Вы находитесь на странице: 1из 16

EKONOMI ASAS

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM EKONOMI ASAS


(3757)

KERTAS 1 40 SOALAN (MASA: 1 JAM 15 MINIT)
KERTAS 2 BAHAGIAN A : ESEI (5 SOALAN PILIH 3)

BAHAGIAN B : KAJIAN KES
(1 SOALAN WAJIB JAWAB)
MASA 2 JAM
KERTAS 1 Setiap soalan diberikan 4 pilihan; jawapan
hampir sama dan mengelirukan.

Jawab soalan yang anda tahu dahulu
Baca keempat-empat pilihan jawapan dengan teliti kemudian pilih yang paling
tepat.
Tinggalkan mana-mana soalan yang tidak dapat dijawab, kemudian baru kembali
semula.
Jangan terlalu tertumpu banyak masa kepada satu-satu soalan.
Satu soalan hanya perlu 53 saat sahaja.
Tumpukan perhatian atau gariskan perkataan seperti tidak benar, kecuali dan
bukan.
Habiskan 40 soalan dalam masa 1 jam 15 minit!
Untuk soalan yang susah, gunakan teknik meneka dan pastikan tekaan BIJAK
PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH YANG TINGGI UNTUK
KERTAS 2 (BAHAGIAN A)

Penyampaian isi/fakta hendaklah teratur
Jelas serta memahami konsep soalan yang ditulis
Huraian fakta mesti sesuai dengan peruntukan markah
Jangan mengulang isi/fakta yang telah ditulis
Jawapan hendaklah tepat mengiku kehendak soalan
Graf/keluk dilukis dengan menggunakan pensel 2B
Jangan menggunakan tulisan yang ringkas
Tulisan hendaklah kemas dan mudah dibaca.
CADANGAN LANGKAH MENJAWAB

Pemilihan soalan 2 minit
Rangka jawapan 5 minit
Menjawab 1 soalan 20 minit
Membuat semakan 3 minit
* Setiap soalan hendaklah dijawab dalam masa 30 minit sahaja

* Sekiranya masa 30 minit berlalu maka BERHENTI menulis
dan jawab soalan yang berikutnya.
JENIS-JENIS KATA TUGAS

1- TERANGKAN
2- KENALPASTI
3- JELASKAN/TAKSIRKAN/BAGAIMAN/BINCANGKAN
4- HURAIKAN
5- BERAPAKAH/HITUNGKAN/TUNJUKKAN/KIRAKAN
6- PERBEZAAN
7- LUKISKAN
1- KATA TUGAS TERANGKAN

Setiap fakta hendaklah diikuti dengan huraian bagi setiap
satu nya. Tanpa pendahuluan dan penutup
Seboleh-bolehnya cuba adakan contoh untuk menguatkan
huraian kepada setiap fakta.
Jawapan terus, ringkas dan padat.
Banyaknya fakta bergantung kepad markah yang
diperuntukan. BIASANYA MARKAH GENAP.
KATA TUGAS KENALPASTI
Pelajar hanya mengenalpasti
Tidak perlu menghuraikan

KATA TUGAS
JELASKAN/TAKSIRKAN/NYATAKAN/BAGAIMANA/MENG
APAKAH

Tidak perlu fakta
Hanya perlu huraian sahaja
Penandaan lebih kepada FREE MARKING
KATA TUGAS HURAIKAN

Perlu ada fakta
Huraian lebih daripada 2
Markah huraian akan diambil jumlah maksimum
KATA TUGAS PENGIRAAN/TUNJUKKAN/HITUNGKAN/KIRAKAN

Tulis formula samada dalam bentuk ayat atau rumus jika tidak diberi
Boleh dibuat secara jadual menegak atau mendatar.
Langkah demi langkah perlu dilakukan supaya pembahagian boleh
dilakukan oleh
pemeriksa dengan sistematik.
Tulis unit atau nilai pengiraan RM/juta/bilion
KATA TUGAS PERBEZAAN

Perlu menunjukkan perbezaan/perbandingan yang sejajar.
Ayat tidak boleh tergantung
Jangan tidak menulis ya/tidak atau ada/tidak ada berulang-
ulang
Setiap ciri-ciri perbezaan perlu berpasangan
KATA TUGAS LUKISKAN KELUK/GRAF

Perlu ada origin, label dan skala tepat
Skala ikut arahan soalan/bersesuain dengan saiz
kertas graf
Huraian mestilah menerangkan keluk/jadual yang
dilukis.
BAHAGIAN B KAJIAN KES

Berbentuk kes
Bilangan patah perkataan 100 150
Konstruk ( Aplikasi/analisis perkaitan/membuat
keputusan dan membanding beza)
Konteks merentasi sukatan pelajaran
tingkatan 4 dan 5
Setiap perenggan terbina satu item.
SELAMAT MENJALANI
PEPERIKSAAN SPM

KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA

Вам также может понравиться