Вы находитесь на странице: 1из 26

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : HARMONI
AHLI-AHLI KUMPULAN :
DYG.NURHIDAYAH
ABG.ADENAN
( NO.IC : 900201-13-5256 )
MERLINIE AHMAD
( NO. IC : 891124-12-5764 )

PENSYARAH : EN. OLIVER


AJENG
Harmoni merujuk kepada tindak
balas tampak di dalam alam dan
karya seni yang menyepadukan
unsur-unsur seni seperti garisan,
warna, rupa, bentuk, jalinan dan
ruang.
Harmoni wujud di alam sekeliling
apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni
mengikut cara atau gaya yang
tertentu.
Tujuan menghasilkan kesan
harmoni adalah untuk menarik
perhatian serta mengurangkan
kejanggalan pada sesuatu
gubahan, objek atau imej.
Harmoni tidak akan wujud
sekiranya terdapat ciri- ciri yang
bercanggah.
Harmoni dalam kraf tradisional,
misalnya bukan sahaja untuk
menarik perhatian manusia
untuk menggunakan benda
tersebut, tetapi juga untuk
menimbulkan nilai-nilai estetika.
Aplikasi warna dari kumpulan yang
sama atau mempunyai hubung kait
antara satu sama lain juga dapat
menimbulkan gambaran harmoni
dalam sesuatu gubahan, umpamanya
warna sejuk, warna panas, gubahan
warna sewarna, gubahan warna
harmoni dan campuran berbagai jenis
warna yang mempunyai hubung kait
antara satu sama lain.
Aplikasi prinsip rekaan harmoni
dapat menimbulkan gambaran
yang sempurna, teratur,
seragam dan selesa pada
pandangan.
Unsur-unsur harmoni ini
bukan sahaja wujud dalam
alam semula jadi, malahan
wujud dalam bahan buatan
manusia.
HARMONI DALAM ALAM SEMULA JADI
Harmoni pada Alam Tumbuh-tumbuhan

Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan


yang sejenis adalah sama dan harmoni.
Contohnya,bentuk daun bunga kertas adalah kecil
dan daun lalang adalah panjang.
Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama.
Terdapat warna daun yang seakan-akan menjadi
ton. Contohnya, daun muda berwarna kuning muda,
hijau muda dan hijau tua kepada daun tua.
Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan.
Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu
tumbuhan atau pokok.
Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah
teratur dan menimbulkan irama yang berharmoni.
Harmoni pada Alam Haiwan
Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana berimbangan
simetri. Contohnya, seekor kucing berimbangan simetri
kerana mempunyai dua pasang kaki, satu kepala dan satu
ekor, sepasang mata serta sepasang telinga yang tersusun
seimbang.
Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka adalah
harmoni. Contohnya, warna bulu pada seekor kucing adalah
coklat dan sedikit belang-belang coklat tua. Manakala,
haiwan seperti ayam jantan pula mempunyai bulu yang
cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman.
Jalinan pada susunan bulu-bulu adalah dalam satu arah
yang sama.
Ada juga haiwan yang boleh menukarkan warna badannya
supaya harmoni dengan alam sekitar. Contohnya, sumpah-
sumpah akan bertukar hijau apabila persekitarannya hijau
dan akan bertukar coklat apabila persekitarannya coklat.
HARMONI DALAM ALAM BUATAN
MANUSIA
Harmoni pada benda buatan manusia biasanya
disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contonya,
peralatan pada dapur seperti pinggan mangkuk dan
periuk belanga berbentuk bulat.
Rumah dan kenderaan kebiasaannya berbentuk segi
empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana
berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciri-
ciri keselamatan kepada manusia.
Alat perabot juga mempunyai bentuk yang harmoni dan
berimbangan simetri. Selain itu, satu set perabot
biasanya mempunyai warna yang sama. Ini adalah
untuk menimbulkan keharmonian dan keselesaan
pengguna.
HARMONI DALAM BARANGAN KRAF
Barang-barang kraf tradisional seperti songket, batik, labu
sayong dan tikar mengkuang, dibentuk dengan harmoni
untuk menimbulkan keindahan dan sesuai dengan
kegunaannya.
Tembikar mempunyai imbangan simetri. Corak-corak pada
kain batik sarung disusun secara ulangan untuk
menimbulkan harmoni.
Corak-corak pada motif tenunan, kelarai dan tenunan
hampir serupa. Contohnya, jika pencipta menggunakan
motif bunga cengkih pada tenunannya, maka keseluruhan
corak pada sehelai kain songket ialah corak bunga cengkih.
Motif-motif pada ukiran tebukan adalah harmoni kerana
menggunakan unsur-unsur alam. Susunan corak tumbuh-
tumbuhan pada ukiran biasanya mempunyai arah yang
sama dapat mewujudkan harmoni.
CONTOH-CONTOH GAMBAR
RAJAH MENGGUNAKAN
WARNA HARMONI
DALAM HASIL CATAN
DALAM
CORAK
DALAM
PEMANDANGAN
Dalam gambar animasi
RUJUKAN

Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni


Tingkatan 2, oleh Rozitah Tapah dan
Mazlan Osman terbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4&5, oleh Zailani Yaacob dan
Azimah A. Samah terbitan Oxford Fajar.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Вам также может понравиться