangkan. Syarat dan kriteria Pertubuhan yang layak dan prosedur untuk memohon hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan Bantuan Khas Perbendaharaan.

(c) Kutipan Derma Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Urusan kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Tujuan aktiviti: membantu masalah kemiskinan dan aktiviti kutipan derma berunsur perikemanusiaan yang bersifat regional / antarabangsa seperti kebuluran, peperangan dan sebagainya.

Sekian, Terima Kasih.

Вам также может понравиться