Вы находитесь на странице: 1из 21

KARANGAN

PERBAHASAN
SEKOLAH : SMK TUN
MAMAT
GURU : PN. SULEHA
BT ISNIN
KELAS : 3 IBNU
SIDDIQ
- Ahmad Nur
Arif
- Najla Najihah
FORMAT PERBAHASAN
Karangan jenis perbahasan
mengkehendaki anda
menyatakan hujah-hujah sama
ada menyokong ataupun
membangkang sesuatu tajuk
yang telah diberikan.
FORMAT PERBAHASAN
Karangan jenis perbahasan dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) Perbahasan berbentuk pertandingan


(pencadang/pembangkang)

(b) Perbahasan bukan berbentuk


pertandingan
(perbincangan)
a) Perbahasan berbentuk
pertandingan
Mematuhi segala prosedur perbahasan yang
sepatutnya.

Memulakannya dengan kata-kata hormat


atau kata alu-aluan. Contohnya: Yang
Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Pengetua, Guru
Penolong Kanan, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, barisan pembangkang
yang amat saya geruni, guru-guru serta
tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati.
b) Perbahasan bukan situasi
pertandingan
Tidak memerlukan sebarang format

Terus menulis hujah-hujah utama sahaja


tanpa mengemukakan kata alu-aluan dan
seumpamanya. Karangan harus dimulakan
dengan mendefinisikan tajuk, membahaskan
tajuk mengikut kehendak soalan, dan
menegaskan pendirian anda terhadap tajuk
tersebut.
(Kata alu-aluan + pengenalan dari tajuk bahas)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
____________________________________________.

(IsI 1)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(Isi 2)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
______________________________________________________________

(Isi 3)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________
(Penutup)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
______________________________________________
Contoh karangan

1. Anda mewakili pihak pembangkang dalam


suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk
Aktiviti menonton pita video mendatangkan
banyak kesan negatif kepada kehidupan kita.
Tulis hujah anda selengkapnya.
Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim
yang adil lagi bestari, barisan pencadang
yang saya hormati, dan hadirin sekalian.
Salam sejahtera dan selamat pagi.
Kini tibalah masanya untuk saya bangun
bagi mengemukakan hujah-hujah saya sebagai
pembangkang pertama tajuk perbahasan pada
pagi ini. Sebelum itu, izinkan saya
menghuraikan definisi tajuk perbahasan kita
pada pagi ini. Pita video merupakan perisian
yang digunakan bersama-sama sejenis
perkakasan, iaitu alat perakam video. Alat ini
mampu mengeluarkan imej gambar dan suara
melalui peti televisyen. Kesan negatif pula ialah
akibat yang tidak membawa kebaikan atau
keuntungan. Oleh itu, apa-apa yang kita
bahaskan hari ini ialah kesan atau akibat yang
dibawa oleh pita video dalam kehidupan kita
masa kini.
Sesungguhnya pita video banyak
memberikan kebaikan atau manfaat bagi kita.
Dengan adanya pita video, seseorang itu tidak
lagi perlu ke panggung wayang untuk mencari
hiburan dengan menonton filem. Hal ini akan
mengelakkan seseorang itu keluar rumah dan
hubungan antara ahli keluarga akan bertambah
erat. Pertukaran pita video antara jiran dan
rakan-rakan juga akan mengeratkan perpaduan
dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.
Menonton video juga merupakan suatu hiburan
yang menjimatkan kerana satu pita video yang
disewa adalah jauh lebih murah daripada harga
tiket pawagam.
Hadirin sekalian,
Menonton pita video juga dapat mengisi masa
lapang kanak-kanak atau orang tua di rumah. Masa lapang
di rumah yang sebelum ini dihabiskan dengan melakukan
berbagai-bagai perkara lain akan diisi dengan menonton
video. Mereka tidak berasa bosan lagi tinggal di rumah
tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Pita video sebenarnya
mampu menjadi alat pembelajaran yang paling berkesan.
Berbagai-bagai tajuk dan bidang perkara yang dirakamkan
mampu menjadi alat bantuan dalam pendidikan. Hal ini
demikian kerana menonton tayangan video
menggabungkan dua deria, iaitu pandang dan dengar.
Kajian telah membuktikan bahawa kemampuan seseorang
itu mengingat dan belajar banyak bergantung pada
panacindera pandang dan dengar. Maka tidak hairanlah
kini terdapat berbagai-bagai judul pita video di pasaran
yang dapat memenuhi selera semua orang. Oleh itu,
menonton video merupakan aktivi yang tidak menjemukan.
Warga dewan sekalian,

Pita video juga mampu merakamkan setiap


rancangan yang dipancarkan melalui kaca
televisyen. Faktor ini dapat menyumbang
terhadap pengurusan masa seseorang.
Rancangan yang telah dirakam boleh ditonton
pada hari dan masa mengikut selera
penontonnya sendiri. Belajar dengan
menggunakan pita video juga amat murah dan
menguntungkan. Satu pita video dapat
digunakan beberapa kali yang kita suka.
Penggunaan pita video ini juga telah
mengakibatkan beberapa buah panggung
wayang ditutup. Sebagai ganti, panggung-
panggung wayang ini digunakan untuk
berbagai-bagai fungsi pula. Ada yang
dijadikan pusat membeli-belah, pusat permainan
kanak-kanak dan restoran. Hal ini merupakan
suatu perkembangan yang sihat kerana sekali
gus akan mempelbagaikan kegiatan perniagaan
dan mewujudkan persaingan perniagaan di
sesuatu tempat.
Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin


saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak
bersetuju dengan tajuk perbahasan kita
yang menyatakan bahawa menonton pita video
banyak mendatangkan kesan negatif kepada
kehidupan.

Sekian, terima kasih.


Soalan:

Anda diberi peluang menyertai


satu pertandingan perbahasan di sekolah anda.
Tajuk perbahasan tersebut ialah Perubatan
Tradisional Mendatangkan Kesan yang Buruk
kepada Pengguna. Sediakan hujah-hujah anda
untuk membahas tajuk ini.

Buku teks, m/s 66


Selamat pagi dan selamat sejahtera saya
ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel
hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pihak
pencadang yang saya kagumi dan hadirin sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada para hadirin yang sudi bersama-
sama kami di dalam dewan yang indah ini untuk
mendengar dan menganalisis hujah-hujah kami yang
bertajuk Perubatan Tradisional Mendatangkan
Kesan yang Buruk kepada Pengguna. Pendirian
pihak kami sebagaimana yang tuan puan sedia
maklum adalah untuk menyanggah tajuk
perbahasan kita ini. Bagi kami, perubatan tradisional
tidaklah mendatangkan kesan yang buruk.

Pendahuluan
Sidang dewan sekalian,
Sesungguhnya perubatan tradisional masih mempunyai
nilai perubatan yang tinggi. Walaupun perubatan tradisional
kelihatan seolah-olah sudah ketinggalan zaman, namun ramai lagi
orang daripada kalangan masyarakat kita yang masih menggunakan
ubat-ubatan tradisional sehingga kini persis kata peribahasa Melayu
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Cara perubatan
tradisional yang telah digunakan dari zaman nenek moyang kita
masih lagi wujud pada zaman globalisasi ini dan tidak pernah hilang.
Hal ini membuktikan bahawa perubatan tradisional lebih mendapat
perhatian ramai dan mendapat sambutan yang baik. Semua kategori
penyakit seperti penyakit yang berat ataupun yang ringan didapati
mampu untuk diubati dalam masa yang singkat dengan
menggunakan cara perubatan tradisional. Kosnya yang berpatutan
dan dipercayai lebih berkesan untuk merawat pelbagai penyakit
meletakkan kedudukan perubatan tradisional ini tidak jauh hebatnya
daripada perubatan moden.

Isi 1
Hadirin yang dihormati,
Perubatan tradisional lazimnya menggunakan akar kayu,
rempah-ratus dan herba yang diproses secara tradisional tanpa
bahan kimia. Hal ini menjelaskan bahawa perubatan tradisional
sememangnya selamat untuk digunakan oleh semua lapisan
masyarakat sama ada warga tua, dewasa, remaja muda belia
ataupun kanak-kanak. Selain itu, kebanyakan ubat-ubatan tradisional
dibuat sendiri di rumah. Kesegaran dan keaslian herba-herba yang
mempunyai antibiotik semula jadi dikekalkan supaya penyakit dapat
dirawat dengan baik. Berbeza dengan ubat-ubatan moden,
kandungan bahan-bahan ubat tradisional juga diletakkan
berpada-pada agar tidak meninggalkan kesan yang buruk kepada
pengguna. Ubat moden yang disertakan sekali dengan dadah seperti
pil berkemungkinan amat berbahaya kepada tubuh badan. Lebih
malang lagi, pil yang diambil berlebihan tanpa kawalan akan
merosakkan organ dalaman seperti hati. Justeru, perubatan
tradisional adalah lebih terjamin untuk digunakan kerana tiada kesan
sampingan yang akan merosakkan kesihatan kita.

Isi 2
Di samping itu, terdapat kajian yang menyatakan bahawa
ubat-ubatan tradisional lebih mujarab dan berkhasiat. Ramai
wanita zaman sekarang sensitif akan kecantikan luaran mereka
agar masyarakat dapat menerima mereka seadanya. Perubatan
tradisional seperti yang dibahaskan tadi masih lagi dipercayai
ramai kerana penggunaan untuk kesihatan tidak menyakitkan serta
menggelikan. Bahan-bahan seperti jintan, zaitun, lidah buaya dan
rumput serani boleh digunakan dalam rawatan kecantikan
terutamanya di bahagian muka. Buah-buahan segar seperti
avokado dan oren juga digunakan sekali dalam rawatan kecantikan
untuk menarik minat belia. Penggunaan ubat-ubatan tradisional ini
mampu mencantikkan serta menyerikan seseorang tanpa
membazirkan wang semata-mata untuk rawatan moden yang lebih
mahal. Hal ini sepenuhnya menjadi bahan bukti yang kukuh
bahawa perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik
kepada pengguna.

Isi 3
Sidang hadirin sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan
tadi, jelaslah bahawa perubatan tradisional mendatangkan kesan
yang baik kepada pengguna daripada pelbagai aspek sama ada
kesihatan atau kecantikan. Sekali lagi, saya mewakili pasukan
saya ingin bertegas dengan pendirian kami bahawa bahan-
bahan tradisional tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada
pengguna yang mengamalkannya. Malahan, perubatan
tradisional adalah cara yang lebih baik untuk digunakan. Saya
sendiri berpendapat bahawa mustahaknya menggunakan cara
perubatan tradisional dalam merawat penyakit yang berat atau
tidak mampu diubati berbanding mengharapkan perubatan
moden kerana saya yakin bahawa setiap penyakit ada
penawarnya. Sekian, terima kasih.

Penutup
Sekian,
terima kasih.

Вам также может понравиться