Вы находитесь на странице: 1из 40

Universiti Teknologi Mara

ZAKAT
CTU 231
DISEDIAKAN UNTUK :PUAN NORMALA BINTI RABU DISEDIAKAN OLEH :MOHD SAIFUDDIN BIN HAMZAH MOHAMMED HELMI BIN ABU BAKAR NURUL SUAIDAH BINTI ABD KARIM NUR AL HAZWANI BINTI ROSLI

ZAKAT
i. ii. Pengertian Hukum Zakat iii. Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat iv. Jenis-jenis Zakat v. Asnaf Zakat vi. Hikmah Disyariatkan Zakat

PENGERTIAN
Dari Segi Bahasa Dalam bahasa Arab Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah.Berdasarkan pengertian umum ini,zakat pada bahasa bererti suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan. Dari Segi Syarak Mengeluarkan harta tertentu mengikut syaratsyarat yang ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu.

DALIL WAJIB ZAKAT


AL-QURAN

AS-SUNNAH

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat- Surah An-Nur (ayat 56)

AS-SUNNAH
Hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud :- Ibn Abbas berkata : Rasulullah menyuruh kita bersembahyang, membayar zakat, menjaga hubungan silaturrahim dan menjaga kesucian diri.

HUKUM ZAKAT
Hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat juga merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia dimana apabila harta sudah mencapai haul dan nisab maka kewajiban tersebut harus dilaksanakan.

SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB MEMBAYAR ZAKAT

ISLAM SEMPURNA MILIK CUKUP NISAB CUKUP HAUL

JENIS-JENIS ZAKAT
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat Harta
Zakat harta boleh dibayar pada Zakat Emas Perak Zakat Ternakan bila-bila masa. Kadar zakat harta Zakat ialahPendapatan 2.5% dari jumlah harta. Ia Zakat Wang bermaksud segala harta benda Zakat Saham Simpanan 2.5% dari harta kita itu Zakatkita, Perniagaan Zakat Tanaman adalah bukan hak kita tetapi hak Zakatgolongan Maadin, Kunuz 8 asnaf yang layak & Rikaz menerima zakat daripada kita. Zakat KWSP

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT


Waktu Wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya Waktu Sunat Sepanjang bulan Ramadhan Waktu Makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal Waktu Haram Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal Waktu Paling Afdal Sebelum sembahyang Hari Raya

Zakat Emas

Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Maksud emas yang disimpan (tidak dipakai)


Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Kaedah pengiraan emas yang disimpan


Contoh: Anda memiliki 90 gram jongkong emas bernilai RM50/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun. Jumlah zakat = 90 gram x RM 50 = RM4500 x 2,5% = RM 112

Maksud emas yang dipakai (sebagai perhiasan)


LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Tetapi jika ia lebih, diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.

Kaedah pengiraan emas yang dipakai

Contoh: Jika anda bermastautin di Selangor maka kadar uruf adalah sebanyak 800 gram Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 900 gram(andaian harga emas semasa RM50 / gram) (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%) 900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

Zakat Perak

Zakat perak yang disimpan (tidak dipakai)

Zakat perak yang dipakai (sebagai perhiasan)

Kaedah pengiraan zakat perak Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5% Contoh: Anda menyimpan 800 gram (Katakan harga semasa 0.90) Contoh: 800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK IALAH:

i. ii. iii. iv.

Milik orang Islam Dimiliki oleh orang yang merdeka Hak milik sepenuhnya Cukup nisab

Zakat Pendapatan

Penggajian dan Upah Kerja

Zakat Harta Kerja Bebas

Zakat Harta alMustaghallat

Penggajian dan Upah Kerja


Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebagainya yang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian. Contoh : Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.

Zakat Harta Kerja Bebas Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Contoh : Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek dan bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

Zakat Harta al-Mustaghallat


Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh : Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya dan juga hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

Kaedah 1 Menggunakan kaedah pendapatan kasar (Tanpa Tolakan) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun Jumlah pendapatan kasar setahun : RM 35,000.00 Jumlah yang dikenakan zakat (2.5%) : RM 875.00 Bayaran bulanan : RM 875.00 /12 = RM 72.92

Kaedah 2 Menggunakan kaedah pendapatan bersih (Pendapatan Setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun) x 2.5% Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :Diri : RM 8,000.00 Isteri : RM 5,000.00 Anak : RM 1,000.00 KWSP : 11% daripada pendapatan kasar pekerja Sumbangan IbuBapa : RM (jumlah yang diberi) sebulan x 12 bulan (Caruman ke organisasi yang membayar zakat ( contoh : Lembaga Tabung Haji, Takaful )

Zakat Wang Simpanan

Simpanan tetap

Simpanan biasa

Simpanan dalam beberapa akaun

Simpanan dalam satu akaun

Simpanan Tetap
Zakat Simpanan Tetap ialah apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas). Maka ia wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Contoh - simpanan tetap sebanyak RM 100,000 telah disimpan selama setahun tanpa dikeluarkan (diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 9430.00). Maka zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM 100,000 x 2.5% = RM 2,500.00

Simpanan Biasa
Simpanan biasa adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut

Simpanan Dalam Beberapa Akaun Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab. Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan (Tempoh haulnya ialah 5 JAN 1999 sehingga 7 FEB 2000) (Diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 3,323.50) Maka zakatnya ialah : (Baki terendah ditolak dengan faedah bank DENGAN) X 2.5% (RM 9,115.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 225.00

ZAKAT TERNAKAN
KIRAAN ZAKAT LEMBU DAN KERBAU

KIRAAN ZAKAT KAMBING DAN BIRI-BIRI

ZAKAT TANAMAN
Bagi tanaman yang disiram dengan air tanpa menggunakan sebarang tenaga (seperti yang disiram oleh air hujan), maka kadar zakatnya ialah 10% Bagi tanaman yang disiram dengan air yang diangkat atau dibeli, maka kadar zakatnya ialah 5% Bagi tanaman yang disiram dengan menggunakan keduadua cara di atas, maka kadar zakatnya ialah 7.5%

Zakat Saham

Saham yang masih dimiliki sehingga hujung haul

Saham yang dijual beli sepanjang haul (setahun)

ZAKAT SAHAM
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).

Kaedah Pengiraan Zakat Saham Saham Yang Masih Dimiliki sehingga Hujung Haul
Pengiraan zakat ialah 2.5 % atas harga terendah atas kos dan pasaran CONTOH: 200 lot (1 lot bersamaan 1000 unit) saham Syarikat Mukmin x RM1.00 (andaian harga terendah) = RM200,000 RM200,000 x 2.5 % = RM5,000 (jumlah zakat)

Saham Yang Dijual Beli Sepanjang Haul (setahun)


Pengiraannya ialah 2.5 % atas nilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kos pembelian CONTOH: jumlah nilai saham - kos belian RM500,000 - RM400,000 = RM100,000 RM100,000 x 2.5 % = RM2,500

ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.
SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN IALAH : i. ii. iii. iv. v. Dimiliki oleh orang Islam Dimiliki oleh orang yang merdeka Milik sepenuhnya Cukup nisab Genap setahun.

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan [(Aset Semasa - Tanggungan Semasa) Pelarasan x Peratusan Pemilikan Saham Orang Islam x KADAR ZAKAT (2.5%) ]
1. Kaedah Model Berkembang Growth Model ( Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

2. Kaedah Model Modal Kerja Working Capital ( Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat )

Zakat KWSP

Milik sempurna

Milik tidak sempurna

ZAKAT KWSP
MILIK TIDAK SEMPURNA Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%.

MILIK SEMPURNA Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majiakan).

ZAKAT MAADIN, KUNUZ & RIKAZ


ZAKAT MAADIN Maadin bermaksud segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

ZAKAT KUNUZ Kunuz pula bermaksud harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

ZAKAT RIKAZ Rikaz ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah).

SYARAT SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN


1. Islam Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat. 2. Merdeka Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan

hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat . 3. Milik Sempurna Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan

dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya. 4. Cukup Nisab Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta

dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).

5. Cukup Haul

Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk Berniaga

Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

ASNAF ZAKAT(GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT)


Orang Fakir Orang Miskin Amil Muallaf Hamba yang ingin memerdekakan dirinya (Riqab) Orang yang berhutang (Al-Gharimin) Fisabillillah Musafir yang terkandas (Ibnu Sabil)

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT


Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan yang berada. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

HIKMAT DITENTUKAN PENERIMA ZAKAT


Supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih sempurna melalui nikmat Allah swt. Golongan tersebut perlukan pembelaan dan bantuan daripada orang islam lain untuk meneruskan hidupnya. Mereka berjuang dan berjihad pada jalan Allah s.w.t demi menegakkan kebenaran agama islam Mereka adalah golongan yang kurang bernasib baik yang wajib diberi bantuan supaya dapat hidup dengan sempurna. Golongan yang wajib diberi bantuan untuk menjinakkan hatinya kepada islam bagi menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T

Вам также может понравиться