Вы находитесь на странице: 1из 14

KONSEP KESIHATAN DAN

KECERGASAN DIRI
1.1 Definisi kesihatan diri
Konsep kesihatan menyeluruh
Hubungan kesihatan, kesejahteraan
dan kualiti hidup
Definisi Kesihatan
Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari
segi fizikal, mental dan sosial dan bukan
hanya sekadar tiada penyakit atau cacat
cedera sahaja. (WHO, 1948)

Kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi,
mental, spiritual dan kecergasan biologikal
individu hasil daripada adaptasi individu
terhadap persekitaran. (Dubos R., 1968)
Keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan
yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini
ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula
dengan kesihatan optimum dan berakhir
dengan kesihatan sifar. (Hoyman, 1962)
Konsep Kesihatan Menyeluruh
Meliputi..
1. Kesihatan Fizikal
2. Kesihatan Sosial
3. Kesihatan Mental
4. Kesihatan Emosi
5. Kesihatan Persekitaran
6. Kesihatan Rohani
1. Kesihatan Fizikal
Merangkumi kecergasan dari segi fizikal,
amalan pemakanan yang berkhasiat dan
mendapat rehat dan tidur yang cukup.
Kesihatan fizikal juga merangkumi ketiadaan
penyakit dan ketidakupayaan, serta bertenaga
untuk melakukan kerja harian dan aktiviti
waktu senggang tanpa berasa lesu
Amalan seks, penggunaan dadah serta alkohol
juga memainkan peranan dalam komponen
kesihatan ini.
2. Kesihatan Sosial
Keupayaan kita untuk berinteraksi dengan
orang lain dan persekitaran sosial secara
berkesan sertamenikmati kepuasan
hubungan peribadi (Nieman, 1999).
Merangkumi kepuasan, kepercayaan dalam
perhubungan dan interaksi yang baik dengan
orang lain.
Sihat secara sosial dalam alam nyata.
3.Kesihatan Mental
Tidak mempunyai masalah mental dan
berupaya untuk berhadapan dengan cabaran
harian serta berinteraksi dengan masyarakat
tanpa sebarang masalah mental, emosi atau
tingkah laku
Kesihatan fizikal tidak dipengaruhi kesihatan
mental.
Ciri kesihatan mental : pemikiran yang
rasional, mampu mencari solusi terhadap
sesuatu masalah, etc.

4.Kesihatan Emosi
Berasal dari perkataan Latin emover yang
bermaksud kegembiraan dan kegusaran.
Kamus Dewan- Perasaan pada jiwa yang
kuat seperti marah, sedih, gembira dsb.
Dapatkan dikonklusikan kesihatan emosi
berkait rapat dengan perasaan yang terdapat
pada diri seseorang.
Prof. Daniel Goleman (Uni. Havard) dalam
bukunya Emotional Intelligent , Emosi :
Kebolehan mengenalpasti dan mengawal
emosi dalam diri sendiri dan orang lain.


5.Kesihatan Persekitaran
WHO - Segala aspek tubuh manusia termasuk
kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai
kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga
merujuk kepada teori dan amalan berterusan
menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran
yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Merujuk kepada impak alam semula jadi kepada
kesihatan.
Menghidarkan diri daripada melakukan aktiviti yang
mencemarkan alam sekitar,

6.Kesihatan Rohani
Merangkumi kepercayaan, agama, falsafah,
nilai, kesetiaan, prinsip, moral atau etika.
Merupakan jalinan perasaan dalaman pada
diri sendiri, kepentingan orang lain dan alam
sekeliling.
Hubungan kesihatan, kesejahteraan
dan kualiti hidup
DEFINISI KESEJAHTERAAN
Satu bentuk pengukuran kualiti hidup yang
diukur secara psikologi (internal) yang
melibatkan beberapa dimensi seperti
kegembiraan, kepuasan hidup, harga diri,
kecekapan diri, kehidupan berkeluarga,
pekerjaan, pendidikan dan kewangan (Magrabi
et al., 1991; Atchley, 2004; Billson, 2005;
Costanza et al., 2007; McLead, 2008; Bretones
& Gonzales, 2011).

Kesejahteraan juga dirujuk sebagai perasaan
bebas daripada sebarang tekanan dan
kemelaratan, rasa gembira mengatasi rasa
sedih dalam jangka panjang, perasaan positif
dengan kehidupan dan memperolehi apa yang
diinginkan seiring dengan matlamat (Atchley,
2004)
Suatu keadaan optima yang diukur daripada
aspek kepuasan, keyakinan, ketahanan dan
kesihatan fizikal (Billson, 2005)
Respons individu atau kumpulan terhadap
kegembiraan, kepuasan hidup, utiliti atau
kebajikan. (Costanza et al.,2007)
DEFINISI KUALITI HIDUP
Satu pernyataan umum yang merujuk kepada
kesejahteraan atau ketidaksejahteraan masyarakat
dalam persekitaran kehidupan mereka. (Bubolz et
al., 1980)
Kehidupan yang baik atau menjalani kehidupan
dengan kualiti yang tinggi (Ventegodt et al., 2003)
Persepsi individu terhadap kepuasan ke atas
sesuatu keadaan, persekitaran dan hubungan
secara relatif dengan alternatif sedia ada seperti
keluarga dan rakan, kerja, pendapatan, kejiranan
dan tempat tinggal. (Goldsmith, 2005)
HUBUNGAN ANTARA KESIHATAN,
KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP
Kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup
amat berkait rapat antara satu sama yang lain.
Apabila kita mempunyai kesihatan yang baik,
hidup akan lebih sejahtera dan kualiti hidup
akan menjadi baik dan sebaliknya.

Вам также может понравиться