Вы находитесь на странице: 1из 26

Flipped Learning and

Flipped Classroom

Pengenalan
Pembelajaran abad 21 yang sentiasa
berkembang menggalakkan lebih
banyak strategi pembelajaran.
Antara yang popular adalah Flipped
Classroom (pembelajaran kelas
terbalik).

Definisi Flipped Classroom


Flipped classroom ialah satu konsep
pedagogi yang menggantikan kuliah
dalam kelas dengan peluang-peluang
untuk meneroka dan mengkaji bahanbahan yang di luar bilik darjah melalui
klip video dan bacaan.

Masa pengajaran satu hala berubah


menjadi persekitaran pembelajaran
bimbingan-inkuiri yang berpusatkan
pelajar di mana pelajar digalakkan
untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti seperti pembinaan
pengetahuan, perbincangan kolaboratif
dan penyelesaian masalah.

Pembelajaran
Tradisonal

Flipped
Classroom

Murid diajar oleh


guru di kelas
(kuliah)

Mempelajari
pelajaran di rumah
(menonton video,
mencatat, dll)

Mengedarkan tugastugas untuk buat di


rumah

Membuat tugasan
di kelas
(penjelasan
konsep,
laboratorium dll)

Ciri-ciri Flipped Classroom


1. mengurangkan jumlah arahan
langsung dalam amalan mengajar
2. memaksimumkan interaksi satu
sama lain
3. menggunakan teknologi yang boleh
diakses secara online

4. memberikan pembelajaran kelas atau


kandungan pengajaran sebagai
pekerjaan rumah
5. masa di kelas untuk bekerja
menyelesaikan masalah,
pembangunan konsep, dan terlibat
dalam pembelajaran kolaboratif

LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN FLIPPED

LEARNING/
FLIPPED CLASSROOM

LANGKAH 1

Pelajar bersedia sebelum mulanya sesi P&P


dengan menonton video, membaca artikel dan
mempertimbangkan soalan-soalan yang
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada
mereka

LANGKAH 2

Selepas mengakses kandungan pembelajaran,


pelajar diminta untuk mengimbas kembali apa
yang mereka telah belajar dan mengatur
senarai soalan mengenai apa yang
mengelirukan mereka

LANGKAH 3

Pelajar daftar masuk ke laman sosial seperti


Facebook untuk menujukan persoalan mereka

LANGKAH 4

Instruktor menyusun soalan-soalan


sebelum kelas bermula,
mengorganisasikan soalan-soalan
dan membina bahan pengajaran
untuk menangani kekeliruan
pelajar

* Guru tidak mengajar pengetahuan


yang pelajar sudah memahami

LANGKAH 5

Dalam kelas, guru menggunakan kaedah


pengajaran Socrates, di mana persoalan dan
masalah ditimbulkan dan pelajar bekerjasama
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah

LANGKAH 6

Peranan guru adalah untuk menilai


perbincangan dan melibatkan diri dengan
individu dan kumpulan apabila diperlukan

Pembelajaran Abad Ke21

PEMBELAJARAN
TRADISIONAL

PEMBELAJARAN
FLIPPED
CLASSROOM

Kelebihan
Memberi peluang kepada pelajar untuk
perbincangan dan interaksi dalam dan di luar
kelas.
Memberi maklum balas serta-merta untuk guruguru dan pelajar.
Bahan-bahan pembelajaran dalam pelbagai
format sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar
yang berbeza.
Lebih banyak masa digunakan untuk berinteraksi
dengan pelajar dan bukannya untuk memberi

Pelajar membuat refleksi tentang


pembelajaran mereka dan mengatur
senarai soalan mengenai apa yang
mengelirukan mereka.
Pelajar dapat meningkatkan
kemahiran elektronik yang membantu
dalam apa-apa media berasaskan
komputer.
Pelajar boleh mengulang-ulang video
tersebut hingga ia benar-benar faham
isi pelajaran, tidak seperti pada
pembelajaran biasa, apabila murid
kurang mengerti maka guru perlu
menjelaskan lagi hingga pelajar dapat
mengerti sehingga kurang berkesan.
Pelajar dapat mengakses video
tersebut dari mana-mana tempat
asalkan mempunyai sambungan
internet yang cukup, bahkan boleh
dimuat turun dan lebih puas untuk
menontonnya berulang-ulang.

KeKURANGAN
Tidak semua pelajar boleh mempunyai akses
kepada komputer di rumah atau di luar
sekolah.
Sesetengah pelajar tidak memainkan peranan
dalam perbincangan berkumpulan kerana
rasa malu dan segan.
Tugasan kumpulan kecil memerlukan tahap
pemantauan yang berkesan daripada guru.
Untuk menonton video, sekurang-kurangnya
diperlukan satu unit komputer atau laptop.
Hal ini akan menyulitkan pelajar yang tidak
mempunyai komputer / laptop, mereka harus
ke siber cafe untuk mengakses video

Diperlukan sambungan internet yang laju untuk


mengakses video tersebut. Adakalanya sambungan
internetnya amat lambat, terutama apabila fail
tersebut bersaiz besar, maka akan memerlukan masa
yang cukup lama untuk membuka atau memuat
turun.
Pelajar mungkin perlu banyak mengulang-ulang
paparan web untuk memastikan mereka memahami isi
kandungan yang disampaikan dalam video dan pelajar
tidak mampu mengajukan soalan kepada pengajar
atau rakan-rakan mereka jika menonton video saja.
Flipped classroom hanya boleh dilaksanakan di sekolah
yang pelajarnya sudah mempunyai cara dan prasarana
yang sudah memadai memandangkan pada strategi ini
menuntut pelajar untuk menonton video tutorial di
rumah.

Contoh Aktiviti
Flipped Classroom

Contoh
Aktiviti
Flipped
Classroom

Aktiviti
Individu

Aktiviti
Kumpulan

Aktiviti Individu
1.
2.

Word Webs / Concept Maps


Individual Problem Solving

Aktiviti Kumpulan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Think-Pair-Share
Round Robin
Fishbowl Discussion
Three-Step Interview
Role Play
Critical Debate
Case Study

Kesimpulan

Flipped classroom telah menukarkan kaedah pengajaran


tradisional kepada penyampaian ilmu secara online di luar bilik
darjah dan membawa kerja sekolah ke dalam bilik darjah.
Guru berperanan sebagai pembimbing semasa aktiviti sedang
dijalankan.

Вам также может понравиться