Вы находитесь на странице: 1из 7

KEBUDAYAAN MELAYU

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


KEBUDAYAAN MELAYU.

Berasaskan kepada sejarah awal yang dapat dikesan sejak


zaman prasejarah, telah dibuktikan bahawa orang Melayu
adalah penduduk asal di alam Melayu ini.
Konsep alam Melayu itu adalah juga berkaitan dengan
kawasan atau penempatan asal Melayu.
Terdapat berbagai pendapat dalam usaha mencari pengertian
dan asal usul Melayu itu, namun usaha itu kerapkali telah
menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan, yang boleh
membawa kepada tiada penemuan yang jelas tentang Melayu.
Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan
perkembangan budaya Melayu di alam
Melayu merupakan fenomena penting dalam
pembinaan identiti Melayu dalam konteks
yang luas itu.
Peradaban Melayu itu telah dibina oleh
kelompok-kelompok Melayu di alam
Melayu dan dengan itu juga telah terbina
identiti Melayu yang berasaskan tradisi
sejarah yang sama yang dilalui oleh
kumpulan Melayu itu.
 
Penduduk asal atau orang Melayu yang mendiami alam
Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah mantap
sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi
budaya.
Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam
telah memperkukuhkan peradaban Melayu sekian lama.
Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu
telah memainkan peranan penting dalam pembinaan pusat-
pusat peradaban itu.
Gelombang pengaruh peradaban dari India amat pesat
mempengaruhi pembangunan peradanan di kepulauan
Indonesia .
Pengaruh-pengaruh itu meningkatkan peradaban Melayu.
Namun kesan peradaban yang datang itu tidak pula
menghilangkan identiti budaya Melayu itu.
CONTOH-CONTOH ATAU HASIL YANG DIPEROLEH DARIPADA PROSES PERKEMBANGAN TERSEBUT.

Kedatangan kolonial British di Semananjung Malaysia


dan kolonial Belanda di Indonesia atas kepentingan
ekonomi telah campur tangan dalam segala urusan
pentadbiran.
Kegiatan ekonomi kapitalis di barat telah mulai
berkembang di alam Melayu dan turut mempengaruhi
kehidupan penduduk tempatan.
Perkembangan ekonomi kapitalis yang lebih
menekankan kepada maksima keuntungan, dan
kemasukan modal serta teknologi dari barat telah
membawa perubahan penting di negara ini, terutama di
pusat bandar-bandar kolonial.
 
Perkembangan ekonomi kapitalis di barat telah membawa
perubahan dan pembangunan industri yang amat pesat.

Berikutan dengan ini maka industri budaya turut berkembang pesat,


yang menjadikan unsur-unsur budaya sebagai bahan-bahan budaya
sebagai bahan pengguna orang ramai sebagaimana bahan-bahan
pengguna yang lain.

Kehidupan penduduk bandar memerlukan bahan-bahan budaya itu


sebagai bahan pengguna yang memberikan mereka pengisian
keperluan yang lebih tinggi, misalnya sebagai bahan hiburan,
pengisian masa lapang, dan sebagainya.
 
Perkembangan industri budaya di barat itu turut
mempengaruhi penyebaran dan perkembangan bahan-
bahan budaya barat itu di alam Melayu.
Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya itu
diberikan nilai-nilai kemodenan dan kemajuan.
Berasaskan idea kemodenan dan kemajuan itu bahan-
bahan budaya barat itu amat disanjung tinggi dan
dihormati penduduk tempatan, terutama penduduk
bandar-bandar kolonial yang pesat mengalami proses
modenisasi dan urbanisasi itu.
Bahan-bahan budaya yang dibawa oleh kolonial itu
mempunyai kedudukan yang tinggi, dan sebaliknya
unsur-unsur budaya tempatan dianggap tradisi dan
terkebelakang.

Вам также может понравиться