Вы находитесь на странице: 1из 28

SOALAN

Guru merupakan penjawat awam, guru hendaklah


mematuhi peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib
(Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 yang
merupakan elemen penting dalam profesion perguruan.

Sejauh manakah peraturan-peraturan Tatakelakuan dan


Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002
pada masa kini mampu membentuk guru berkualiti?
PENGENALAN
Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam

untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi

Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah:

- peraturan mengenai kelakuan

- tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib

- prosedur dan tatacara tindakan tatatertib

- hukuman tatatertib

- peruntukan pelbagai yang berkaitan


Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa.
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk
menjadi panduan kepada guru dan kakitangan
kerajaan yang lain dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus
memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan
Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya
pada 2002.
Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus
diperhalusi dengan teliti demi menjayakan
matlamat pendidikan negara.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:

Peraturan mengenai tatakelakuan serta larangan kesalahan khusus.

Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.

Prosedur dan tindakan tatatertib.

Hukuman tatatertib.

Peruntukan pelbagai yang berkaitan.


Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib (Perintah
Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002 mampu membentuk
guru berkualiti berdasarkan 4 matlamat tataterbib berikut:

i. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah


dan bertanggungjawab.

ii. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada


kepentingan mereka sendiri.

iii. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.

iv. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar


peraturan.
Pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab.

Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib diperkenalkan sebagai panduan

untuk guru semasa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sebagai guru yang cekap, beramanah dan bertanggungjawab, semasa melangsungkan

proses pengajaran adalah amat penting untuk memahami objektif dan isi kandungan

pelajaran.

Maka adalah penting untuk guru membuat persediaan sebelum pengajaran diadakan.
Dalam kesinambungan itu juga, kumpulan sasaran iaitu murid,

perlulah diketahui latar belakang kemampuan dan pengetahuan

sedia ada.

Justeru, kaedah atau teori pendidikan yang sesuai perlulah

dipilih bagi memastikan murid dapat mencapai objektif

pembelajaran pada tahap yang optimum.

Selain itu, guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran

yang lebih kondusif dan selesa kepada murid untuk

pembelajaran yang lebih berdikari.


Pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih
daripada kepentingan mereka sendiri.

Guru harus mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar. Maka guru harus

lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal

lain.

Guru harus membimbing atau mengajar seseorang pelajar tanpa sebarang

bayaran.

Guru juga mesti bersikap rendah diri dan tidak mengharapkan ganjaran

daripada ibubapa.
Pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.

Sebagai pegawai kerajaan, guru harus sentiasa berwaspada untuk

tidak bersikap yang boleh mencemarkan diri dan sifat professional.

Prioriti utama seorang guru adalah murid-muridnya kerana guru

adalah pengganti ibubapa. Justeru, guru patut mengelakkan diri

daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid.


Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
Guru harus berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Guru perlu mematuhi Peraturan Pendidikan yang telah


dikuatkuasakan.
Sekiranya gagal dilaksanakan, guru boleh dikenakan
Hukuman Tindakan Tatatertib.
Terdapat juga perkara-perkara yang todak dibenarkan
dalam profession keguruan seperti membelakangkan
tugas kerana urusan peribadi dan mencemarkan nama
baik perkhidmatan.
Guru juga perlu peka dengan larangan-larangan penjawat
awam yang berkaitan dengan sosial, kewangan dan dadah.
Jika seseorang guru didapati melanggar peraturan akan
dikenakan hukuman tatatertib seperti memberi amaran,
mengenakan denda, melucutkan hak emolument, menangguh
pergerakan gaji, menurun gaji, menurun pangkat dan buang
kerja.
Jika seseorang penjawat awam melanggarsalah satu Peraturan-
peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib, pihak yang berkuasa
Guru Berkualiti Harus Mempunyai Nilai Murni Yang Tinggi :

Jujur dan amanah

4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh (f) tidak jujur atau tidak amanah.

Contoh pelanggaran peraturan 4(2) (f):

Menggunakan wang tabung kebajikan guru untuk kegunaan sendiri.

Sifat jujur dan amanah menjadi teras kepada seseorang guru dalam

mendapat kepercayaan pentadbir sekolah.


Membentuk jati diri yang kuat

Menurut peraturan 4, tatakelakuan secara umum. 4.(2)(d)

seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh

memburukkan / mencemar nama baik perkhidmatan awam.

Peraturan seperti ini dapat membantu guru untuk tidak terlibatkan

dengan penyalahgunaan dadah, berjudi pada waktu bertugas,

melakukan gangguan seksual dan disabitkan dengan kesalahan

jenayah.
Mematuhi arahan dan tidak cuai dalam melaksanakan
tugas

Seorang guru yang berkualiti tidak akan membantah atau melawan

pegawai atasan atas sebab yang tidak mnasabah. Ini bertetapan

dengan 4.(2) seorang pegawai tidak boleh (i) ingkar perintah.

Seseorang guru juga tidak akan sewenang-wenangnya ke luar

negara tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.


Bertanggungjawab

4.(2) seorang pegawai tidak boleh (g) tidak bertanggungjawab.

Guru yang bertanggungjawab sedar akan tanggungjawabnya di sekolah

dalam melaksanakan tugasan.

Guru yang bertanggungjawab sedar akan melakukan tugas dengan

mengambil kira implikasi terhadap tindakannya kepada jabatan dan

kerajaan.
Menggalakkan rakan sekerja berusaha bersungguh-sungguh

dalam memberikan perkhidmatan, khasnya mengajar murid

yang menjadi teras kepada pekerjaannya.

Seseorang guru tidak akan keluar untuk menguruskan hal

peribadinya pada waktu sesi persekolahan sedang

berlangsung.
ontoh isu/ keratan akbar

Contoh Salah Laku / Melanggar Etika


Oleh Guru

Suatu artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai 2010, - Guru


cabul murid tahun 1.

Apabila kes ini ditulis, kerjaya mulia seorang guru terus dipandang
sinis dan negative.

Mangsa medakwa guru yang berusia 50 tahun itu, mecium pipinya
Ulasan ringkas
Tingkah laku ini melanggar etika profesion seorang guru
yang menyebabkan hilanngnya kepercayaan orang ramai
terhadap insane guru amnya.

Mengikut kes ini, kesalahan ini bukan sahaja terhadap


kanak-kanak itu, malah ia juga boleh dikategorikan sebagai
gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap
ketenteraman peribadi kanak-kanak tersebut.
29 JUNE 2007
Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru
Berita Harian
Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru
di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan
mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan.

Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus),
terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran
tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah
(9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius
(satu peratus).

Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut
hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima
kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib (Perintah Am dalam Bab D) 1993 - Pindaan 2002
merupakan tonggak dalam memastikan profession keguruan
adalah murni.
Setiap garis panduan, peraturan dan larangan mempunyai
manfaat yang tertentu bagi memastikan sistem pendidikan
di Malaysia adalah berkualiti.
Sesi Soal Jawab
Rujukan
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Perintah-
perintah Am Bab A Bab G (2012).
International Law Book Services, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
http://abgbeka.blogspot.com/2013/10/isu-etika-keg
uruan.html
https://ml.scribd.com/doc/102934290/Kes-Salah-La
ku-Guru
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/de
wan-rakyat-200-aduan-salah-laku-guru.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
TERIMA KASIH

Вам также может понравиться