Вы находитесь на странице: 1из 33

KABEL

1
KABEL
Definasi:

Kabel merupakan bahan atau alat


perantaraan sambungan tenaga
elektrik kepada peralatan elektrik.

2
Bahagian-bahagian Kabel
Sesuatu Kabel itu dianggap sempurna
apabila ia mempunyai tiga bahagian atau
sekurang-kurangnya dua bahagian berikut:

1. Pengalir.
2. Penebat.
3. Perlindungan mekanik.

Jika syarat minimum ini tidak dipenuhi, ia tidak boleh


dipanggil sebagai Kabel tetapi disebut Pengalir
atau Dawai sahaja.

3
Bahagian-bahagian Kabel ( sambungan )

1. Pengalir

2. Penebat
3. Pelindung Mekanik

RAJAH : KERATAN RENTAS KABEL

4
Bahagian-bahagian Kabel ( sambungan )

1. Pengalir Kabel
- Biasanya diperbuat daripada Kuprum dan
Aluminium

2. Penebat Kabel
- Penebat yang menyalut kabel dan
mempunyai rintangan tinggi bagi
menghalang arus terkeluar.

5
Bahagian-bahagian Kabel ( sambungan )

3. Perlindungan Mekanik.
- Perlindungan yang dibuat bagi melindungi
kabel daripada tercedera disebabkan oleh
bahaya-bahaya mekanik Seperti terkena
benda tajam, terhempap & terhimpit.

6
Perlindungan daripada Kerosakan Mekanik

Perlindungan Mekanik pada kabel biasa dibuat


daripada bahan yang teguh dan bahan yang separuh
teguh.
Dua cara / bahagian perlindungan mekanik yang
utama ialah:
1. Jenis Tidak Berperisai - tidak punyai salutan
perlindungan.
a. Salutan polivinil klorida
b. Salutan getah
c. Salutan kuprum / plumbum
2. Jenis Berperisai - dilindungi oleh dawai / pita logam

a. Dawai / pita keluli dalam bentuk perisai

7
Istilah-istilah Kabel

1. Teras - Pengalir yang dikelilingi oleh


penebat
2. Lembar - Bilangan pengalir pada sesuatu
teras kabel.
3. Luas keratan - Luas keratan rentas setiap lembar
Ren. Pengalir. Pengalir.
4. Kadaran voltan - Kadar ketahanan kabel
dari segi penebatannya
apabila sesuatu voltan
diberikan.

8
Istilah-istilah Kabel ( sambungan )

5. Suhu Ambien - Suhu ketahanan kabel dan


kemampuannya membawa
arus dengan selamat tanpa
memanaskan kabel di tempat
pemasangannya.
6. Kadaran Arus - Kadaran arus maksima yang
mampu di bawa oleh kabel
dengan selamat tanpa
memanaskan pengalir atau
merosakkan penebatnya.
7. Kod Warna - Digunakan untuk menunjukkan
tugas sesuatu kabel / kord.

9
Istilah-istilah Kabel ( sambungan )

8. Kord - Sebutan bagi kabel yang


mempunyai saiz luas keratan rentas
pengalir diantara 0.5 mm hingga
4 mm.

9. Kabel boleh - Kabel yang mudah dilenturkan ada


Lentur. kepada bentuk yang dikehendaki
tanpa menggunakan alatan khas.

10. Salutan Kabel - Lapisan kedua pengalir atau lapisan


sesudah penebat pada sesuatu
pengalir ( Pelindung Mekanik ).

10
Jenis- jenis Kabel

Pada asasnya semua kabel adalah sama, yang


mana ia mempunyai Pengalir mengalirkan
arus, Penebat bataskan pengaliran arus dan
Pelindungan mekanik lindungi kabel
daripada bahaya mekanik.
Kabel dibuat dan dikelaskan mengikut
kegunaannya yang terbahagi kepada dua jenis,
iaitu:
1. Kabel Pendawaian.
2. Kabel Utama & sub-utama.

11
Kabel Pendawaian

(1). Kabel Pendawaian.

Kabel Pendawaian digunakan untuk mengagihkan


bekalan kepada semua bahagian pemasangan.
Kabel Pemasangan / Pendawaian biasanya
bermula dari kotak-kotak fius kawalan (KFA) ke
punca-punca lampu atau kuasa ( Litar Akhir ).
Saiz kabel pendawaian dihadkan tidak melebihi
daripada 25 mm sahaja.

12
Jenis-jenis Kabel Pendawaian

Jenis-jenis kabel yang biasa digunakan dalam


sistem pendawaian ialah:
1. Kabel PVK / PVK ( suhu 0 C 65 C ).
2. Kabel bertebatkan Getah Vulkan yang
bersalutkan getah teguh.
3. Kabel yang bersalutkan Polikoprina (PCP).
4. Kabel HSOS Sesuai di luar bangunan.

13
Kabel Utama & Sub-utama

2. Kabel Utama & Sub-utama.

Kabel yang digunakan bagi membekalkan bekalan


tenaga elektrik kepada sesuatu pemasangan.
Kabel-kabel utama dan sub-utama menggunakan
kuprum dan aluminium sebagai bahan pengalirnya.
Penebatan kabel utama dan sub-utama pula terdiri
daripada jenis kertas terisi tepu dan plastik haba
sentesis.

14
Jenis-jenis Kabel Utama & Sub-utama

1. Kabel yang bertebatkan Kertas terisi tepu


dengan lapisan plumbum ( MICS ).
2 Kabel yang bertebatkan kertas terisi tepu
dengan lapisan aluminium ( MIAS).
3. Kabel bertebatkan bahan mineral.
4. Kabel yang bertebatkan plastik haba
sintesis.

15
Jenis-jenis kabel utama & sub-utama
( sambungan )

1. Kabel yang bertebatkan Kertas terisi tepu dengan


lapisan plumbum ( MICS ).
Kabel jenis ini adalah dari penentuan BS 6480 yang
mempunyai lapisan plumbum bagi menutupi
keseluruhan teras kabel.
Dua lapisan pita kelulinya pula memberikan
perlindungan mekanik daripada benda-benda logam,
hentakan dan tindihan daripada objek biasa.
Pita sebatian tekstil dibuat sebagai pemisah bagi
membolehkan kabel bergerak semasa hendak
dibengkokkan

16
Jenis-jenis kabel utama & sub-utama
( sambungan )
2. Kabel yang Bertebatkan Kertas Terisi Tepu dengan
Lapisan Aluminium ( MIAS).
Kabel ini menggunakan lapisan aluminium sebagai
ganti plumbum. Lapisan aluminium ini lebih kuat dari
segi mekanik berbanding plumbum.
Kabel jenis ini tidak memerlukan perisai pelindung
luar kerana lapisan aluminium ini juga boleh
dijadikan perisai pelindungan mekaniknya.
Lapisan aluminium ini dibaluti dengan sebatian
bitumen dan PVK bagi melindunginya daripada
karatan.

17
Jenis-jenis kabel utama & sub-utama
( sambungan )

3. Kabel Bertebatkan Bahan Mineral.


Bahan penebat yang digunakan untuk kabel ini
adalah serbuk magnesium oksida.
Serbuk ini diisikan ke dalam salutan kuprum dan
pengalirnya diletakkan ditengah-tengah salutan itu.
Kabel ini sesuai digunakan pada tempat yang
bersuhu tinggi sehingga 180 C.
Penebatannya akan mengalami kerosakkan jika
berlaku kebocoran pada salutan kuprum.

18
Jenis-jenis kabel utama & sub-utama
( sambungan )

4. Kabel Yang Bertebatkan Plastik Haba Sintesis.

Bahan plastik haba yang digunakan bagi membaluti


pengalir kabel ialah polivinil klorida (PVK).
Kabel yang bertebatkan PVK boleh digunakan pada
suhu yang tidak melebihi 65 C, tidak ditembusi air
tetapi menjadi lembut pada suhu sederhana dan
pecah tebat pada suhu rendah ( 0 C )
Kabel ini kemudiannya dibaluti dengan perisai aloi
plumbum, aluminium dan dawai keluli.

19
Faktor Pemilihan Kabel

1. Arus yang diperlukan


- Arus yang diperlukan oleh beban yang
hendak dipasang.

2. Susutan Voltan
- Apabila voltan bekalan tinggi maka
susutan voltan yang dibenarkan semakin
bertambah.
IEE - Susut voltan tidak lebih 2.5%
daripada voltan bekalan

20
Faktor Pemilihan Kabel ( Sambungan )

3. Keupayaan membawa arus


- Keupayaan membawa arus tanpa beri
kesan buruk.

4. Suhu ambien
- Suhu sekitaran di tempat kabel
dipasang atau akan dipasang.

21
Faktor Pemilihan Kabel ( Sambungan )

5. Jenis salutan
- Salutan penebat dapat membantu
memindahkan kepanasan yang dihasikan
oleh pengalir kabel yang membawa arus.

6. Perbezaan tempat dan kabel


- Pemilihan kabel ditentukan mengikut
tempat penggunaannya.

22
Faktor Pemilihan Kabel ( Sambungan)

7. Jenis alat pelindung.


- Pastikan kelas & jenis perlindungan arus
yang diperlukan samada daripada jenis
halus atau kasar.

8. Kos ( ekonomi ).
- Bagi menjimatkan kos, kabel yang
mempunyai kecekapan & ciri-ciri
keselamatan yang hampir sama tetapi harga
murah diberi keutamaan.

23
Pemasangan Kabel
Beberapa langkah keselamatan perlu diambil apabila
kerja-kerja pemasangan kabel dilakukan, di antaranya
ialah:
1. Semasa mengangkat kabel agar kabel tersebut tidak
tercedera akibat terkena benda-benda tajam atau
terjatuh.
2. Ketika pemasangan kabel utama dan sub-utama
daripada kerosakan mekanik. Pemasangan kabel
utama & sub-utama boleh dilakukan di dalam
tanah, saluran di dalam tanah ataupun di atas
sokongan dulang di dalam atau di luar bangunan.

24
Pemasangan Kabel ( sambungan )

3. Bengkokkan kabel perlu dibuat di tempat dan


sudut tertentu sahaja dan pada garis pusat yang
besar. Bengkokkan tidak boleh dilakukan
berhampiran dengan kotak tamatan dan kabel akan
mudah rosak disebabkan garis pusat bengkokan
yang kecil.
4. Tamatan kabel dibuat dengan kaedah tertentu
(pengapit lug & fureles) dan sambungannya
mestilah ketat bagi mengelakkan kepanasan,
kerosakkan dan litar pintas.

25
Kabel &
Kord
Boleh
Lentur
26
Kabel & Kord Boleh Lentur

Pengenalan

Kabel dan Kord Boleh Lentur ialah sejenis


kabel yang mempunyai lembaran
pengalir yang banyak dan halus supaya
ia mudah dilenturkan.

27
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

Kord Boleh Lentur:


Kord mudah lentur mempunyai pengalir yang
berukuran dari 0.5mm (16/0.20) hingga 4.0
mm luas keratan rentasnya.- bawa arus kecil.
Kegunaan Kord Boleh Lentur:
(i). Sambungan antara siling ros dengan
pemegang lampu pendan.
(ii). Sambungan palam 3 pin dengan alat
mudahalih.

28
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

Kabel Boleh Lentur:


Kabel mudah lentur mempunyai luas keratan
rentas pengalirnya dari 6 mm ( 84/0.20) hingga
630 mm ( 2257/0.60 ).
Kegunaan Kabel Boleh Lentur:
(i). Sambungan beban yang besar di antara
palam ( BS 4343 ) dengan alat-alat tetap /
pegun.
(ii). Peralatan bergerak kren.
29
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

Peraturan IEE Kord & Kabel Boleh Lentur.

1. Kord & Kabel Boleh Lentur boleh dipasang


pada semua alat elektrik yang kurang
daripada 3 kW.
2. Tidak boleh digunakan sebagai pendawaian
tetap.
3. Pada keadaan yang terdedah, ia mestilah
dilindungi dari kerosakkan mekanikal dan
seberapa pendek yang boleh.

30
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

4. Kord boleh lentur yang disambung kepada


ros siling atau pemegang lampu mestilah
mempunyai cengkaman yang kuat atau
sebarang cara pelepasan ketegangan.
5. Dawai perisai kord & kabel boleh lentur tidak
boleh digunakan sebagai pengalir
pelindungan litar.

31
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

Pengenalan Warna Teras Kabel Boleh Lentur

Bilangan Teras Fungsi Teras Warna

Pengalir Fasa Coklat


1, 2, 3 PengalirNeutral Biru
Bumi Hijau Kuning

32
Kord & Kabel Boleh Lentur ( sambungan )

Pengenalan Warna Teras Kabel Boleh Lentur

Bilangan Teras Fungsi Teras Warna

Pengalir Fasa Coklat atau Hitam


4 atau 5 Pengalir Neutral Biru
Bumi Hijau dan Kuning

33

Вам также может понравиться