Вы находитесь на странице: 1из 29

Jenis-jenis Penyelidikan

Pendidikan
Chiew Yee Jie

Jenis Penyelidikan

Penyelidikan
Penyelidikan Gunaan
Asas
Penyelidikan
PenyelidikanPenilaian
Tindakan

Penyelidikan Asas (Basic


Research)
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan manusia berdasarkan
keinginan untuk mengetahui sesuatu.

Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah


laku sosial, sama ada sesuatu teori masih boleh digunakan dalam
keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut
keadaan semasa.

Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut


(uji semula).

Penyelidikan Gunaan (Applied


Research)

Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya bagi
mencapai sesuatu objektif yang spesifik.

Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi
penyelesaian segera yang relatif.

Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk
menyelesaikan masalah praktikal berkenaan.

Contohnya:
1.

Meninjau keberkesanan penggunaan seni muzik dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

2.

Meningkatkan produk yang sedia ada atau menjalankan penyelidikan bagi tujuan
pengubahsuaian produk sedia ada kepada produk baru.

Penyelidikan Tindakan (Action


Research)

Satu

proses

reflektif

yang

menggabungkan

tindakan

dan

penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau


membentuk pendekatan baru bagi menyelesaikan masalah.

Ciri penyelidikan kategori ini ialah: penyelidikan berkait langsung


dengan situasi sebenar dan perubahan organisasi, menyediakan rangka
kerja tersusun untuk menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Setelah dikenalpasti masalah dan sebab, satu pelan tindakan akan


dicadangkan untuk pihak berkenaan mengambil tindakan.

Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah
yang spesifik dihadapi oleh individu dalam sekolah atau komuniti
mereka.

Contoh Penyelidikan
Tindakan
Guru PSV Tahun 2 mendapati bahawa murid-murid beliau kurang menarik
perhatian semasa beliau menjalankan P&P dalam kelas. Maka guru tersebut
pun merancang satu strategi iaitu mengaplikasikan bahan audio dalam
P&P.

Beliau menjalankan kajian tindakan dengan murid-murid Tahun 2 yang


untuk memerhatikan keberkesanan strategi yang telah dirancang itu.
Selepas mendapat dapatan pemerhatian, guru tersebut merefleks sama ada
strategi tersebut membantu dalam menarik minat dan meningkatkan
motivasi murid-murid semasa P&P PSV dan membuat penambahbaikan
yang seterusnya.

Penyelidikan Penilaian
(Assessment Research)
Satu bentuk penyelidikan yang boleh digunakan untuk mengukur
keberkesanan atau pencapaian sesuatu projek, program, konsep
atau kempen.

Penilaian

secara

spesifiknya

melibatkan

penentuan

objek

penilaian.

Fokus kepada membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Penyelidikan Penilaian
Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian.
Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada
penilaian mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia
dipanggil penilaian formatif.
Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian
mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut
diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.

Perbezaan Utama Penyelidikan


Tindakan Dengan Penyelidikan
Asas Dan Gunaan
Penyelidikan tindakan lebih bersifat partisipatori dan dijalankan
oleh guru untuk menjawab persoalan yang dihadapi oleh pengamal
mengenai masalah mereka dan memandu mereka mengambil
tindakan untuk membantu meyelesaikan masalah tersebut.

Penyelidikan tindakan adalah proses yang berterusan kerana


kebanyakan masalah tidak dapat diselesaikan sepenuhnya melalui
satu penyelidikan.

Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan dibezakan daripada


aspek tujuan.

Tujuan primer penyelidikan asas ialah pengetahuan lanjutan


(knowledge extension).

Tujuan penyelidikan gunaan ialah penyelesaian praktikal yang


segera.

Pelbagai Jenis Reka Bentuk


Penyelidikan
Penyelidikan
Kuantitatif

Penyelidikan
Kualitatif

Kajian
Eksperimental

Kajian
Etnografi

Kuasieksperimental

Kajian Kes

Kajian
Tinjauan

Kajian Sejarah

Kajian
Korelasi

Kajian Kuantitatif
Sejenis penyelidikan pendidikan dimana penyelidik membuat
keputusan untuk membuat kajian; menyoal secara spesifik dan
ringkas; mengumpul data berbentuk nombor daripada responden;
menganalisis data menggunakan statistik; membuat rumusan secara
tidak bias berdasarkan objektif.

Dijalankan untuk mendapatkan fakta menggunakan pengukuran


objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami
dan menjelaskan sesuatu perkara / situasi yang boleh dijadikan
panduan kepada amalan dan polisi (Gay & Airasian, 2000)

Melibatkan pengumpulan dan analisis data numerikal untuk mendapat


bagaimana satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah lain.

Penggunaan penyelidikan kuantitatif yang berbeza bergantung kepada:


Jenis soalan yang ditanya
Tujuan penyelidikan
Bilangan subjek yang boleh diperolehi oleh pendidik
Kajian secara:
Numerical (nombor)
Emperical (statistik)

Kajian Eksperimental
Kajian yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan sesuatu rangsangan,
rawatan atau intervensi ke atas pembolehubah bersandar.

Dalam kajian eksperimen, pembolehubah tidak bersandar dimanupulasikan;


pembolehubah bersandar tidak berubah.

Penyelidikan ini tidak digunakan dalam sains sosial kerana kesukaran untuk
mengawal perubahan yang berlaku dalam persekitaran.

Ciri-ciri: manipulasi terus atau kawalan ke atas satu pembolehubah (penyebab)


supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain (kesan / akibat).

Kajian Kuasi-Eksperimen
Digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila
responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak.

Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang


dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.

Kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah


dengan pengaruh luar.

Kajian Tinjauan
Kaedah penyelidikan bukan
berbentuk eksperimen yang
paling popular digunakan
dalam pelbagai bidang
khusus Sains Sosial,
Pendidikan.

2 jenis reka bentuk kajian


tinjauan
- cross-sectional (jangka
masa
tertentu)
- longitudinal (jangka masa
panjang)

Kajian ini digunakan untuk


mendapatkan
persepsi
menyeluruh daripada satu
populasi (sampel dalam
sesuatu populasi).

Kajian digunakan untuk


mendapatkan
maklumat
daripada responden yang
ramai.

Kajian Korelasi

Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau hubungan sedia ada antara


pembolehubah.

Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena.

Penyelidikan yang cuba mencari hubungkait atau perhubungan antara


pembolehubah dengan menggunakan kaedah korelasi tanpa mencari sebab dan
penyebabnya.

Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah
yang diselidik.

Kajian Kualitatif

Kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat


secara terperinci serta mendalam.

Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis


dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.

Kajian Kualitatif

Menjawab persoalan berkaitan kenapa dan bagaimana.

Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara


berlaku.

Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi


penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif.

Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif

Kajian
Sejarah
Etnografi
Kajian
Kes

i) Kajian Etnografi
Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan
antropologi dalam sesuatu masyarakat / komuniti.
Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek:
Budaya
Tingkah laku
Corak interaksi sosial pemikiran
Cara hidup masyarakat
Dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang

Kajian Etnograf
Cara pengumpulan data:
Pemerhatian
Temu bual
Kajian dilakukan sehingga pola kehidupan dapat ditentukan
dengan jelas

ii) Kajian Kes

Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam satu unit kecil
sosial seperti individu, satu keluarga, sebuah kelas, satu institusi atau satu
masyarakat.

Tujuan:
Menjawab persoalan kajian bila, bagaimana dan mengapa
Fokus penghuraian yang holistik dan menyeluruh

Kajian Kes
Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada sesuatu
peristiwa yang berlaku secara mendalam.

iii) Kajian Sejarah


Maklumat utama:
Diperoleh daripada orang yang mengalami situasi atau peristiwa
tersebut
Maklumat sekunder:
Diperoleh daripada kajian literatur dan orang yang terdekat
dengan orang yang mengalami sendiri dan yang berada di
tempat kejadian

Kajian Sejarah
Dokumen-dokumen berkaitan:
Surat
Artikel
Minit mesyuarat
Teks majalah
Rakaman video
Rakaman kaset
Foto
Tayangan gambar

Perbezaan
Perbezaan Antara
Antara Kajian
Kajian Kuantitatif
Kuantitatif dan
dan Kajian
Kajian Kualitatif
Kualitatif
Kajian Kuantitatif

Aspek
Perbezaan

Untuk menguji hipotesis, melihat kesan


dan akibat serta membuat ramalan.

Tujuan

Kajian Kualitatif

Untuk
memahami
interaksi sosial.

&

mentafsir

Cenderung untuk mengekalkan objektif Pendekatan Pendekatan yang subjektif kerana


kajian.
bertujuan untuk memahami tingkah
laku manusia dan sebab-sebab yang
mengawal tingkah laku tersebut.
Data berbentuk angka yang boleh
diukur.

Bentuk
Data

Data berbentuk perkataan atau ayat


yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam bentuk gambar
atau video.

Penyelidik menggunakan instrumen


bagi memungut data. Instrumen
berfungsi sebagai alat pengukur.

Instrumen
Kajian

Temubual,
kumpulan
fokus,
kandungan atau analisis dokumen dan
pemerhatian.

Reka bentuk ditetapkan sebelum data


dipungut.

Reka Bentuk
Kajian

Reka bentuk bersifat fleksibel, boleh


diubahsuai mengikut keadaan dan
keperluan situasi.

Penyelidik bukan peserta kajian.


Peserta kajian adalah sampel yang
dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu.

Peserta Kajian

Penyelidik
adalah
sebahagian
daripada peserta kajian. Maklumat
kajian diperoleh secara langsung
daripada peserta kajian.

Penyelidik mengkaji populasi. Saiz


sampel besar dan dipilih berasaskan
kebarangkalian.

Metodologi
Kajian

Saiz sampel kecil dan dipilih secara


bertujuan.

Вам также может понравиться