Вы находитесь на странице: 1из 24

Kepuasan kerja guru

Ahli Kumpulan LAM TEE YAW JM 40269 YEE FUI SUN JM40268 TAN MEI MEI JM40267

Definisi
Menurut Davis (1988), kepuasan kerja dapat didefinsikan sebagai keseronokan yang dinikmati oleh pekerja apabila bekerja Kepuasan kerja merujuk kepada satu keadaan emosi yang gembira dan positif berpunca daripada pekerjaan ( Locke, 1976).

Kepentingan kepuasan kerja


Menurut kepada George & Jones (2012), kepuasan kerja berpotensi dalam mempengaruhi pelbagai tingkah laku dalam organisasi dan menyumbang kepada tahap kesejahteraan para pekerja. Untuk menghasilkan organisasi pendidikan berprestasi tinggi, adalah penting para guru mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi.

Model Aspek kerja (Job Facet)


Menurut kepada George & Jones (2012), berdasarkan kajian-kajian kepuasan kerja yang telah dijalankan oleh ramai penyelidik, terdapat 20 aspek kerja yang dikenalpasti oleh penyelidik-penyelidik yang dapat meningkatkan kepuasan kerja. Di samping itu, aspek kerja yang dikenalpasti itu adalah berdasarkan manual soal selidik kepuasan Minnesota yang dibangunkan oleh Weiss et. al.(1967).

(1) Manfaatkan kekuatan guru


Pihak pentadbir sekolah mesti memastikan setiap kekuatan, potensi, bakat dan kemahiran yang ada pada guru mestilah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam soal pembahagian kerja dalam sesebuah sekolah. Sebagai contoh, jika terdapat seorang guru yang sangat mahir dalam permainan sukan badminton, maka sudah tentulah kepuasan kerja guru itu akan bertambah tinggi apabila ditugaskan untuk menjadi jurulatih pasukan badminton sekolah berbanding dengan guru tersebut yang ditugaskan untuk menyandang jawatan guru penasihat sukan ping pong.

(2) Pencapaian
Guru akan merasai kepuasan kerja apabila guru telah mencapai sesuatu kejayaan dalam kerjayanya di sekolah. Contohnya, apabila terdapat guru yang berjaya memperolehi jawatan guru cemerlang di sekolah, maka ini dikatakan amat memuaskan guru kerana pencapaian ini merupakan salah satu sumber penting yang meningkatkan tahap kepuasan kerja guru. Guru berasa puas apabila mereka berkemampuan untuk menyumbang kepada pencapaian diri mereka. (Schonfeld,1990).

(3) Kesibukan kerja


Guru akan rasa puas hati apabila senantiasa sibuk dengan kerjanya di sekolah. Ini bermakna guru yang sentiasa sibuk dengan tugasnya akan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding guru yang tidak sibuk dalam urusan sekolah. Guru yang tidak diamanahkan atau dipertanggungjawab sesuatu tugas oleh pihak pentadbir merasai mereka tidak diberikan kepercayaan

(4) Prospek
Prospek di sini merujuk kepada peluang naik pangkat guru di sekolah. Terdapat guru yang tidak berkaliber tetapi menyandang

(5) Kuasa autonomi


Kuasa di sini merujuk kepada kuasa yang ada pada seseorang guru dalam mengawal orang lain sama guru atau pelajar. Pihak pentadbir sekolah harus menurunkan kuasa kepada guru untuk mengendalikan dan menjayakan sesuatu program atau aktiviti di sekolah.

(6) Polisi dan amalan sekolah


Polisi dan amalan yang ditetapkan oleh sekolah haruslah mesra dan mengembirakan guru di sekolah. Sekiranya polisi dan amalan yang dipraktik dalam sekolah kurang mesra, sudah tentulah para guru akan rasa tidak puas hati

(7) Upah
Upah merujuk kepada ganjaran wang yang diberikan kepada guru. Upah yang dibayar haruslah adil dan saksama. Para guru akan menikmati kepuasan kerja apabila gaji yang dibayar oleh kerajaan mempunyai ciri keadilan dan kesaksamaan.

(8) Rakan sekerja


Hubungan yang baik antara rakan sekerja dikatakan dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Pihak pentadbir sekolah harus sentiasa prihatin terhadap hubungan antara guru dalam sesebuah sekolah dan mengambil initiatif untuk memastikan hubungan mesra selalu dijalin dalam kalangan guru

(9) Kreativity
Guru boleh memperolehi kepuasan kerja apabila guru digalakkan untuk menjana idea sendiri secara bebas. Sekiranya guru diberikan kebebasan dan galakkan untuk mengekploitasi kaedah pengajaran yang baru atau mengendalikan sesuatu aktiviti dan program dengan idea baru.

(10) Berdikari
Berdikari bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung kepada orang lain. Kebolehan kerja secara sendiri dapat memberikan kepuasan bekerja kepada para guru di sekolah.

11) Nilai Murni


Tugasan yang diamanahkan kepada guru di sekolah mestilah tidak melanggari hati nurani seseorang guru. Dipercayai setiap insan memiliki nilai moral atau pegangan agama sendiri. Oleh hal demikian, sekiranya terdapat kerja-kerja atau tugas tertentu yang bercanggah dengan nilai yang dipegang oleh guru tersebut maka ini tentulah akan menjejaskan kepuasan kerja guru di sekolah.

(12) Pengiktirafan
Guru yang mendapat pengiktirafan sama ada dari guru lain atau pentadbir sekolah selepas melakukan sesuatu kerja dengan baik dan sempurna akan mendapat kepuasan kerja. Pengiktirafan dan penghormatan daripada rakan sekerja dan pihak atasan dapat mencungkil perasaan puas hati (Dinham and Scott,1998).

(13) Tanggungjawab
Tanggungjawab di sini merujuk kepada seseorang mempunyai akauntabiliti terhadap keputusan dan tindakan yang diambil olehnya. Guru akan memperolehi kepuasan kerja apabila guru bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang diambil semasa melaksanakan tugasnya di sekolah.

(14) Jaminan dan kestabilan pekerjaan


Jaminan pekerjaan di sini merujuk kepada kestabilan pekerjaan. Faedah sampingan pekerjaan yang dapat dinikmati oleh seseorang pekerja. Contohnya cuti yang banyak

(15) Perkhidmatan sosial


Perkhidmatan sosial merujuk kepada keupayaan dan kemampuan melakukan sesuatu demi kebaikan orang lain. Menurut kepada Zembylas, M. & Papanastasiou, E. (2004), kepuasan kerja adalah tinggi bagi guru yang berpeluang menyumbang kepada pembangunan masyakarat melalui pendidikan yang diberikan kepada pelajar

(16) Status sosial dalam komuniti


Status sosial merujuk kepada pengiktirafan dalam komuniti terhadap pekerjaan. Kepuasan kerja akan dirasai oleh guru apabila profesion sebagai guru dihormati dan diiktiraf serta dipandang mulia oleh masyarakat. Pihak sekolah harus menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat supaya masyarakat memahami tugas guru dan menghargai jasa guru di sekolah.

(17) Hubungan kemanusiaan pihak atasan


Hubungan kemanusiaan pihak atasan merujuk kepada kemahiran interpersonal yang dimiliki oleh pihak pentadbir. komunikasi bersama guru-guru di sekolah harus dipentingkan dan mengadakan hubungan yang mesra dengan guru-guru.

(18) Kemahiran teknikal yang dimiliki oleh pihak atasan


Merujuk kepada kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pihak pentadbir berkenaan bidang tugasnya di sekolah. Boleh memberikan tunjuk ajar kepada guruguru di sekolah supaya dapat membantu mereka melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik.

(19) Kepelbagaian tugas


Kepelbagaian tugas merujuk kepada peluang guru melakukan pelbagai jenis tugas yang berlainan di sekolah. Pihak sekolah harus menetapkan polisi dan dasar yang membolehkan guru melibatkan diri dalam tugas yang berlainan dan bukan berulang-ulang.

(20) Keadaan bekerja


Keadaan bekerja merujuk kepada jumlah waktu bekerja, keselesaan tempat kerja, lokasi tempat kerja dan kemudahan yang ada.

Вам также может понравиться