Вы находитесь на странице: 1из 33

BAB 2

PERKEMBANGAN
SEJARAH
PENGURUSAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menjelaskan konsep pendekatan klasikal.
2. Menghuraikan pemikiran pengurusan saintifik dan
teori organisasi klasikal.
3. Membincangkan idea Henri Fayol mengenai fungsi
dan prinsip pengurusan.
4. Menjelaskan keterangan mengenai pemikiran sains
tingkah laku dan pergerakan hubungan manusia yang
muncul dalam pendekatan tingkah laku
5. Mengenal pasti sumbangan perkembangan pemikiran
pengurusan terhadap pemikiran sains pengurusan,
pengurusan kontingensi, dan sistem pengurusan.

2.2 PENGURUSAN: SATU BIDANG KAJIAN


Pengetahuan mengenai sejarah pengurusan boleh membantu kita
membina pandangan mengenai pembentukan teori, konsep, dan
amalan pengurusan yang menjadi dasar kepada kupasan, idea
serta perumusan teori dan pemikiran pengurusan pada hari ini.
Pengurusan sebagai satu bidang kajian mulai muncul bersamasama teori pengurusan di sekitar awal abad ke-20.
Pemahaman mengenai sejarah perkembangan pengurusan akan
membantu kita menolak penemuan idea yang telah dikemukakan
sebelumnya. Ia juga membantu kita melihat kepada sumbangan
pandangan, pengajaran, dan teknik yang membimbing pengurus
dalam usaha meningkatkan kualiti dan daya saing

tidak terdapat satu pendekatan atau teori tunggal yang boleh


diaplikasikan kepada semua situasi pengurusan.
Setiap pendekatan atau teori mempunyai cara tersendiri dan berbeza
dalam meneliti organisasi, aktiviti dan bagaimana manusia berfungsi
dalam organisasi

2.3 PENDEKATAN KLASIKAL


Pendekatan klasikal bermula sejak pertengahan kurun ke-19 berikutan
dengan perkembangan revolusi industri dan penciptaan mesin berkuasa
wap.
Pertumbuhan pesat perindustrian pada abad ke-20 telah menyebabkan
manusia mula berhadapan dengan pelbagai masalah pengurusan.
Masalah utama yang dihadapi oleh pengurus adalah berkaitan dengan
usaha untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kumpulan kerja.
Pendekatan klasikal sebagai pendekatan yang memberi perhatian dan
penekanan kepada kecekapan organisasi dengan tujuan untuk
meningkatkan kejayaan organisasi.
Pendekatan ini memberi penekanan terhadap pencarian cara dan kaedah
yang bersesuaian untuk mengurus kerja dan organisasi secara lebih
berkesan.
Pendekatan klasikal terbahagi kepada dua perspektif yang diterima
umum, iaitu pemikiran pengurusan saintifik dan teori organisasi
klasikal.

2.3.1 Pendekatan Pengurusan


Saintifik
Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik atau
penggunaan sains bagi menentukan perubahan dalam amalan pengurusan atau
kaedah kerja.
sebagai usaha memperbaiki kecekapan dan produktiviti pekerja.
menyoal bagaimana suatu situasi tugas boleh distrukturkan untuk memperoleh tahap
pengeluaran yang tinggi oleh pekerja organisasi.

Pengurusan saintifik wujud bagi menangani keperluan perniagaan yang semakin


berkembang maju pada abad ke-20. Pengeluaran produk dan pertumbuhan
pasaran baru telah berlaku dengan pesat. Ini menyebabkan timbul masalah
kekurangan dalam penawaran tenaga buruh. Bagi menyelesaikan masalah ini,
pengurusan organisasi telah menggantikan pengeluaran yang berorientasikan
buruh kepada modal dan menggunakan buruh dengan lebih cekap.
Pengurusan saintifik lebih menumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah
dalam bentuk kedua.
Beberapa penyumbang utama dalam pemikiran pengurusan saintifik.
Antara yang terkenal termasuklah:
Frederick W. Taylor,
Frank dan Lilian Gilbreth, dan
Henry L. Gantt.

(a) Frederick W. Taylor (1856-1915)


Frederick W. Taylor yang dikenali sebagai Bapa Pengurusan
Saintifik telah memberi sumbangan penting kepada bidang
pengurusan saintifik.
Matlamat utama Taylor ialah untuk meningkatkan kecekapan
pekerja melalui kerja yang direka bentuk secara saintifik.
Mencadangkan pembentukan sains pengurusan, pemilihan, dan
pembentukan sumber tenaga manusia yang saintifik dan
kerjasama peribadi antara pihak pengurusan dengan kakitangan.
memberi penekanan kepada pengkhususan tenaga buruh yang
maksimum.
memberi perhatian terhadap aspek pengambilan pekerja dan
penyediaan latihan yang sesuai kepada mereka.
telah membuat pengubahsuaian ke atas prosedur kerja
kakitangan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti
pengendalian besi dan besi waja.
menyarankan sistem gaji yang berdasarkan kepada output.
pekerja yang cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran
dan produktiviti.

(b) Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth


(1868-1924)
Frank dan Lilian Gilbreth adalah pasangan suami isteri yang turut menjadi
penyumbang utama kepada pemikiran pengurusan saintifik. Mereka memberi
sumbangan terhadap idea mencari dan menggunakan satu cara terbaik
untuk melakukan suatu kerja.
Alat utama yang digunakan dalam penyelidikan pasangan Gilbreth ialah kajian
pergerakan (motion study).
Analisis pergerakan digunakan untuk mewujudkan piawaian prestasi kerja.
Frank Gilbreth telah menjalankan penyelidikan mengenai kajian pergerakan ini
berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai penurap bata. Beliau mendapati
bahawa penurap bata boleh meningkatkan output mereka melalui tumpuan kepada
melaksanakan pergerakan tertentu dan meninggalkan pergerakan yang kurang
berfaedah. Bagi setiap operasi penurapan bata, Gilbreth menunjukkan sama ada ia
perlu ditinggalkan untuk tujuan kecekapan dan mengapa perlu begitu? Kajian
pergerakan penurapan bata telah menghasilkan pengurangan dalam beberapa
pergerakan yang tidak perlu untuk menurap bata dan pengeluaran. Hasilnya,
penurapan bata telah meningkat tiga kali ganda.
Lilian juga turut berminat terhadap aspek kerja manusia. Beliau merupakan pelopor
dalam bidang psikologi industri dan telah membuat sumbangan besar dalam
pengurusan sumber manusia.

(c) Henry L. Gantt (1861-1919)


Henry L. Gantt turut menjadi penyumbang utama kepada pemikiran
pengurusan saintifik. Gantt turut berminat dalam aspek meningkatkan
kecekapan pekerja.

beranggapan bahawa tugas yang tidak memuaskan atau tidak berkesan yang dihasilkan
oleh seseorang individu dan kadar insentif upah bagi setiap produk adalah berasaskan
kepada keadaan tugas dan kadar upah

yang dilakukan oleh pekerja terdahulu atau

berdasarkan kepada pandangan seseorang mengenai apa yang boleh dilakukan oleh
pekerja.

Bagi Gantt, pandangan ini perlu diubah kepada penelitian terhadap pengetahuan
saintifik mengenai apa yang boleh dilakukan oleh seseorang individu.

Gantt

menganggap

aktiviti

ini

sebagai

peranan

pengurusan

saintifik.

Falsafah

pengurusan saintifik Gantt terpapar dalam kenyataannya bahawa perbezaan paling


asas di antara sistem terbaik pada hari ini dengan yang lepas ialah cara tugas
dijadualkan dan kaedah prestasi pekerja diberi ganjaran.

Berasaskan kepada rasional ini, Gantt berusaha memperbaiki organisasi melalui inovasi
penjadualan tugas dan ganjaran terhadap inovasi.

(c) Henry L. Gantt (1861-1919


1.Inovasi Penjadualan Tugas:
memperkenalkan alat penjadualan grafik yang dikenali sebagai `carta Gantt.
Carta Gantt banyak digunakan dalam aktiviti perancangan, penjadualan,
pengawalan, dan pengeluaran.
Berdasarkan carta Gantt, pengurus dapat memahami sesuatu tugas yang
perlu dijadualkan untuk suatu tempoh tertentu dengan mudah dan ringkas,
jumlah kerja yang telah diselesaikan, dan individu atau kumpulan yang
melakukan kerja tersebut. Carta Gantt masih lagi digunakan oleh pengurus
moden dalam perlaksanaan tugas mereka.

2.Ganjaran Terhadap Inovasi


memperkenalkan sistem bayaran upah dan pemberian bonus yang unik
berasaskan kepada tugas yang dilaksanakan. Bagi Gantt, upah harus dibayar
untuk tugas yang diselesaikan di bawah paras piawaian prestasi.
Bonus pula diberikan terhadap tugas yang mencapai piawaian prestasi. Gantt
menyarankan tambahan ganjaran diberikan apabila tugas yang melepasi
piawaian prestasi. Satu keunikan yang dapat kita lihat dalam sistem ganjaran
Gantt ialah saranan supaya bonus diberikan kepada penyelia apabila tugas
pekerja mencapai piawaian prestasi.

2.3.2 Teori Organisasi Klasikal


Teori klasik mendefinisikan organisasi sebagai struktur hubungan, kekuasaankekuasaan, tujuan-tujuan, peranan-peranan, kegiatan-kegiatan, komunikasi dan
faktor-faktor lain yang terjadi bila orang bekerjasama.
Idea teori ini memfokus kepada masalah yang dihadapi oleh pengurusan atasan
sesebuah organisasi, khususnya organisasi yang besar.
pendekatan teori organisasi klasikal pula memfokus kepada pengurusan organisasi. Ini
bermakna bahawa teori organisasi klasikal melibatkan kajian fungsi pengurusan sebagai
suatu keseluruhan dan menumpukan kepada prestasi pengurusan.
Pendekatan ini mempunyai dua tujuan utama, iaitu membentuk prinsip asas yang boleh
menjadi panduan kepada pembentukan reka bentuk dan pembangunan organisasi
yang besar, serta mengenal pasti fungsi asas organisasi.

Antara penyumbang terkenal termasuklah:


Chester I. Bernard,
Henri Fayol, Alvin Brown,
Henry Dennison,
Luther Gulick dan Lyndall Urwick,
J. D. Mooney dan A. L. Reiley,
Oliver Sheldon dan
Max Weber.

(a) Henri Fayol (1841-1925)


Henri Fayol dianggap sebagai pelopor teori pentadbiran dan
penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling
terkemuka.
Fayol merupakan individu pertama yang membincangkan
pengurusan sebagai suatu proses dan mempunyai fungsi khusus
yang perlu dilakukan oleh semua pengurus.
Melalui bukunya General and Industrial Management, Fayol telah
membahagikan aktiviti organisasi kepada 6 kategori, iaitu:
teknikal (pengeluaran dan perkilangan),
perdagangan (jualan dan belian),
kewangan,
keselamatan,
perakaunan, dan
pengurusan

(a) Henri Fayol (1841-1925)


1. Fungsi Pengurusan
Fayol telah memperkenalkan lima fungsi asas
pengurusan
i. Perancangan
ii. Pengorganisasian
iii. Pengarahan
iv. Penyelarasan
v. Pengawalan

Elemen pengurusan ini masih dianggap bernilai dalam


membuat kajian, analisis, dan kesan proses pengurusan.

2.

Prinsip Pengurusan

Fayol - 14 prinsip umum pengurusan:


I. Pembahagian kerja
II. Autoriti dan tanggungjawab
III. Disiplin
IV. Keselarasan arahan
V. Keselarasan arah tuju
VI. pensubordinan individu dengan kepentingan umum (kepentingan pekerja
harus seimbang dengan kepentingan masyarakat),
VII.imbuhan,
VIII.pemusatan,
IX. rantaian skala,
X. tertib,
XI. Ekuiti
XII.kestabilan masa berjawatan
XIII.inisiatif, dan
XIV.espirit de corps.

(b)

Chester I. Bernard (1886-1961)

menekankan kepimpinan sebagai tugas paling


utama dan penting bagi semua pengurus.
mempelopori penggunaan prinsip pengurusan
asas terhadap mana-mana kedudukan
jawatan dalam pentadbiran.
berpandangan bahawa selepas pengurus
menetapkan matlamat dan mengumpulkan
sumber, pengurus perlu menjalankan tugas
memimpin sebagai menandakan penerimaan
terhadap kuasa atau autoriti mereka.

(c)

Max Weber (1864-1920)

Max Weber - telah mengkaji mengenai teori struktur autoriti di dalam organisasi.
Weber menggunakan terma birokrasi untuk melabelkan sistem pengurusan
formal yang dicirikan oleh peraturan dan undang-undang, garis hierarki organisasi
yang jelas dan hubungan bukan peribadi di kalangan ahli organisasi.
Weber telah mewujudkan jurang di antara kuasa dan autoriti.
Menurut Weber kuasa ialah keupayaan untuk memaksa orang lain mengikut
arahan, dan autoriti ialah keupayaan untuk memberi arahan yang akan
diikuti secara sukarela oleh penerimanya. Dalam sistem autoriti, kakitangan
melihat pengeluaran arahan oleh mereka yang mempunyai autoriti sebagai suatu
yang sah dan normal.
menggunakan perkataan Greek charisma untuk memperjelaskan kualiti
personaliti individu yang membezakannya daripada individu lain.
Perlaksanaan autoriti adalah melalui pengalaman lepas dan prosedur penggunaan
autoriti.
Bagi Weber, organisasi yang birokratik merupakan sebuah institusi yang dominan
dalam masyarakat kerana menganggapnya sebagai yang paling cekap. Weber
percaya bahawa ketepatan, kecepatan, kesinambungan, kejelasan, bersatu-padu,
dan kakitangan yang tegas adalah hasil daripada penyusunan birokratik yang baik.

2.3.3 Sumbangan dan Had Pendekatan Klasikal


Sumbangan terpenting pendekatan klasikal ialah:
mengenal pasti pengurusan sebagai elemen penting dalam
masyarakat yang terancang, dan menjadi begitu penting dalam
dunia yang semakin global dan penuh persaingan
pengurusan juga dijalankan mengikut prinsip yang boleh
dipelajari oleh pengurus.
telah mengenal pasti fungsi pengurusan, iaitu perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan
yang menjadi asas kepada pengurus baru. Bagaimanapun,
fungsi pengurusan yang dijalankan bergantung kepada
keupayaan dan kemahiran seseorang pengurus.
sumbangan pendekatan klasikal juga merangkumi teknik
pengurusan yang digunakan pada hari ini seperti analisis
pergerakan dan masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual
pengeluaran, pengujian personel, dan belanjawan.
Walau bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap pendekatan
klasikal, di mana pendekatan ini dikatakan terlalu ringkas untuk
digunakan di dalam organisasi yang kompleks dan sentiasa

2.4 PENDEKATAN TINGKAH LAKU


Pendekatan tingkah laku diketengahkan untuk memberi
penekanan terhadap peningkatan kejayaan organisasi
melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam
organisasi.
pendekatan ini memfokus kepada usaha untuk
meningkatkan pengeluaran organisasi melalui kefahaman
tentang manusia.
Mereka berpandangan bahawa sekiranya pengurus faham
tentang manusia, iaitu pekerja dan berusaha
menyesuaikan organisasi dengan manusia, kejayaan
organisasi akan diperolehi.
Pendekatan tingkah laku dibahagikan kepada dua
bahagian utama, iaitu pendekatan sains tingkah laku
dan pendekatan pergerakan hubungan manusia.

2.4.1 Pendekatan Sains Tingkah Laku


a) Kajian Hawthorne - pengikut pendekatan sains tingkah laku percaya
bahawa pekerja adalah lebih kompleks daripada manusia ekonomi
seperti yang digambarkan dalam pendekatan klasikal atau manusia
sosial seperti yang terdapat dalam pemikiran pergerakan hubungan
manusia. Dapat anda lihat bahawa pendekatan sains tingkah laku lebih
memberi tumpuan kepada sifat sesuatu kerja dan tahap kemampuan kerja
memenuhi keperluan manusia melalui penggunaan keupayaan dan
kemahiran mereka. Pengikut pendekatan sains tingkah laku percaya
bahawa individu didorong dan dimotivasikan untuk bekerja oleh pelbagai
sebab selain daripada untuk memperoleh wang dan menjalin hubungan
sosial sesama manusia.
(a)Kajian Hawthorne
i.The Relay Assembly Test Room Experiment - Penemuan kajian merumuskan
bahawa faktor manusia di dalam organisasi boleh secara signifikan mempengaruhi
daya pengeluaran.
ii.
The Bank Wiring Observation Room Experiments - hasil kajian menunjukkan ahli
kumpulan kerja akan memberi tekanan sesama mereka bagi bekerja dengan gigih dan
mendapat upah yang lebih

2.4.2 Pendekatan Pergerakan


Hubungan Manusia
Pendekatan pergerakan hubungan manusia memfokus kepada individu pekerja
yang bekerja dalam kumpulan kerja tertentu.
Objektif utama pendekatan ini adalah untuk memperkukuhkan kejayaan
organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan manusia.
Pengikut pendekatan ini berpendapat bahawa bagi membentuk hubungan
manusia yang baik, pengurus perlu mengetahui mengapa pekerjanya
menonjolkan sesuatu tingkah laku dan apakah faktor psikologi dan sosial yang
mempengaruhi mereka bertingkah laku. Mereka percaya bahawa pihak
pengurusan perlu mengenal pasti keperluan pekerja bagi mendapat
pengiktirafan dan diterima ramai. Pendekatan ini menyarankan agar pengurus
perlu dilatih dari segi kemahiran mengendalikan manusia di samping kemahiran
teknikal. Kemahiran hubungan manusia boleh kita maksudkan sebagai
kebolehan untuk bekerja dengan manusia bagi memperkukuhkan kejayaan
organisasi.
Pendekatan perhubungan manusia dipelopori oleh beberapa penyumbang
terkenal termasuk Elton Mayo, Hugo Munsterberg, Mary Parker Follet, Abraham
Maslow, dan Douglas Gregory McGregor. Kita akan membincangkan secara
ringkas sumbangan Elton Mayo, Hugo Munsterberg, dan Mary Parker Follet.

(a) Elton Mayo (1880-1949)


Elton Mayo, ahli psikologi merupakan pengasas
kepada pendekatan pergerakan perhubungan
manusia dan sosiologi industri.
Dalam kajiannya di Universiti Harvard, beliau
mendapati bahawa kepentingan kumpulan
mempengaruhi tingkah laku individu dalam kerja.
Kajian dan sumbangan Mayo membawa kepada
kefahaman tentang faktor manusia dalam sesuatu
situasi kerja.
Mayo juga mendapati bahawa kewujudan kumpulan
tidak formal adalah sebagai sumber motivasi
pekerja.

(b) Hugo Munsterberg (1836-1916)


Hugo Munsterberg, ahli falsafah dan
psikologi Jerman telah diiktiraf sebagai
`bapa psikologi industri.
telah menekankan penggunaan psikologi
kepada industri dan pengurusan.
turut mengaitkan pengurusan saintifik
dengan tingkah laku manusia.
Seperti Mayo, Munsterberg juga berminat
dalam konsep kepentingan bersama di
antara pengurus dengan pekerja.

(c) Mary Parker Follet (1868-1933)


Mary Parker Follet mengkaji tentang
hubungan manusia dari segi kumpulan
dinamik, konflik dalam pengurusan dan
proses politik dalam organisasi.
pendekatan ini telah berterusan
menekankan tentang keperluan untuk
menggunakan kaedah keperimanusiaan
dalam mengurus manusia.

2.5 PENDEKATAN SAINS


PENGURUSAN
Pendekatan sains pengurusan merupakan pendekatan pengurusan yang memberi penekanan terhadap penggunaan
kaedah saintifik dan teknik kuantitatif bagi meningkatkan kejayaan organisasi.
Ciri utama pendekatan ini ialah ia mencadangkan supaya pengurus memperbaiki organisasi mereka dengan cara
menggunakan pembuatan keputusan, kaedah saintifik, teknik matematik dan statistik, dan sistem maklumat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam operasi dan pengeluaran. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa pendekatan ini
lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara teknikal dan bukan kepada tingkah laku manusia.
Pendekatan sains pengurusan juga dikenali sebagai penyelidikan operasi yang mula wujud dan berkembang semasa
Perang Dunia Kedua. Apabila perang tamat, kita dapat melihat banyak firma di Amerika Syarikat mula menggunakan
kaedah yang dipelopori oleh pendekatan sains pengurusan ini. Pakar pengurusan operasi dan sains pengurusan
menggunakan teknik kuantitatif bagi menyelesaikan masalah pengeluaran.
Herbert Simon, seorang ahli politik dan sains Amerika Syarikat telah memberikan sumbangan bermakna ke arah
pemikiran dan pelaksanaan pengurusan melalui pendekatan sains pengurusan dengan menggunakan keputusan dan
dasar maklumat.
Beliau melihat pengurusan sebagai persamaan dengan membuat keputusan, dan mengkaji bagaimana keputusan
boleh dibuat dengan cekap.
Simon telah mencadangkan tiga peringkat dalam membuat keputusan.
Pertama, pengurus perlu mencari situasi yang memerlukan keputusan dibuat.
Kedua, pengurus hendaklah membina dan menganalisis langkah-langkah tindakan yang mungkin direka bentuk.
Akhirnya, pengurus harus membuat pemilihan ke atas tindakan yang difikirkan bersesuaian.
Simon turut melihat keputusan sebagai sesuatu yang berlanjutan, bermula dari keputusan terprogram (berlaku secara rutin)
sehinggalah kepada keputusan tidak terprogram (tidak rutin dan tidak berstruktur). Disebabkan kebanyakan keputusan adalah
bersifat tidak terprogram, kita dapat melihat bahawa teknik seperti analisis matematik, kajian operasi, simulasi komputer, dan
sebagainya adalah penting digunakan dalam pembuatan keputusan.

2.5.1 Ciri-Ciri Aplikasi Sains


Pengurusan
Terdapat4 ciri utama yang lazim wujud dalam situasi di mana
teknik sains digunakan.
Pertama, kajian terhadap masalah pengurusan adalah terlalu rumit
dan kompleks. Pengurus memerlukan bantuan dalam menganalisis
pembolehubah yang agak terlalu banyak. Oleh itu, mereka boleh
menggunakan teknik sains pengurusan untuk meningkatkan
keberkesanan proses membuat keputusan dalam situasi seperti ini.
Kedua, aplikasi sains pengurusan secara umumnya menggunakan
implikasi ekonomi sebagai garis panduan bagi membuat keputusan.
Oleh itu, teknik sains pengurusan berkemungkinan sesuai untuk
digunakan bagi menganalisis faktor seperti jualan, perbelanjaan dan
unit pengeluaran.
Ketiga, penggunaan model matematik bagi menyelidiki situasi
keputusan adalah penting dalam aplikasi sains pengurusan.
Keempat, komputer dan analisis matematik boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah pengurusan yang kompleks

2.6 PENDEKATAN PENGURUSAN KONTINGENSI

Pendekatan pengurusan kontingensi merupakan suatu pendekatan pengurusan


yang menekankan bahawa apa yang dilakukan oleh pengurus adalah
bergantung kepada satu set situasi yang diberikan.
melihat objektif organisasi, reka bentuk kerja, sumber tenaga manusia,
persekitaran dan kemahiran pengurusan sebagai elemen yang saling
bergantungan. Elemen ini berupaya memberi kesan kepada organisasi melalui
fungsi perancangan, pengorganisasian, pengaruh dan pengawalan.
menafikan wujudnya satu cara terbaik untuk melakukan kerja dan membuat
keputusan kerana setiap situasi yang dihadapi adalah berbeza sifatnya. Pengikut
pendekatan kontingensi menyangkal prinsip pengurusan universal dan umum
untuk semua situasi kerana terdapat pelbagai faktor, sama ada luaran atau
dalaman organisasi yang akan mempengaruhi dan memberi kesan ke atas prestasi
organisasi.
memberi penekanan kepada hubungan sekiranya dan kemudian bagi
menyelesaikan masalah berkaitan dengan sesuatu situasi yang wujud. Sebagai
contoh, seorang pengurus akan menggunakan pendekatan pengurusan
kontingensi dengan memimpin secara yang berbeza sekiranya satu kumpulan
subordinatnya tidak berpengalaman berbanding dengan satu kumpulan subordinat
yang berpengalaman.
cuba untuk menggariskan situasi di mana berbagai kaedah pengurusan
mempunyai peluang terbaik untuk berjaya. Walau bagaimanapun, penggunaan
pendekatan pengurusan kontingensi memungkinkan beberapa cabaran utama
termasuk melihat situasi organisasi sebagai benar-benar wujud, memilih taktik
pengurusan yang paling sesuai untuk situasi tersebut, dan melaksanakan taktik
tersebut secara bersesuaian.

2.7 PENDEKATAN SISTEM


PENGURUSAN
merupakan pendekatan pengurusan yang berdasarkan kepada teori
sistem umum. Premis utama teori ini ialah untuk memahami
sepenuhnya operasi sesuatu entiti. Entiti ini harus dilihat sebagai
suatu sistem. Ini bermakna, pendekatan sitem pengurusan adalah
berkaitan dengan cara pemikiran mengenai masalah pengurusan dan
organisasi. Kita boleh memahami sistem sebagai satu himpunan
bahagian dalam organisasi yang saling bergantungan antara satu
sama lain. Ia berfungsi sebagai satu keseluruhan untuk mencapai
matlamat tertentu.
Teori sistem umum mengintegrasikan pengetahuan daripada
berbagai bidang khusus supaya sistem sebagai satu keseluruhan
boleh difahami dengan lebih baik.
Dari perspektif sistem, pengurus melibatkan pengurusan dan
penyelesaian masalah dalam setiap bahagian organisasi. Setiap
tindakan yang dilakukan oleh satu bahagian akan memberi kesan
kepada bahagian lain dalam organisasi.

2.7.1 Sistem Tertutup


Didefinisikan sebagai sistem yang tidak dipengaruhi
oleh/dan tidak berinteraksi dengan persekitarannya.
Sistem ini kebanyakannya bersifat mekanikal dan
mempunyai pergerakan atau aktiviti yang telah
ditentukan.
Sistem tertutup perlu dilaksanakan tanpa memberi
pertimbangan kepada persekitaran.
Sebuah jam merupakan satu contoh terbaik sistem
tertutup. Pergerakkan sebuah jam tidak dipengaruhi
oleh persekitarannya. Ia berfungsi berdasarkan
sistemnya tersendiri yang sedia wujud.

2.7.2 Sistem Terbuka


Sistem terbuka merupakan sistem
yang dipengaruhi oleh/dan sentiasa
berinteraksi dengan persekitarannya.

2.7.3 Sistem Pengurusan


Sistem pengurusan boleh juga dikategorikan sebagai suatu sistem
terbuka. Bahagian utamanya terdiri daripada input organisasi, proses
organisasi dan ouput organisasi.
Bahagian ini mengandungi sumber organisasi (manusia, wang, bahan
mentah, dan modal), proses pengeluaran dan produk akhir (barangan dan
perkhidmatan). Bahagian ini digabungkan bagi mencapai matlamat
organisasi.
Pendekatan sistem pengurusan melihat organisasi sebagai berinteraksi
dengan persekitaran luaran organisasi.
Faktor persekitaran yang melibatkan sistem pengurusan berinteraksi
termasuklah pihak kerajaan, pembekal, pelanggan, dan pesaing. Setiap
faktor ini mempunyai potensi untuk mempengaruhi persekitaran dan
mampu mengubah secara signifikan masa depan sistem pengurusan.
Mengikut pendekatan sistem pengurusan, kecekapan sesebuah organisasi
bergantung kepada interaksi organisasi dengan persekitarannya.
Rujuk Rajah 2.1 Sistem Pengurusan dan Persekitaran (ms.58)

2.8 PENGARUH KONTEMPORARI KE ATAS


PERKEMBANGAN PENGURUSAN

Kita telah membincangkan tentang beberapa


orang pelopor dan pemikir pengurusan yang
telah memberi kefahaman terhadap konsep,
teori dan prinsip pengurusan di sekitar abad
ke-20. Terdapat antara sumbangan mereka ini
masih lagi menjadi rujukan kepada pengurus
pada hari ini. Kini muncul beberapa orang
ahli falsafah dan penganjur amalan
pengurusan yang mewarnai dan membentuk
amalan pengurusan kontemporari.

2.8.1 Tom Peters: Syarikat yang Cemerlang


Tom Peters _ telah mengenal pasti sembilan aspek
yang membolehkan syarikat diurus dengan cemerlang.
a)Mengurus Kekaburan dan Paradoks
b)Kecondongan Tindakan
c)Hampir kepada Pelanggan
d)Autonomi dan Keusahawanan
e)Produktiviti Melalui Manusia
f) Berpegang kepada Penggerak Nilai
g)Kekal kepada Industri Asal
h)Bentuk Ringkas Pergantungan Terhadap Kakitangan
i) Pemilikan yang Ketat-Kendur

2.8.2 William Ouchi: Teori Z


Teori Z merupakan teori pengurusan yang diperkenalkan oleh
William Ouchi. Teori ini merupakan penggabungan amalan
pengurusan cara Amerika dan Jepun. Teori Z ini mengandungi sifat
tanggungjawab individu gaya pengurusan Amerika dan penekanan
Jepun yang unik seperti pengaruh pembuatan keputusan kumpulan.
Pendekatan Teori Z adalah tidak bersesuaian untuk setiap situasi,
tetapi teori ini memberi galakan kepada pengurus untuk
mempertimbangkan penggabungan falsafah, kaedah, dan alat
pengurusan bagi mencipta organisasi yang lebih berkesan.
(a) Ciri-ciri organisasi jenis Z
Menekankan beberapa ciri khusus seperti pekerjaan jangka
panjang, membuat keputusan kumpulan, tanggungjawab
individu, penilaian dan kenaikan pangkat yang lambat,
kawalan tidak formal yang tersirat, pengukuran rasmi yang
jelas, laluan kerjaya yang sederhana pengkhususannya, dan
tumpuan terhadap kakitangan dan keluarga.

2.8.3 Michael Porter: Kelebihan


Persaingan
Michael Porter, - mengaplikasikan pemikiran ekonomi terhadap masalah pengurusan dengan
menghuraikan strategi korporat dalam terma pasaran yang bersaing.
telah mengenal pasti empat strategi yang generik, iaitu kepimpinan kos, perbezaan, kos fokus, dan
perbezaan terfokus. Menurut Porter, kelebihan persaingan boleh diperolehi melalui kos yang rendah dan
perbezaan yang wujud.
(a) Kepimpinan Kos
Kepimpinan kos adalah strategi yang mempastikan pengekalan kos dan harga produk lebih rendah
daripada para pesaing.
(b) Perbezaan
Perbezaan adalah merujuk kepada keupayaan untuk menyediakan nilai yang unik dan tinggi kepada
pelanggan dalam terma kualiti produk, sifat istimewa produk, dan perkhidmatan selepas jualan. Dengan
kata lain, perbezaan merupakan suatu strategi yang berusaha untuk memperbaiki kedudukan persaingan
sesebuah firma melalui pembentukan produk yang unik.
(c) Kos Fokus
Kos fokus merupakan sasaran yang memberi penekanan ke atas pencapaian kelebihan persaingan melalui
kawalan ke atas kos dalam sesuatu pasaran kecil tertentu.
(d) Perbezaan Terfokus
Perbezaan terfokus merupakan strategi yang melibatkan penyediaan produk dan/atau perkhidmatan yang
unik dan berdaya saing bagi sesuatu pasaran kecil tertentu.
Pendekatan Porter adalah sesuatu yang penuh pengertian dan proaktif. Porter merumuskan bahawa fokus
analitikal adalah terbaik dalam menerangkan prestasi ekonomi dan bukanlah firma individu atau kuasa
atau tekanan ekonomi mikro. Porter mencadangkan bahawa penjelasan mengenai prestasi boleh diperolehi
melalui kajian mengapa bangsa tertentu berjaya dalam industri tertentu.

Вам также может понравиться