Вы находитесь на странице: 1из 21

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN

KMN 3101
SARJANA MUDA PENGURUSAN
(POLISI & SEKITARAN SOSIAL)
PENSYARAH:PN. ISMA ROSILA BT. ISMAIL
MOHD ANUAR B. RIDZUAN UK17049
MOHD KAMARUDIN B. SAFIAI UK17578
SITI NAZIRAH BT. MOHD ZIN UK17750
MOHD FARHAN B. OMAR UK17794
NORBAIZURA BT. RAMLIE UK17844
ZAINORLI BT. MAMAT
UK17988
SUHAIRI BIN AHMAD RAZALY UK18127
KOMUNIKASI
DALAM TRADISI
MELAYU
 Idea untuk membentangkan tajuk ini terhasil
setelah kami melawati laman web:-
http://www.geocities.com/wiramanja01/kertas_kerj
a.htm
 Tajuk ini telah dibentangkan pada Persidangan
Teori dan Pemikiran Melayu Serantau di Gedong
Nasional, Tanjung Balai Karimun, Indonesia,  pada
12 – 14 Disember 2002. Anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Selatan dan Bahagian
Pengembangan Sastera Antarabangsa, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dengan
kerjasama Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu,
Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi
Nanyang, Singapura dan Dinas Pendidikan
Nasional, Tanjung Balai Karimun, Indonesia.
PENGENALAN
Masyarakat Melayu melalui empat tahap
adat dalam kitaran kehidupan mereka.
Adat bersalin, adat berkhatan, adat
perkahwinan dan adat kematian.
Mempunyai tatacara komunikasi iaitu
komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan.
Komunikasi dalam tradisi Melayu  lebih
menekankan pertuturan bersemuka
(interpersonal communication) iaitu
berkomunikasi secara dua hala.(Abdul
Rahman,1995)
Terbahagi kepada dua jenis:
a) komunikasi lisan verbal
-pengucapan melalui suara vocalise
-tulisan perkataan nonvocalise yang juga
disebut sebagai mesej bahasa (Abdul
Rahman,2002)
b) komunikasi tanpa lisan nonverbal
- melalui alat-alat bunyian, isyarat-isyarat,
simbol-simbol, benda-benda yang boleh
dipegang atau tidak boleh dipegang
material dan nonmaterial
- sikap dan emosi seseorang dan lain-lain
yang boleh melahirkan makna dan
pengertian tertentu
 Amalan adat ini adalah satu proses jasmani
dan rohani yang perlu dilalui oleh wanita-
wanita yang akan menempuh hari kelahiran
anak mereka.(Abdul Rahman,2002)
 Proses jasmani dan rohani yang perlu
dilakukan oleh seseorang wanita sebelum
atau sesudah bersalin dalam masyarakat
Melayu ialah amalan adat seperti adat
melenggang perut, adat bersalin, adat
menanam uri, adat bercukur rambut bayi,
Adat berendoi, dan adat dalam pantang.
 Ketika si suami menjemput bidan, 
pengucapan yang digunakan tidak boleh
sebarangan. 
 Adat Perpatih di Rembau:-
“Saya kemari ini nak melepaskan beban saya
kepada mak Bidan, sebab isteri saya dah nak
membuang sarat”. 
 Adat Temenggung di Kuala Kangsar:-
“Teman kemari nak jemput Tok Bidan sambut
orang baru, susah senangnya terserah kepada
Tok Bidan ajelah”.
 Jika bidan tersebut tidak dapat hadir kerana
perkara yang tidak boleh dielakkan, maka
terpaksalah dicari ganti dengan orang lain
iaitu bidan terjun.  Bidan terjun adalah istilah
merujuk seseorang yang dijemput secara
mendadak. 
 Pengucapan komunikasi yang sering
digunakan untuk menjemput bidan terjun,
“Maaflah banyak-banyak kerana terpaksa
menjemput Kakak menjadi bidan terjun,
sebab Aminah bt Abdullah (sekadar nama
pilihan) dah ada aral yang melintang”.  
 Dalam masyarakat Melayu, setiap perjanjian
melalui jemputan sirih pinang bagi tujuan
tertentu adalah satu ikrar yang perlu dipatuhi
 Sirih pinang adat itu adalah komunikasi bukan
lisan mempunyai pengertian sangat bermakna
kepada kedua belah pihak supaya patuh dan
tidak mengingkarinya.
 Biasanya bidan akan dibantu oleh dua
ataupun tiga orang wanita lain.Wanita-wanita
itu selian membantu bidan, mereka juga
bertindak menenangkan si ibu berdepan
dengan detik-detik kelahiran bayinya.
 Pengucapan komunikasi yang sering
digunakan ketika si ibu dalam kesakitan dan
cemas,
“Mengucap banyak-banyak, ingat pada Tuhan. 
Beranak ni sakitnya sekejap aje, ikut sunnah
Rasul, besar pahalanya”.
 Tangisan pertama setelah bayi itu keluar
daripada rahim ibunya merupakan komunikasi
lisan di antara si anak dengan si ibu.
 Ketika bayi itu dimandikan, bidan sepanjang
masa melafazkan selawat Nabi sehingga
selesai tugasnya.Setelah bayi itu dimandikan,
bidan menyerahkan bayi kepada si bapa
untuk diazankan.  
 Mengazan ataupun mengkamatkan bayi yang
baru dilahirkan, adalah komunikasi awal
sebagai pegenalan untuk diperdengarkan
kepadanya.
KOMUNIKASI DALAM ADAT
BERKHATAN
 Sebelum adat berkhatan dijalankan
kebiasaannya si bapa terlebih dahulu bertemu
dengan Mudim untuk membuat tempahan.
 Mengikut amalan masyarakat Melayu, ketika
tempahan dibuat, tepak sirih mesti disertakan
sebagai adat pembuka kata sebagaimana
dilakukan dalam adat menempah bidan.
 Walau bagaimanapun, setiap tempahan
dimestikan dengan jemputan mulut iaitu
komunikasi lisan diantara orang yang
menempah dengan orang yang ditempah.
 
 Mengikut adat di Kuala Kangsar, si bapa akan
menyediakan terlebih dahulu sebilah pisau
lipat kecil dan kain putih ketika Mudim datang
memeriksa anaknya.
 Tujuan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu
adalah untuk memastikan sama ada kanak-
kanak itu boleh dikhatankan ataupun
sebaliknya.
 Jika pisau lipat dan kain putih itu diambil oleh
Mudin, itu menandakan bahawa kanak-kanak
tersebut boleh dikhatankan.
 Ianya juga sebagai isyarat komunikasi tanpa
lisan yang difahami oleh si bapa. Jika kanak-
kanak itu tidak boleh dikhatankan, pisau lipat
dan kain putih itu tidak disentuh oleh Mudin.
KOMUNIKASI DALAM ADAT
PERKAHWINAN
 Dalam adat perkahwinan, setiap upacara yang
dijalankan mempunyai tatacara komunikasi
tertentu ketika proses Adat Perkahwinan
dijalankan.
 Seseorang yang ingin berkahwin iaitu bagi
lelaki dan perempuan  akan menjalani proses
Perkahwinan pada empat tahap.
1)Adat merisik
2)Adat meminang
3)Adat pertunangan
4)Adat perkahwinan
 Keempat-empat tahap dalam proses Adat
Perkahwinan dijalankan mengikut adat resam
Melayu tradisional dimana setiap upacara
adat dijalankan mengikut tatacara komunikasi
tertentu iaitu menggunakan :-
1)lambang-lambang,
2)simbol,
3)bahasa isyarat yang boleh memberi makna
kepada seseorang mengikut amalan adat
masing-masing.
KOMUNIKASI DALAM ADAT
KEMATIAN
 Dalam masyarakat Melayu, jika seseorang
meninggal dunia, keluarga si mati akan
memberitahu jiran tetangga jauh dan dekat,
waris-waris dan sahabat-handai. 
 Masyarakat Melayu menggunakan cara-cara
tertentu memberitahu tentang kematian
seseorang melalui cara komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan.  
 Komunikasi lisan adalah cara pengucapan
mulut, menggunakan telefon dan lain-
lain.Terbahagi dua:-
1)menggunakan suara (vocalize)
 Ini bermakna komunikasi lisan (vocalize)
adalah menggunakan pengucapan bersemuka
ataupun melalui telefon
 Manakala komunikasi lisan cara
(nonvocalize) menggunakan bahan-bahan
bertulis mempunyai makna dan mesej bahasa
seperti telegram dan lain-lain.
 Dalam adat kematian masyarakat Melayu
menggunakan komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan untuk memberitahu
berita kematian dan juga bagi  pengurusan
jenazah si mati.
KESIMPULAN
 Pertuturan yang berkiasan merupakan
sebagai komunikasi lisan untuk
menyampaikan maksud yang tersirat dalam
kehidupan Masyarakat Melayu.
 Kalimah tauhid iaitu mengucap dua kalimah
syahadah yang diajarkan kepada seseorang
yang akan menghembuskan nafasnya yang
terakhir adalah sebagai komunikasi lisan 
yang terakhir diucapkan.
 Oleh itu jelas menunjukkan bahawa adat
resam telah menjadi khazanah bangsa sejak
zaman berzaman.
 Walau bagaimanapun seperti adat resam
lainnya, sesetengahnya akan mengalami
SUMBER
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1993.
Adat Resam Komunikasi Melayu
Tradisional:Satu Pemikiran Semula. Dewan
Budaya,Mei:20-21
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2002.
Komunikasi Budaya: Integrasi Sosial Adat
Resam Melayu, UMS.
http://www.geocities.com/wiramanja01/
kertas_kerja.htm
SEKIAN
TERIMA KASIH

Вам также может понравиться