Вы находитесь на странице: 1из 16

TERAPI SENI

AINAA NAWWARA
NOR FAZIANA
DAYANG NURZAWANI
CHRISTIE MINDA

PENGENALAN
Terapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa
proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa
seseorang.
Kebanyakan orang yang mengalami trauma psikologi
biasanya sukar meluahkan perasaan melalui kata-kata.
Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan.
Kanak-kanak,tidak pandai menunjukkan perasaan dengan
kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan
emosi melalui kelakuan.
Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan
perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah.

MAKSUD TERAPI SENI


Terapi seni adalah satu kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan
perkataan melalui seni, terutamanya lukisan.
Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain.

KONSEP UTAMA

BAHAN ATAU MEDIA SENI


YANG DIPERLUKAN

KAEDAH PELAKSANAAN
Terapi seni ini adalah berdasarkan pada keyakinan bahawa proses-proses kreatif
seperti menggambar dan melukis boleh menjadi medium luahan perasaan.
Bagi kanak-kanak khususnya, trauma ataupun perasaan yang dialami adalah
sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Oleh itu, terapi seni adalah sangat berkesan untuk menggambarkan emosi dan
perasaan yang amat menyakitkan jika diungkapkan melalui kata-kata.
Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-kanak akan diminta menggambarkan
dan mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui karya seni.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan
seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan.
Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan
bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi
olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien merungkai kegusaran yang dihadapi oleh
klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil
seni yang dihasilkan oleh klien.

Klien berupaya meneroka perasaan serta menyelesaikan masalah yang


dihadapi dengan cara yang berkesan dan tidak menyakitkan dengan
bantuan daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidak merasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan
perasaan.

GARIS PANDUAN TAFSIRAN


HASIL KARYA SENI TERAPI
KANAK-KANAK

KELEBIHAN TERAPI SENI


Penyembuhan peribadi dan meredakan stress.
Membantu kanak-kanak memahami perasaan peribadi mereka dengan
mengenali dan mengatasi kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain.
Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah sesuatu
kejadian yang dahsyat dan sebagainya.
Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali semangat kanak-kanak.

Pencapaian peribadi.
Pencapaian peribadi.
Mencipta sebuah karya seni boleh meningkatkan konsep kendiri yang positif
serta membangunkan rasa percaya diri dalam diri kanak-kanak.
Ini akan membuatkan mereka menghargai dan mencintai diri sendiri.

Menguatkan perasaan dalaman.


Mengekpresi apa yang berada dalam diri dan fikiran mereka yang selama ini
tidak mampu diluahkan melalui kata-kata atau difahami oleh orang lain.
Melalui cara ini, kanak-kanak boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih
baik sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa.

KELEMAHAN TERAPI SENI


Kaedah terapi seni ini memerlukan kerjasama yang padu daripada klien atau
kanak-kanak kerana sekiranya mereka malu atau enggan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui hasil seni, sesi terapi tidak dapat dijalankan dengan
berkesan.
Salah tanggapan atau salah interpretasi daripada kaunselor mengenai lukisan
atau hasil seni kanak-kanak akan membawa kepada kegagalan untuk
menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Proses terapi seni ini perlu berterusan dan mengambil masa yang lama untuk
menghasilkan penyembuhan yang kekal. Sekiranya tiada komitmen yang
konsisten daripada klien sepanjang tempoh terapi tersebut, sesi terapi yang
dirancang tidak akan berjaya.

CADANGAN
Tidak menyatakan had waktu kepada kanak-kanak untuk menyiapkan hasil seni
mereka.
Persoalan atau perbualan tidak terus menjurus kepada masalah.
Contoh komen kaunselor yang baik :
Saya boleh faham apa yang anda rasai setelah saya melihat
lukisan yang anda lukis ini
Sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan persepsi sebenar klien tentang
hasil seni yang dihasilkan. Mungkin persepsi kaunselor dan klien adalah berbeza
terhadap hasil seni yang sama

TERIMA
KASIH