Вы находитесь на странице: 1из 13

JANERIUS AFERID IRWIN RANDY VINCENT CLEEVE

Peperangan yang berpanjangan. 1. ) Peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland Lithuania, Rusia , Austria-Hungary. 2. ) Merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun, lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. 3. ) Sebelumnya, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam perang Lepanto pada Tahun 1571.

KONSPIRASI BARAT 1. ) pada abad ke-17,Kegiatan penguasaan Uthmaniyyah di kawasan luar negara hampir lumpuh kecuali kejayaan menguasai Create dan Mezokerestes. 2. ) Selain itu, Kuasa Eropah iaitu Perancis, England, Belanda mengambil kesempatan daripada perjanjian Capitulation. 3. ) Pemerintah Uthmaniyyah ketika ini telah menandatangani perjanjian damai yang menunjukkan kelemahan mereka di peringkat antarabangsa iaitu perjanjian Karlowitz dan perjanjian Passorowitz.

POLITIK 1.)Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

2. ) Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. 3. ) masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan

EKONOMI 1. ) Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. 2. ) Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah. 3.) Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

3.) sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. 4. ) Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah.

SOSIAL 1. ) Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata.

2. ) Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut.

3. Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. 4. ) golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.

PENGARUH LUAR 1. ) Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku.

2. ) siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania.

Вам также может понравиться