Вы находитесь на странице: 1из 20

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU


- Vokal Hadapan, Tengah, Belakang, Nasalisasi - Diftong

ROHAYU BTE BACHO FHENYIUS DUASIN

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Vokal Hadapan, Tengah, Belakang, Nasalisasi

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL DEPAN
VOKAL DEPAN SEMPIT [ i ] depan lidah diangkat setinggi-tingginya depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT [e-taling]

depan lidah diturunkan sepertiga contoh perkataan : epal, elok, enak

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL DEPAN LUAS [ a ] depan lidah diturunkan serendahrendahnya Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak contoh perkataan: barang, sayang, abang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL TENGAH
VOKAL TENGAH [ e-pepet ] dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL BELAKANG
VOKAL BELAKANG SEMPIT [ u ] dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [ o ] dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NASALISASI (PENYENGAUAN)
Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Proses nasalisasi ditandakan dengan [~] atas lambang vokal. contoh, nyanyi [ ai ], udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut semasa kita menuturkannya, tetapi apabila [ ] disebutkan ada aliran udara melalui rongga hidung dan terjadilah sengauan. ]Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

DIFTONG

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Dewan diftong bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Profesor Nor Hashimah Jalaludin dalam bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41) menulis, Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mulamula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi ]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah :
a ) diftong [ ai ] aising, hairan, pandai. b ) diftong [ au ] aurat , saudara, kerbau. c ) [ oi ]- boikot, amboi.

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

DIFTONG DARIPADA KATA PINJAMAN diftong /ei/ dari kata pinjaman contohnya: Mei, esei.

SEKIAN

RUJUKAN
http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/fonologi-hurufvokal.html http://camy044926.blogspot.com/2011/11/perkataan-yangmengandungi-diftong.html http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-danvokal-berganding.html http://cikgimaz.blogspot.com/ http://limineddie.blogspot.com/2012/05/huruf-vokal-konsonandiftong-dan-suku.html http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-hurufvokal-konsonan-dan.html

Вам также может понравиться