You are on page 1of 44

GRU 6014 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MASNAH BINTI MAHMUD M20131000419 SITI AMINAH BINTI AHMAD M20131000425

ARTIKEL

KUALITATIF KUANTITATIF

ARTIKEL 1 (JENIS KUALITATIF)

KANDUNGAN
TAJUK ABSTRAK LATAR BELAKANG

PERNYATAAN MASALAH
TUJUAN / OBJEKTIF SOALAN KAJIAN KEPENTINGAN KAJIAN BATASAN KAJIAN SENARAI LITERATUR

Proses Metakognisi Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Bukan Rutin Oleh


Zarimah Zainal & Norain Mohd. Tajudin SMK Perempuan Methodist, 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

ABSTRAK
Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk mengenal pasti proses metakognitif yang dipamerkan oleh pelajar tingkatan empat semasa menyelesaikan masalah matematik bukan rutin mengikut tahap pencapaian matematik pelajar. Tiga orang responden dipilih secara teknik persampelan bertujuan, iaitu seorang pelajar pencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dikumpulkan menggunakan instrumen iaitu ujian penyelesaian masalah bukan rutin dengan menggunakan kaedah think-aloud, protokol temu bual pra ujian, protokol temu bual berasaskan tugasan dan log pemerhatian. Transkrip verbatim sesi think-aloud dianalisis dan dikodkan menggunakan Kerangka Kerja Metakognisi Untuk Analisis Protokol Penyelesaian Masalah Matematik. Dapatan kajian ini memberi justifikasi bahawa proses metakognitif merupakan aspek yang penting dalam menentukan kejayaan dalam proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin. Pelajar pencapaian cemerlang mempamerkan proses metakognitif yang lebih baik daripada pelajar sederhana dan rendah. Pelajar berpencapaian cemerlang berkemampuan untuk mengorentasi sesuatu masalah dan merangka perancangan berdasarkan interpretasinya tentang matlamat masalah. Manakala pelajar pencapaian sederhana dan rendah menghadapi kesukaran dalam mengorentasi masalah dan tidak berupaya membuat perancangan yang strategik untuk menyelesaikan masalah bukan rutin. Mereka meluangkan lebih banyak masa dalam episod penerokaan berbanding pelaksanaan. Kesemua responden juga didapati tidak mengimplimentasikan semakan semula yang komprehensif sebagai suatu amalan rutin

PENGENALAN
Beberapa kajian mengenai tingkah laku penyelesaian

masalah dalam kalangan ahli matematik dan penuntut matematik, ialah kebanyakan kesilapan dalam menyelesaikan masalah adalah disebabkan oleh kegagalan metakognisi, bukannya kurang ilmu pengetahuan matematik. Begitu juga dengan dapatan kajian Garofalo dan Lester (1985), telah menunjukkan bahawa kejayaan dalam penyelesaian masalah bergantung kepada proses metakognisi.

Metakognisi adalah penting dalam proses

penyelesaian masalah kerana setiap orang perlu sedar tentang matlamat dan apa yang dilakukannya, strategi yang digunakan bagi mencapai matlamatnya dan keberkesanan strategi tersebut

Peranan metakognisi di dalam penyelesaian masalah

matematik memang mendapat tempat di kalangan penyelidik kerana ia adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam menyelesaikan masalah matematik

PERNYATAAN MASALAH
Apabila berhadapan

dengan masalah yang kompleks dan bukan rutin, pelajar selalunya akan merenung pada soalan dan terus cuba memilih apakah pengiraan yang akan dilaksanakan terhadap nombor-nombor yang terdapat dalam soalan. Ini kerana kerana kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami bagaimana untuk menggunakan semua informasi yang sedia ada untuk mereka dan mereka tidak mengetahui apa yang mereka tidak faham

Dua

faktor yang menyebabkan pelajar tidak berkeyakinan dan tidak berkebolehan dalam menyelesaikan masalah matematik, terutamanya yang melibatkan masalah bukan rutin

Kelemahan dalam kemahiran (konsep, formula,

algoritma, penyelesaian masalah) dan pengetahuan. Kelemahan dalam heuristik dan metakognisi.

ilmu

TUJUAN/OBJEKTIF

Untuk mengenal pasti proses metakognitif yang dipamerkan oleh pelajar tingkatan empat semasa menyelesaikan masalah matematik bukan rutin mengikut tahap pencapaian matematik pelajar.

KEPENTINGAN KAJIAN
Untuk membantu dan memberi panduan kepada

para pendidik serta beberapa pihak lain untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran metakognitif para pelajar. Kegagalan dalam mengorientasikan masalah merupakan faktor utama yang mendorong kegagalan pelajar pencapaian sederhana dan rendah dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin

Pengajaran

guru seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada melaksanakan penyelesaian, yang kebanyakannya menekankan kepada penggunaan strategi dan formula semata-mata. Pengajaran harus juga menitik beratkan pendekatan-pendekatan untuk meningkatkan kemahiran memahami dan mentaksir masalah.

BATASAN KAJIAN
3 pelajar Masa kerana pengumpulan data dilaksanakan

melalui 4 fasa.

TINJAUAN LITERATUR
Arslan & Altun, 2007 - pelajar tidak berkeyakinan dan tidak berkebolehan

dalam menyelesaikan masalah matematik, terutamanya yang melibatkan masalah bukan rutin . Apabila berhadapan dengan masalah yang kompleks dan bukan rutin, pelajar selalunya akan merenung pada soalan dan terus cuba memilih apakah pengiraan yang akan dilaksanakan terhadap nombor-nombor yang terdapat dalam soalan. Dua faktor yang menyebabkan pelajar tidak berkeyakinan dan tidak berkebolehan dalam menyelesaikan masalah matematik, terutamanya yang melibatkan masalah bukan rutin iaitu (i) adalah kelemahan dalam kemahiran (konsep, formula, algoritma, penyelesaian masalah) dan ilmu pengetahuan. (ii) kelemahan dalam heuristik dan metakognisi. Rujukan : Arslan, C. & Altun, M. (2007). Learning to solve non-routine mathematical problems. Elementary Education Online. 6(1), 50-61.

Schoenfeld (1985), dalam kajiannya mengenai tingkah laku penyelesaian

masalah dalam kalangan ahli matematik dan penuntut matematik, telah menyimpulkan bahawa kebanyakan kesilapan dalam menyelesaikan masalah adalah disebabkan oleh kegagalan metakognisi, bukannya kurang ilmu pengetahuan matematik. Kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami bagaimana untuk menggunakan semua informasi yang sedia ada untuk mereka menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Rujukan Schoenfeld, A. H. (1985). Mathematical problem solving. Orlando, Florida: Academic Press. Inc. Dan yang lebih serius lagi mereka tidak mengetahui apa yang mereka tidak faham. Sekiranya pelajar tidak menyedari apakah kesilapan mereka dalam percubaan menyelesaikan sesuatu masalah, mereka mungkin tidak akan berupaya untuk mengambil sebarang langkah pembetulan yang mungkin mendorong mereka kepada kejayaan. (Schurter, 2002; Martinez, 2006). Rujukan Schurter, W. A. (2002). Comprehension monitoring: An aid to mathematical problem solving. Journal of Developmental Education, 26(2), 2233. Martinez, M. E. (2006). What is problem solving? Phi Delta Kappan, 87(9), 696699.

Kajian Garofalo dan Lester (1985), telah menunjukkan bahawa kejayaan dalam

penyelesaian masalah bergantung kepada proses metakognisi. Rujukan Garafalo, J. & Lester, F. K. (1985). Metacognition, cognitive monitoring and mathematical performance. Journal for Research in Mathematics Education 16(3), 163-176 Metakognisi adalah penting dalam proses penyelesaian masalah kerana setiap orang perlu sedar tentang matlamat dan apa yang dilakukannya, strategi yang digunakan bagi mencapai matlamatnya dan keberkesanan strategi tersebut (Martinez, 2006) Martinez, M. E. (2006). What is problem solving? Phi Delta Kappan, 87(9), 696-699.

Polya

(1945), pelopor kepada model penyelesaian masalah matematik menyatakan bahawa strategi menyelesaikan masalah matematik mesti melalui langkah (a) memahami masalah (b) merancang strategi penyelesaian (c) melaksanakan strategi penyelesaian (d) menyemak semula Polya juga mengingatkan bahawa adalah menjadi salah satu tugas terpenting para pendidik untuk membantu pelajar-pelajar. Menurutnya cara terbaik untuk membantu pelajar adalah secara semula jadi, iaitu para pendidik harus menganggap diri mereka sebagai pelajar, harus memahami keadaan pelajar dan harus cuba memahami apa yang berlaku dalam fikiran pelajar. Pendek kata, sebelum sesuatu bantuan dihulurkan, pendidik seharusnya terlebih dahulu cuba menyelami dan memahami proses pemikiran pelajar-pelajarnya. Rujukan Polya, G. (1993). Bagaimana ia diselesaikan:Aspek baru kaedah matematik, Edisi kedua. (Mohd. Said Bono, Lee Chuan Seng, Fatimah Salleh & Yeong Ah Lok, Terjemah). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.(Karya asli diterbitkan 1957)

ULASAN

Senarai literatur yang dirujuk Sesuai dengan kajian yang dijalankan.

Tidak banyak kajian yang melebihi tahun 2000 dan

ke atas dan kajian ini mempunyai rujukan terkini yang banyak di bahagian rujukan tetapi tidak terdapat di dalam artikel.

ARTIKEL 2 (JENIS KUANTITATIF)

KANDUNGAN

TAJUK ABSTRAK LATAR BELAKANG PERNYATAAN MASALAH TUJUAN / OBJEKTIF SOALAN KAJIAN HIPOTESIS KEPENTINGAN KAJIAN BATASAN KAJIAN KERANGKA KONSEPTUAL MODEL / TEORI SENARAI LITERATUR

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

ABSTRAK

LATAR BELAKANG KAJIAN

PERNYATAAN MASALAH
1. Kekurangan makna yang dikongsi bersama antara guru dan pelajar mengakibatkan hubungan yang tidak baik serta proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan 2. Penguasaan kemahiran interpersonal dalam kalangan guru dan pelajar adalah kurang memuaskan 3. Penekanan yang kurang terhadap aspek bahasa matematik akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami dan menguasai konsep serta kemahiran matematik

TUJUAN

SOALAN KAJIAN
Adakah terdapat perbezaan skor min persepsi yang

signifikan antara persepsi pelajar? Adakah terdapat perbezaan skor min persepsi yang signifikan antara persepsi guru?

HIPOTESIS KAJIAN
Wujud perbezaan skor min persepsi yang signifikan

antara persepsi pelajar Wujud perbezaan skor min persepsi yang signifikan antara persepsi guru

KEPENTINGAN KAJIAN
Meningkatkan, menggalakkan dan memastikan guru

mempunyai kemahiran interpersonal untuk berkomunikasi dalam bilik darjah

BATASAN KAJIAN
Hanya melibatkan 521 orang pelajar sekolah

menengah dan 76 orang guru matematik Hanya di satu daerah di Selangor

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

MODEL / TEORI YANG DIGUNAKAN

Model Komunikasi Matematik Shannon Weaver


Menerangkan lima elemen penting dalam

komunikasi : sumber, penyebar, saluran, penerima dan destinasi Memperkenalkan sumber gangguan Pada mulanya melihat komunikasi sebagai proses satu hala Model hasil semakan mengandungi penambahbaikan melibatkan maklum balas daripada destinasi kepada sumber

MODEL SHANNON WEAVER (ASAL)

MODEL SHANNON WEAVER (SEMAKAN)

Model Leary
2 dimensi : pengaruh, lingkungan Dimensi pengaruh : pihak yang menguasai

komunikasi Dimensi lingkungan : sebanyak mana kerjasama wujud antara individu yang berkomunikasi Telah diperincikan oleh Wubbels, Creton dan Hooymayers (1985) bagi mewakili amalan komunikasi interpersonal guru mengandungi lapan bahagian

MODEL YANG DIBINA


Kerangka yang dibina menggambarkan interaksi guru

dan pelajar Guru sebagai sumber, pelajar sebagai penerima Aspek yang diberi perhatian : - mencabar - memberi galakan dan pujian - sokongan bukan verbal - memahami dan peramah - mengawal Sepanjang komunikasi, pelajar turut memberikan maklum balas

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

SENARAI LITERATUR YANG DIRUJUK

Mendapati penguasaan kemahiran inerpersonal dalam

kalangan guru serta pelajar adalah kurang memuaskan Kamarulzaman Kamaruddin(2007). Kemahiran interpersoanal guru sekolah menengah.Jurnal Pedagogi, 1(2), 47 - 62

Kajian memberi tumpuan kepada kemahiran guru

mengemukakan soalan daripada asper bahasa matematik dan komunikasi. Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah masih berada pada tahap yang sederhana. Norasliza Hassan & Zaleha Ismail.(2008, Oktober). Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, Johor, Malaysia.

Guru-guru matematik yang mendapat maklum

balas mengenai analisis interaksi mereka semasa pengajaran dan pembelajaran akan memperbaiki kelakuan verbal mereka. Guru cenderung untuk lebih prihatin terhadap perasaan pelajar, lebih kerap memuji pelajar, menggunakan idea-idea pelajar, dan menggalakkan pelajar-pelajar untuk mula berinteraksi. Kesannya, pelajar-pelajar mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan dalam subjek matematik serta menunjukkan kelakuan yang baik dalam bilik darjah
See, K. H. & Lim, S. B. (2006). Effectiveness of interaction analysis feedback on the verbal behavior of primary school mathematics teachers. Jurnal Pendidik dan Pendidikan , 21, 115128

ULASAN
Senarai literatur yang dirujuk

- sesuai dengan kajian yang dilakukan - adalah yang terkini bermula tahun 2000 dan ke atas