You are on page 1of 13

AKU MEMBACA LAGI

RAZALI MOHD. YUSSOF


Dewan Bahasa, Januari, 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 1
Aku mendongak
langit
membaca garis dan
titik
menaakuli
kebesaran-Mu
di bawahnya
gumpalan mega
hembusan bayu dan
banjaran gunung.

Maksud
Penyajak memandang ke langit
lalu memerhatikan keadaan
langit. Dengan perasaan penuh
kesyukuran, dia menghayati
keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan
yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran
gunung

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 2
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan
wajah pelangi
mewarnai kehidupan
umat-Mu.

Maksud
Penyajak menghayati
anugerah Tuhan kepada
manusia yang digambarkan
melalui burung yang
berkicau, kewujudan pantai
dan ombak, dan
kemunculan pelangi.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 3
Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohonpohon kayan rapuh
dahan dan ranting
terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku
yang makmur.

Maksud
Penyajak mendapati
bahawa alam semula jadi
semakin tercemar apabila
negara semakin makmur.
Pencemaran alam semula
jadi ini dikaitkan dengan
keadaan bahasa Melayu
yang semakin lama
semakin kurang
didaulatkan oleh rakyat
walaupun bahasa Melayu
merupakan bahasa
kebangsaan. Selain itu,
penyajak mendapati
bahawa kemakmuran
negara tidak dapat

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 4
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang
menangis
meratapi luka nasib
bangsa.

Maksud
Para pejuang bahasa yang
cinta akan bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib
bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 5
Aku mendongak lagi
menitis air mata
langit
membasahi bahasa
Melayuku
yang berdarah.

Maksud
Penyajak meluahkan
kekesalannya apabila bahasa
Melayu yang semakin diketepikan
terus dipinggirkan oleh semua
pihak.

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA
Nasib
bahasa
Melayu
yang
semakin
dipinggirka
n oleh anak
bangsa

PERSOALAN
Bahasa sebagai maruah
bangsa
Peranan bangsa untuk
mendaulatkan bahasa
Jati diri anak bangsa yang kian
terancam
Kesyukuran terhadap
kebesaran Tuhan

BENTUK SYAIR
Terdiri daripada lima rangkap
Bilangan barisnya tidak sama
iaitu lima hinga tujuh baris
Bilangan perkataan antara satu
hingga enam patah kata
Rima akhir bebas/tidak sama
Sajak berbentuk bebas atau
tidak terikat

UNSUR BUNYI

NILAI

PENGAJARAN

SOALAN LATIHAN
1. Berikan maksud meratapi luka nasib?

(2 markah)
2. Pada pendapat anda, apakah langkah-

langkah yang boleh diambil bagi


mengangkat martabat bahasa Melayu yang
hampir tenggelam semula?
Nyatakan tiga saranan anda.
(3 markah)
3. Huraikan dua bentuk sajak ini.

(4 markah)