Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
MENGGAMBAR
AKTIVITI LUKISAN
TEMA : PEMANDANGAN
DEFINISI LUKISAN
Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna yang minimum.
Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan
imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.
Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi
visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj.
Lukisan juga merupakan hasil karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan diatas
permukaan yang rata.
Pengunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel
warna, pastel, arang, pen, dan dakwat.
BAHAN :
Kertas Lukisan,
Pensel Warna,
Oil Pastel Dan
Pensel
Arang
Pen