Вы находитесь на странице: 1из 55

BAB 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


ISLAM
DI MALAYSIA
Pendahuluan
Sebelum menerima Islam, Tanah Melayu terlebih dahulu
dicorakkan dengan pengaruh anutan Hindu, Animisme
dan Budha.
Akibat perkembangan pesat politik, sosial dan ekonomi
di Nusantara pada abad ke-15, maka kepercayaan
masyarakat Tanah Melayu turut mula berubah.
Melaka yang menjadi pusat perdagangan terpenting
pada waktu tersebut telah menerima pedagang-
pedagang Arab yang bukan sahaja datang berdagang
tetapi juga turut berdakwah sehingga akhirnya Melaka
berjaya di Islam kan.
Begitu juga perkembangan pesat pendidikan Islam di
Pantai Timur Semenanjung telah turut menyumbang
kepada pengukuhan Islam di Tanah Melayu.
KEDATANGAN ISLAM

Secara umumnya,
kedatangan Islam ke
kepulauan Nusantara
termasuklah Tanah
Melayu melalui
Tahap 3 tahap:
Pertama:
Persinggahan
Tahap Kedua:
Pertapakan
Tahap Ketiga:
Penyebaran Secara
Tahap Pertama: Persinggahan
Melalui Hubungan Secara Langsung:
Perdagangan : Kedatangan pedagang
Arab dan Parsi untuk membeli
barangan seperti lada, rempah,
kemenyan
Melalui dan kapur
Hubungan barus.
Secara Tidak
Langsung:
Melalui proses perdagangan Arab-Parsi
dengan China. Mereka menjadikan
Melaka sebagai
Proses tempat persinggahan.
persinggahan dan
perdagangan ini antara faktor
tersebarnya Islam di Tanah Melayu
setelah pedagang-pedagang
Muslim tersebut mengambil
peluang berdakwah tentang Islam.
Tahap Kedua: Pertapakan
Terdapat kesan pertapakan Islam di Asia Tenggara seperti:
Pantai Barat Sumatera dan Jawa semasa pemerintahan Bani
Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah (750-1258)
Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M) berjaya mengislamkan
Srindravarman (Raja Srivijaya) di Jambi pada tahun 718M lalu
terbentuklah penempatan Islam di sana.
Akibat pemberontakan Hwang Chao di Canton (878M), ramai
pedagang Islam melarikan diri ke Kedah.

Penemuan batu nisan jenis batu Acheh yang bertarikh abad ke-
16 di Kampung Kota dan Kampung Pulau Meranti Perak.

Penemuan dinar emas di Wakaf Baru yang tertulis al-Mutawakkil


dan al-Julus Kelantan 557.

Penemuan tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah


al-Kahfi dan at-Taubah) bertarikh 652H/1254M di Terengganu.

Daripada pertapakan dan penempatan yang wujud, maka


tersebarlah Islam di Nusantara termasuklah keTanah Melayu.
Tahap Ketiga: Penyebaran Secara
Besar-Besaran
Peringkat ini berlaku selepas kejatuhan Baghdad
(1258M) selepas serangan Mongol.

Perkembangan Islam berlaku secara besar-besaran


dan dilakukan sendiri oleh anak-anak tempatan
Nusantara sendiri dan dibantu oleh orang-orang
India Muslim dan pendakwah Arab.
Pada abad ke-16 dan 17, ramai anak-anak tempatan
pergi menuntut ilmu di Mekah dan apabila pulang ke
tanah air, mereka bergiat aktif menyebarkan Islam
kepada penduduk tempatan.
Dengan penglibatan aktif penduduk tempatan
dalam penyebaran ilmu, maka Islam menjadi
semakin berkembang dan menjadi agama
utama yang dianuti khususnya di Tanah
Melayu.
PENGARUH ISLAM DI TANAH
MELAYU
ISLAM & ISLAM &
Kedah Perak

ISLAM
ISLAM &
&Terengg
Melaka
anu

TANAH ISLAM &


ISLAM & negeri-
Kelantan MELAY negeri
U lain
Islam di Kelantan
Daripada sumber China, India, Arab dan Jawa; Kelantan
seolah-olah dari awalnya dipengaruhi olej kerajaan-kerajaan
China, Funan, Langkasuka, Srivijaya Melayu dan Majapahit.
Malah sehingga abad ke-15, Kelantan kelihatan dipengaruhi
oleh agama Hindu-Buddha sahaja.
Namun, proses pengislaman di Nusantara menjadikan
Kelantan diandaikan antara negeri terawal menerima Islam
di Pantai Timur Semenanjung.
Bukti penapakan Islam di Kelantan diketahui melalui
penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota
Kubang Labu (Wakaf Baru) yang tertulis al-Mutawakkil iaitu
semacam gelaran kepada raja dan tulisan al-Julus Kelantan
577 yang bermaksud menaiki takhta pada tahun 577
Hijrah/1181 Masihi.
SambunganKelantan
Jelaslah, sejak abad ke-12 lagi dikatakan sudah wujud
sebuah kerajaan Muslim di Kelantan.
Jika dirujuk kepada sejarah Dinasti Raja China yang berjudul
Ming Shih yang ditulis oleh Chang Ting-yu (1742), terdapat
kenyataan yang mengatakan pada tahun 1411 raja negeri
Kelantan iaitu Maharaja Kumar telah mengutus perwakilan
ke China untuk membawa ufti.
Pada 1412, Cheng Ho (Zheng He) diperintah oleh Maharaja
China membawa surat diraja serta hadiah kain sutera
kepada Raja Kelantan kerana kebaikan tingkah laku
baginda. Tentang nama Kumar, riwayat Kelantan
mengatakan ia merupakan kependekan daripada nama
Engku Umar. Jelasnya, Kelantan diperintah oleh kerajaan
Islam sebelum Laksamana Cheng Ho melawat Kelantan
pada 1412 .
SambunganKelantan
Perkembangan pesat Islam di Kelantan dengan
bercambahnya pusat pengajian pondok yang diasaskan
ulama-ulama terkenal Kelantan telah membuatkan
Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.
Raja Champa (Kemboja) iaitu Po Rome (1577-1637),
sebelum menaiki takhta, pernah menuntut ilmu agama
di Kelantan malah berkahwin dengan seorang puteri
Raja Kelantan. Setelah menaiki takhta, baginda
menukar nama sebagai Sultan Abdul Hamid Syah.
Hubungan rapat Kelantan-Champa ini berterusan ketika
itu sehingga terdapat tempat yang dinamakan
Kampung Pengkalan Chepa yang dianggap berasal
daripada nama Kampung Champa.
Islam di Terengganu
Terengganu juga antara negeri terawal
menerima kemasukan Islam.
Seperti Kelantan, Terengganu sejak lama
telah berhubung dengan Khmer dan
Campa, yang sejak abad ke-11 sudah
menerima Islam.
Dalam kegiatan perdagangan, Fo-lo-an
atau Kuala Berang memainkan peranan
penting sebagai pelabuhan antarabangsa,
di mana termasuklah para pedagang Arab
yang beragama Islam.
SambunganTerengganu
Antara bukti Islam bertapak di Terengganu ialah dengan
penemuan artifak abad ke-13 iaitu sebuah tembaga
purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan
at-Taubah) bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat
pertahanan diri.
Islam berkembang pesat di Terengganu melalui pengajian
pondok. Antara ulama tempatan yang mengasaskan
tradisi pengajian pondok di Terengganu ialah mentua
Sultan Zainal Abidin 1 iaitu Tuk Pulau Manis.
Manakala ulama luar yang turut mengembangkan ajaran
Islam di Terengganu termasuklah dari Patani seperti Haji
Wan Mohammad Amin Wan Yaakob (Tok Syaikh Qadi) dan
anak tunggalnya Haji Wan Abdullah (Tok Syaikh Duyung).
SambunganTerengganu
Antara ulama Arab yang turut mengembangkan
ajaran Islam di Terengganu termasuklah Sayid
Muhammad Zainal Abidin al-Idrus (1795-1878) yang
terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar dan
anaknya sendiri Sayid Abdul Rahman (Tok Ku Paluh).
Tok Ku Paluh dilantik sebagai Syaikh al-Ulama bagi
Dewan Ulama semasa pemerintahan Sultan Zainal
Abidin III (1881-1918) disamping mengarang
banyak kitab agama.
Tok Ku Paluh juga terlibat dalam menggubal
Perlembagaan Islam Terengganu pada 2 November
1911 yang dikenali sebagai Itqan al-Muluk bi Tadil
al-Suluk.
Islam di Kedah
Sesuai dengan kedudukan sebagai pusat
perdagangan tradisi yang terawal di Semenanjung
sejak abad pertama Masihi lagi, Kedah menerima
Islam sejak kurun ke-9 lagi.
Antara bukti kemasukan Islam ke Kedah ialah
melalui catatan Arab yang menyatakan Kedah
dikenali sebagai Qaddah atau Kheddah.
Dalam kitab Akhar al-Sin wa al-Hind yang ditulis
pada tahun 850 pula menyatakan nama Kedah
sebagai Kalah atau Kalah-bar dan nama ini jugalah
yang disebut oleh Ibn Khurdazbih (850), al-Masudi
(1956), Abu Dulaf (940), Ibn al-Nadim (988), al-Biruni
(973-1078) dan al-Idrisi (1156).
SambunganKedah
Menurut al-Muhallabi dalam kitabnya Kitab al-
Masalik wa al-Mamalik yang ditulis pada tahun 980,
Kalah (Kedah) merupakan bandar yang makmur
yang ditempati oleh orang Islam, Parsi dan India.
Penghijrahan ramai pelarian penduduk Arab dan
Islam daripada Canton China akibat pemberontakan
Hwang Chao telah menambahkan lagi komuniti
Islam di Kedah seterusnya menyebarluaskan lagi
pengaruh Islam di bumi Kedah.
Daripada sumber tempatan pula, penemuan
inskripsi papan batu di Gunung Jerai pada 1884
mengukuhkan lagi kehadiran Islam ke Kedah.
SambunganKedah
Inskripsi papan batu itu hanya
mengandungi tulisan Ibn Sardan 214
Hijrah yang bersamaan tarikh 829 Masihi
begitu penting bagi membuktikan bahawa
adanya orang Islam di Kedah yang
bernama Ibn Sardan/Sirdan pada tahun
829, atau meninggal dunia pada tahun
tersebut.
Malah penemuan dua keping wang dirham
Baghdad di Lembah Bujang yang bertarikh
234 Hijrah/848 Masihi, iaitu dari zaman
Khalifah al-Mutawakkil (847-861)
menguatkan lagi hujah yang Islam sudah
SambunganKedah
Tetapi bukti tempatan yang paling kuat ialah
penemuan batu nisan di Tanjung Aris Langgar
yang tercatat padanya nama Syaikh Abdul Qadir
ibn Husin Syah Alam yang bertarikh 291H/903 M.
Menurut sejarah, setelah beberapa abad agama
Islam berkembang di kalangan rakyat, barulah
pada abad ke-12 ia diterima oleh golongan
pemerintah.
Tokoh ulama yang dikatakan telah mengislamkan
Maharaja Derbar Raja II pada tahun 531H/1137M
ialah Syaikh Abdullah bin Syaikh Ahmad bin
Syaikh Jafar Qaumiri dari Yaman.
SambunganKedah
Setelah memeluk agama islam, maka
baginda Raja Kedah telah menukarkan
namanya kepada Sultan Muzafar Syah 1
(1137-1179) dan negeri Kedah pula digelar
Darul Aman.
Syaikh Abdullah pula telah dilantik sebagai
penasihat sultan sehinggalah beliau
meninggal dunia dan dimakamkan di
kawasan yang kini dikenali sebagai Padang
Tok Syaikh yang terletak di puncak Gunung
Jerai.
Setelah itu, bermulalah era perkembangan
Islam yang pesat di negeri Kedah.
Islam di Perak
Zaman pengaruh Islam di Perak bermula setelah
lenyapnya kerajaan Gangga Negara akibat
serangan Rajendra Chola pada tahun 1025/26.
Kejatuhan kerajaan Gangga Negara itu jugalah
yang mendorong munculnya kerajaan Beruas dan
Manjung di Perak yang dikatakan pendorong
kewujudan pengaruh Islam di Perak.
Pengaruh Islam di Perak dikatakan berasal daripada
Aceh iaitu terdapat banyak sekali batu nisan jenis
Aceh di Kampung Kota.
Bermula tahun 1528, Perak secara rasminya
mempunyai sultan yang menguasai seluruh negeri.
SambunganPerak
Pertabalan Sultan yang menguasai seluruh negeri
bermula apabila Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah
mengadap Sultan Mahmud Syah di Bentan, dengan
meminta seorang puteranya untuk dirajakan di Perak.
Lalu Sultan Mahmud mengirimkan puteranya dan
menjadi Raja Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah I (1528-1549), iaitu puteranya dengan isterinya
yang bernama Puteri Onang Kening dari Kelantan.
Walaupun tiada bukti terperinci tentang tokoh ulama
yang mengembangkan Islam di Perak, namun
penemuan batu nisan Muslim Aceh serta pemerintah
yang memakai gelaran sultan menjadi bukti bahawa
Perak telah menerima kemasukan Islam sejak awal abad
ke 15 lagi.
Islam di Melaka
Pelbagai kontroversi bagi menyatakan siapakah raja
Melaka yang pertama sekali memeluk Islam dan
bertanggungjawab tersebarnya Islam di Melaka.
Ada yang mengatakan Parameswara adalah raja yang
pertama memeluk Islam pada tahun 1414 seterusnya
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.
Ada yang mengatakan yang pertama memeluk Islam
ialah Sultan Muhammad Syah. Pendapat lain pula
mengatakan raja yang ketiga Melaka iaitu Raja Tengah
yang pertama memeluk Islam hasil dakwah ulama
Arab Maulana Sayid Abdul Aziz dan menukar namanya
kepada Sultan Muhammad Syah (1424-1444)
SambunganMelaka
Walau apapun perselisihan tentang
siapakah raja Melaka yang pertama
memeluk Islam, apa yang penting untuk
diperkatakan di sini ialah Islam tersebar
dengan pesatnya di Melaka setelah rajanya
menerima dan memeluk Islam.
Islam berkembang melalui peranan
beberapa orang raja yang perihatin melalui
kerjasama dengan ulama. Pada abad ke-15,
perkembangan Islam semakin pesat di
Melaka sehingga berjaya membentuk
budaya baru.
Pengaruh Islam bertambah ketara dengan
SambunganMelaka
Dasar hukum Islam yang dipakai lebih cenderung
kepada mazhab Syafii, sedangkan hukum adat
berdasarkan adat Temenggung.
Di samping itu, terdapat juga Undang-Undang Laut
Melaka yang juga mengandungi unsur-unsur Islam di
dalamnya.
Antara tokoh-tokoh pendakwah yang
bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di
Melaka termasuklah Makhdum Sayid Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menua, Qadi
Menawar Syah, Maulana Sadar Johan dan Maulana
Jalaluddin. Mereka juga bertindak sebagai penasihat
sultan.
SambunganMelaka
Seiring dengan kehadiran para ulama
tersebut ke Melaka, maka tersebarluaslah
kitab-kitab agama di Melaka. Antara kitab-
kitab tersebut ialah Durr al-Manzum oleh
Abu Ishak al-Syirazi dan Insan al-Kamil oleh
Abdul Karim al-Jili, di samping pengajaran
kitab-kitab Minhaj al-Talibin karya al-
Nawawi dan Ihya Ulumiddin oleh al-
Ghazali.
Malah karya-karya Islam juga turut
diterjemahkan di Melaka seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah.
Islam dan negeri-negeri lain di
Tanah Melayu
Perkembang pesat Islam di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung dan Melaka telah menjadi faktor
pendorong kepada perkembangan ajaran Islam ke
negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.
Pengaruh Melaka yang kuat dari segi politik yang
mengembangkan jajahan takluknya telah turut sama
membawa Islam bersamanya.
Manakala negeri-negeri di sebelah Pantai Timur yang
terlebih awal mempunyai pusat-pusat pengajian Islam
berasaskan pondok telah menjadi tumpuan daripada
negeri-negeri lain untuk pergi menuntut ilmu agama di
sana.
Ianya secara tidak langsung menjadi salah satu faktor
dalam membantu perkembangan Islam di Tanah Melayu.
PERANAN PENDIDIKAN DALAM
MENGEMBANGKAN ISLAM DI TANAH
MELAYU
Selepas kejatuhan Aceh sebagai pusat politik dan
pengajian Islam terkemuka di Indonesia, maka
muncullah pusat-pusat pengajian ditempat-tempat
lain di Nusantara.
Ini termasuklah di Jawa, Banjar, Palembang, Pulau
Penyengat (Riau) dan Pattani.
Perkembangan pengajian Islam di Pattani sungguh
memberangsangkan dengan percambahan pusat-
pusat pengajian berasaskan pondok dan dapat dilihat
sehingga ke hari ini.
Dari Pattani, pendidikan Islam berkembang ke Tanah
Melayu termasuklah ke Terengganu, Kelantan, Kedah,
Perlis dan Pulau Pinang.
1) Pendidikan Islam di
Terengganu
Perkembangan pendidikan Islam di Terengganu
mungkin mendahului negeri-negeri lain di Tanah
Melayu.
Berdasarkan catatan, pada akhir abad ke-17, sudah
terdapat institusi pondok di Pulau Manis yang
diasaskan oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau
lebih terkenal dengan Tok Pulau Manis.
Akibat kejatuhan Pattani ke tangan Siam pada 1832,
ramai ulama Pattani berhijrah ke Terengganu
termasuklah Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani
yang tinggal di Pulau Duyung, Syeikh Abdul Qadir di
Bukit Bayas dan Haji Wan Abdullah Amin (Tok
Syeikh Duyung) di Sungai Duyung.
Sambungan.Terengganu
Selain itu, tokoh-tokoh keturunan Arab Sayyid al-
Idrus juga mempunyai sumbangan besar kepada
perkembangan Islam di Terengganu.
Antaran mereka ialah Sayyid Muhammad bin Zainal
Abidin (Tokku Tuan Besar), dan anaknya Sayyid
Abdul Rahman (Tokku Paloh).
Selain itu, tokoh ulama Arab lain termasuklah
Sayyid Musyafa (Tokku Tuan Dalam) dan Sayyid
Ahmad bin Muhammad al-Idrus (Tokku Melaka).
Dengan usaha ulama-ulama Pattani dan Arab, maka
berkembanglah Islam di Terengganu menerusi
pondok-pondok pengajian yang diasaskan mereka.
2) Pendidikan Islam di
Kelantan
Jika terdapat bukti adanya terdapat pondok yang
pertama di Terengganu, tetapi Kelantan lebih menonjol
sebagai pusat pengajian Islam di Tanah Melayu.
Antara tokoh ulama awal di Kelantan yang aktif dalam
dakwah Islam ialah Syeikh Haji Abdul Halim yang
menjadi anak angkat kepada Sultan Long Yunus (1762-
1794) yang kemudiannya menjadi penasihat Sultan
Muhammad 1 (1818-1837).
Selain itu, tokoh lain yang aktif ialah Haji Abdul Samad
bin Faqih Haji Abdullah (1792-1873) atau lebih terkenal
dengan gelaran Tok Pulau Chondong. Beliau telah
mengasaskan pendidikan sistem pondok pada 1820.
Sambungan.Kelantan
Selepas itu, muncullah tokoh-tokoh ulama
yang istiqomah dalam mengembangkan
dakwah Islam sama ada melalui pendidikan
di pondok-pondok ataupun melalui karya-
karya yang dihasilkan.
Kelantan menjadi tumpuan para penuntut
ilmu sehingga digelar sebagai serambi
Mekah.
3) Pendidikan Islam di Kedah
Meskipun Kelantan dan Terengganu dikatakan
sebagai pusat awal perkembangan pendidikan
pondok di Tanah Melayu, akan tetapi terdapat
maklumat yang mengatakan terdapat ulama-ulama
dan pondok-pondok yang wujud di Kedah sejak abad
ke-18 dan ke-19.
Antara ulama yang dinyatakan ialah Syeikh Abdul
Jalil bin Abdul Wahab dari Palembang yang dilantik
sebagai mufti negeri Kedah dan anaknya Syeikh
Wan Abdul Qadir yang dilantik menggantikannya.
Antara lain juga termasuklah ulama terkenal Kedah
iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbangi iaitu anak
Syeikh Abdul Jalil dari isteri beliau yang lain.
SambunganKedah
Perkembangan pendidikan Islam di Kedah tidak hanya
dipelopori oleh ulama-ulama dari Palembang, bahkan
Kedah juga menerima kehadiran ulama dari keturunan
Banjarmasin.
Antara ulama-ulama Kedah dari Banjarmasin termasuklah
Haji Masud bin Abu Suud iaitu cucu Syeikh Muhammad
Arshad bin Abdullah al-Banjari (1710-1812). Haji Masud di
anggap sebagai perintis pembentukan sistem pengajian
pondok di Kedah.
Institusi pondok diperkemaskan oleh Muhammad Taib iaitu
anak Haji Masud dengan membuka pondok di Titi Gajah
sekitar 1870-an. Kesungguhan Muhammad Taib dalam
berdakwah di samping mengarang kitab menyebabkan
beliau dilantik sebagai mufti Kedah pada 1870.
SambunganKedah
Namun demikian, peranan ulama Pattani
lebih menonjol dalam mengembangkan
pengajian pondok di Kedah.
Antara ulama Pattani yang paling awal di
Kedah ialah Haji Wan Ishak yang
mempunyai rangkaian pondok di Pulau
Pinang.
Antara ulama lain yang memainkan
peranan besar dalam mengukuhkan Islam
di Kedah ialah Tuan Hussain bin Nasir
(1863-1935) dan Haji Wan Sulaiman bin
Sidek (1874-1935) yang menjadi Syeikh al-
islam Kedah selama 30 tahun.
4) Pendidikan Islam di Perak
Perak juga mempunyai sejarah perkembangan
pendidikan Islam yang tersendiri.
Ada yang mengatakan pada abad ke-16, iaitu
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1,
terdapat guru agama dari Kampar Sumatera iaitu
Syeikh Ibrahim Mahmud datang ke Perak lalu
mendirikan sebuah surau di Bota Kanan dengan
perkenan sultan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah XI
(1636-1653), terdapat pondok pengajian Islam
telah didirikan di Teluk Bakong oleh ulama Aceh,
kemudiannya berkembang ke Teluk Sareh dan
Tebing Pulai.
SambunganPerak
Pada awal abad ke-19, sebuah pondok didirikan oleh
Syeikh Tuan Haji Junus dari Sematera di Malim Mawar.
Pada awal abad ke-20, perkembangan pondok
berkembang pesat di Perak. Pusat-pusat pengajian
pondok di Perak bukan sahaja menerima kedatangan
ulama Aceh, akan tetapi juga ulama-ulama dari Jawa
dan Banjar.
Antara pondok-pondok terkenal di Perak termasuklah
Madrasah Saadiah Salihiyah di Temoh, pondok ar-
Rahmaniyyah di Gunung Semanggol, Madrasah
Idrisiyyah di Kuala Kangsar, pondok al-Ubudiyyah di
Padang Rengas dan Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah di
Bagan Serai.
5) Pendidikan Islam di Negeri-
Negeri Lain
Perkembangan pengajian ala pondok di
negeri-negeri lain tidaklah sepesat negeri-
negeri Pantai Timur atau Utara
Semenanjung.
Di Selangor, terdapat madrasah yang
pertama didirikan di Sabak Bernam iaitu
Madrasah Awwamiyah oleh Mohd. Awam
bin Mohd. Rosli. Namun, selepas itu
sepanjang 1930-1940 telah muncul
madrasah-madrasah lain dengan pesat.
Antara tokoh-tokoh ulama Selangor
termasuklah Haji Mahmud dari Kampung
Baharu Sabak Bernam, Kiyai Mansur dari
Sambungan.
Di Pahang, antara tokoh agama yang terkenal
ialah Haji Uthman bin Senik (1838-1918) yang
berketurunan Bugis. Beliau telah dilantik menjadi
mufti Pahang dan berkhidmat di bawah tiga
orang sultan.
Selain itu, tokoh lain termasuklah Haji Mohd.
Hasan bin Mohd. Senek yang menjadi mudir
Madrasah al-Attas, Ketapang Pekan yang
diasaskan oleh Habib Hassan al-Attas pada 1923.
Pondok-pondok lain di Pahang yang terkenal
termasuklah Pondok Bukit Keledang, Madrasah
al-Huda Padang Luas Triang dan di Kuala Lipis.
Sambungan
Di Negeri Sembilan, antara tokoh ulama
terkenal ialah Haji Ahmad bin Muhammad
Said ad-Dandarawi (1912-1964) yang
pernah menjadi mufti Negeri Sembilan.
Beliau mendirikan Madrasah as-Saidiyyah
di Negeri Sembilan pada 1935.
Di Melaka, walaupun pernah terkenal
dengan perdagangan dan kemasukan
Islam, namun dengan kebangkitan Aceh
pada ketika itu, kemasyurannya sebagai
pusat perkembangan islam mula merudum.
Antara tokoh ulama terkenal Melaka
termasuklah Haji Abdul Latif Haji Tambi
Sambungan
Di Johor, perkembangan pendidikan Islam
banyak bergantung kepada perkembangan
Islam di Singapura.
Golongan yang banyak memainkan
peranan dalam perkembangan dakwah
Islam di Johor ialah ulama Arab
berketurunan Sayyid Alawiah.
Antara madrasah yang didirikan di Johor
dalam memartabatkan pendidikan Islam
termasuklah Madrasah Haji Taib di
Kampung Parit Jamil Muar yang pernah
dibantu oleh Syeikh Muhammad Tahir
Jalaluddin.
Islam Menurut Perundangan
di Malaysia
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara
3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi


agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang


tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua
Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat
yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri
itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala
hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati
olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah
tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara yang
berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau
upacara itu patut diperluas ke seluruh
Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas
sifatnya sebagai Ketua Agama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong
mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat
peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan
Agong kedudukan sebagai Ketua Agama
Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini
mengurangkan mana-mana peruntukan lain
dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam
Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini
Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi
mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati
Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama
Islam.
Sambungan
Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua
Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-
Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan
daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang
tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam
mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas
yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 32(3): Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih
oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui
surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan
kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada
jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti
memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja
Sambungan
Perkara 160: Tafsiran:-
Orang Melayu" ertinya seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim bercakap
bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan:-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau yang lahir
sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya
telah lahir di Persekutuan atau di Singapura,
atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian
Sambungan
Perkara 12 (2): Tiap-tiap kumpulan agama berhak
menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi
pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu
sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas
alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi
adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri
menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu
dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-
institusi Islam atau mengadakan atau membantu
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana
yang perlu bagi maksud itu.
Sambungan
Bahkan Mahkamah Syariah juga
mempunyai kedudukan tertentu yang
istimewa dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Perkara 121(1A): Mahkamah yang disebut
dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara
dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.
Kesan perkembangan Islam
Kesan daripada pengiktirafan Islam sebagai
agama persekutuan, telah tertubuhnya
pelbagai institusi Islam di dalam negara
seperti berikut;

JAKIM
LTH
BIMB
IKIM
UIA
ISM
Perubahan nama BAHEIS kepada JAKIM telah
dikuatkuasakan pada 1 Jan 1997. JAKIM
bertindak sebagai satu platform rasmi
kerajaan bagi memenuhi kehendak
masyarakat Islam seiring dengan
pembangunan negara Islam agama
persekutuan. Antara fungsi JAKIM adalah;
Merancang dan merangka dasar pembangunan
hal ehwal Islam,
Membantu dalam menggubal undang-undang di
samping menilai dan menyelaras pelaksanaanya
dari masa ke semasa
Melaksanakan program-program pembangunan
ummah
Sebagai pusat rujukan Islam negara
Memantau dan menilai aktiviti-aktiviti
Idea menubuhkan LTH ini dicetuskan oleh Prof
DirajaUngku Abdul Aziz implikasi cara
menyimpan duit orang melayu sekitar 50-an.
Dengan beberapa kali penambahbaikkan dan
perubahan nama, akhirnya nama LTH berjaya
ditubuhkan dengan rasmi pada 1995. Berikut
adalah beberapa tujuan penubuhan LTH

Memudahkan umat Islam menyimpan duit untuk


menunaikan ibadat haji tanpa sebarang cas
tambahan atau riba
Menyediakan peluang kepada umat Islam untuk
mengambil bahagian dalam pelaburan halal
tanpa syak
Memberikan kemudahan yang maksimum
kepada jemaah sepanjang musim ibadah haji
Bank Islam pertama di Malaysia ditubuhkan
pada Julai 1983 dengan modal berbayar RM 80
juta. Selepas hampir 30 tahun beropersi, BIMB
semakin mendapat sambutan masyarakat
pelbagai latar belakang sehingga 2010 dana
pemegang sahamnya menjangkau RM 2.5
billion. Antara matlamat penubuhannya;

Memastikan operasi sebuah bank mengikut


kehendak syarak
Menjalankan muamalat tanpa riba
Menyediakan perniagaan musyarakah secara
adil dan saksama
Menjadi bank alternatif kepada ummat Islam
Tertubuhnya UIAM pada 10 Mei 1983
merupakan satu lagi bukti kepesatan sistem
pendidikan Islam di Malaysia. Dengan kos
permulaannya ditaja oleh OIC, ipta ini
beroperasi dengan baik sebagai satu
mekanisma untuk memperkasa dan
meluaskan bidang keilmuan Islam.

Selain IKIM, ISM adalah wadah terbaru negara


dalam memastikan urustadbir negara berjalan
seiring dengan kehendak syarak. Ianya
menggunakan kaedah saintifik yang memberi
fokus dalam menilai dasar dan program
kerajaan serta mengenal pasti kelemahan dan
kekurangan yang perlu diperbaiki agar
menepati piawaian Islam.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, perkembangan Islam di Tanah
Melayu dilihat hasil kesungguhan para Sultan ketika itu
dalam memartabatkan Islam sehingga perkenan
memasukkan elemen-elemen Islam dan undang-undang
seperti yang telah dibincangkan dalam Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Para pemerintah juga teramat memuliakan para ulama
dengan memberikan ruang yang seluas mungkin dalam
berdakwah dan mendirikan pondok-pondok pengajian.
Bahkan ada diantara mereka dilantik menjadi penasihat
baginda Sultan.
Kerjasama erat umarak dan ulama inilah yang
menjadikan Islam kekal di anuti oleh masyarakat Melayu
hingga ke hari ini.
Rujukan:
Abdul Rahman Haji Abdullah ( ),Pemikiran
Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, ___:
Gema Insani Press
Abdul Rahman Haji Abdullah (1989) Islam
dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,
Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah
dan Tamadun Asia Tenggara, Seri
Kembangan: Lohprint Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться