Вы находитесь на странице: 1из 25

Kebebasan asasi seseorang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara perkara kebebasan asasi individu adalah:

Perkara 5 : Kebebasan Diri


i. Fasal (1): Tiada warganegara yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. ii. Fasal (2): Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim mengenai seseorang yang telah ditahan kerana menyalahi undang-undang, mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan itu terlebih dahulu melainkan jika mahkamah itu telah berpuas hati bahawa tahanan itu sah disisi undang-undang.

Perkara 5 : Kebebasan Diri, samb..


iii. Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya orang tersebut dibawa ke mahkamah dan ia dibebaskan. Dalam hal ini, pengadu memohon dengan cara writ Hebeas Corpus. iv. Aduan boleh dibuat oleh orang yang tertuduh atau saudara terdekat atau sahabat handainya.

Perkara 5 : Kebebasan Diri, samb..


v. Fasal (3): Jika seseorang itu ditangkap maka dia hendaklah diberitahu seberapa segera sebab dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilihnya sendiri. vi. Fasal (4): Seseorang warganegara tidak boleh ditahan oleh pihak polis melebihi tempoh 24 jam kecuali setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.

PERKARA 6 : Keabdian dan kerja paksa


i. Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
ii. Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan kerahan untuk negara. iii. Perkara ini juga memperuntukkan kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara tidak dikira sebagai kerja paksa.

PERKARA 7 : Perlindungan daripada undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
i. Fasal (1): Tiada warganegara yang boleh dihukum kerana suatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tiada siapa boleh menanggung hukuman yang lebih berat dari kesalahan yang telah ditetapkan undang2.

PERKARA 7 : Perlindungan daripada undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang, samb
ii. Fasal (2): Seseorang warganegara yang dibebaskan daripada satu kesalahan atau disabitkan dengan suatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama. Kecuali sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang telah dibebaskan.

PERKARA 8 : Kesamarataan di Sisi Undang-undang


i. Semua orang adalah sama rata di sisi undangundang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

ii. Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan atas sebab agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir, perlantikan dalam jawatan atau di bawah pihak berkuasa awam, tempatan dan berkanun sama ada dalam bidang perniagaan, perdagangan, kerja professional dan sebagainya.

PERKARA 8 : Kesamarataan di Sisi Undang-undang, samb


iii. Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
iv. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

i.

Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan.

ii. Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. (Walau bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang2 imigresen)

iii. Keadaan ini tertakluk kepada undang2 yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

PERKARA 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan


i. Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan pandangan dan fikirannya. ii. Setiap warganegara juga berhak untuk berhimpun dengan aman dan menubuhkan persatuan.

PERKARA 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, samb


iii. Namun, Parlimen boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu bagi melindungi keselamatan persekutuan @ mana-mana bahagian negeri, ketenteraman awam, keistimewaan Parlimen @ DUN, penghinaan terhadap mahkamah serta yang boleh menimbulkan penentangan terhadap kerajaan.

PERKARA 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, samb


iv. Di Parlimen, berlaku pindaan dengan wujudnya Akta Perlembagaan 1871, akta 30 yang berkuat kuasa pada 10 Mac 1971 yang menjadikan suatu hasutan kepada sesiapa yang mempersoalkan isu2 sensitif.

i. Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya sendiri serat mengembangkan agamanya, tetapi undang2 negeri & Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa2 iktikad atau kepercayaan agama bagi orang yang menganut agama Islam.

samb
ii. Kebebasan mengembangkan agama(selain Islam) hanya diberikan kepada mubaligh.
iii. Sabah& Sarawak, undang2 negeri boleh menyekat apa2 agama, iktikad atau kepercayaan perlu mendapat undi 2/3 daripada jumlah anggota Dewan Negeri.

samb
iv. Tiap2 kumpulan agama berhak:
menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuh dan menyenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

PERKARA 12 : Kesamarataan dalam Pelajaran


i. Tidak boleh terdapat sebarang diksriminasi terhadap mana-mana warganegara sematamata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dari segi
Pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggara oleh suatu pihak berkuasa awam Peruntukan kewangan & bantuan kewangan pihak berkuasa awam

PERKARA 12 : Kesamarataan dalam Pelajaran, samb


ii. Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan yayasan bagi pendidikan kanak dalam agama kumpulan itu sendiri.
iii. Tidak boleh ada diskriminasi atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubung dengan agama kumpulan itu.

PERKARA 12 : Kesamarataan dalam Pelajaran, samb


iv. Persekutuan atau Negeri boleh menubuh, menyenggara atau membantu dalam menubuh atau menyenggarakan institusiIslam atau mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

PERKARA 12 : Kesamarataan dalam Pelajaran, samb


v. Tiada seorang pun boleh diwajibkan menerima apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama lain, selain agamanya sendiri.

PERKARA 13 : Hak Untuk Berharta


i. Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
ii. Tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta secara paksa tanpa pampasan yang memadai.

Portugis

Belanda

Inggeris

Siam

Jepun

1511-1641 (130 tahun)

1641-1824 (183 tahun)

1824-1942 (130 tahun)

1821-1901 (88 tahun)

1942-1945 (3 tahun)

Вам также может понравиться