Вы находитесь на странице: 1из 20

TAJUK:

LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI STRES

SOALAN
Seseorang remaja akan berhadapan dengan pelbagai
masalah dalam mengharungi samudera kehidupan.
Ada yang berjaya menangani masalah dengan baik
namun ada juga yang tewas dalam mengawal emosi
sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius.
Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan untuk
menangani stress.

FOKUS SOALAN
Anda diminta untuk menjelaskan tentang cara-cara
yang dapat dilakukan oleh golongan remaja untuk
menangani stres.

Meluahkan
perasaan kepada
keluarga dan rakan

Mendapatkan
khidmat
kaunseling

Mendekatkan diri
kepada Tuhan
Mengamalkan
gaya hidup
sihat

Mencurahkan
perasaan dalam
diari

LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI STRESS

PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Zaman remaja- zaman penuh pancaroba
remaja - berdepan masalah - menguji ketabahan - ada yang berjaya - tangani
masalah ada yang tewas.
remaja - cenderung untuk melarikan diri daripada masalah - tidak mahu
berhadapan dengan masalah
setiap manusia perlu berhadapan - bertindak - tangani masalah
Remaja - perlu dibantu - mampu menangani tekanan emosi - dengan cara yang
bijak
tindakan yang seharusnya dilakukan oleh remaja untuk menangani stres

ISI 1: MELUAHKAN PERASAAN KEPADA


ISI 1: MELUAHKAN
PERASAAN
KELUARGA DAN
RAKAN KEPADA
KELUARGA DAN RAKAN

remaja - memendam rasa - berdepan - masalah.


menjadi pendiam - dibiarkan berterusan - remaja - menjadi murung
membawa masalah jiwa
dapat dielakkan - remaja - meluahkan perasaan - seseorang boleh dipercayai
- keluarga - rakan sebaya - menyelesaikan masalah secara berhikmah
keluarga - rakan sebaya memberi nasihat dan bimbingan - meringankan
kekusutan - dalam minda remaja
Melepaskan apa - terbuku di jiwa - terapi - menangani stres.
merungkai benang yang kusut lebih baik daripada terus menambah masalah.

isi
isi2:
2:mendapatkan
mendapatkankhidmat
khidmatkaunseling
kaunseling
seseorang remaja - tidak mampu menyelesaikan masalah - bantuan
kaunselor - sedia membantu - sebarang permasalahan yang dihadapi
khidmat kaunseling - remaja - dibantu - proses penyelesaian masalah tindakan wajar - diambil oleh mereka
kaunselor - memberitahu apa yang mungkin mereka tidak sedar
mengenai diri mereka
menjalani sesi kaunseling - remaja dapat selesaikan - masalah yang
dihadapi - lebih rasional - mampu bertindak dengan pilihan yang
bernas.

isi
isi3:
3:mendekatkan
mendekatkandiri
dirikepada
kepadatuhan
tuhan
Berdoa - meluahkan rasa hati kepada Tuhan - meringankan bebanan
mendekatkan diri kepada Tuhan - remaja - terima hakikat - masalah dugaan daripada Tuhan - menguji tahap keimanan
Dugaan - dipandang dari sudut yang positif - remaja terima segala
masalah -ketentuan atau takdir daripada Tuhan
beribadat - cara tepat - hilangkan keresahan hati
remaja - memohon petunjuk daripada Tuhan- menyelesaikan
masalah - dihadapi

isi
isi4:
4:MENGAMALKAN
MENGAMALKANGAYA
GAYAHIDUP
HIDUPSIHAT
SIHAT
amalan gaya hidup sihat - tangani masalah stres - aktiviti berbentuk riadah
Aktiviti riadah - menghilangkan tekanan dan stress- meningkatkan stamina
- segi fizikal - mental remaja
pengambilan makanan seimbang - berkhasiat - memenuhi keperluan
nutrien yang secukupnya - penting.
badan sihat otak cerdas membuktikan - individu sihat - mampu - hadapi
tekanan dan stres
minda cerdas- remaja mampu bersikap terbuka - mereka bersedia menerima sesuatu bencana yang datang tanpa diduga
dengan cara ini - kurang tekanan dihadapi remaja - menghadapi sesuatu
permasalahan

isi
isi5:
5:mencurahkan
mencurahkanperasaan
perasaan
dalam
dalamdiari
diari
remaja boleh melepaskan perasaan - dalam diari
Apabila tertekan - marah,sedih,kecewa - remaja boleh tulis semuanya diari
tidak perlu catat - terperinci - perasaan yang dirasai - sekadar sedikit
catatan
Diari - disimpan di suatu tempat rahsia - tidak diketahui orang lain
menulis dalam diari - remaja - curahkan segala yang terbuku di dalam hati
Langkah ini - efektif - sangat disyorkan oleh ahli psikologi
remaja akan tertawa - membaca semula catitan - pada lain masa - kerana
sebenarnya perkara itu terlalu remeh bebeza apa yang digambarkan di
dalam diari

PENUTUP
PENUTUP
pelbagai usaha yang dapat lakukan untuk menghadapi tekanan dalam
kehidupan
setiap individu - menghadapi tekanan - demi kelangsungan hidup - lebih
bermakna
Tekanan - masalah dan tekanan - sumber motivasi - tanpa tekanan - hidup
- menjadi kurang berseri - umpama pokok yang tidak berbunga
tekanan - fikiran remaja - lebih matang dan dewasa
jika seseorang remaja - mengalami stres - berusahalah - mengatasinya
secepat mungkin
Cegah sebelum parah - jalan terbaik - sebelum nasi menjadi bubur.

KARANGAN LENGKAP

Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh
pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari
hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan
dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja
yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri
daripada masalah dengan mencetus masalah lain. Mereka tidak mahu
berhadapan dengan masalah ini namun secara realitinya setiap manusia
perlu berhadapan dan bertindak dengan bijak dalam menangani masalah
tersebut. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani
tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak. Persoalannya,
apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh remaja untuk menangani
stres yang dialami oleh mereka?

Secara umumnya, remaja gemar memendam rasa apabila berdepan


dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu
dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung.
Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Namun
begitu perkara ini dapat dielakkan sekiranya remaja meluahkan perasaan
kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti keluarga ataupun rakan
sebaya bagi menyelesaikan masalah secara berhikmah. Hal ini kerana,
walaupun keluarga dan rakan sebaya tidak mampu untuk membantu, mereka
berupaya untuk memberikan nasihat dan bimbingan dalam meringankan
kekusutan yang bermain dalam minda remaja tersebut. Melepaskan apa yang
terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.
Sesungguhnya, merungkai benang yang kusut adalah lebih baik daripada
terus menambah masalah.

Selain itu, jika seseorang remaja itu tidak mampu menyelesaikan


masalah mereka juga boleh mendapatkan bantuan kaunselor sekolah
yang sedia untuk membantu sebarang permasalahan yang dihadapi para
pelajar. Hal ini kerana dengan mendapatkan khidmat kaunseling, remaja
akan dibantu oleh kaunselor mengenai proses penyelesaian masalah
dan tindakan yang wajar yang perlu diambil oleh mereka. Disamping itu,
kaunselor juga dapat memberitahu mengenai perkara yang mungkin
mereka tidak sedar mengenai diri mereka. Dengan menjalani sesi
kaunseling, remaja dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka
dengan lebih rasional dan mampu bertindak dengan pilihan yang bernas.

Sebagai seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak.


Mendekatkan diri dengan Tuhan adalah jalan yang terbaik. Berdoa dan
meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa
masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap
keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika
remaja menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada
Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan
cara yang paling tepat untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh
memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Seterusnya, amalan gaya hidup sihat dapat menangani masalah stres


seperti melakukan aktiviti berbentuk riadah. Aktiviti riadah ini juga bukan
sahaja dapat menghilangkan tekanan dan stress, malah mampu untuk
meningkatkan stamina dari segi fizikal dan mental remaja. Selain itu,
pengambilan makanan seimbang yang berkhasiat dan memenuhi
keperluan nutrien yang secukupnya juga penting. Slogan badan sihat
otak cerdas juga telah membuktikan bahawa individu yang sihat mampu
untuk menghadapi tekanan dan stress. Hal ini kerana dengan minda yang
cerdas, remaja mampu bersikap terbuka dalam semua perkara dan
mereka akan lebih bersedia untuk menerima sesuatu bencana yang
datang tanpa diduga. Secara tidak langsung, dengan cara ini akan
berkuranglah sedikit tekanan yang dihadapi remaja tersebut apabila
menghadapi sesuatu permasalahan.

Akhir sekali, seseorang remaja boleh melepaskan perasaan mereka dalam


diari. Apabila berasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya,
remaja boleh menulis segala-galanya di dalam diari. Mereka tidak perlu
mencatatkan segala peristiwa secara terperinci tentang perasaan yang
dirasai namun cukup sekadar sedikit catatan. Diari itu akan disimpan di suatu
tempat rahsia yang tidak diketahui orang lain. Sesetengah remaja lebih kerap
memendam perasaan dan tidak mahu meluahkannya kepada orang lain.
Oleh itu dengan menulis di dalam diari ini, remaja dapat mencurahkan segala
yang terbuku di dalam hati mereka tanpa berselindung. Langkah ini sangat
efektif dan merupakan salah satu cara yang sangat disyorkan oleh ahli
psikologi. Kebiasaanya, remaja akan tertawa apabila membaca semula
catitan mereka pada lain masa kerana selalunya perkara itu sebenarnya
terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang dapat lakukan


untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang
berlaku, mahu ataupun tidak, setiap individu terpaksa menghadapi segala
tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna.
Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber
motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup akan menjadi kurang
berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah
fikiran remaja dapat menjadi lebih matang dan dewasa. Justeru, jika
seseorang remaja sedang mengalami stres, berusahalah untuk
mengatasinya secepat mungkin. Cegah sebelum parah adalah jalan yang
terbaik sebelum nasi menjadi bubur.

~TAMAT~
SEKIAN, TERIMA KASIH

Вам также может понравиться