Вы находитесь на странице: 1из 31

KRITIKAN SASTERA ( TEORI RESEPSI DAN TINDAK BALAS PEMBACA )

Pensyarah Pembimbing : Puan Che Zainon Disediakan Oleh : Kumpulan Satu Dan Kumpulan Dua

PENDAHULUAN
Teori resepsi merupakan teori yang memberi kuasa kepada pembaca seperti pengkritik untuk memberi penilaian terhadap teks-teks sastera. Teori ini juga dikenali sebagai teori respon pembaca yang mengandungi banyak teori, pendekatan atau kaedah.

Pendekatan estetika resepsi : Dikemukakan oleh Jauss bahawa tanggapan pembaca itu bercorak historis dan berubah untuk setiap zaman. Teori penerimaan Iser : Menekankan kepada kesan pembacaan. Iser menekankan betapa pentingnya menganalisis reaksi pembaca terhadap teks, yang mungkin memberi pengalaman baru dan seterusnya menentukan kedudukan teks yang dibaca itu.

Teori fenomenologi (Ingarden): Beliau meminggirkan aspek luaran teks termasuk pengarang dan sejarahnya. Dalam teori ini pembaca akan mencari makna berdasarkan fenomena teks.
Teori hermeneutik ( Gadamer ) : Pembaca digerakkan untuk mencari hakikat teks. Pembaca perlu menyusuri kata demi kata, ayat demi ayat, dan akhirnya mencari makna dan seterusnya pembaca akan memperoleh hakikat teks tersebut. Teks mempunyai makna lahiriah(tersirat) dan batiniah(tersurat).

DEFINISI TEORI RESEPSI


Resepsi sastera = rezeptionaesthetik = literary response Teori resepsi bermaksud bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga memberikan reaksi atau tanggapan.

TANGGAPAN
AKTIF PASIF

Pembaca merealisasikan pembacaannya sehingga terjelma makna.

Pembaca dapat memahami karya atau dapat melihat estetika di dalam karya

Kesimpulan = teori ini berhubung dengan cara dan teknik membaca, meneliti respon, reaksi pembaca, pembaca membentuk makna.

Ingarden : Membicarakan teori ini dari sudut konkretisasi dan rekonstruksi. Beliau mengatakan bahawa karya sastera terdiri daripada hal-hal yang tidak pasti atau kemungkinan.

Kemungkinan ini dalam hubungan estetik telah dijadikan sesuatu yang pasti melalui konkretisasi karya sastera itu oleh pembacanya sehingga ia mendapat nilai estetikanya. Ketidakpastian pandangan dalam suatu karya sastera dapat dipastikan melalui proses rekonstruksi karya itu.
Sesebuah karya sastera hanya akan bererti apabila maknanya telah hidup dalam diri pembacanya.

Stanley Fish (1972) : Mengatakan bahawa orang ramai dapat memahami sesuatu karya sastera berdasarkan unsur linguistiknya.
Michael Riffaterre (1978) : Mendasarkan kepada analisis stilistiknya kepada dunia pembaca atau penerima. Beliau mengatakan bahawa seorang sarjana stilistik (gaya penulisan) perlu mencuba merekonstruksikan kesan cara penulisan puisi dan memperbaikinya berdasarkan reaksi pembaca moden.

Jauss dan Iser : Jauss (1978) menumpukan perhatiannya kepada bagaimana sesuatu karya diterima pada suatu masa tertentu berdasarkan suatu horizon iaitu yang asalnya ialah horizon of expectation iaitu aspek penilaian dalam penerimaan tertentu. Konsep ini adalah merupakan penilaian pembaca sewaktu dalam bacaannya.

Pembaca tersedia dalam fikirannya harapan atau ramalan terhadap apa yang sedang dibacanya dengan apa yang akan terjadi dengan mengaitkan apa yang telah terjadi.

Pembaca biasanya telah sedia memiliki cara penilaian dalam pembacaannya hasil daripada sejarah pembacaannya yang telah menjadi kelaziman kepadanya.

Kelaziman itu berbeza dalam menghadapi setiap genre sastera tetapi mempunyai kesamaan dalam membina maksud atau makna sesebuah teks.

PEMBACA = menjadi khalayak kepada sesebuah teks Pembaca berhak untuk membaca, membuat penilaian dan memberi makna.

Membaca perlukan bakat seperti asas sastera


Pemahaman Proses membaca penginterprestasian

Pembaca harus mengalami 2 proses.

SEMIOSIS = memahami apa yang diujarkan SEMIOTIK = memahami apa yang tersirat oleh persilangan tanda yang terdapat dalam teks

Dalam pembacaan E.D HIRSCH (1977) terdapat 3 tahap :


PERTAMA = bacaan untuk mencari apa yang hendak disampaikan oleh teks
KEDUA = Bacaan untuk menentukan hasrat pengarang KETIGA = Mencari penandapenanda teks untuk sampai kepada keseluruhan makna sesebuah teks

RIFFATERRE mempunyai 2 lapisan bacaan :

LAPISAN PERTAMA <HEURISTIK> LAPISAN KEDUA <RETROAKTIF>

Makna sementara yang ditanggapi sewaktu membaca

Makna kekal setelah habis membaca dan mengalami proses penanggapan

Jika pembaca gagal memahami makna maka pembaca akan mencari makna yang munasabah

Perasaan @ emosi berperanan dalam pembacaan, kadang-kadang jadi penentu, namun pembaca yang rasional akan mengurangkan tuntutan emosi tersebut

PRINSIP KRITIKAN TEORI RESEPSI

PRINSIP ASAS Teori Resepsi dan Tindak Balas Pembaca


Sejauh mana karya sastera itu akan mudah diterima oleh pembaca. Dapatkah karya itu memenuhi harapan pembaca.

PRINSIP TEORI RESEPSI


Bertolak daripada satu pembicaraan sama ada penerimaan atau penolakan yang melihat fungsi hubungan antara karya dan pembaca Pengarang dan pembaca melakukan konkritisasi dan rekonstruksi Sesebuah teks mempunyai skema. Pembaca mempunyai skema manakala imaginasi pembaca cuba mencari keakraban antara skema pembaca dan

Meneliti reaksi pembaca terhadap makna-makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya mempunyai fenomena makna dan tugas pembaca untuk mencari rangka atau skema bagi mencari jawapan kepada skema tersebut Pengarang membaca sesebuah karya untuk melakukan konkritisasi dan membina semula @ merekonstruksi karya Pembaca membuat konkritisasi dan rekonstruksi sama ada secara menerima atau menolak. Pembaca akan menghubungi situasi dirinya dan situasi teks tersebut. Jika banyak persamaan akan menarik perhatian pembaca Jika ada hubungan yang tidak selari, karya itu tidak akan menarik perhatian pembaca

BACAAN BERKELOMPOK UNTUK MELIHAT PENERIMAAN SESEBUAH GOLONGAN/KUM PULAN TERHADAP SESUATU KARYA

BACAAN INDIVIDU UNTUK MEMAHA MI KARYA

TUJUAN TEORI RESPSI

PENERIMAAN SESEBUAH KARYA PADA SESUATU ZAMAN DAN PADA ZAMAN YANG LAIN

MENGUKU R PERBEZA AN BACAAN GENDER, KAUM DAN BANGSA

Faktor Perasaan Faktor Intelektual - Penerimaan bergantung kepada kekuatan imaginasi pembaca - Berkait rapat dengan penerimaan para intelek - Bererti pembaca dapat menerima unsurunsur kabur dalam sesebuah karya sastera

- Sewaktu membaca, emosi turut berperanan untuk menentukan penerimaan dan penolakan
- Karya-karya yang menyentuh perasaan digolongkan sebagai karya yang berkesan

- Faktor emosi berubah mengikut persekitaran tetapi emosi yang terkawal dapat menjadi nilai karya sastera

Faktor Gender

FAKTOR PENERIMAAN TEORI RESEPSI


Faktor kolektif
- Sesebuah budaya melahirkan kod nilai budaya masing-masing - Dalam konteks hubungan ini, sesebuah karya mempunyai nilai apabila mempunyai persamaan dengan kod nilai budaya

- Lelaki gemar teks keperwiraan, wanita menggemari teks kehibaan - Lelaki gemar teks luar rumah tangga, wanita lebih ke arah itu. - Lelaki minat karya-karya bercorak fizikal, wanita minat karya-karya bercorak emosi

PENGAPLIKASIAN TEORI RESEPSI


Aspek yang diberikan perhatian ialah PEMBACA dan KARYA Teori ini bergantung kepada pembaca di mana pembaca yang menentukan mutu sesebuah karya. Dalam merealisasi makna sebuah karya, ia bukan bergantung kepada karya sematamata tetapi juga kepada pembaca hakikat dirinya, keadaan dirinya dan pengaruhnya

Namun begitu, wujud juga fenomena bertentangan di antara hakikat karya dan hakikat para pembaca.
Istilah yang paling sesuai digunakan ialah perspektif penerimaan. Contoh : bagaimana Shahnon Ahmad menerima novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan Shahnon Ahmad menggunakan model penerimaan tertentu yang didasarkan kepada ajaran Islam yang difahaminya sehingga dia dapat mengungkapkan hal-hal yang selama ini mungkin tidak dapat difikirkan individu lain.

CONTOH KRITIKAN PUISI DAN CERPEN

PUISI; 1) Kusangka karya Amir Hamzah. 2) Penerimaan karya Chairl Anwar.

CERPEN; 1) Nasib Seorang Ibu Tua karya Usman Awang.

PUISI KUSANGKA

Kusangka cempaka kembang setangkai Rupanya melur telah diseri . Hatiku remuk mengenangkan ini Wasangka dan was-was silih berganti. Kuharap cempaka baharu kembang Belum tahu sinar matahari . Rupanya teratai patah kelopak Dihinggapi kumbang berpuluh kali. Kupohonkan cempaka Harum mula terserak . Melati yang ada Pandai tergelak . Karya : Amir Hamzah

PENERIMAAN Jika kau mau, kuterima kau kembali Dengan sepenuh hati Aku masih tetap sendiri Kutahu kau bukan yang dulu lagi Bak kembang sari sudah terbagi Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani Jika kau mau, kuterima kau kembali Tapi untukku sendiri Sedang dengan cermin aku enggan berbagi. (Maret 1943)

Sajak ini menunjukkan pandangan realistik. Aku masih sudi menerima gadis ini yang mungkin sudah berselingkuh dengan lelaki lain. Aku tidak mencari wanita lain dan masih menanti wanita yang dicintainya. Walau si Aku tahu gadis yang dicintainya sudah tidak suci, dia masih menerima dan mengharapkan gadis tersebut untuk menemuinya dengan berani jangan malu.

Dari segi kaedah bacaan dan kritikannya; Mungkin pembaca sudah terpengaruh dengan puisi Kusangka yang pernah dibaca sebelumnya. Hasil daripada pengaruh tadi, mungkin akan ada pembaca

yang menolak puisi Penerimaan kerana menyetujui Amir


Hamzah yang mempamerkan penolakan pada gadis yang sudah tidak suci lagi.

Mungkin juga ada yang meminati Amir Hamzah dan


merasakan Chairil Anwar seperti menyindir dan menafikan puisi Amir Hamzah (parodi).

Dalam aspek keakraban (mengaitkan isi atau maksud puisi dengan


situasi sendiri), pembaca mungkin akan memberi beberapa respon;

1) Pembaca yang mengalami situasi seperti penulis dan merasakan dirinya turut tidak perlu menerima wanita yang tidak suci, akan memberi respon yang baik dan meminati puisi Kusangka 2) Pembaca yang masih mencintai gadis yang sama walaupun sudah tidak suci, pasti akan meminati puisi penerimaan. 3) Segalanya bergantung kepada situasi sinkronis pembaca pada masa itu (perasaan dan pengalaman yang dilaluinya pada masa itu)

Puisi Penerimaan oleh Chairil Anwar menggunakan bahasa yang mudah


difahami namun memerlukan imaginasi yang kuat. Respon pembaca bergantung kepada imaginasi dan tahap intelektual pembaca dalam memahami. Contohnya;

1) Bak kembang sari sudah terbagi - Sekiranya pembaca tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat ini, respon yang diberikan pembaca mungkin tidak mencapai tahap yang sepatutnya. - Maksudnya; madu sari (kelopak bunga) sudah dihisap dengan kumbang. - Chairil Anwar menggambarkan gadis sebagai bunga di mana sarinya sudah terbagi wanita yang sudah tidak murni.

2)

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi

- Penulis menggunakan bahasa mudah namun ungkapan yang mendalam. - Pembaca haruslah memahami dan beimaginasi serta meletakkan diri sebagai Aku dalam puisi tersebut bagi mendalami bait ini. - Aku tidak mahu diduakan lagi sekiranya gadis tersebut kembali padanya. Sedangkan dengan bayangnya sendiri pun dia tidak

mahu berkongsi.
- Terdapat beberapa respon yang mungkin boleh pembaca berikan;

1) Penulis terlalu taksub pada cintanya. (pembaca yang


mungkin tidak berpengalaman seperti penulis). 2) Aku menyayangi gadis tersebut dan masih ikhlas memberi kepercayaan kepada gadis tersebut.

Penyakit Mak Timah kian berat kerana selain dari ingatan pada anaknya Osman yang ada di tempat tahanan ditambah pula tidak mendapat perubatan dan layanan yang sempurna sekadarkan Rohani sahaja yang sangat-sangat memberi pertolongan dan rawatan seberapa yang dapat. Badan yang kononnya akan memberi lindungan pada nasib rakyat itu belum lagi nampak bayang menghulurkan tangan memberi bantuan. Agaknya mereka takut melawat ke kampung tempat Mak Timah, yang semuanya terpaksa melalui permatang sawah tempat yang selama ini jadi permainan orang-orang kampung, atau pun kalau pergi harus membuang masa yang sesia. Penderitaan orang kampung yang suaminya, bapanya, anaknya, berada di tempat tahanan itu persetan sama dia, tak mungkin dia tak makan, sedangkan ulat di celah batu ada rezekinya. Semuanya ini adalah barangkali fikir mereka yang menyebabkan terbiarnya nasib rakyat.

Petikan 1 Agaknya mereka takut melawat ke kampung tempat Mak Timah, yang semuanya terpaksa melalui permatang sawah tempat yang selama ini jadi permainan orang-orang kampung, atau pun kalau pergi harus membuang masa yang sesia.

Analisis; - Pembaca memahami bahawa penulis menyindir. - Penulis menggambarkan betapa tidak bersungguhnya badan tersebut untuk

membantu golongan miskin.


-Sekiranya pembaca merupakan dalam kalangan golongan berada, mungkin mereka akan memberikan respon yang negatif pada karya Usman Awang ini.

- Manakala golongan yang merasai keperitan hidup sebegini akan memahami


makna karya ini dan berasa akrab dengan teks.

~ Cerpen ini juga menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. ~ Pembaca masih boleh mengimaginasikan ia walaupun tidak berpengalaman. ~ Cuma, pembaca harus memahami setiap bait perkataan yang terkandung dalam teks. Misalnya;

melalui permatang sawah-sawah.

~ Pembaca harus memahami makna permatang barulah boleh mengimaginasikan gambaran yang dimaksudkan oleh penulis. Oleh itu, walaupun tidak berpengalaman, pembaca dapat membayangkan suasana dan makna teks dan dapat mencapai tahap makna yang betul.

Вам также может понравиться