Вы находитесь на странице: 1из 6

Pada suatu hari, ada seorang makcik bernama Mak Cik Timah.

Dia hendak pergi ke pasar. Dia membawa sebuah bakul yang besar. Dia pun
berjalan dari rumahnya.

Cuaca pada hari itu amat panas sekali dan Mak Cik Timah mengelap peluhnya.

Tiba-tiba dia ternampak sebuah bas yang hendak dinaikinya, dia pun mengejar bas
itu.

Dia melambai ke arah bas itu dan bas itu pun berhenti.

Mak Cik Timah pun duduk di tempat duduk yang lembut itu.
Apabila Mak Cik Timah sampai ke pasar, dia menutup hidungnya kerana
bau dia pasar itu busuk.

Dia pergi ke gerai yang menjual sayur-sayuran.

Penjual itu memekik dengan kuat, Mari beli kobis! Satu dolar sahaja!

Mak Cik Timah berkata, Murahnya sayur ini, Dia pun membeli kobis itu.

Mak Cik Timah membayar dengan wang syiling satu dolar yang bulat.
Mak Cik Timah pergi ke kedai yang menjual ikan pula.

Penjual ikan itu memekik dengan kuat, Mari beli ikan! Dua puluh
dolar sahaja!

Mak Cik Timah berkata, Mahalnya ikan ini, Dia tetap


membeli ikan itu kerana dia hendak masak Kari Ikan yang
lazat pada hari itu.
Setelah membeli banyak barang, Mak Cik Timah pun pulang.
Bakul yang tadinya ringan sudah menjadi berat sekali.

Apabila sampai ke rumah, Mak Cik Timah membuka peti ais dan minum
secawan air yang sejuk.

Aah! Sungguh lega rasanya! Mak Cik Timah pun tersenyum.


Membawa
Mengelap
Mengejar
Melambai
Berhenti
Duduk
Menutup
Menjual
Memekik
Membeli Jenis kata yang
Membayar
Masak
menyatakan suatu
Membuka perbuatan atau aksi
Tersenyum
Besar
Panas
Lembut
Busuk
Kuat
Murah
Kuat
Lazat
Mahal
Ringan Perkataan yang menerangkan
Berat
Sejuk sifat atau keadaan sesuatu.

Вам также может понравиться