You are on page 1of 32

SPS 6903 : SEMINAR (RESEARCH PROPOSAL)

Memahami Gejala Hamil Luar Nikah Melalui Teori Tingkah Laku Terancang (Planned Behavior Theory)
by NOR JUMAWATON SHAHRUDDIN GS 30186
1

Pengenalan

Fokus Pembentangan
Pengenalan Kajian Literatur Methodologi Kajian

Pengenalan
Isu kehamilan luar nikah di kalangan kanak-kanak merupakan salah satu isu yang seharusnya menjadi tamparan kepada ibu bapa dalam isu perkembangan kanak-kanak.

Jika dahulu masalah hamil luar nikah menjadi salah satu isu yang dikaitkan dengan permasalahan di zaman remaja, akan tetapi banyak kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak telah mula melakukan hubungan seksual seawal berusia 11 tahun (Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad & Fauziah Ibrahim, 2012).
4

Pengenalan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2012. Modul yang telah dibangunkan oleh LPPKN adalah Modul Reproductive Health of Adolescent untuk murid tahun enam dan Modul Cakna Diri untuk pelajar tingkatan tiga. Selain itu pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Melaka komited untuk menubuhkan Sekolah Harapan bagi kanak-kanak dan remaja yang hamil luar nikah untuk diberi bantuan dan perlindungan dengan harapan untuk membolehkan kanak-kanak ini mengambil peperiksaan PMR dan SPM walaupun sedang mengandung.

Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama World Health Organization (WHO) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) telah merangka modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif bermula pada tahun 2011 iaitu Modul Seksualiti dan Saya, Modul Peranan Gender, Modul Kemahiran Psikososial, Modul Penyakit Jangkitan Seks dan Modul HIV/AIDS. Selain itu Projek Rintis Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (PEKERTI) telah dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid tahun enam, pelajar tingkatan tiga dan pelajar pendidikan khas di sekolah terpilih mulai September 2012. 6

Pengenalan
Antara kajian yang telah dijalankan berhubung gejala hamil luar nikah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah
Hamil Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja (Khadijah Alavi, 2012) Hubungan Seksual Remaja : Antara Cinta dan Nafsu (Nasrudin Subhi,2012) Hamil Luar Nikah : Memahami Remaja Sebagai Asas Intervensi Keluarga (Sarnon (2012); Keinginan melakukan hubungan intim dan kesannya kepada remaja: Kajian Kes di Taman Seri Puteri (Salamatussaadah, A. G. 2010). Hubungan Romantik dan Remaja Hamil Luar Nikah Di Pusat Pemulihan (Salamatussaadah Abd. Ghadur & Nor Bayah Abdul Kadir, 2009) Friends Influence on Adolescents First Sexual Intercourse (Renee E. Sieving, Marla E. Eisenberg, Sandra Pettingell and Carol Skay, 2006) Oral Sex and Condom Use Among Young People In the United Kingdom (Nicole Stone, Bethan Hatherall, Roger Ingham and Juliet McEachran 2006)
7

Kajian Literatur

Kajian oleh Sieving, Eisenberg, Pettingell, & Skay mendapati bahawa kanak-kanak di Amerika Syarikat pertama kali melakukan hubungan seksual pada usia 12 tahun (61 peratus), pada usia 9 tahun (34 peratus) dan usia sebelum 13 tahun (7 peratus). (Sieving, Eisenberg, Pettingell, & Skay, 2006). Selain itu kajian juga mendapati penglibatan kanakkanak dalam aktiviti seks pada usia 10 hingga 15 tahun akan menyebabkan masalah kesihatan dan kehamilan. Kajian juga mendapati kanak-kanak perempuan mengalami kemudaratan dari aspek fizikal, emosi dan sosial serta mudah mengalami Sexually transmitted diseases (STDs), (Rose, Hahm, & Maureen, 2006).
9

Kajian keatas 4135 remaja Amerika Indian yang berusia antara 13 hingga 18 tahun di Minnesota menunjukkan bahawa 40 peratus kanak-kanak dan remaja yang berusia 12 hingga 15 tahun melakukan hubungan seksual. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa remaja ini terjebak dengan masalah tingkah laku berisiko seperti pengambilan dadah dan alkohol (Wendy L. Hellerstedt, Meianie Peterson-Hickey, Kristine L., 2006).
10

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa tingkah laku seksual yang dilakukan oleh kanak-kanak dan remaja termasuklah perbuatan seks oral, seks anal dan seks vagina (Rose et al., 2006). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa lebih 300 orang kanakkanak dan remaja Melayu, 13 hingga 25 tahun terlibat dengan tingkah laku seks berisiko sehingga menyebabkan kehamilan luar nikah dan melakukan pengguguran janin (Mohd Satar Sabran, 2003).
11

Research Gap
1. Kajian lepas seperti Nasrudin Subhi (2012) dan Salamatussaadah Abd. Ghadur & Nor Bayah Abdul Kadir (2009) telah mengkaji kecenderungan kanakkanak melakukan hubungan seksual atas dasar cinta dan nafsu, namun tiada satu kajian pun yang telah mengkaji aspek sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dalam mempengaruhi niat kanak-kanak melakukan hubungan seksual sehingga mengandung luar nikah. Aspek sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku perlu dikaji kerana ianya dapat memberi motif sebenar kanak-kanak melakukan hubungan seksual.

12

Research Gap
2. Kajian terdahulu seperti Hyeouk Chris, Hahm, Maureen Lahiff and Rose M.Barreto (2006) hanya membuat andaian bahawa pengaruh dari rakan-rakan, keluarga menyebabkan kanak-kanak melakukan hubungan seksual. Oleh itu, satu kajian perlulah dijalankan bagi menjelaskan faktor di sebalik sikap, niat dan tingkah laku kanak-kanak itu sendiri sebenarnya yang menjadi faktor utama dalam gejala mengandung luar nikah ini.
13

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memahami bagaimanakah sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku mempengaruhi niat kanak-kanak untuk melakukan hubungan seksual sehingga hamil luar nikah.

14

Pernyataan Masalah
Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral tinggi dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam pasaran global. Dalam keghairahan menuju negara maju, tanpa disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus pendidikan. Keciciran dalam arus pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam pelbagai masalah sosial antaranya ialah aktiviti salah laku seksual atau hamil luar nikah.
15

Pernyataan Masalah
Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut Unicef (2008) mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun. Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa beretika dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi.

16

Persoalan Kajian
Bagaimanakah faktor sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku mempengaruhi niat kanak-kanak untuk melakukan hubungan seksual sehingga mengandung luar nikah?

17

Strategi Kajian

18

Kerajaan telah menggalakkan siswazah menggunakan strategi kajian berkaitan isu kehamilan luar nikah dalam kalangan kanakkanak. Oleh itu, pendekatan kajian kualitatif adalah paling sesuai kerana gejala ini perlu dikaji secara mendalam. Antara kaedah kajian yang sesuai bagi pendekatan kualitatif adalah kaedah etnografi yang dapat membongkar makna di sebalik berlakunya kehamilan luar nikah dalam kalangan kanak-kanak. Secara lebih khusus, kaedah etnografi ini akan menggunakan teknik kajian seperti pemerhatian, nota lapangan serta temuduga sebagai teknik pengumpulan data secara komprehensif
19

Kaedah Kajian

20

Kaedah Kulitatif
Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif untuk memahami dengan lebih mendalam akan isu kehamilan luar nikah dalam kalangan kanak-kanak.

21

Teknik Kajian

22

Kaedah Triangulation seperti pemerhatian, field notes, temu duga berstruktur dan temu duga tidak berstruktur di jalankan bagi jawab persoalan kajian.

23

Theoretical Framework
Theory of Planned Behaviour Teori Tingkah Laku Terancang (Fishbein & Ajzen, 2005)
24

Latar Belakang Responden 1. Personel -Personality -Sikap 2. Sosial -Umur -Pendidikan 3. Informasi -Pengalaman -Pengetahuan

Sikap Terhadap Hamil Luar Nikah

Norma Subjektif

Niat

Tingkah Laku Hamil Luar Nikah

Kawalan Tingkah laku Yang Diamati

Wujud Kawalan Tingkah Laku


( Fishbein, Ajzen, 2005)

Operational Definition
Terms Operational Definition Sikap Terhadap Kepercayaan individu berkenaan gejala hamil luar nikah. Gejala Hamil Luar Nikah Norma Subjektif Terhadap Gejala Hamil Luar Nikah Kawalan Tingkah Laku Yang Diamati Kewujudan Kawalan Tingkah Laku Hamil Luar Nikah Intensi Tingkah Laku Hamil Luar Nikah Kepercayaan individu berkenaan ekspetasi sosial berkenaan gejala hamil luar nikah. Kepercayaan individu (persepsi individu) terhadap kontrol yang dapat dilakukannya yang bersumber pada keyakinannya terhadap kontrol tersebut berkenaan gejala hamil luar nikah. Sumber keyakinannya yang mencukupi untuk mengubah tingkah laku hamil luar nikah.

Motivasi individu untuk melakukan tingkah laku hamil luar nikah.

26

Metodologi Kajian

27

Metodologi Kajian
Kajian ini akan menggunakan kaedah Ethnography kerana kaedah ini sesuai untuk mencapai matlamat dalam strategi dan kaedah kajian ini.

28

Milestones

29

30

31

Thank You

32