Вы находитесь на странице: 1из 11

Migrasi

Penduduk
Definisi

Migrasi penduduk ialah penghijrahan
penduduk dari satu tempat ke tempat yang
lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi
antarabangsa dan migrasi dalaman. Migrasi
antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah
negara ke negara yang lain. Migrasi dalaman
pula ialah perpindahan penduduk antara
kawasan-kawasan sesebuah negara sama ada
perpindahan tempat tinggal secara sementara
atau kekal.
Kaedah Kajian
(a)Pemerhatian
Pemerhatian terhadap penduduk dan kawasan
perumahan serta jenis kemudahan yang terdapat di
kawasan persekitaran.
(b) Temu bual
Menemu bual dengan jiran untuk mendapatkan
maklumat tentang kawasan kajian.
(c) Rujukan
Pengumpulan maklumat melalui internet
Rujukan daripada buku rujukan geografi tingkatan 2.
Objektif kajian
Mendefinisikan dan
menghuraikan konsep migrasi
penduduk.
Mengkaji dan menghuraikan
faktor-faktor yang
mempengaruhi migrasi penduduk.
Membuat rumusan keseluruhan
termasuk penerapan nilai dan
unsur patriotisme dalam kajian.
Jenis-jenis migrasi
(a) Dari luar bandar ke bandar
(b) Dari luar bandar ke luar bandar
(c) Dari bandar ke bandar
(d) Dari bandar ke luar bandar
Nama salah seorang jiran saya ialah
Puan Ng Li Yen. Beliau ialah seorang suri
rumah tangga. Beliau berpindah dari luar
bandar ke bandar kerana beliau ingin
memberi anaknya pendidikan yang lebih
tinggi dan berkualiti.

Nama jiran yang tinggal di depan
rumah saya ialah Encik Tan Geng
Huat. Beliau merupakan seorang
pekerja kilang. Beliau berpindah dari
bandar ke bandar kerana beliau telah
dinaikkan pangkat sebagai pengurus
kilang. Oleh sebab pertukaran tempat
kerja, dia terpaksa berpindah
bersama keluarganya.
Jenis migrasi di kawasan kajian saya,Taman Soga.
Encik Jalim juga merupakan jiran
saya. Beliau telah berpindah dari
bandar ke bandar. Beliau berpindah
ke KL untuk mencari peluang bekerja
dan untuk mendapat gaji yang tinggi.
Migrasi luar bandar ke bandar:
Peluang pekerjaan
Kadar upah
Kemudahan asas
Peluang pendidikan tinggi
Kestabilan politik
Bencana alam
Keluarga


Migrasi luar bandar ke luar bandar:
(a)Dasar kerajaan
Mengurangkan kadar kemiskinan
Meningkatkan pendapatan penduduk
Meningkatkan taraf hidup penduduk
(b)Pertukaran kerja
Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi.
Penerapan nilai-nilai murni dan
unsur patriotisme.

Setelah selesai membuat kajian ini,
saya telah mengetahui jenis migrasi yang
berlaku di Malaysia. Semasa membuat
kajian ini, saya mengerti bahawa saya
adalah bertuah untuk menjadi rakyat
Malaysia. Dalam perbualan dengan jiran,
saya mendapati ada daripada mereka
asalnya tinggal di bandar atau luar
bandar. Dengan pemahaman tersebut,
saya lebih mudah untuk berkomukasi dan
lebih mengenali mereka. Hubungan kami
juga akan dieratkan lagi.
Sekian,terima kasih.

Вам также может понравиться