Вы находитесь на странице: 1из 18

PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

Afiq Idris Ikhwan

PENGENALAN Konsep perlembagaan secara umumnya merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsipprinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara Perlembagaan menyatakan secara jelas pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran negara itu, serta bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan.

JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan bertulis: undang-undang perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau naskhah. Perlembagaan jenis ini sukar dipinda, kecuali wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan itu yang membolehkan pindaan tersebut dilakukan. Perlembagaan tidak bertulis: perlembagaan yang semua prinsip undang-undang perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kaknun atau naskhah, tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi, keputusan mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang-undang yang terkemuka. Contoh negara ialah United Kingdom

PERANAN PERLEMBAGAAN
Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara Membataskan bidang kuasa pemerintah Menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan Menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara, serta memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.

PROSES KEPADA PEMBENTUKAN


PERLEMBAGAAN MALAYSIA Cadangan Suruhanjaya Reid 1956 Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara Kaum (1956-1957) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

CADANGAN SURUHANJAYA REID1956


Sebagai usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, kerajaan British telah menubuhkan sebuah suruhanjaya khas pada bulan Mac 1956 untuk merangka satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya itu dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain dan dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negara-negara Komanwel iaitu Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid

Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk menggubal satu perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perlembagaan adalah berdasarkan syarat-syarat berikut: 1. Membentuk sebuah negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat 2. Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berlembagaan di negeri masing-masing 3. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah kaum-kaum yang lain 4. Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam 5. Menubuhkan sebuah negara yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi

MEMORANDUM PERIKATAN DAN TOLAK ANSUR ANTARA KAUM 1956-1957


Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum secara bertulis yang mewakili pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Dua memorandum yang amat penting dalam mempengaruhi penggubalan Perlembagaan Persekutuan ialah memorandum daripada Perikatan dan raja-raja Melayu.

Dua ciri penting yang terkandung dalam Memorandum Parti Perikatan ialah pengekalan 4 unsur tradisi Melayu yang diwarisi dari zaman prapenjajahan, iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu yang diimbangi oleh pengiktirafan hak kaum bukan Melayu untuk diterima menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang berasaskan prinsip jus soli.

Suruhanjaya Reid telah memperakui sebahagian besar daripada cadangan yang terkandung dalam Memorandum Parti Perikatan itu dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan itu dianggap terbaik dalam memenuhi aspirasi penduduk di Tanah Melayu yang dihasilkan menerusi rundingan, permuafakatan dan tolak ansur antara pemimpin yang mewakili pelbagai kaum.

Memorandum Parti Perikatan yang lebih dikenali sebagai Pakatan Murni dilihat sejajar dengan ketetapan kerajaan British yang hanya akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika penduduk berbilang kaum sedia untuk bekerjasama dan mewujudkan perpaduan terlebih dahulu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


Struktur kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengandungi ciri-ciri berikut: 1.Ketua Negara ialah YDP Agong yang dipilih dalam kalangan sembilan orang raja-raja Melayu yang memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun 2.Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan anggota majoriti dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan mengetuai sebuah Kabinet sebagai badan pemerintah yang tertinggi.

3.Sebuah badan perundangan pada peringkat pusat yang mengandungi dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 4.Ketua perlembagaan pada peringkat negeri ialah Sultan atau Gabenor, manakala Ketua Kerajaan ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. 5.Setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun

Perlembagaan ini juga memperuntukkan beberapa syarat untuk membolehkan kaum bukan Melayu diberi taraf kewarganegaraan, iaitu: 1.Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka 2.Mereka yang dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka 3.Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, dilahirkan di Persekutuan dan telah bermaustatin selama lima tahun daripada tujuh tahun terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Mealyu dan mengangkat sumpah setia.

Mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi bermaustatin 8 tahun daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.

Peruntukan tentang bahasa adalah seperti berikut: 1.Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Pembelajaran dan penggunaan bahasa ibunda kaum-kaum lain secara umumnya tidak dilarang. 2.Bahasa Inggeris terus digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan untuk tempoh 10 tahun selepas merdeka.

1.

2.

Berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu, perlembagaan telah memperuntukakan bahawa: Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di aman-mana bahagian dalam Persekutuan. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam dan perkhidmtan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan bantuan kerajaan yang lain.

RUMUSAN
Perlembagaan persekutuan telah digubal berasaskan semangat permuafakatan dan tolak ansur antara kaum yang menggabungkan unsur-unsur tradisi Melayu sebagai penduduk peribumi dengan diimbangi oleh pemberian kewarganegaraan kepada kaum-kaum lain, serta ciri-ciri moden seperti amalan demokrasi Parlimen yang diterapkan ke dalam sistem pemerintahan negara.

Вам также может понравиться