Вы находитесь на странице: 1из 44

Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran

Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan.

Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam


kertas 1 dan kertas 2.

Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji


kepada calon peperiksaan. Calon perlu
melaksanakan tugasan umum dan tugasan spesifik.

Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam


kertas 2 dan kertas 3.

CIRI-CIRI KERTAS 1
Bersifat objektif.
Konstruk yang diukur: pengetahuan,
pemahaman, aplikasi & analisis.
Jumlah soalan: 40 soalan.
Jumlah markah: 40 soalan.
Wajaran: 30%.
Masa menjawab: 1 jam.
Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka
pelengkap dua pilihan.

Soalan Aneka Pilihan:


Bagaimanakah kerajaan Funan boleh
berubah daripada kerajaan agraria menjadi
kerajaan maritim?
A Kekurangan hasil pertanian
B Perubahan dasar pentadbiran negara
C Penguatkuasaan undang-undang yang
ketat.
D Kedudukan pelabuhan Oc Eo yang
strategik.

Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:


Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu?
I
Pengasingan pendidikan
II Pengurangan peluang pekerjaan
III Peningkatan kadar pengangguran
IV Pembahagian kerja mengikut kaum
A
B
C
D

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan


sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting


dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut
Maklumat dalam buku teks.

Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh


bagi setiap sub topik.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas


( 2009, 2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat
membantu calon mengenal pasti bentuk dan trend
soalan.

Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu


salah atau betul.
Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang
tidak tepat, 1 jawapan penganggu dan 1
jawapan yang tepat.
Kenal pasti dan fahami kehendak soalan.
Gunakan kaedah singkir/hapus.
Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda
terus pada kertas jawapan dengan cermat
dan teliti.

Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang


yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan
dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan
dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan
bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan
lain.

Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan


objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan
bijak.

Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan


yang telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.

Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap


tahun.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun


lepas.

Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40).


Jika melepasi aras tersebut, barulah menjawab
soalan latih tubi selanjutnya.

Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang


betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah
tolak 2. SPM 2014: A=9, B=12, C=9, D=10.

BAHAGIAN A (STRUKTUR)
Calon perlu menguasai dan memahami
keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting


dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut
Maklumat dalam buku teks.

Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang


mengikut sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu
soalan 1 & 2 =tingkatan 4 manakala soalan 3
dan 4 = tingkatan 5.

CIRI-CIRI KERTAS 2
Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A
(sturktur) dan bahagian B (esei).
Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, menilai dan menjana idea.
Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40.
Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah
markah=60.
Jumlah markah kertas 2= 100 markah.
Wajaran: 50%.
Masa menjawab: 2 jam 30 minit.

Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak


soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan
tepat serta tidak tergantung/terlalu umum.

Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau


fakta yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu
memikirkan ketepatannya mahu pun
peruntukan markahnya. Berikan lebih isi/fakta
jika anda ingat atau mempunyai lebih masa.

Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan


sedikit penerangan/huraian.

Sehingga kini kata tugas soalan seperti


nyatakan, berikan, namakan, senaraikan,
apakah, terangkan, jelaskan dan sebagainya
tidak memerlukan cara menjawab yang
terperinci. Calon hanya menyatakan isi dan
fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.

Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan


kurang yakin jawapannya, calon seharusnya
tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya
meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti
semula soalan bermasalah selepas selesai
menjawab soalan-soalan lain.

Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak


iaitu 22 markah daripada 40 markah yang
diperuntukkan.

Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan


dan semakin banyak dalam pecahan soalan.

Jawab soalan KBAT dengan relevan dan


munasabah. Berani berikan apa sahaja idea
walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.

Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas


keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.

Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada


pendapat/pandangan anda, berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan,
berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni,
patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

Kebarangkalian untuk dapat markah dalam


soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis
jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab
soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak
menjawab.

Ingat! Masa cadangan untuk menjawab


soalan bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan
15 minit. Perlu menjawab 4 soalan. Urus
masa menjawab dengan baik.

BAHAGIAN B (ESEI)
Calon perlu menguasai dan memahami
keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting


dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut
Maklumat dalam buku teks.

Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan


carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (50%)

Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah


3 soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan
tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20
markah.

Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak


soalan. Jawab soalan yang mudah atau yang
diyakini dapat banyak markah.

Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk


merangka jawapan esei untuk mengelakkan
kecairan idea/fakta dan juga sebagai panduan
untuk menulis esei. Jangan hantar rangka
jawapan.

Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada


fakta, huraian fakta serta contoh jika ada.
Ini bermaksud setiap fakta mestilah
disokong dengan huraian dan contoh.
Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak
jika fakta tanpa sokongan huraian.

Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan


jawab esei tergantung.

Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1


perenggan merangkumi 1 fakta dan huraianhuraian serta contoh.

Esei tiada pengenalan dan penutup.

1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah,


1contoh=1markah.

Tahun tidak penting.

Boleh menggunakan kata singkatan yang


dikenali: spt, yg, sgt, MU, PTM, AMDA dll

Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah


kemas dan teratur dan boleh dibaca oleh
pemeriksa.

Tulis nombor soalan dan sub soalan.

http://padlet.com/wall/contohjwpnesei
sejspm

Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam


pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i
dan ii.

Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah


adalah soalan fakta (ceraian a dan b).

Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih


banyak daripada pemberatan markah fakta.

Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60


markah yg diperuntukkan.

Jawab soalan KBAT dengan relevan dan


munasabah. Berani berikan apa sahaja idea
walaupun anda merasakan idea anda tidak
hebat.

Risiko tidak menjawab soalan KBAT:


menjejas keseluruhan markah dan pastinya
sifar markah.

Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada


pendapat/pandangan anda, berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan,
berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni,
patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

Kebarangkalian untuk dapat markah dalam


soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis
jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab
soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak
menjawab.

CIRI-CIRI KERTAS 3
Berbentuk tugasan.

Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu


sebelum peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu
melaksanakan tugasan umum iaitu mencari dan
mengkaji maklumat dari pelbagai sumber
berdasarkan tema/tajuk.

Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan


calon dikehendaki menjawab soalan tersebut
berdasarkan panduan yang diberikan bersama
soalan (tugasan spesifik). Calon dibenarkan
membawa dan merujuk segala
bahan/maklumat/dapatan kajian.

Kemahiran konstruk yang diuji dalam


Sejarah Kertas 3 adalah
berdasarkanKemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)/High Order Thinking Skill (HOTS)iaitu
pemahaman, analisis, aplikasi, menilai,
menjana idea dan nilai-nilai
murni/patriotisme.

Tindakan calon selepas tema/tajuk


dikeluarkan oleh LPM:

Membuat rujukan berdasarkan tema.


Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan
pecahansoalan pertama sehingga ketiga
boleh didapati secara terus dalam buku teks
iaitu:

Pecahan soalan pertama:


PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku
teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya
dalam bahagian pengenalan soalan adalan
berkenaan latar belakang,tempoh,bukti, lokasi
dan nama-nama penting seperti tokoh, tempat
dan sebagainya. Sila tandakan maklumat tersebut
dengan menggunakan pen warna dalam buku teks
untuk memudahkan penulisan jawapan nanti.
Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan
berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan
bagi pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan
berdasarkan maklumat yang kita tanda seperti
yang saya sebutkan di atas.

Pecahan soalan kedua:


MEMAHAMI[Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting.
4/Ting.5]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini
adalah 30 markah. Soalan ini menguji
kefahaman kita dalam tema/tajuk yang
dikaji. Pengujiannya berbentuk proses
pembentukan/ciri-ciri. Sama seperti di atas,
buat rujukan dalam buku teks dan tandakan
maklumat yang berkaitan sahaja sesuai
dengan wajaran markah.

Pecahan soalan ketiga:


MENGANALISIS[Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting.
4/Ting.5]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini
adalah 15 markah. Soalan mungkin
berbentuk sumbangan/ciri-ciri.Sama seperti
di atas, buat rujukan dalam buku teks dan
tandakan maklumat yang berkaitan sahaja
sesuai dengan wajaran markah.

Pecahan soalan keempat:


MENGAPLIKASI[Cadangan bahan
rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini
adalah 15 markah. Calon perlu mengaitkan isi
(fakta dalam buku teks) dengan zaman kini.
Maksudnya kita gunakan pengetahuan zaman
dahulu (apa yang kita belajar dalam buku teks)
dalam pelbagai bidang pada zaman moden ini.
Soalan ini menguji kemahiran aplikasi
calon.Sama seperti di atas, buat rujukan dalam
buku teks dan tandakan maklumat yang
berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran
markah.

Pecahan soalan kelima:MENILAI [Cadangan


bahan rujukan:artikel dalam surat khabar,
buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan,
menonton berita TV dan capaian internet.]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini
adalah 10 markah. Ia menguji kemahiran
menilai calon iaitu pemerhatian/kepekaan dan
keprihatinan calon. Calon perlu menguasai isuisu semasa dengan membuat rujukan seperti
yang saya cadangkan diatas. Tandakan
maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan
wajaran marka

Pecahan soalan keenam: MENJANA


IDEA[Cadangan bahan rujukan:artikel
dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal,
majalah pendidikan, menonton berita TV
dan capaian internet.]
Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini
adalah 10 markah. Soalannya mungkin
berbentuk cadangan/pendapat bernas tentang
sesuatu isu yang berkait dengan tema/tajuk
yang dikaji.Calon perlu menguasai isu-isu
semasa dengan membuat rujukan seperti yang
saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat
yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran
markah

Pecahan soalan ketujuh: NILAI-NILAI


MURNI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME [Cadangan
bahan
rujukan:http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/conto
h-jawapan-kbkk-k2-sejarahspm.htmldanhttp://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/g
aris-panduan-menjawab-soalan.html]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10


markah. Calon boleh membuat rujukan melalui laman
blog saya seperti yang saya sediakan diatas atau
berbincang dengan guru sejarah anda. Ianya soalan
berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan
Kritis). Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat
positif.

Pecahan soalan kelapan: RUMUSAN


Pengetahuan, iktibar dan Harapan.
[Cadangan bahan rujukan: buku teks
Sejarah Ting. 4/Ting.5]
Peruntukan markah bagi pecahan soalanini
ialah 5 markah yang mana calon perlu
merumus isi yang telah calon bincangkan.
Sebagai kemudahan calon, calon boleh
merujuk bahagian RUMUSAN di akhir setiap
bab dalam buku teks sebagai modal
jawapan.

2. Berbincang dengan guru sejarah


anda dan rakan perbincangan anda.

Selepas mencari bahan rujukan,


berbincanglah dengan guru sejarah anda.
Tanya guru sejarah anda sama ada bahan
yang anda cari sesuai atau tidak.Ikutilah
nasihat guru sejarah anda. Calon juga boleh
saling kongsikan dapatan rujukan masingmasing serta berbahas mengenainya!

3. Bawa semua bahan rujukan dalam


dewan peperiksaan semasa hari
peperiksaan.

Selepas perbincangan ilmiah dan pemurnian


kajian kita, bawalah semua bahan
rujukan/dapatan yang kita kaji dalam dewan.
Susun dengan keadaan baik. Jika dalam bentuk
artikel, boleh disusun dalam bentuk fail clear
holder. Susun bahan-bahan mengikut pecahan
soalan. Ini memudahkah capaian semasa
menulis jawapan.

4. Jawab mengikut pecahan soalan [semasa


hari peperiksaan]

Jawapan perlu ditulis mengikut pecahan soalan


berdasarkan panduan yang diberikan bersama
soalan. Sebaik-baiknya buat perenggan dalam
pecahan soalan. Ini kerana ada pecahan soalan
memperuntukkan markah yang tinggi yang mana
isi jawapan adalah banyak. Jangan lupa tulis
nombor soalan. Jangan salin semula soalan.
Semoga berjaya.

Soalan aras pengetahuan:

1. Nyatakan

maksud jahiliah.
2. Terangkan maksud tamadun menurut
perspektif Islam.

Soalan aras pemahaman:

1. Huraikan

ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.


2. Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di
Asia Tenggara.

Soalan aras analisis.

1. Nyatakan

faedah yang Malaysia peroleh


sebagai anggota dalam pertubuhan
serantau.
2. Huraikan pengaruh agama Hindu Buddha
dalam sistem pemerintahan di Asia
Tenggara.

Soalan aras aplikasi:

1. Apakah

sumbangan tamadun Indus yang


digunapakai pada masa kini?
2. Bagaimana masyarakat Indus berjaya
membina bandar terancang?
3. Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan
serantau.

Soalan aras menilai:

1. Apakah

nilai-nilai penting yang ditunjukkan


penjajah barat dalam usaha imperialisme
mereka?
2. Kejayaan Malaysia dalam bidang
pendidikan.
3. Muslihat British dalam melaksanakan
Malayan Union di Tanah Melayu.

Soalan aras menjana idea:

1. Cadangkan

3 langkah berkesan dalam


memelihara monumen.
2. Bincangkan usaha-usaha berkesan untuk
mengelakkan penjajahan.

History is a learning to earn love, honor and


valor.
This powerpoint presentation was downloaded from
http://tanyachegusejarah.blogspot.com/
Credit to:Che Gu sejarah- Che Gu Sallehudin Mohd Rokani

Вам также может понравиться