Вы находитесь на странице: 1из 3

Teknik Penulisan Pembahagian Tiga Bahagian

Langkah Mengajar:

Membuat pembahagian tiga bahagian

Murid diberikan helaian kertas A4.

Murid diminta melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian.

Bahagian A ditulis Semasa Membaca (murid diminta memberikan tanggapan


awal berdasarkan pengetahuan mereka.

Bahagian B ditulis Semasa Membaca (murid diminta membaca dan menulis


respons tentang isi kandungan bahan

Bahagian C ditulis Selepas Membaca (murid memikirkan kembali tanggapan


awal).

Teknik Soalan Pemahaman


Langkah Mengajar:

Murid membaca petikan cerpen atau prosa

Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis / ringkasan

Dalam kumpulan, murid membina satu soalan yang berkonsep

1. Soalan mencungkil
(Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara
beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta
jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan)
2.Soalan bercapah
(Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan
yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka)
3. Maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.

Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.

Murid lain diberi peluang membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa

Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan

Murid menjawab semua soalan di papan hitam

Teknik Lakonan
Langkah Mengajar:

Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau


situasi di dalam prosa tradisional.

Dijalankan dalam kumpulan antara 2 hingga 5 orang murid.

Murid diberi masa 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Вам также может понравиться