Вы находитесь на странице: 1из 47

By failing to prepare, you are preparing to fail

Ben Franklin

22-03-2010

program peningkatan prestasi SPM 2010LAM TEE YAW

PROGRAM KECERMELANGAN PELAJAR SPM 2013 STRATEGI MENJAWAB PERDAGANGAN

DISAMPAIKAN OLEH

LAM TEE YAW SMK SANDAKAN II


program peningkatan prestasi SPM 2013 LAM TEE YAW 2

FORMAT KERTAS SPM


KERTAS MASA CAKUPAN KONTEKS BENTUK SOALAN BILANGAN SOALAN BILANGAN SOALAN YANG WAJIB DIJAWAB

1JAM 15 MINIT

TING. 4 & 5

OBJEKTIF

40

40

BAHAGIAN A : 5 SOALAN 2 2 JAM TING. 4 & 5 SUBJEKTIF BAHAGIAN B : 1 SOALAN

1
3

KELEMAHAN CALON DALAM MENJAWAB KERTAS 1


Tidak mengetahui cara menjawab soalan objektif dengan cekap dan jimat masa. Membazir terlalu banyak masa dalam satu soalan terutamanya soalan pengiraan. Kekurangan sifat yakin pada diri sendiri yang menyebabkan calon membazir masa dalam satu soalan Cuai atau keliru dengan kata kunci soalan yang mengandungi perkataan KECUALI, BUKAN dan TIDAK. Asyik mencari pemadam/kalkulator bila membuat pembetulan-membazir banyak masa !
4

TEKNIK MEJAWAB SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1


1. Calon diperuntukkan kira-kira 1 minit 50 saat untuk satu soalan objektif. 2. Siapkan soalan yang mudah dengan masa 1 minit atau kurang supaya soalan susah diperuntuk dengan masa yang lebih lama. 3. Tinggalkan soalan yang susah dan rumit, dahulukan soalan yang senang. Bila sudah siap semua soalan yang senang, kembali kepada soalan yang susah. Bulatkan no soalan yang susah supaya senang dicari.

BENTUK SOALAN OBJEKTIF


Soalan adalah berbentuk :objektif aneka pilihan, aneka pelengkap dua aneka pelengkap tiga pilihan

objektif aneka pilihan


1. Apakah kelebihan pengangkutan laut

A. B. C. D.

Kerja pemunggahan dapat dikurangkan Mengangkut semua jenis barang Serahan dari pintu ke pintu Ruang muatan yang luas

aneka pelengkap dua


2. Antara yang berikut, yang manakah perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum meluluskan permohonan overdraf? I Kedudukan kewangan II Tujuan permohonan III Barang yang diniagakan IV Jenis pemilikan perniagaan

A I dan II
B II dan III

C III dan IV
D I dan IV
8

aneka pelengkap tiga pilihan


3. Apakah kelebihan penggunaan cek? I Boleh digunakan di mana-mana tempat II Menjadi bukti pembayaran III Memudahkan pembayaran IV Selamat digunakan A I,II, dan III B I,II, dan IV C I,III,IV D II,III,IV

KELEMAHAN CALON DALAM KERTAS 2 Tidak dapat mengingat fakta dengan tepat. Jawab ikut logik umum, tidak dapat menggunakan fakta perdagangan semasa menjawab. Laras bahasa yang lemah. Pelajar tidak memahami skema permarkahan. Isi tersasar atau fakta kurang tepat.Tidak mengikut fakta di buku teks
10

Fakta tidak cukup atau berulang. Tidak faham dan ingat rumus.Cthnya pengiraan jumlah dividen koperasi runcit. Jawapan tidak mengikut kata tugas.Cth kata tugas iaitu ,terangkan huraikan, bandingkan, bezakan. Jawapan dalam frasa pendek bagi soalan penerangan. Jawapan terlalu pendek dan tidak diterangkan dengan terperinci. Tidak menjawab soalan wajib pada bahagian B.
11

Calon mengemukakan konsep yang salah dan tidak relevan. Jawapan tidak dalam skop fakta perdagangan. Jawapan bukan dari buku teks. Calon menyalin semula petikan ayat / frasa / soalan Kemahiran KBKK (kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif) kurang pada calon. Tidak dapat mengenalpasti kehendak soalan. Cth, gambar rajah, dialog atau jadual. Calon mahir menghafal. Oleh itu jawapan yang diberikan tidak tepat aplikasi dengan situasi dalam soalan. Jawapan tidak menerangkan situasi yang terkandung dalam soalan Terpengaruh dengan buku-buku rujukan / ulangkaji dan contoh menjawab yang kurang tepat.
12

STRATEGI MENJAWAB SOALAN ESEI


1. Baca semua soalan terlebih dahulu secara TELITI dan pilih soalan-soalan yang anda ingin jawab. 2. Rangkakan jawapan anda dahulu sebelum menjawab soalan-soalan. Tuliskan isi-isi penting terus pada kertas soalan tersebut untuk mengelakkan terlupa isi. 3. Pastikan soalan yang ingin dijawab anda fahami dan boleh menjawab keseluruhan pecahan soalan yang diberikan 4. Pastikan soalan dijawab dalam masa yang ditetapkan iaitu 2 jam. Anda dikehendaki menjawab satu soalan lengkap dalam masa 25 minit hingga 30 minit sahaja.
13

5. Jawab dalam bentuk esei dan pastikan satu fakta untuk satu perenggan sahaja.
6. Sertakan yang perlu jika dikehendaki berbuat demikian, atau rangkakan gambarajah yang sesuai untuk membantu menjawab soalan. 7. Pastikan tulisan anda boleh dibaca dan difahami oleh pemeriksa

8. Baca sepintas lalu jawapan sebelum kertas jawapan dihantar. Dan masukkan fakta-fakta terkini yang terlintas di fikiran anda.
PASTIKAN ANDA MENULIS NOMBOR SOALAN DENGAN TEPAT. KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN YANG MENYEBABKAN MARKAH KOSONG
14

MARKAH

KATA KUNCI KONSEP

TEKNIK PENGIRAAN MEMBACA SOALAN

FAKTOR

GAMBAR RAJAH

MEMBUAT KAITAN

BANDING BEZA

15

KATA TUGAS:
Perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan.

TERANGKAN ?-(paling banyak) NYATA DAN TERANGKAN ? BANDINGKAN ? BEZAKAN ? BINCANGKAN ? MENGAPAKAH ? TERANGKAN ? HURAIKAN ? HITUNGKAN ? NYATAKAN ?
16

CONTOH /
RAJAH

BENTUK SOALAN

HURAIAN

MARKAH

TIPS
MASA
FAKTA CUKUP. RINGKAS & TEPAT
17

TERANGKAN, MENGAPAKAH, BAGAIMANAKAN, ..

1. FAKTA 2. HURAIAN FAKTA / CONTOH YANG SESUAI


18

SOALAN JELASKAN..
-Fakta kesemuanya.

(calon boleh beri lebih, tetapi


ada had maksimum)

19

SOALAN HURAIKAN.
= FAKTA

= HURAIAN
(BIASANYA LEBIH DARI SATU)

20

Contoh SOALAN HURAIKAN:


Huraikan keperluan maslow terdiri daripada tiga tahap. Huraikan ketiga-tiga tahap tersebut. (8m)

21

Nyatakan..
Jawapan hanya memerlukan Fakta sahaja tanpa huraian.
-Contoh:

- Nyatakan tiga kelebihan menjual barang secara sewa beli. (3m)

22

Bezakan.
Jawapan memerlukan calon : Membezakan 2 perkara yang berbeza. Boleh dibuat dalam 2 bentuk : 1. Bentuk Esei 2. Bentuk Jadual ( bentuk T)
23

Bezakan
Bentuk Esei : 1. Mesti menggunakan penanda wacana seperti sebaliknya / manakala / pula. 2. Membezakan aspek / perkara yang sama.

24

Bezakan.
Bentuk Jadual : 1. Ayat mesti lengkap / boleh berdiri sendiri. 2. Membezakan aspek yang sama. 3. Penggunaan Ya / Tidak atau Ada / Tak ada tidak digalakkan.

25

Contoh.
Berikan empat perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri.

26

Bandingkan
Jawapan hendaklah mengandungi: 1. Persamaan 2. Perbezaan

27

Pengiraan Berformat:
Jawapan calon hendaklah: 1. Mengikut format yang betul. 2. Menunjukkan jalan kerja yang tersusun.

28

Format Soalan Esei


Soalan Fakta Terangkan fungsi bank pusat Cara pengolahan Setiap perenggan mula dengan fakta / isi Berikan ulasan / huraian terhadap fakta / isi yang ditulis Seboleh-boleh cuba adalah contoh/graf/ data berdasarkan markah yang diperuntukkan. Banyaknya fakta bergantung kepada markah yang diperuntukkan Contoh: 8 markah - lebih kurang 4 fakta Jawapan hendaklah ringkas dan padat
sambung...
29

Format Soalan Esei Contoh jawapan Soalan Fakta


Mengeluarkan mata wang Bank Negara perlu memastikan (bekalan wang yang beredar dalam ekonomi adalah mencukupi) bagi melicinkan perdagangan dan aktiviti ekonomi. Contohnya Bank Negara akan (mengeluarkan jumlah wang yang meningkat pada musim perayaan seperti Hari Raya.)
30

Format Soalan Esei


Soalan Konsep/Penjelasan Konsep
Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran.

Cara pengolahan
Definisi Pengolahan/Ulasan

31

CONTOH:
Jelaskan maksud perkara-perkara berikut: a. Jualan tunai b. Jualan prabayar c. Jualan sewa beli

32

Format Soalan Esei


Soalan Bezakan
-Terangkan perbezaan antara kapal kargo dengan kapal kerentan.

Cara pengolahan
Mesti menampakkan perbezaan Definisikan konsep penting Contoh
sambung...

33

Format Soalan Esei


Soalan Bincangkan
Bincangkan konsep skim perbankan islam secara ringkas.

Cara pengolahan
Definisi konsep yang disoal Ulasan/Olahan

sambung...

34

Format Soalan Esei


Soalan: Tuliskan nota-nota ringkas
Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah: a. Cek Kembara b. Invios Pro-forma c. Poslaju
35

BAHAGIAN B : WAJIB JAWAB (25 MARKAH)

KAJIAN KES

36

BAHAGIAN B: KAJIAN KES


Keropok Sedap Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat baru yang menghasilkan makanan ringan pelbagai jenis seperti keropok ikan, kerepek ubi, pisang dan kacang tumbuk di Puchong. Pada peringkat awal makanan ringan tersebut dipasarkan, sambutan pelanggan kurang memuaskan dan terpaksa pula bersaing dengan makanan ringan syarikat lain yang lebih terkenal. Kajian pemasaran telah dilakukan dan didapati makanan ringan syarikat tersebut belum lagi dikenali umum dan edarannya terhad di kawasan puchong sahaja. Malah pengguna merungut ada keropok dan kerepek tersebut cepat lemau dan rosak.

KONTEKS 6.1B

37

Justeru itu, syarikat telah melaksanakan strategi pemasaran yang lebih berkesan dan di samping mengambil langkah menambahkan lagi aset seperti tiga buah van lagi, menambahkan mesin pengeluaran dan mengambil lebih ramai pekerja baru Strategi pemasaran dan pembaharuan aset tersebut berjaya, jualan telah meningkat dengan mendadak. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut :

38

(a) Jelaskan strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Keropok Sedap Sendirian Berhad sehingga menghasilkan peningkatan dari segi jualan. (12M)

-Produk/keluaran (1m)-membuat kajian dan melakukan baik pulih (1m) supaya makanan ringan tersebut tidak mudah lemau dan semakin rangup dan sedap (1m) -Harga (1m)- mengenakan harga yang berpatutan (1m)bersesuaian dengan kos menghasilkan keluaran + margin keuntungan(1m) -Agihan (1m)- dengan pembelian aset seperti van(1m) dapat meluaskan pasaran di seluruh negara tidak terhad di sekitar lembah klang sahaja(1m) -Promosi (1m)-menyediakan promosi secara intensif (1m) dan menyeluruh serta mengambil kira cita rasa pelanggan.(1m)
39

(b) Terangkan tiga jenis polisi insurans yang wajib diambil oleh Keropok Sedap Sendirian Berhad (7m)

-polisi kenderaan bermotor (1m)-syarikat mempunyai kenderaan iaitu van yang digunakan untuk membuat penghantaran barang dan meluaskan pasaran (1m) -Polisi tanggungan majikan (1m)- -kerana syarikat mempunyai ramai pekerja (1m)- dan perlu menjaga kebajikan pekerja tersebut,contoh insurans PERKESO. (1m)-Polisi kebakaran (1m)- kerana syarikat mempunyai premis dan aset serta mesin yang perlu dilindungi daripada risiko kebakaran yang mungkin akan berlaku. (1m)40

STRATEGI SKOR A
Tetapkan matlamat sendiri untuk belajar. Memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Bertanya kepada guru jika terdapat soalan yang tidak dapat dijawab. Sentiasa mengenalpasti kelemahan sendiri dan memperbaiki kelemahan tersebut. Sentiasa ulangkaji. Membuat latihan secara konsisten dan cukup. (kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas) Dapatkan kertas soalan negeri lain www.banksoalanspm.com Berdisiplin dalam pembelajaran.
LAM TEE YAW emel : teeyaw2000@yahoo.com

STRATEGI SKOR A
Tetapkan matlamat sendiri untuk belajar. Memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Bertanya kepada guru jika terdapat soalan yang tidak dapat dijawab. Sentiasa mengenalpasti kelemahan sendiri dan memperbaiki kelemahan tersebut. Sentiasa ulangkaji. Minit-Hour-Day-Week-Month. Bina jadual waktu belajar rutin (5-6 jam sehari) Membuat latihan secara konsisten dan cukup. (kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas) Dapatkan kertas soalan negeri lain www.banksoalanspm.com Berdisiplin dalam pembelajaran.
22-03-2010 program peningkatan prestasi SPM 2011LAM TEE YAW 42

BAB-BAB PENTING.
1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama). 2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama). 3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri. 4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan. 5. Bab 10 - Insurans. 6. Bab 11 - Promosi. 7. Bab 12 - Pengangkutan. 8. Bab 15 - Keusahawanan. 9. Bab 16 - Pelaburan.
program peningkatan prestasi SPM 2010LAM TEE YAW

22-03-2010

43

LAM TEE YAW emel : teeyaw2000@yahoo.com

Never, never, never give up.


Winston Churchill

45

Action is the foundational key to all success.


( Pablo Piccaso)

LAM TEE YAW emel : teeyaw2000@yahoo.com

All THE BEST SPM 2013!

47

Вам также может понравиться