Вы находитесь на странице: 1из 36

Bahan Kimia Utama Badan

Unsur kimia di dalam sel


Sel

merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, sel mengandungi bahan kimia di dalam protoplasmanya. Pelbagai unsur terdapat di dalam sel. Unsurunsur ini hadir dalam kuantiti yang berbeza dan dikelaskan ke dalam tiga kategori mengikut kepekatan relatifnya di dalam sel.

Kelas Unsur utama

Unsur-unsur di dalam sel

Unsur surih

Unsur Hidrogen Karbon Oksigen Nitrogen Natrium Kalium Magnesium Kalsium Fosforus Sulfur Klorin Zink Ferum Kuprum Mangan Kobalt

Simbol H C O N Na K Mg Ca P S Cl Zn Fe Cu Mn Co

Unsur ultrasurih

Unsur karbon, hydrogen dan oksigen terdapat dengan banyak di dalam sel kerana sel mengandungi kuantiti air yang besar dan kebanyakan sebatian yang terdapat di dalam sel terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen. Sebatian yang terdapat dalam organisma hidup dibahagi kepada sebatian organik dan sebatian tak organik. A.Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal daripada organisma hidup B. Sebatian tak organik tidak mengandungi unsur karbon kecuali sebatian yang mengandungi ion karbonat, oksida atau sulfida karbon.

Antara sebatian organik yang terdapat dalam sel ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Sebatian organik disintesis oleh sel sendiri. Sebatian tak organik yang terdapat dalam sel ialah air, asid, bes dan garam mineral. Sebatian ini tidak boleh disintesis oleh sel sendiri tetapi diperoleh daripada persekitaran luar.
Sebatian kimia Karbohidrat Protein Lipid Asid nukleik Air Unsur yang terdapat dalam sebatian kimia Karbon, hidrogen, oksigen Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur, fosforus Karbon, hidrogen, oksigen Karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogen Hidrogen, oksigen

Kebanyakkan unsur di dalam sel wujud sebagai ion. Misalnya, ion natrium, ion magnesium, ion klorida, ion kalium dan ion kalsium. Fungsi unsur-unsur bagi sel haiwan dan sel tumbuhan:

Unsur Hidrogen Karbon Oksigen Nitrogen Sulfur

Fungsi Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan Pembentukan sebatian organik seperti karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik

Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan Komponen bagi sesetengah protein Natrium Sel haiwan Mengekalkan tekanan osmosis dalam sel Membantu dalam penghantaran impuls saraf Sel tumbuhan Tidak diperlukan Magnesium Sel haiwan Terlibat dalam pembinaan protein Bertindak sebagai pengaktif (kofaktor) bagi sesetengah enzim Sel tumbuhan Diperlukan dalam sintesis klorofil Mengaktifkan enzim dalam sel

Unsur Kalsium

Fungsi Sel haiwan Membantu pembentukan tulang dan gigi Membantu pengecutan sel otot Sel tumbuhan Diperlukan dalam pembentukan dinding sel berselulosa Mengekalkan sifat separa telap pada membrane plasma Sel haiwan Membina hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengangkut oksigen Diperlukan untuk pembentukan enzim respirasi Sel tumbuhan Diperlukan untuk sintesis klorofil Bertindak sebagai pembawa electron dalam mekanisme fotosintesis dan respirasi

Ferum

Unsur Fosforus

Fungsi Sel haiwan Membantu pembentukan tulang dan gigi Membantu pengecutan sel otot Diperlukan dalam pembentukan molekul adenosine trifosfat (ATP) yang kaya dengan simpanan tenaga Komponen penting asid nukleik (DNA dan RNA) Sel tumbuhan Membentuk biji benih dan bunga Mempercapatkan pembahagian sel Diperlukan dalam pembentukan ATP Mensintesiskan asid nukleik

Unsur Kalium

Fungsi Sel haiwan Mempengaruhi tindakan otot dan saraf Sel tumbuhan Menghasilkan karbohidrat dan buah Mengaktifkan enzim Sel haiwan Diperlukan oleh sel perut untuk sintesis asid hidroklorik dalam menetapkan pH perut dan memusnahkan patogen yang Berjaya masuk ke dalam perut Sel tumbuhan Pembebasan oksigen dalam proses fotosintesis

Klorin

Protein membentuk kira-kira 15% protoplasma dan merupakan komponen yang penting bagi struktur sel. Protein dibina daripada unit kecil yang disebut asid amino. Lipid boleh membentuk sehingga kira-kira 15% protoplasma dan tidak larut dalam air Karbohidrat dihasilkan semasa fotosintesis dan wujud dalam beberapa bentuk.

Konsep Keadaan Keseimbangan


Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal Pengawalaturan Suhu Badan Pengawalaturan Aras Gula Darah

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

Proses Pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan kandungan air dan garam mineral, iaitu tekanan osmosis persekitaran dalam yang dibantu oleh hormone Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isi padu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal berbanding dengan kuantiti isi padu air yang diambil oleh badan. Hormon yang terlibat dalam pengosmokawalaturan ialah: a. hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping posterior kelenjar pituitary b. hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormone aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitary.

Hormon ADH mengawal ketelapan membran tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH menyebabkan kedua-dua tubul menjadi lebih telap kepada air. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula ke dalam aliran darah. Hormon aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium. Apabila seseorang meminum terlalu banyak air, tekanan osmosis darah akan menurun. Sebaliknya apabila dia meminum air yang sedikit dan tidak mencukupi atau mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, tekanan osmosis darah akan meningkat.

Perubahan tekanan osmosis dikesan oleh osmoreseptor di dalam hipotalamus. Maklumat rangsangan dihantar ke kelenjar pituitary. a. Jika tekanan osmosis darah meningkat, rembesan ADH ditingkatkan b. Jika tekanan osmosis darah menurun, ADH kurang dirembeskan. Sebaliknya, kekurangan garam di dalam darah merangsang rembesan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula garam di tubul distal dan duktus pengumpul.

Pengawalaturan kandungan garam dalam darah dibantu oleh hormon aldosteron. Apabila kandungan garam di dalam darah berkurangan, kelenjar adrenal akan dirangsang untuk merembes hormon aldosteron. Hormon ini akan bertindak ke atas tubul berlingkar distal supaya lebih banyak garam diserap untuk meningkatkan semula kandungan garam dalam darah. Sekiranya kandungan garam dalam darah bertambah, kelenjar adrenal tidak dirangsang. Oleh itu, hormon aldosteron tidak dirembeskan dan kurang garam diserap semula. Kandungan garam di dalam darah menurun ke julat normal semula.

Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif. Apabila tekanan osmosis darah kembali ke aras normal, osmoreseptor dalam hipotalamus tidak akan dirangsang, maka kelenjar pituitary juga tidak akan dirangsang. Kelenjar adrenal juga tidak dirangsang. Seterusnya hormon ADH dan hormon aldosteron tidak akan dirembeskan.

Pengawalaturan Suhu Badan

Pengawalaturan Suhu Badan


Manusia perlu mengawal atur suhu badan supaya suhu badan sentiasa kekal pada satu nilai yang tetap, iaitu pada sekitar 37 Celsius walaupun suhu sekeliling berubah. Pengekalan suhu pada satu nilai tetap adalah penting supaya tindak balas metabolism sel yang dimangkinkan oleh enzim dapat berlaku pada tahap optimum. Suhu yang terlalu tinggi akan menyahaslikan enzim manakala suhu yang terlalu rendah akan melambatkan aktiviti metabolism sel sehingga tidak dapat menampung kemandirian sel. Pengawalaturan suhu badan dilakukan dengan mengimbangkan haba yang hilang daripada badan dengan haba yang dihasilkan oleh badan

Pengawalaturan Suhu Badan


Haba dihilangkan dari badan melalui kulit, air kencing, tinja, hembusan nafas dan penyejatan peluh. Haba dihasilkan dalam badan melalui respirasi sel dan penyerapan haba dari persekitaran. Kulit memainkan peranan yang penting dalam mengawal atur suhu badan. Pada kulit terdapat reseptor yang peka terhadap perubahan suhu persekitaran luar. Reseptor ini disebut termoreseptor. Termoreseptor menerima rangsangan dan menghantar impuls saraf ke hipotalamus otak melalui saraf aferen. Pusat kawalan suhu dalam hipotalamus dapat mengesan sebarang perubahan suhu badan.

Pengawalaturan Suhu Badan


Selain daripada menerima utusan daripada impuls saraf yang dihantar oleh termoreseptor, hipotalamus juga menerima utusan mengenai perubahan suhu badan daripada darah yang mengalir melalui otak. Selepas ditafsirkan, maklumat akan dihantar ke efektor seperti otot rangka, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin melalui saraf eferen Pengawalaturan suhu badan dijalankan melalui beberapa cara fizikal dan cara metabolik.

Pengawalaturan Suhu Badan


Mekanisme suap balik negatif dalam pengawalaturan suhu badan manusia diringkaskan seperti berikut:

Pengawalaturan Aras Gula Darah

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Kepekatan glukosa dalam darah seseorang yang normal ialah 90 mg dalam setiap 100 cm darah Sekiranya glukosa terdapat secara berlebihan dalam darah, air akan hilang dari sel secara osmosis. Kehilangan sir menyebabkan sel mengalami krenasi. Sebaliknya, kekurangan glukosa dalam darah akan menyebabkan sel mengembang, tekanan darah rendah, keletihan dan koma. Aras glukosa dikawal oleh organ hati dan pankreas Perubahan aras glukosa dalam darah dikesan oleh pankreas. Pankreas akan merembeskan hormon insulin atau hormon glucagon unutk membetulkan aras gula dalam darah kepada nilai normal. Terdapat dua jenis sel dalam kelompok sel Langerhans, iaitu sel alfa dan sel beta. Sel alfa () merembeskan hormon insulin manakala sel beta () merembeskan hormon glukagon.

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Aras glukosa dalam darah menigkat
Apabila aras glukosa darah meningkat, sel alfa akan dirangsang untuk merembeskan hormon insulin ke dalam darah. Insulin diangkut ke hati melalui aliran darah. Di hati, hormon insulin merangsang sel hati melakukan gerak balas berikut: a. Menukar glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati b. Mempercepatkan kadar respirasi glukosa c. Menukar glukosa kepada lemak d. Menghalang pembentukan glukosa daripada glikogen e. Menghalang penukaran asid amino dan lemak kepada glukosa Hormon insulin juga merangsang sel badan yang lain (kecuali sel otak) untuk menggunakan glukosa dalam darah Gerak balas ini menurunkan aras glukosa ke aras normal semula

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Aras glukosa dalam darah berkurang Apabila aras glukosa berkurang, sel beta dirangsang untuk merembeskan hormon glucagon ke dalam darah dan diangkut ke hati Di hati, hormon glukogen merangsang sel hati melakukan gerak balas berikut: a) Menukar glikogen kepada glukosa b) Melambatkan kadar respirasi glukosa c) Menghalang penukaran glukosa kepada glikogen Hormon glukagon merangsang sel badan yang lain untuk menggunakan lemak Gerak balas ini meningkatkan aras glukosa ke aras normal semula.

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Adakalanya seseorang tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Aras glukosa dalam darahnya akan meningkat (hiperglisemia) dan glukosa akan dikumuhkan dalam air kencingnya (glikosuria). Dalam keadaan sedemikian, orang tersebut dikatakan telah menghidap penyakit diabetes mellitus. Seorang pesakit diabetes mellitus akan sentiasa berasa haus, penat, letih dan mengalami penurunan berat badan. Pesakit akan mati sekiranya tidak dirawat. Pesakit boleh dirawat dengan menyuntik hormon insulin untuk mengurangkan aras glukosa dalam darah dengan menukarkan glukosa kepada glikogen. Akan tetapi sekiranya terlalu banyak insulin diberikan, pesakit akan mengalami hipoglisemia yang menyebabkannya merasa gelisah, menggeletar dan hilang kesedaran. Pengawalaturan aras glukosa dalam darah menunjukkan mekanisme suap balik negatif dalam kawalan homeostasis.

Jenis dan fungsi tisu utama


Sifat dan fungsi tisu haiwan

Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.

Terdapat empat jenis tisu yang berlainan pada haiwan, iaitu tisu epithelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi Tisu epitelium Membentuk halangan yang bersifat Terdiri daripada satu atau lebih daripada satu pelindung daripada jangkitan, kecederaan, lapisan sel bahan kimia, pendehidratan dan mengawal Tersusun rapat di antara satu sama lain tanpa atur suhu badan kehadiran ruang antara sel Mengasingkan sel-sel di bawahnya daripada Terdapat di permukaaan luar(kulit dan ruang medium di luar mulut) dan permukaan berongga di dalam badan Tisu epitelium mungkin mengalami (rongga salur pencernaan dan peparu) pengubahsuaian dari segi struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar yang merembeskan jus pencernaan di dalam salur pencernaan, misalnya mukus dan enzim. Menyerap bahan seperti makanan tercerna dan membenarkan pergerakan bahan merentasnya(misalnya penyerapan gas oksigen dan gas karbon dioksida di peparu) Melapik sesuatu permukaan atau rongga epitelium pada kulit Sesetengah tisu mengalami pengubahsuaian untuk membentuk kelenjar pada kulit, misalnya kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Tisu otot Tisu yang paling banyak di dalam badan Terdiri daripada sel otot dan gentian otot Fungsi Otot licin: membolehkan tindakan peristalsis melalui pengecutan dan pengenduran otototot di sepanjang lumen salur pencernaan Otot rangka: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang dan anggota badan Otot kardium: menyebabkan denyutan (a) Otot licin yang membentuk dinding organ dan jantung untuk mengepamkan darah ke salur-salur di dalam badan seluruh badan

(b) Otot rangka yang menyambungkan tulang dengan tulang

(c) Otot kardium (otot utamabagi jantung )

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi Tisu saraf Menghantar impuls saraf Sel asas disebut neuron Menyelaras dan mengawal Terdiri daripada jasad sel dan aktiviti badan gentian saraf

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi
Tisu penghubung Bergantung pada jenis tisu, setiapnya Terdiri daripada beberapa jenis sel yang mempunyai fungsi tertentu terpisah antara satu sama lain tetapi Misalnya, tisu penghubung bergentian, terbenam dalam matriks bersama-sama iaitu ligamen menyambung tulang dengan gentian dengan tulang lain, tendon Contoh: darah, tulang rawan, tedon, menghubungkan otot dengan tulang. ligamen Rawan tulang menutupi hujung tulang Rawan juga didapati sebagai ceper antara vertebra. Tulang pula terlibat dalam (a)Tisu darah pembentukan rangka badan dan melindungi organ badan. Tisu ini juga membentuk sel darah merah di dalam sumsum tulang (b)Tisu tulang Tisu darah seperti sel darah merah mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida manakala sel darah putih berfungsi dalam sistem (a)Tisu rawan pertahanan badan.

Вам также может понравиться