Вы находитесь на странице: 1из 21

Kajian Penyelidikan dan

Pembangunan

2010
6 AA
KUMPULAN
ke-23
PN.HASRANI
ERNA AQILA

PARIMALA

TERIVEENA
NADIAH

SAIFULLAH
TAJUK

REMAJA DAN PENJAGAAN KESIHATAN


JUDUL
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
FENOMENA OBESITI DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
ENAM DI SMK TINGGI KAJANG
BAB 1
PENGENALAN
 ‘REMAJA’ berasal daripada perkataan Latin bermakna
menuju kearah kematangan
REMAJA  golongan yang berusia di antara 10 hingga 19 tahun
 Remaja ini sentiasa mempunyai perasaan ingin
mencuba dan sedang menuju tahap untuk menjadi
dewasa

 Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan


yang menimbun di dalam badan seseorang
 Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan
OBESITI  Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-
organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius
BAB 2

HIPOTESIS KAJIAN
HIPOTESIS KAJIAN
OBJEKTIF untuk mengetahui persepsi pelajar tentang faktor yang
mempengaruhi berat badan seseorang dan mengkaji tentang
kadar obesiti dalam kalangan pelajar di SMK Tinggi Kajang
memberi pendedahan kepentingan menjaga berat badan
kerana apabila jumlah kadar obesiti telah diketahui maka remaja
akan mula sedar status sebenar kesihatan mereka

MATLAMAT melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan


menekankan kepentingan mengukur indeks jisim badan/body
mass index(BMI) dalam kalangan remaja
HIPOTESIS pola pemakanan mempengaruhi kadar obesiti dalam kalangan
remaja di SMK Tinggi Kajang
hormon yang tidak seimbang sekitar usia remaja menyebabkan
seseorang remaja mudah dipengaruhi emosi
cara pemakanan juga mempengaruhi kadar obesiti
BAB 3

ANALISIS KAJIAN
TERDAHULU
Kajian Oleh Noor Azmah Ibrahim

Sikap malas dan o Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan
tidak suka sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan
bersenam kita dan akan menyebabkan masalah kegemukan.
o Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu selama 30 minit.
o Antara senaman yang boleh dilakukan ialah berjalan kaki pantas,
berenang, atau bermain badminton senaman ini dapat mengelakkan
kecederaan.

Tidak menjaga o Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh
pemakanan membawa kepada masalah kegemukan.
o Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang
seharian
kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti
yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak
sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan.
o Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk
menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar
atau merebus.
Genetik o Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada
generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita
seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-
anak yang gemuk juga.
o pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak yang
berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan
diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan

Pengambilan o Badan kita memerlukan 46 jenis nutrien sehari iaitu 8 jenis asid
makanan yang amino perlu (dari sumber protin); 18 jenis vitamin; 20 jenis mineral,
tidak seimbang selain dari lemak, karbohidrat dan 8 gelas air.
o Sekiranya badan kita tidak dibekalkan dengan kesemua nutrien
yang diperlukan, maka badan akan memberi isyarat lapar. Perut yang
lapar meminta makanan untuk diisi. Kadang-kadang kita makan 5 kali
ke 6 kali sehari. Dan apa yang kita makan pula tidak memberikan apa
yang diperlukan oleh badan dan ini akan menyebabkan kegemukan.
Kajian Oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Kerosakan pada Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu
salah satu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel
bahagian otak dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak
dan kelenjar di bawah otak.
Didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau
hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan
mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus).
Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus
ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan
kegemukan.

Pengaruh Dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan dengan


emosional kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan
penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam
hal yang berhubungan dengan perilaku makan.
Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung
makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan tegang atau cemas,
dan eksperimen membuktikan kebenarannya.
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat
tertekan; orang dengan berat badan yang normal makan dalam situasi
yang kurang tertekan
Pengaruh Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga
persekitaran mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang
dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah
simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan
cenderung untuk menjadi gemuk.
Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor
luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-
masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
 

Pola makan Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang
berlebihan yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran,
seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan.
Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin
makan, bukan makan pada ketika ia lapar.
Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar
untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak
memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi
berat badan.
 
BAB 4

ANALISIS DATA
Pihak pengkaji telah membuat
soal selidik terhadap 40 orang
pelajar Tingkatan Enam yang
menjadi sampel kajian ini. Hasil
Kajian pihak mengkaji telah
mendapati faktor-faktor yang
menyebabkan kegemukan atau
obesiti adalah seperti berikut.

Faktor- Setuju Tidak


faktor (%) setuju
(%)
Genetik 54.5 45.5
Pemakanan 53.5 46.5
Kurang 66.0 34.0
bersenam
Lain-lain 63.0 37.0
FAKTOR- HURAIAN
FAKTOR
KURANG disokong oleh 26 orang pelajar
BERSENAM Pihak pengkaji dapat mengenali bahawa pelajar tingkatan enam
jarang melakukan senaman pada setiap hari dan kurang bersenam tiga
kali seminggu.
Pelajar tingkatan enam juga sibuk dengan pembelajaran kerana
mereka akan menduduki ujian STPM tahun ini. Oleh sebab itu, mereka
tak dapat meluangkan masa dalam aktiviti senaman. Jadual
pembelajaran dipenuhi dengan subjek pembelajaran dan tidak ada
subjek PJK. Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar tingkatan enam
tidak sihat dari segi kesihatan.

LAIN-LAIN disokong oleh 25 orang pelajar


Faktor-faktor lain termasuk faktor psikologi, budaya sosial,
persekitaran dan umur.
Faktor persekitaran merupakan ketidak sesuaian suasana yang tidak
sesuai untuk melakukan aktiviti senaman. Contohnya kawasan tempat
tinggal tidak menyediakan kemudahan-kemudahan untuk beriadah.
Faktor keselamatan dan masalah jenayah yang berleluasa menyebabkan
seseorang segan keluar dari rumah dan takut untuk melakukan aktiviti
senaman.
FAKTOR- HURAIAN
FAKTOR
GENETIK disokong oleh 22 orang pelajar
Kebanyakan ahli keluarga tidak mengetahui tentang BMI (Body Mass
Index). Pelajar tingkatan enam berpendapat bahawa ahli keluarga
mereka lebih peka dalam penjagaan kesihatan.
Hasil data, kita dapat katakan bahawa faktor genetik bukan punca
berlakunya masalah obesiti.
Ahli keluarganya dapat banyak informasi dan nasihat dari pihak
kesihatan untuk menjaga kesihatan. Ahli keluarga juga lebih matang
untuk berfikir tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

PEMAKANAN disokong oleh 21 orang pelajar


Segelintir pelajar mengutamakan makanan seimbang dalam hidangan
seharian. Didapati bahawa pelajar tingkatan enam tidak suka makan
makanan pada waktu lewat malam.
Pelajar tingkatan enam berpendapat bahawa faktor pemakanan bukan
punca berlakunya masalah obesiti.
Mereka berpendapat begitu kerana mereka sudah menjadi matang ,
penguasaan adat ilmu berkaitan hal tersebut dan banyak mempelajari
banyak perkara tentangnya.
BAB 5

KESIMPULAN
Obesiti ialah masalah global yang melanda kanak-kanak dan remaja belasan
tahun akibat perubahan corak pemakanan di seluruh dunia dan penurunan kadar
aktiviti fizikal.
Obesiti memberi kesan kepada kesihatan iaitu menyebabkan penyakit-penyakit
seperti diabetes, tekanan darah tinggi,masalah pernafasan, masalah psikososial
dan pelbagai lagi.
kajian tesis kami ingin mendedahkan masalah obesiti yang memfokuskan pelajar
tingkatan enam di SMK Tinggi Kajang sahaja. Dapatan terbaru hasil soal selidik
telah menyangkal andaian kami bahawa pola pemakanan adalah faktor utama
yang menyebabkan seseorang obesiti.
Hakikatnya majoriti pelajar tingkatan enam bersetuju bahawa kurang bersenam
adalah penyebab obesiti. Sesungguhnya perkara ini telah memberi kejutan
disebabkan punca masalah ini adalah kontra daripada pandangan awal kami.
kami mengharapkan kajian ini akan memberi kesedaran terhadap pelajar-pelajar
tingkatan enam agar mereka memperbaiki taraf kesihatan. Kami juga berharap
agar setiap remaja lebih peka terhadap ukuran indeks jisim badan/body mass
index(BMI)
TAMAT

TAMAT

TAMAT

Вам также может понравиться