You are on page 1of 55

KURIKULUM PERMATA

NEGARA

BIDANG
PEMBELAJARAN
PERMATA

SAHSIAH,SOSIOE
MOSI &
KEROHANIAN

FIZIKAL DAN
PSIKOMOTOR

KREATIVITI DAN
ESTETIKA

ANAK
PERMA
TA
NEGAR
A
DERIA &
PEMAHAMAN
DUNIA
PERSEKITARAN

BAHASA,KOMUNIK
ASI &LITERASI
AWAL

AWAL MATEMATIK
DAN PEMIKIRAN
LOGIK

BIDANG PEMBELAJARAN 1 :
PERKEMBANGAN SAHSIAH,
SOSIOEMOSI DAN
KEROHANIAN

FOKUS
Memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan
kemahiran-kemahiran
sosial,interpersonal,intrapersonal dan kerohanian
kanak-kanak.

OBJEKTIF
Untuk membina perasaan tenteram, kebolehan
mengawal emosi dan perasaan, membina tingkahlaku
yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan
keyakinan diri yang tinggi, kebolehan mematuhi
arahan, menghayati nilai-nilai murni, mensyukuri
kebesaran Tuhan.

PERANAN PENDIDIK
~ Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang
dan

perihatin

~ Sentiasa menberi galakan,dorongan dan pujian


untuk
membina keyakinan diri, harga diri, rasa
selamat, dan rasa diterima

~ Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa,


ceria,
menyeronokkan dan mengupayakan
kebolehan kanak- kanak

~ Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga


dan komuniti

~ Hormati budaya dan agama kanak-kanak


~ Hormati idea dan perasaan kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN

UMUR 6-12 BULAN


Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang
lembut dan mesra
Sentiasa gembira dan suka ketawa
Takut kepada orang yang tidak dikenali
Memahami perlakuan orang lain terutama orang
yang rapat dengannya
Faham arahan jangan dan tidak boleh
boleh meluahkan/menyatakan emosi melalui
memek muka atau gerak anggota

UMUR 1-2 TAHUN


Masih kurang mesra dengan orang yang tidak
dikenali
Mula mengenali diri
Menunjukkan keyakinan diri
Boleh mengawal emosi
Memahami reaksi orang lain
Mula mencuba melakukan banyak perkara untuk
diri sendiri dan ingin berdikari

UMUR 2-3 TAHUN


Menunjukkan emosi yang terkawal, tenang dan
sabar
Berani mencuba, menawarkan diri, yakin diri dan
berdikari
Tidak takut menghadapi situasi baru
Boleh buat rutin harian tanpa perlu diarah
Bercakap dengan lemah lembut, mengucapkan
terima kasih
Membaca doa mudah seperti doa makan dan doa
tidur
Boleh bersabar menunggu giliran semasa
bermain, makan atau ke tandas

UMUR 3-4 TAHUN


Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan
Minta maaf jika telah buat salah
Perasaan yakin diri semakin meningkat dan tidak
takut menghadapi situasi baru
Suka dan gembira apabila diberi pujian
Tunjuk sikap bertanggungjawab
Berminat untuk menjalinkan hubungan
persahabatan
Boleh bekerjasama dalam permainan dan
gembira apabila berkongsi barang mainan dan
bersedia menawarkan pertolongan

BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
PERKEMBANGAN BAHASA,
KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Bertujuan untuk meningkatkan


kemahiran bahasa dan berkomunikasi
kanak-kanak.
Kurikulum PERMATA Negara menekan
penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktiviti
setiap hari.
Penguasaan bahasa ibunda digalakkan
jika terdapat peluang untuk membina
kemahiran dalam bahasa tersebut di
TASKA.

OBJEKTIF
Untuk membina kebolehan bertutur,
bersoal jawab, awal baca, awal tulis,
dan menanam minat suka membaca
sebagai langkah awal ke arah
pembudayaan ilmu dalam diri kanakkanak.

AKTIVITI YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN


INI :
MEMBACA
Aktiviti awal baca pendidik menunjukkan gambar dan
membacakan buku tersebut kepada bayi dan kanakkanak.
Aktiviti awal tulis - pendidik memberi buku/kertas
kepada kanak-kanak untuk menconteng

BERCERITA
Kanak-kanak dibacakan cerita atau membaca sendiri
Menceritakan semula cerita yang dibaca atau
diceritakan
Bercerita dan berlakon, berdrama dan melakonkan
peranan

MENYANYI
Kanak-kanak diajar menyanyi lagu kanak-kanak,
nursery rhymes lagu PERMATA, lagu Negaraku,
negeri, patriotik, sambutan hari perayaan, lagu
dari pelbagai budaya dan lagu popular semasa.

BERZIKIR DAN BERDOA


Kanak-kanak Islam sentiasa diajar berzikir,
bertasbih dan tahmid, selain membaca doa
sebelum dan selepas aktiviti dijalankan

HASIL
PEMBELAJARAN

UMUR 6- 12 BULAN
Mengeluarkan pelbagai bunyi (babbling, cooing)
dan menyebut perkataan mudah seperti
cucu(susu), bu(ibu), ma(mama) dan lainlain.
Mengabungkan suku kata da manjadi dada
Mengangguk dan menggeleng untuk
menyatakan ya atau tidak
Suka meniru bunyi-bunyi yang didengar

UMUR 1-2 TAHUN


Berkomunikasi dengan bilangan perkataan yang
lebih banyak (50-100 perkataan sehari)
Menggunakan intonasi berlainan untuk sesuatu
perkataan/keadaan
Menggunakan bahasa ekspresif dan reseptif
Mengenali gambar dalam buku cerita dan suka
menconteng

UMUR 2-3 TAHUN


Berkomunikasi menggunakan ayat-ayat yang
pendek dan telah mempunyai 200-300
perbendaharaan kata.
Menggunakan perkataan tak(tidak), kata kerja
dan kata nama
Memahami arahan dan peraturan mudah
Menguasai kemahiran bertanya dan mengingati
pesanan/cerita
Mengenali huruf dan abjad, dan boleh menyebut
dengan lancar
Membaca dan bercerita

UMUR 3-4 TAHUN


Membentuk ayat menggunakan 3-4 patah
perkataan, dan telah mempunyai 500-1000
perbendaharaan kata
Bercerita apa yang dilihat, memberi cadangan,
dan melahirkan perasaan
Memahami peraturan mudah
Menguasai kemahiran bertanya dan mengingat
menulis nama sendiri

BIDANG PEMBELAJARAN 3 :
PERKEMBANGAN AWAL
MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
LOGIK

Bermatlamat untuk membina konsep asas matematik melalui


proses mengenal, membanding, menganggar, menyusun,
mengarang dan membeza (bentuk,saiz,jarak,ukuran dan ruang),
membilang dan menggunakan nombor serta menyelesaikan
masalah.
Kemahiran awal matematik merangkumi konsep-konsep asas yang
melandasi pengetahuan dan kemahiran matematik seperti konsep
bentuk,ruang,kedudukan,saiz dan
susunan,urutan,ukuran,kunatiti,awal nombor , jarak dan masa
Pemikiran logik adalah berasaskan penaakulan

HASIL
PEMBELAJARAN

UMUR 0-6 BULAN


Membina kebolehan spatial (posisi cojek dalam ruang)
bayi, seperti kebolehan mengecam bunyi
Mengembangkan kebolehan mengesan arah bunyi,
membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang
Mengembangkan kemahiran mengesan pergerakan

UMUR 6-12 BULAN


Meningkatkan kebolehan mengecam wajah dan
menganggar kedudukan pelbagai dalam ruang
Meningkatkan kebolehan bayi menghubungkan dirinya
dengan orang disekelilingnya dan dirinya dengan objek

UMUR1-2 TAHUN
Meningkatkan kebolehan kanak-kanak
menguasai kemahiran awal matematik
Meningkatkan penguasaan kemahiran kuantiti
Mengembangkan kebolehan kanak-kanak
menyebut nombor
Mendedahkan kepada kanak-kanak konsep
pasangan (one to one correspondence)

UMUR 2- 3 TAHUN
Mengetahui susunan nombor secara hafalan
Membezakan di antara simbol nombor dari abjad
Mengenal konsep nombor 1-5
Memadankan bilangan objek dengan simbol
nombor
Meningkatkan kebolehan kanak-kanak mengira
secara menurun seperti dari 5 ke 1
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah mudah

UMUR 3-4 TAHUN


Mengetahui susunan nombor secara hafalan
Memahami konsep nombor 1- 10
Membanding dan membezakan dari segi
ketinggian,saiz dan kuantiti
Memadankan bilangan onjek dengan simbol
nombor
Perkiraan mudah
Mengetahui kepelbagaian bentuk objek
Mengenali corak-corak mudah
Meningkatkan kebolehan berfikir dan memberi
alasan yang berasaskan logik
meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah

4. PERKEMBANGAN DERIA DAN


PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

Pembelajaran
menggunakan deria
kanak-kanak
meneroka alam
sekelilingnya

menekankan kanak-kanak
didedahkan sepenuhnya
kepada pengalaman
menerokai dan mengalami
alam sekitarnya dari
peringkat awal umur lagi
Pendidik hendaklah
mengetahui cara
merangsang perkembangan
ke lima-lima deria kanakkanak, meningkat daya
tumpuan, kemahiran
menghubungkait dan
kemahiran berfikir.
Kanak-kanak didedahkan
dengan teknologi mudah

melalui
pemerhatian,
penerokaan, ramalan
dan pemahaman
sebab-akibat.

Skop bidang pembelajaran ini meliputi penerokaan dalam


empat komponen, iaitu:
Alam hidupan kanak-kanak menerokai tumbuh-tumbuhan,
haiwan, serangga, manusia, dinasour (haiwan purba),
benda-benda hidup
Alam bahan kanak-kanak menerokai bahan-bahan yang
terdapat di sekeliling mereka seperti batu, kayu, tanah,
air, udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam,
sabun, kertas, kain, warna, bahan makanan
Alam fizikal terdiri daripada kejadian-kejadian alam seperti
hujan, panas, sejuk, angin, selain daripada menerokai
bentuk, saiz, corak, mesin, mainan, magnet,
pergerakan, tekanan, dan teknologi
Alam Semesta semua benda yang terdapat dalam alam,
seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai,
tasik, paya, langit, awan, hujan, pelangi, matahari,
bulan, bintang dan planet.

Objektif Pembelajaran
1. Membina kemahiran penggunaan deria (penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa) secara menyentuh, yang
akan membolehkan kanak-kanak:
Meneliti dan mengamati pelbagai objek dan benda dalam
persekitarannya
Mengesan melihat dan mengecam pelbagai warna dan bentuk
dalam persekitaran
Melihat dan mendengar pergerakan dari jarak dekat dan jauh
Menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti/fungsi tertentu
Menanam perasaan ingin tahu
Membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan kepekaan deria
pendengaran
Membezakan warna dan objek yang berlainan
Membezakan bau yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria
bau
Membezakan tekstur permukaan melalui sentuhan
Meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian, pengamatan
dan kemahiran berbahasa

2. Mengenali dan memahami alam kehidupan:


Kebolehan menamakan anggota badan, dan fungsi-fungsinya.
Membezakan objek hidup dan bukan hidup, haiwan dan
tumbuhan, tempat tinggal haiwan, haiwan purba dan
sebagainya.
3. Membina pemahaman mengenai alam fizikal:
Memahami pelbagai bentuk, saiz, corak, warna dan kejadiankejadian alam seperti hujan, panas, sejuk, berangin, cuaca,
banjir, dan lain-lain
Membina pemahaman menegnai mainan, mesin, magnet,
pergerakan, tekanan, dan teknologi
4. Membina pemahaman mengenai alam bahan:
Kemahiran mengenali bahan-bahan pepejal, cecair, dan gas,
seperti batu, kayu, tanah, air, udara, bahan kimia, susu,
tepung, gula, garam, sabun, kertas, kain, warna, bahan
makanan dan lain-lain.

5. Membina kepekaan dan kesedaran tentang


kewujudan alam semester - bumi, bulan, matahari,
bintang dan planet, dan kewujudan bentuk-bentuk di
muka bumi seperti bukit, gunung, gunung berapi,
lautan, sungai, tasik, paya, awan, langit, hujan,
matahari, bulan
6. Membina kawalan neuorologi jari dan daya fokus
koordinasi tangan dan mata
7. Meningkatkan kemahiran berfikir secara awal
saintifik, menaakul, deduktif, kreatif, imaginatif, dan
kebolehan membuat analogi (perbandingan)
8. Menyedari dan mula memahami dan menghayati
tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian
dan menjadikan individu celik sains-teknologi.

Hasil Pembelajaran
Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan:
Memupuk kemahiran mengenali sesuatu objek
Membina kebolehan melihat persekitaran dalam
cahaya yang tidak terlalu terang atau gelap
Membina kebolehan melihat objek atau orang
yang bergerak
Mendedahkan pengalaman dengan warna
(warna primer)
Mendedahkan pengalaman merasa dan
sentuhan melalui objek lembut, licin, kenyal.
Meningkatkan deria mendengar

Kanak-kanak 6 hingga 12 bulan:


Meningkatkan kebolehan melihat dan
mengecam pelbagai warna
Meningkatkan kepekaan deria
pendengaran mendengar pelbagai
bunyi dan dari jarak berbeza
Meningkatkan kepekaan deria menghidu
Meningkatkan kepekaan deria
merasa/sentuhan pelbagai tektur objek
dan alat mainan
Mengenali anggota badan atau
membezakan sesuatu objek

Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun:


Meningkatkan kemahiran melihat dan mengenali pelbagai
warna, bentuk, saiz, objek
Meningkatkan kemahiran mendengar membezakan dan
menghasilkan bunyi
Meningkatkan kemahiran merasa/menyentuh dan
menerangkan tekstur pasir, batu, kayu, kain, tepung, dan
sebagainya
Meningkatkan kemahiran menghidu dan merasa makanan
Mengenali anggota badan dan fungisnya
Mengenali benda-benda hidup dan bukan hidup, kejadiankejadian alam seperti panas, sejuk, berangin, hujan dan
sebagainya.
Memahami konsep asas tentang air, pasir, bahan
makanan, dan lain-lain
Menghayati alam sekitar melalui penerokaan dan nature
walk.

Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun:


Meningkatkan kemahiran meneliti, memerhati,
mendengar, menyentuh, merasa, dan
menghidu, serta boleh membeza, mengelas,
menyusun objek-objek mengikut kumpulan
Mula memahami kejadian-kejadian sehari-hari
dalam dunia persekitaran
Meningkatkan kemahiran berfikir dan
kemahiran proses saintifik
Menyedari dan mula memahami tentang
kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian
Meningkatkan daya kreativiti, imaginasi dan
pemikiran logik
Mebina sifat ingin tahu dan suka meneroka dan
menyelesaikan masalah

Kanak-kanak 3 hingga 4 tahun:


Meningkatkan kemahiran memerhati, mendengar, merasa,
menghidu, sentuhan, dengan lebih teliti dari pengalaman dengan
pelbagai objek yang berbeza.
Mempertingkat kemahiran menumpukan perhatian dan
pengamatan.
Mempertingkatkan konsep-konsep awal sains:
Pemahaman tentang kejadian alam seperti cahaya dan bayangbayang, timbul dan tenggelam, menyerap atau tidak menyerap
air, dan sebagainya.
Pemahaman tentang keperlbagaian kehidupan haiwan dan
tumbuhan, bentuk dan tempat tinggalnya
pemahaman tentang bahan-bahan yang terdapat dalam
persekitaran dan kegunaannya.
Pemahaman tentang alam angkasa seperti langit, bulan, bintang,
matahari dan sebagainya
Meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai deria lihat,
hidu/bau dan rasa dalam mengenali makanan.
Meningkatkan penghayatan terhadap alam sekitar dan kebesaran
Yang Maha Esa yang menciptanya.

Untuk mencapai hasil pembelajaran di


atas, pendidik
Digalakkan menggunakan kaedah 3E
( meneroka, mengeksperimen dan
mengalami sendiri penomena yang
dipelajari.)
menjalankan projek atau bermain
sambil belajar.
aktiviti hands-on, nature walk dan
nature study (kaedah projek)

Contoh-contoh kemahiran berfikir


dan kemahiran proses saintifik ialah:
Memerhati, meneliti menggunakan semua deria
Membanding, membeza dan mengelas pelbagai objek,
jenis barangan, hiudpan, bahan dan sebagainya.
Kebolehan mengumpul maklumat, mengeksperimen,
merekod, mengukur dan merekacipta
Kreatif dan mempunyai banyak idea
Boleh meramal dan mengimaginasi
Kemahiran mengeluarkan idea secara sistematik dan logik
Boleh memanipulasi objek.
Suka bertanya pelbagai soalan
Minat meneroka dan sentiasa ingin tahu
Bersedia menyelesaikan masalah
Menghargai keindahan alam dan kebesaran PenciptaNya

5. Perkembangan Fizikal Dan


Psikomotor
Bertujuan mengembangkan kemahiran
fizikal dan psikomotor kanak-kanak 04 tahun untuk membolehkan mereka
mengawal anggota tubuh badan
dengan lebih berkesan.
Kemahiran fizikal- pertumbuhan dan
pembesaran tubuh badan kanakkanak, kekuatan dan kecergasan
Kemahiran psikomotor- pengukuhan
dan kemahiran menggunakan motor
kasar dan motor halus, koordinasi

Perkembangan Kemahiran Motor Kasar


Bermaksud kebolehan kanak-kanak
menggunakan otot-otot besar pada
anggota badannya (otot kaki)
Contohnya, bayi berusia 6 bulan,
biasanya belajar merangkak
menggunakan otot-otot besar pada kaki
dan tangan
Latihan motor kasar:
Berlari
Melompat
Memanjat
Menyepak
Melontar

Perkembangan Motor Halus


Bermaksud kebolehan kanak-kanak
menggunakan otot-otot halus
memanipulasi objek yang kecil &
koordinasi mata dan tangan.
Latihan motor halus:
Melukis dan mewarna (gunakan berus
besar /kecil )
Peg puzzle untuk bayi
Menguli tanah liat
Menggunting gambar atau bentuk
Menguntai manik
Blok berbagai saiz, besar hingga yang

Hasil Pembelajaran
Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan:
mencapai objek
di depan mata

mengangkat
dagu dan dada
apabila
meniarap.

menggerakkan
kepala ke kiri
dan kanan.

memusing
kepala
menghala
datangnya
bunyi atau
rangsangan

bergerak ke
arah
objek/mainan

menggenggam
objek dengan
tangan dan jari

menggunakan
tangan dan jari
untuk bermain.

Kanakkanak 6
hingga 12
bulan:

duduk
bersendirian
tanpa bantuan,
merangkak,
berdiri dengan
bantuan,akhirny
a berjalan tanpa
bantuan.

Memanjat
dan
mencapai
objek-objek
yang
berdekatan
merangkak,
kemudian
berdiri dengan
bantuan, dan
akhirnya
berjalan tanpa
bantuan

memegang
objek besar
(botol susu)
menggunakan
ibu jari dan
jari telunjuk

Kanak-kanak 1 hingga 2
tahun:

mengawal keseimbangan badan


dan berjalan mengikut garisan
lurus

berjalan perlahan, laju dan


berhenti, berlari, menaiki dan
menuruni tangga (dengan
pengawasan), melompat dengan
dua kaki, menyepak dan
menendang.
meningkatkan lebih banyak
kemahiran motor halus seperti
memungut objek yang terjatuh,
memegang sudu, menconteng,
menggunting dan melekatkan
gambar,mewarna dan melukis.
Meningkatkan kebolehan
menggunakan motor halus dan
koordinasi mata-tangan untuk
menolak dan menarik, memanjat,
mengayuh basikal roda tiga,
membaling dan sebagainya.

Kanak-kanak 2 hingga 3
tahun
Meningkatkan kemahiran keseimbangan badan,
memanjat naik dan turun tangga dengan yakin,
mengayuh basikal roda tiga dengan lebih cekap,
boleh berlari perlahan, laju dan berhenti, boleh
melompat halangan yang kecil, menendang bola
dan berenang.
Meningkatkan koordinasi mata-tangan dan motor
halus seperti kemahiran:
Membasuh dan mengeringkan tangan
Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh
Makan dan minum, memakai baju sendiri, memberus gigi,
mengurus diri di tandas
Meramas dan membentuk doh/tanah liat
Membaling dan menangkap bola
Memegang pensel, krayon atau berus lukisan, melukis
garis menegak dan melintang, melukis bulatan, mewarna,

Kanak-kanak 3 hingga 4 tahun:


Meningkatkan kemahiran motor
kasar dan motor halus serta
koordinasi mata tangan,
merangsangkan kanak-kanak
menjalankan aktiviti seperti:
Berjalan secara berundur, melompat
dengan satu kaki dan berjengket
Mengayuh basikal roda tiga
Memanjat dan bergayut, bermain
gelongsor, mengayun buaian
Memakai pakaian sendiri, memasang
dan membuka butang pakaian sendiri

6. Perkembangan Kreativiti
Dan Estetika
Bermatlamat mengembangkan
keupayaan mereka mengimaginasi
dan memproses maklumat, bahan
dan sumber untuk menghasilkan
sesuatu yang baru.
Belajar kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi, awal matematik dan
awal sains juga nilai-nilai murni dan
moral yang baik.

seni lukis

menyanyi,
bercerita,
membuat
pergerakan
kreatif,

Fokus
utam
a

bermain
boneka,
bermain
muzik

Persembah
an drama,
menari

membuat
kolaj

Untuk menggalakkan perkembangan kreativiti


kanak-kanak, pendidik hendaklah menyediakan:
Persekitaran yang meransangkan kreativiti,
keaslian dan keterbukaan dalam menilai hasil kerja
kanak-kanak
Melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan
kanak-kanak mengeluarkan idea sendiri
Masa yang mencukupi untuk membolehkan kanakkanak meneroka serta menyediakan sumber
daripada pelbagai budaya untuk merangsang
pemikiran bercambah
Mengembangkan idea, dan melaksanakan aktiviti
berdasarkan idea tersebut
Peluang untuk kanak-kanak melahirkan idea melalui
pelbagai saluran
Mencari peluang supaya kanak-kanak boleh
berdamping dengan pelukis dan orang dewasa yang

Hasil Pembelajaran
Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan:
Merasa selesa apabila dimainkan muzik
yang lembut, atau dinyanyikan lagulagu nursery rhymes atau zikir
bayi lebih cepat tidur kemungkinan bayi dapat
menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang
lembut

Ketawa dan gembira apabila bermain


dengan mainan berwarna warni dan
yang mengeluarkan bunyi
initiatif awal ke arah kanak-kanak meminati
warna dan muzik

Kanak-kanak 6 hingga 12
bulan:

Boleh membuat bunyi-bunyian dengan


mulutnya, atau memukul alat-alat untuk
menghasilkan bunyi, misalnya kerincing,
gendang, marakas, atau sudu dan pinggan
atau menekan hon kereta mainan, dan
sebagainya.
Boleh membezakan bunyi-bunyi dalam
persekitaran
Suka melihat gambar-gambar dalam buku
besar (big book) atau buku cerita.
Suka menggerakkan kaki atau badan
mengikut irama muzik dan menepuk tangan
Suka menconteng dan melukis bila diberi
pensil warna/krayon atau cat

Kanak-kanak 1 hingga 2
tahun:
Meningkatkan kebolehan meneroka dan
mencuba pelbagai contengan
menggunakan krayon besar, cap
jari/tapak tangan, kolaj, permainan blok
besar berwarna-warni
meningkatkan minat meneroka dan
bermain dengan air dan pasir dan
menghasilkan pelbagai bentuk
imaginatif
Dapat melahirkan idea melalui lukisan
pelbagai bentuk, haiwan, rumah, kereta,
ibu ayah, dan menceritakan apa yang
dilukis

Mengukuh kemahiran mendengar dan


bertindakbalas terhadap pelbagai rentak
muzik yang sesuai.

Kanak-kanak 2 hingga 3
tahun:
Meningkatkan kebolehan menerokai warna,

mencampur warna dan menghasilkan pelbagai


warna baru pada lukisan atau capan.
Kebolehan merekacipta cerita fantasi/imaginatif dan
kreatif meningkat dengan cepat
Semakin kreatif menggunakan bahasa dalam
berkomunikasi dan bijak mengeluarkan pelbagai
ekspresi wajah dan gerak badan
Lebih berminat bermain muzik, nyayian, nursery
rhymes, zikir, dan pergerakan kreatif
Kebolehan meniru gaya atai aksi dengan lebih tepat,
terutama dalam berlakon, berdrama, menyanyi dan
menari
Kemahiran rekacipta semakin meningkat dan dapat
menghasilkan pelbagai ciptaanmengikut fantasi
sendiri

Kanak-kanak 3 hingga 4
tahun:

Kemahiran kreatif meningkat ( lukis 2D/3D)


Kemahiran merekacipta semakin meningkatkan

Dapat menggunakan bahan semula jadi dan


kitar semula untuk digubah kraf tangan,
Mengukuhkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk
gambar dan meningkatkan keyakinan dan keseronokan dalam
mencipta model dan gambar.

Bercerita mengenai gambar yang dilukis


Memahami segala keindahan yang terdapat
dalam alam adalah dicipta oleh Penciptanya.